Anda di halaman 1dari 6

PUSAT SUMBER

KOLEJ VOKASIONAL KUALA KLAWANG


71600 JELEBU
NEGERI SEMBILAN

KERTAS CADANGAN

BULAN PUSAT SUMBER

PERPUSTAKAAN KOLEJ VOKASIONAL KUALA KLAWANG

DISEDIAKAN OLEH :

NOR HANISAH BINTI ISHAK

KETUA UNIT PUSAT SUMBER

KOLEJ VOKASIONAL KUALA KLAWANG

2019
1.0 PENGENALAN

Pusat Sumber merupakan salah satu nadi utama dalam menjamin keberhasilan pelajar
dan kecemerlangan kolej. Sejak sekian lama, penubuhan Pusat Sumber yang dimulai dengan
perpustakaan sentiasa mengalami perubahan dan anjakan demi menjamin keberkesanan dan
fungsinya dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Selain
mewujudkan prasarana Pusat Sumber yang sesuai dan menarik, minat para pelajar untuk
mengunjungi Pusat Sumber juga haruslah sentiasa disemai dan dipupuk dari masa ke semasa.
Pelbagai program dapat dianjurkan oleh pihak kolej dan Pusat Sumber sendiri untuk menarik
minat pelajar untuk mengunjungi Pusat Sumber seterusnya menggunakan Pusat Sumber
sebagai salah satu sumber ilmu.

2.0 NAMA PROGRAM


Bulan Pusat Sumber Kolej Vokasional Kuala Klawang

3.0 MATLAMAT
Menarik minat para pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat Sumber Kolej
sebagai salah satu wadah pembelajaran yang efektif dan berfungsi.

4.0 OBJEKTIF

i. Menambahkan pengetahuan pelajar mengenai Pusat Sumber Kolej


ii. Menarik minat pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat Sumber
Kolej dengan berkesan
iii. Melatih para pengawas Pusat Sumber Kolej untuk menganjurkan dan mengendalikan
program.
iv. Mengeratkan hubungan sesama Pengawas Pusat Sumber dan para pelajar kolej.

5.0 SASARAN PROGRAM

Pelajar Tahun 1 SVM - 166 orang


Pelajar Tahun 2 SVM - 154 orang
Pelajar Tahun 1 DVM - 126 orang
Pelajar Tahun 2 DVM - 120 orang
Pelajar 5 SKM - 44 orang
Pelajar 4 SKM - 33 orang
JUMLAH 643 orang
6.0 TEMA

PUSAT SUMBER CEMERLANG PEMANGKIN GENERASI TERBILANG

7.0 TARIKH PELAKSANAAN


Sepanjang bulan Julai 2019

8.0 TEMPAT
Sekitar Kolej Vokasional Kuala Klawang,

9.0 AKTIVITI DAN PROGRAM

BIL NAMA OBJEKTIF KAEDAH PELAKSANAAN


PROGRAM
1. Majlis  Menghebahkan  Majlis perasmian akan diadakan pada hari
Perasmian kepada semua pelajar Isnin 7 Julai 2019 ketika perhimpunan
mengenai bulan Pusat rasmi.
Sumber Kolej
2. Kuiz PSS  Menambahkan ilmu  Dua soalan mengenai PSS akan diberikan
pengetahuan pelajar kepada pelajar pada waktu perhimpunan
mengenai PSS kolej pada setiap hari khamis.
3. Info Hunt  Mengeratkan  Aktiviti akan dijalankan pada setiap hari
hubungan antara Selasa sepanjang bulan Julai 2019 ini di
Pengawas Pusat Pusat Sumber Kolej pada waktu rehat.
Sumber dan pelajar  Peserta akan menjawab soalan-soalan yang
 Menambahkan ilmu disediakan
pengetahuan pelajar
mengenai PSS
4. Pengunjung  Menarik minat pelajar  Setiap hari, seorang pengunjung sesi pagi
bertuah untuk mengunjungi dan seorang sesi petang akan dipilih secara
Pusat Sumber Kolej rawak untuk menerima hadiah hamper alat
tulis
 Hadiah akan disampaikan pada setiap hari
Rabu ketika waktu perhimpunan.
5. Pertandingan  Menarik minat pelajar  Program ini akan berlangsung sepanjang
Menulis untuk mengunjungi bulan PS.
Skrip Kartun PS  Peserta dikehendaki menulis skrip
 Mencungkil bakat berdasarkan gambar kartun yang diberi
pelajar dalam
penulisan.
6. Peminjam  Menarik minat pelajar  Setiap minggu, seorang pelajar yang
Terbanyak untuk meminjam meminjam buku paling banyak akan dipilih
Mingguan. buku dari Pusat sebagai pemenang.
Sumber Kolej  Lapan kategori disediakan iaitu kategori
pelajar diploma lelaki dan perempuan dan
kategori pelajar pra diploma lelaki dan
perempuan.

