Anda di halaman 1dari 2

1) Tahap Pengenalan

Pada peringkat pengenalan, jualan adalah sangat rendah kerana permintaan produk
yang rendah. Peruntukan kos adalah tinggi kerana perbelanjaan yang tinggi untuk
mempromosikan produk. Dari segi keuntungan, kemungkinan untuk memperolehi
keuntungan yang negatif atau rendah adalah sangat tinggi kerana pada peringkat
pengenalan, permintaan adalah rendah. Pada peringkat ini juga, pembeli yang cukup
bersedia sahaja akan membeli produk yang ditawarkan serta bersaing pada peringkat
pengenalan adalah sedikit. Contohnya, produk terbaharu jenama D’Herbs iaitu Serbuk
Arang Gigi D’Herbs telah menggunakan media massa seperti televisyen dan sosial
media yang menelan perbelanjaan yang tinggi bagi mempromosikan dan
memperkenalkan produk itu kepada orang ramai.

2) Tahap Pertumbuhan

Pada peringkat ini, produk mempunyai kadar jualan yang semakin meningkat kerana
pelanggan telah mula membuat pembelian hasil daripada promosi yang dilakukan
pada peringkat pengenalan. Kos produk berkurang kerana pengeluaran bertambah
bagi memenuhi permintaan yang meningkat. Hasil daripada permintaan yang
meningkat, keuntungan meningkat kerana jualan meningkat. Pelanggan mula membeli
setelah mengetahui tentang kebaikan produk. Apabila permintaan dan jualan
meningkat, bilangan pesaing bertambah kerana pesaing baru memasuki pasaran
setelah mengetahui peluang untuk mendapatkan keuntungan yang besar. Contohnya,
produk ramen keluaran Korea sedang melalui tahap pertumbuhan kerana mempunyai
kadar jualan yang semakin meningkat hasil daripada permintaan ramai.

3) Tahap Kematangan

Tahap kematangan ialah peringkat yang terpanjang dalam kitaran hayat produk.
Jualan berada di kemuncak dan mula menurun di tahap kematangan. Kos yang
diperlukan ialah rendah bagi setiap pelanggan. Keuntungan di tahap kematangan ini
mencapai tahap maksimum dan pada penghujung tempoh, ia mula menyusut. Pada
tahap kematangan, pelanggan sedia ada mula bertukar kepada jenama lain dan
menarik pelanggan baru untuk membelu produk lanjutan yang baru. Pesaingan di
tahap kematangan merupakan pesaingan yang stabil dan bilangan pesaing mula
berkurangan. Hanya pesaing-pesaing yang kukuh sahaja yang tinggal dalam industri.
Contohnya, produk Nestle Milo yang sudah lama di pasaran telah mencapai tahap
kematangan dan mempunyai jualan dan keuntungan yang maksimum.
4) Tahap Kemerosotan

Pada tahap kemerosotan, jualan merosot akibat pelanggan berubah citarasa, teknologi
dan bilangan pesaing yang bertambah. Kos pula menurun kerana permintaan yang
berkurang. Keuntungan menurun kerana jualan merosot. Hanya pelanggan yang setia
datang dan terus membeli produk. Pesaing berkurang kerana banyak firma keluar
daripada pasaran hasil daripada keuntungan yang merosot. Contohnya, penjualan radio
yang semakin berkurangan akibat daripada kemajuan teknologi yang semakin pesat
pada zaman kini.

Anda mungkin juga menyukai