Anda di halaman 1dari 5

PENGAMBILAN SUMBER MANUSIA

Pengambilan Pekerja
PENGAMBILAN SUMBER MANUSIA

Pengambilan tenaga manusia melibatkan beberpa proses seperti merekrut, pemilihan,


penawaran kerja dan induksi.
Carta aktiviti Pengambilan Sumber Manusia 

Merekrut
Pengrekrutan ialah proses mencari atau mendapatkan serta menggalakkan individu
yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan. Ia bertujuan untuk
membolehkan pengurus memilih calon terbaik daripada sekumpulan calon yang
memohon sesuatu jawatan.

Sumber pengrekrutan terdiri dari sumber dalaman dan luaran. Pengrekrutan sumber
dalaman boleh dibuat melalui pengumuman kerja di papan kenyataan, risalah organisasi
atau e-mel, pencalonan daripada pengurus dan penyelia serta rujukan pekerja.

Pengrekrutan sumber luaran pula boleh dibuat melalui:


i. Pengiklanan jawatan kosong di surat khabar, majalah, radio, televisyen dan
internet.
ii. Agensi pekerjaan swasta dan Jabatan Tenaga Rakyat, Kementerian Sumber
Manusia
iii. Permohonan sendiri oleh calon dengan menulis surat pertanyaan
iv. Institusi pengajian tinggi semasa hari kerjaya dan pengrekrutan kampus
v. Rujukan pihak tertentu
Tindakan menarik minat:
i. Iklan – kaedah ini digunakan untuk menarik pekerja dari luar.
ii. Head-hunting – firma yang membantu organisasi mencari pekerja yang sesuai
dengan pekerjaan yang ditawarkan. Biasanya untuk jawatan professional atau jawatan
utama organisasi.
iii. Walk-in – calon boleh menghadiri temuduga yang diadakan di sesuatu tempat

Pemilihan
Pemilihan merupakan satu proses menilai dan memilih calon paling layak untuk mengisi
kekosongan jawatan.

Proses pemilihan melibatkan proses atau langkah seperti berikut:


1.    Mengisi Borang Permohonan
Calon yang memohon sesuatu jawatan perlu terlebih dahulu mengisi borang
permohonan. Sesetengah organisasi memerlukan pemohon menghantar curriculum
vitae (cv)/resume.
Borang permohonan dapat digunakan untuk:
              i.        Mendapatkan maklumat tentang latarbelakang dan kelayakan calon seperti butir peribadi,

pendidikan, kemahiran, pengalaman kerja.


             ii.        Memastikan maklumat yang dikemukakan oleh calon selaras dengan huraian kerja

            iii.        Sebagai sumber rujukan untuk keperluan organisasi sekiranya calon diambil bekerja.

2.    Semakan rujukan
Semakan rujukan dilakukan dengan menghubungi perujuk yang diberi oleh calon untuk
mengesahkan maklumat yang diberi dalam borang permohonan. Perujuk boleh terdiri
dari penyelia di organisasi lama atau bekas tenaga pengajar yang mengenali calon.
3.    Temuduga
Merupakan kaedah pemilihan yang biasanya dilakukan oleh organisasi secara
bersemuka antara calon dan majikan. Tujuan temuduga dijalankan adalah untuk
menguji kemahiran komunikasi, melihat penampilan diri pemohon dan mendapatkan
maklumat tambahan pemohon yang tiada dalam borang permohonan.

Temuduga boleh dilakukan dengan beberapa cara, iaitu:


i.      Temuduga berstruktur – soalan yang standard untuk semua calon
ii.     Temuduga tidak berstruktur – soalan lebih terbuka dan subjektif
iii.    Temuduga situasi – calon diberi satu situasi dan dikehendaki member maklum balas
terhadap situasi tersebut
iv.   Temuduga panel – temuduga dijalankan oleh sekumpulan panel iaitu beberapa orang
penemuduga
v.    Temuduga berkomputer – calon diuji dengan satu set soalan melalui komputer
Ujian Penilaian
Ujian penilaian dijalankan untuk mengenal pasti calon yang benar-benar layak dengan
mengukur kemahiran, pengetahuan dan keupayaan mental serta fizikal calon. Antara
ujian yang dijalankan ialah:
 Ujian prestasi – untuk menentukan keupayaan sebenar pemohon seperti ujian
menaip, memandu, penggunaan mesin dan komputer
 Ujian keupayaan kognitif (mental)
 Ujian poligraf (pengesan bohong)
 Ujian perwatakan (intergriti)
 Ujian keupayaan fizikal

Penawaran Kerja
Tawaran kerja akan dibuat kepada calon yang layak setelah pemilihan dibuat melalui
surat rasmi atau panggilan telefon. Calon perlu mengesah sama ada menerima tawaran
kerja tersebut atau tidak dalam satu tempoh yang ditetapkan.
Jika calon menerima tawaran kerja tersebut, surat tawaran kerja yang mengandungi
syarat-syarat perkhidmatan akan dihantar. Syarat-syarat ini akan menjadi satu kontrak
pekerjaaan yang dikenali sebagai ‘kontrak perkhidmatan’ atau ‘contract of service’.
Undang-undang mengenai pekerjaan hanya akan mengiktiraf pekerja yang ada kontrak
perkhidmatan dalam menentukan hak dan tanggungjawab mereka.

Antara syarat-syarat tersebut ialah:


 Jawatan yang ditawarkan
 Tarikh mula bekerja
 Gaji
 Faedah-faedah sampingan
 Waktu dan tempat bekerja
 Peraturan dan syarat kerja
 Caruman KWSP dan PERKESO
 Cuti tahunan dan cuti sakit

Induksi
Induksi adalah satu program orientasi untuk memberi pendedahan awal kepada pekerja
baharu supaya mereka dapat memahami dan menyesuaikan diri dengan persekitaran
kerja baharu dalam organisasi.

Tujuan Program Induksi:


a. Mengurangkan perasaan cemas dan bimbang di kalangan pekerja baharu serta
memberi keselesaan kepada mereka.
b. Membolehkan pekerja baharu menjalankan tugas dengan lancar dan berkesan.
c. Memupuk perhubungan yang mesra dengan pekrja lain dalam organisasi.
d. Meningkatkan keyakinan bekerja dan membentuk tanggapan positif terhadap
organisasi.

Kandungan Program Induksi


a. Latabelakang organisasi seperti struktur organisasi, polisi dan peraturan, sejarah,
budaya dan produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh organisasi.
b. Spesifikasi tugas dan tanggungjawab utama serta hubungan dengan tugas-tugas
bahagian lain
c. Ganjaran dan faedah seperti bonus, elaun kerja lebih masa, faedah-faedah
seperti perubatan, cuti bersalin dan sebagainya.
d. Pengenalan kepada rakan kerja, penyelia, ketua jabatan dan pengurus atasan.

Pelaksanaan program dan masalahnya


Masalah yang timbul biasanya melibatkan kecekapan kakitangan atau pegawai yang
mengendalikan program, kos yang tinggi dan kerjasama dari pihak pengurus atasan.

Perkara ini boleh diatasi dengan menempatkan pegawai yang khusus dan terlatih
ataupun mendapatkan khidmat pakar dari luar untuk mengendalikan program induksi.
Pengurus atasan biasanya sukar melepaskan kakitangannya untuk menghadiri program
induksi kerana kekurangan sumber untuk mengendalikan tugasan yang telah diatur. Hal
ini boleh diatasi dengan mengadakan induksi sebelum kakitangan baru memulakan
tugas atau menghadkan tugasan kakitangan tersebut sehinggalah ia telah menjalani
latihan induksi.

Masalah kos juga boleh diatasi dengan cara seperti membuat program berdasarkan
modular. Apabila ia melibatkan kandungan modul yang bersifat umum mengenai
organisasi seperti latarbelakang, carta organisasi dan ganjaran ia diadakan bersama-
sama jabatan lain, tetapi apabila melibatkan spesifikasi tugas ia diadakan berasingan di
tempat kerja mereka pad waktu bekerja. Ini boleh menijmatkan kos makan, penginapan,
pengankutan dan jurulatih. 

Anda mungkin juga menyukai