7. Program  Mengumpul semula  Semua buku yang dipinjam tetapi sudah


Pengampunan buku-buku yang tidak melebihi tarikh pemulangan akan diterima
PSS dipulangkan oleh tanpa sebarang denda sepanjang bulan Julai
pelajar
8. Tulisan  Menarik minat para  Sebuah buku akan disediakan di PSS
Tercantik guru untuk menyertai  Guru yang ingin mengambil bahagian
aktiviti-aktiviti di dikehendaki menulis perkataan ‘Pusat
PSS Sumber Kolej Vokasional Kuala Klawang’
dengan tulisan yang paling cantik dan kreatif
 Mengumpul bahan  Menyediakan satu buku skrap bertemakan
9 Buku skrap untuk dijadikan keusahawanan
rujukan para pelajar  Pentandingan terbukan kepada semua
pelajar diploma
Hadiah Nilam  Memupuk semangat  Lapan kategori disediakan iaitu kategori
10 pembaca suka membaca dalam pelajar diploma lelaki dan perempuan dan
buku kalangan pelajar kategori pelajar pra diploma lelaki dan
terbanyak perempuan.
10.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : En Abdul Rahim bin Kassim


(Pengarah)
Pen Penasihat : Cik Rozilah binti Ali
(Timbalan Pengarah Sokongan Akademik)
Penyelaras : Pn Nor Hanisah binti Ishak
(Ketua Unit Pusat Sumber)
Setiausaha : Cik Noor amirah binti Mustafa
Bendahari : Pn Nor Ashikin binti Abdul Rahim
Ahli Jawatankuasa : Ahli PSK

11.0 ANGGARAN BELANJAWAN

HARGA
JUMLAH
BIL PERIHAL BARANG KUANTITI SEUNIT CATATAN
RM
RM
1 Fail 2D (40mm) 20 unit 6.00 120.00

2 Kertas Majong 7 gulung 20.00 140.00

Pemadam Faber Castell


3 66 unit 1.00 66.00
(gred A)
A4 Kertas Warna
4 1 rim 25.00 25.00
Sunflower Cyber Mis

5 Masking Tape (36 mm) 10 unit 2.50 25.00

Ball Pen RX Gel 7 Faber


6 132 unit 1.50 198.00
Castell 0.7

7 Marker Pen White Board 15 batang 3.00 45.00

8 Note book 46 buah 8.50 391.00

9 Test Pad 46 unit 3.60 165.60

10 Management Fail 20 unit 2.50 50.00

JUMLAH 1,225.60

12.0 PENUTUP

Besarlah harapan pihak penganjur agar Bulan Pusat Sumber Kolej Vokasional Kuala
Klawang ini dapat berjalan dengan jayanya dan memberi impak seperti yang diharapkan.
Semoga dengan usaha yang sedikit ini akan menjadi titik permulaan kepada Pusat Sumber
Kolej Vokasional Kuala Klawang yang lebih cemerlang dan gemilang.
Disediakan oleh:

(NOR HANISAH BINTI ISHAK)


Ketua Unit Pusat Sumber
Kolej Vokasional Kuala Klawang

Disemak oleh:

(ROZILAH BINTI ALI@OTHMAN)


Timbalan Pengarah Sokongan Akademik
Kolej Vokasional Kuala Klawang

ULASAN PENGARAH :

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

Diluluskan oleh :

Anda mungkin juga menyukai