Anda di halaman 1dari 19

4.

0 HUBUNGAN PEKERJA
4.1 PENGAMBILAN DAN PEMILIHAN
4.2 MEMOTIVASIKAN PEKERJA
4.3 DISIPLIN PROGRESIF
4.0 HUBUNGAN PEKERJA
PENGREKRUTAN/PENGAMBILAN DAN PEMILIHAN
PENGENALAN KEPADA PENGREKRUTAN
DAN PEMILIHAN
 Pengambilan dan pemilihan pekerja ini adalah merupakan satu fungsi
pengurusan sumber manusia yang penting kerana kesannya terhadap kualiti
pekerja-pekerja yang akan dipilih untuk sesebuah organisasi itu.
 Sebenarnya kualiti pekerja banyak bergantung daripada kualiti rekrut yang
disediakan mengikut beberapa spesifikasi yang penting oleh sesebuah
organisasi.
 Pengambilan pekerja melibatkan aktiviti-aktiviti untuk membolehkan
pemohon yang berkelayakan memohon jawatan kosong di sesebuah organisasi
yang mereka pilih.
 Sesebuah organisasi itu boleh mengisi jawatan yang kosong dengan pekerja
mereka sendiri atau dengan mengambil pekerja dari luar organisasi. Kaedah-
kaedah untuk merekrut pekerja yang dipilih dari luar organisasi termasuk
rujukan pekerja, pengiklanan, agensi pekerjaan dan perekrut. Setiap kaedah
ini mempunyai kelebihan dan kelemahannya sendiri.
PROSES PEMILIHAN PEKERJA

 Proses pemilihan pekerja biasanya bermula dengan mengisi borang


permohonan. Borang ini memungkinkan pihak majikan memperoleh maklumat
asas tentang diri pemohon.
 Kemudian organisasi biasanya akan mengkehendaki pemohon mengikuti
proses temuduga yang dijalankan. Temuduga ni bertujuan untuk memperoleh
maklumat tambahan tentang diri pemohon serta memberikan sedikit
maklumat tentang organisasi tersebut kepada pemohon.
 Selain itu, borang permohonan dan temuduga yang disediakan oleh organisasi
itu dapat juga menentukan kesesuaian pemohon melalui ujian pemilihan,
pemeriksaan latarbelakang dan pemeriksaan fizikal. Kesemua faktor yang
dijelaskan memerlukan pertimbangan yang sewajarnya dan bijaksana.
PENGREKRUTAN/PENGAMBILAN
 Definisi Pengrekrutan: Pengrekrutan adalah proses menarik minat seberapa
ramai calon untuk memohon pekerjaan dalam organisasi (Flynn, 1994;
Farnham & Stevens, 2000; Min & Kleiner, 2001; Scholarios et al., 2003; Fish &
Macklin, 2004). Pengambilan pada hari ini semakin mencabar kerana terdapat
ramai calon yang berkelayakan memohon sesuatu kekosongan jawatan.

 Sumber pengrekrutan: Bernardin & Russell (1997) berkata bahawa merekrut


melalui sumber dalaman merujuk kepada usaha pengrekrutan ke atas sesuatu
posisi kerja daripada para pekerja yang sedia ada di dalam syarikat.Sumber
pengrekrutan secara dalaman antaranya:-
- Iklan Perjawatan
- Tawaran Pekerjaan
4.1 PENGAMBILAN DAN PEMILIHAN
PENGAMBILAN
Pengambilan Dalaman - pengambilan yang berlaku dalam kebimbingan atau organisasi.
- Merujuk kepada kuasa kerja syarikat
-Terdapat tiga kaedah pengambilan dalaman :
a)Perpindahan
b)Promosi
c)Pengambilan kembali bekas pekerja
- Kelebihan yang wujud apabila merekrut melalui sumber dalaman ini:
i) Boleh menyebabkan peningkatan produktiviti pekerja
ii) Melibatkan kos yang murah berbanding jika dibuat secara luaran yakni menjimatkan
masa, wang dan usaha
iii) Kemahiran dan keupayaan pemohon kerja lebih diketahui berbanding pemohon
daripada sumber luaran.
iv) Polisi organisasi yang memberi peluang kenaikan pangkat ini (apabila dibuat melalui
sumber dalaman) akan mengukuhkan moral pekerja, komitmen mereka dan juga kepuasan
kerja.
-kelemahan boleh menghalang organisasi adalah inbreeding yang menyebabkan ia
merosakkan organisasi daripada kewujudan baru dalam syarikat
-tidak semua keperluan tenaga kerja dapat dipenuhi melalui perekrutan dalaman
4.1 PENGAMBILAN DAN PEMILIHAN
Beberapa kelemahan yang wujud melalui penggunaan melalui sumber dalaman
ini, antaranya:
 i) Pendekatan ini dikatakan sebagai mahu mengekalkan cara kerja yang lama
dalam melakukan sesuatu.
 Ii) Kepelbagaian idea dan pemikiran baru tidak dapat dicambahkan dengan
lebih meluas akibat penggunaan sumber dalaman sahaja.
 iii) Politik dalaman mungkin akan memberi kesan yang besar dalam proses
pengrekrutan dan juga proses pemilihan.apabila melalui sumber
dalaman
 iv) Tidak semua keperluan tenaga kerja dapat dipenuhi melalui perekrutan
dalaman
PENGAMBILAN - Pengambilan Luar
Pengambilan Luar - Sumber pengambilan luar perlu diambil dari luar organisasi
Sumber pengrekrutan secara luaran antaranya:-
- Pengiklanan
- Rujukan kepada agensi pekerjaan
- Pertemuan dengan persatuan profesional
- Pengrekrutan pelajar praktikal dari institut pendidikan
- Permohon langsung calon
- Perhubungan dengan agensi pekerjaan
- Media Massa
- Laman Web Syarikat.
- Notis Pekerjaan atau Pengambilan Langsung Pekerjaan di pintu kilang, pertukaran pekerjaan, kontraktor buruh, cadangan
dan lain-lain

