Anda di halaman 1dari 2

RHB ISLAMIC BANK BERHAD

RHB Islamic Bank Berhad (RHB Islamic) merupakan salah satu perkhidmatan yang ditawarkan
oleh kumpulan perbankan RHB di Malaysia yang merancang untuk melebarkan sayapnya ke Indonesia
dan beberapa negara yang telah diterokai Kumpulan RHB. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai
Eksekutifnya, Abd Rani Lebai Jaafar berkata pasaran perbankan Indonesia menawarkan peluang yang
cukup besar kerana majoriti penduduknya beragama Islam. Walau bagaimana pun RHB Islamic perlu
mengukuhkan kedudukannya di Malaysia terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang keputusan besar
untuk ke luar negara.
Berdasarkan prestasi kewangan RHB Islamic, ianya telah berjaya mencatatkan peningkatan
keuntungan sebelum cukai sebanyak 52% kepada RM137.8 juta bagi tahun 2011 berbanding RM90.6 juta
tahun sebelumnya. Keadaan ini disokong oleh kejayaannya mendekati pelanggan dengan
memperkenalkan perbankan bergerak Bank on Wheel di samping keupayaan pekerjanya yang sentiasa
menghasilkan produk berinovasi dan kompetitif sehingga menjadikan bank ini salah satu bank pilihan
ramai. Pada tahun ini juga, RHB memperkenalkan Produk Pembiayaan Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu di
Kelantan. Menurut Pengarah Urusannya, Kelantan terpilih kerana ia terkenal sebagai pusat perniagaan
kecil-kecilan utama di negara ini dan secara keseluruhannya, wanita di negeri itu ramai berkecimpung
dalam bidang perniagaan serta gemar memiliki emas untuk perhiasan dan sebagai simpanan.
Di samping itu, Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah membuka peluang luas untuk RHB
membuat penumpuan kepada pembiayaan sektor minyak dan gas, prasarana dan beberapa projek lain.
Dalam usaha menarik orang ramai untuk menggunakan perkhidmatannya, RHB Islamic telah
mengadakan kerjasama dengan KWSP menggunakan perkhidmatan eHR
2
yang membolehkan majikan
membayar caruman pekerja secara online. Pencarum juga boleh menyemak penyata KWSP di bank ini
dengan cepat dan mudah pada bila-bila masa.
Segala usaha dan kejayaan yang dicapai mendorong pihak RHB Islamic mempelbagaikan produk
yang ditawarkan. Antara jenis perkhidmatan yang disediakan ialah kad kredit, deposit, pembiayaan
kewangan , pengurusan harta dan kad debit yang terdiri dari kad kredit platinum, kad kredit emas, akaun
simpanan semasa dan berjangka, pembiayaan rumah, kenderaan dan ekuiti dan sebagainya.

(Sumber: Utusan Malaysia 16/4/2012; Laman berita KWSP 6/5/2012; Bernama 28/4/2012)
Soalan:
i. Berdasarkan kes di atas, jelaskan tiga faktor persekitaran umum dan tiga faktor
persekitaran tugas yang mempengaruhi prestasi perniagaan RHB Islamic Berhad [18]

ii. Jelaskan jenis lini produk yang ditawarkan oleh RHB Islamic Berhad. [12]

Anda mungkin juga menyukai