-Tetapi ia melibatkan banyak masa dan wang


.
- Kontraktor Buruh (melalui kontrak yang merupakan pekerja organisasi)
- Telecasting (pos di TV, jobstreet)
Beberapa kaedah pengrekrutan melalui sumber
luaran antaranya:-
 a) Temuduga terbuka (walk-in)
Pendekatan yang murah dan selalu digunakan iaitu melalui permohonan secara terus dimana pencari kerja
menyerahkan bahan-bahan (seperti resume) tanpa diminta atau memberitahu secara terus kepada pihak
berkenaan bahawa beliau ingin memohon sesuatu jawatan di syarikat tersebut.
 b) Rujukan (reference)
Ianya adalah secara rujukan ataupun cadangan (recomand) daripada pekerja dalaman syarikat itu sendiri.
 c) Pengiklanan (advertising)
Merujuk kepada hubungan yang dibuat untuk mempromosikan sesuatu perkara seperti barangan,
perkhidmatan dan sebagainya. Media-massa utama untuk membuat pengiklanan pekerjaan ialah
suratkhabar.
 d) Agensi Pekerjaan/Pencari kerja
Selalu digunakan oleh kebanyakan majikan dalam mengenalpasti bakal pekerja yang berpotensi. Terdapat
dua kategori agensi iaitu agensi naungan kerajaan dan juga agensi swasta.
 e) Temuduga Dalam Kampus
Sumber utama merekrut untuk posisi pengurusan dan professional adalah melalui temuduga dalam
kampus. Kebanyakan organisasi besar mencari bakal pekerja berpotensi untuk jawatan bertaraf eksekutif
daripada bakal graduan universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT) yang lain.
 f) Individu lanjut usia / sudah berpencen
`Pekerja tua atau sesiapa yang telah bersara diambil bekerja. Walaupun sesetengah pihak beranggapan
mengambil pekerja lanjut usia / tua ini hanya menjadi mangsa keadaan, akan tetapi fakta menyokong
bahawa individu tua boleh mempersembahkan kualiti kerja dengan lebih baik kerana biasanya golongan ini
berasa amat berbangga dengan usia lanjut masih boleh bekerja dan mereka berasa berterima kasih kepada
majikan yang sudi mengambil golongan tua ini bekerja. Mereka juga mempunyai nilai disiplin dan komitmen
yang tinggi berbanding dengan golongan muda kerana golongan tua ini sudah matang dan berfikiran jauh demi
masa depan.
Kelebihan dan Kelemahan menggunakan
pengrekrutan melalui sumber luaran ini ialah
: a) Ianya merupakan satu pendekatan yang boleh mencambahkan pemikiran dan
juga idea-idea baru dalam proses membuat sesuatu keputusan berkaitan kerja.

Manakala kelemahan-kelemahan yang mungkin wujud pula ialah :

 a) Pengambilan pekerja baru dari luar syarikat mungkin memberi kesan negatif
terhadap moral dan keakraban ahli kumpulan kerja yang sedia ada dalam syarikat
tersebut.

 b) Pekerja dari luar syarikat selalunya mengambil masa yang lebih lama untuk
mempelajari berkenaan aspek kerja.

 c) Pengrekrutan dari luar juga memerlukan kos yang lebih tinggi berbanding
penggunaan sumber dalaman
PEMILIHAN
Pemilihan sangat penting bagi mana-mana organisasi untuk meminimumkan kerugian dan
memaksimumkan keuntungan. Oleh itu prosedur pemilihan harus sempurna.
Proses pemilihan yang baik harus terdiri daripada langkah-langkah berikut:

 Wawancara Pekerjaan - Wawancara pekerjaan adalah satu proses di mana satu-satu sesi
dijalankan dengan pemohon, untuk mengetahui calon yang lebih baik
 Memeriksa Rujukan - Pemeriksaan Rujukan adalah proses mengesahkan kelayakan dan
pengalaman pemohon dengan rujukan yang disediakan olehnya.
 Pemeriksaan Perubatan - Peperiksaan perubatan adalah satu proses, di mana kebolehan fizikal
dan mental pemohon diperiksa untuk memastikan bahawa calon-
calon dapat melakukan pekerjaan atau tidak
 Pemilihan Akhir - Pemilihan akhir adalah proses akhir yang membuktikan bahawa pemohon
telah memenuhi syarat dalam semua proses pemilihan dan akan dikeluarkan
surat pelantikan.
Pemilihan

 Definisi Pemilihan
 Pemilihan merujuk kepada proses pengambilan pekerja yang dibuat oleh
sesebuah organisasi. Proses tersebut bermula daripada mengenalpasti dan
memilih calon dan kemudiannya menempatkan mereka dalam pekerjaan. .
Pemilihan pekerja amat berkait rapat dengan pengambilan kerana kedua-
duanya melibatkan proses menempatkan individu dalam organisasi. Pemilihan
pekerja amat dipengaruhi oleh strategi pengambilan yang digunakan.
4.2 MOTIVASI PEKERJA

Definisi
Dorongan dalaman individu untuk mencapai sesuatu
matlamat atau kemahuan.
4.2 MEMOTIVASIKAN PEKERJA
 Pekerja yang kurang motivasi menjalankan tugas dan tanggungjawabnya akan
menjadi beban serta memberi masalah kepada pengurus atau penyelianya.
 Pekerja seperti ini dapat mempengaruhi pekerja lain untuk melakukan perkara
yang tidak sejajar dengan matlamat organisasi.
 Adalah jelas bahawa motivasi pekerja amat penting untuk menjayakan
rancangan-rancangan organisasi.
 Pastikan sistem dan prosedure kerja berkesan dan senang difahami. Contoh:
semua pekerja perlu diberitahu sejelas-jelasnya mengenai tugas dan prosedur
yang harus dibuat untuk melakukannya.
Motivasi Pekerja
 Sistem insentif perlu dihubungkaitkan dengan prestasi pekerja.
 Pastikan keberkesanan saluran komunikasi. Setiap pengurus dan penyelia perlu
dilatih menggunakan cara efektif dalam perhubungan dengan pekerja bawahan agar
dapat membantu mewujudkan suasana harmoni di dalam pekerjaan.
 Buat perancangan program latihan dan pembangunan pekerja yang tepat,
mencukupi dan secara menyeluruh. Kenalpasti objektif-objektif latihan dan
pembangunan yang perlu dicapai.
 Pekerja yang mahir dalam menjalankan tugasnya akan menjadi lebih bermotivasi.
Pastikan gaya dan cara kepimpinan di dalam organisasi dan budaya korporat
diterapkan.
 Tangani masalah peribadi pekerja mengikut cara yang telah diterima sebagai efektif.
4.3 DISIPLIN PROGRESIF

Definisi
 Disiplin yang progresif adalah proses untuk menangani
tingkah laku yang berkaitan dengan pekerjaan yang tidak
memenuhi jangkaan dan menyampaikan piawai prestasi.
Tujuan utama disiplin progresif adalah untuk membantu
pekerja memahami bahawa masalah prestasi atau peluang
untuk penambahbaikan wujud.
MATLAMAT DISIPLIN PROGRESIF

 Matlamat disiplin progresif adalah untuk mendapatkan


perhatian pekerja supaya dia memahami bahawa
peningkatan prestasi pekerja adalah penting jika mereka
ingin terus bekerja.
4.3 KAEDAH DISIPLIN PROGRESIF
 1) Melakukan kaunseling dengan pekerja tentang prestasi dan memastikan
mereka memahami tugas dan tanggungjawab. Memastikan terdapat
masalah yang menyumbang kepada prestasi yang lemah, yang tidak
segera jelas kepada penyelia. Selesaikan masalah ini secepat mungkin.
 2) Berikan pidato secara lisan atau lisan kepada pekerja untuk prestasi
buruk mereka.
 3) Tulis amaran lisan yang telah dihantar dalam fail pekerja, dan inilah salah
satu nota dalam usaha anda untuk meningkatkan prestasi pekerja di
kemudian hari.
 4) Menggantung kerja bertingkat atau bertingkat kepada pekerja. Mulakan
dengan penggantungan satu hari sehingga lima hari.
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai