Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA CADANGAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN SEMPENA KEMERDEKAAN KALI KE-65

PERINGKAT KV JUASSEH TAHUN 202

TEMA KEMERDEKAAN KALI KE-65 : ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ 


ANJURAN: UNIT KOKURIKULUM, KELAB SEJARAH

1.0 Pendahuluan

Hari Kebangsaan disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun sebagai tanda negara
bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari Kebangsaan disambut secara besar-besaran
bertujuan untuk memperingati detik bersejarah negara kita mencapai kemerdekaan. Pada 31 Ogos ini,
negara kita akan menyambut ulangtahun hari kemerdekaan yang ke-65. Manakala pada 16 September
pula adalah Hari Malaysia bersempena simbolik dan peringatan bagi penubuhan Persekutan Malaysia.
Oleh itu, meskipun negara masih dalam pandemik Covid-19, namun ia tidak menghalang agar sambutan
bulan kebangsaan yang diadakan di peringkat sekolah ini adalah satu usaha untuk memupuk semangat
patriotik dalam jiwa pelajar agar sentiasa sayang dan cinta akan negara serta berusaha untuk
mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai pada hari ini.

2.0 Matlamat

Menghayati dan mencintai serta menyayangi negara Malaysia seterusnya menghargai dan
mempertahankan kedaulatannya serta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang masa.

3.0 Objektif
3.1.1 Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa murid-murid sekolah
supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa.
3.1.2 Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan.
3.1.3 Menyediakan ruang agar murid-murid menggunakan kreativiti mereka semasa menjalankan
kempen ini.

4.0 Anjuran

Unit Kokurikulum dengan kerjasama Kelab Kokurikulum , Kelab Sejarah Dan Unit Kemanusiaan

5.0 Sasaran

Semua pelajar KV JUASSEH.

6.0 Cadangan Tarikh Pelaksanaan

Tempoh pelaksanaan : 4 Minggu


Tarikh : Minggu 1 hingga 3 (1 Ogos 2022 hingga 26 Ogos 2021)
Pertandingan Sempena Bulan Kebangsaan
: Minggu 4 (29 Ogos hingga 2 September 2022)
Penghakiman pertandingan
: 9 September 2022(Jumaat)
Majlis penyampaian hadiah
Sasaran : Semua pelajar KV JUASSEH.

1
7.0 Cadangan Aktiviti/Pertandingan Sempena Bulan Kebangsaan

 Minggu 1 : 7 hingga 8 Ogos 2021 :


1) Pertandingan mewarna poster (Wajib Tahap 1)
2) Pertandingan melukis poster (Wajib Tahap 2)

 Minggu 2 : 14 hingga 15 Ogos 2021 :


1) Pertandingan video membaca lancar petikan (Terbuka Prasekolah & Tahap 1)
2) Pertandingan video mendeklamasikan sajak (Terbuka Tahap 2)
*Petikan dan teks sajak disediakan.
*Sekurang-kurangnya 5 orang wakil peserta dari setiap kelas.

 Minggu 3 : 16 hingga 22 Ogos 2021 :


1) Pertandingan gambar basikal berhias (Terbuka Prasekolah & tahap 1 dan 2)
2) Pertandingan gambar pakaian beragam “Merdeka” (Terbuka Prasekolah & tahap 1 dan 2)
* Sekurang-kurangnya 5 orang wakil peserta dari setiap kelas.

b. Majlis Penyampaian Sambutan Bulan Kebangsaan ke-64 (3 September 2021/Jumaat)

8.0 Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Bil x harga seunit Jumlah


(RM)
1. Peralatan
Kertas lukisan 1 set x RM20 RM20
Kertas A4 1 rim x RM 15.00 RM15
2. Hadiah
i. Pertandingan Mewarna Poster Tahap 1 (Prasekolah,
Tahun 1,2 dan 3 & (Melukis Poster Tahap 2 (Tahun 4, 5
dan 6)

Pertama (Hamper makanan) 1 x RM7 x 7 kelas RM49


Kedua (Hamper makanan) 1 X RM5 x 7 kelas RM35
Ketiga (Hamper makanan) 1 X RM3 x 7 kelas RM21
ii. Pertandingan Video Membaca Lancar Petikan (Terbuka
Prasekolah &Tahap 1) dan Pertandingan Video
Mendeklamasikan Sajak (Terbuka Tahap 2)

Pertama (Hamper makanan) 1 x RM7 x 7 kelas RM49


Kedua (Hamper makanan) 1 X RM5 x 7 kelas RM35
Ketiga (Hamper makanan) 1 X RM3 x 7 kelas RM21
iii. Pertandingan Gambar Basikal Berhias (Terbuka
Prasekolah & tahap 1 dan 2) dan Pertandingan Gambar
Pakaian beragam “Merdeka” (Terbuka Prasekolah &
tahap 1 dan 2)
Pertama (Hamper makanan) 1 x RM10 x 7 kelas RM70
Kedua (Hamper makanan) 1 X RM8 x 7 kelas RM56
Ketiga (Hamper makanan) 1 X RM6 x 7 kelas RM42

2
JUMLAH KESELURUHAN RM413
9.0 Jawatankuasa Induk dan Pelaksana

Jawatankuasa Induk
Penaung : En. Adi Bin Spaiee (Guru Besar)
Pengerusi : En. Mahmood Bin Hj. Gulong (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 1 : Cik Hamdiah Bin Hj. Majini (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Khaliah Binti Hj. Ja’afar (PK Hal Ehwal Murid)
Setiausaha : En. Ha Hilmi Bin Yusof
Penyelaras : Cik Adibah Binti Ahmad Humaidi

Jawatankuasa Pelaksana (Majlis penyampaian hadiah)


 Pengacara : Pn. Nur Azmina Abdullah
: Cik Mary Michelle A/K Risa
 Bacaan doa : En. Ha Hilmi Bin Yusof
 AJK Siaraya : En. Sabri Bin Malikie
 AJK persiapan tempat/backdrop : En. Zakaria Binti Razak
: En. Al Hadi Bin Hj. Sulong
: Pn. Munira Binti Mossin
: Pn. Salina Binti Yahya
 AJK Fotografi : En. Mohd Zulkifli Bin Ab. Ghani
 AJK Kawalan murid : En. Edris Bin Seman
: En. Hj. Salleh Bin Ismail
: Cik Norma Anak Uju
: Pn. Effa Roshaida Erlinda Abdullah
 AJK Hadiah : Cik Siti Aisyah Binti Che Harun
: Pn. Sarmila Binti Musa
: Cik Janibah Binti Husaini
: Pn. Chempaka Binti Hj. Gebar
 AJK Buku program : Cik Adibah Binti Ahmad Humaidi
: Pn. Zainab Binti Senawi
 Hakim-hakim pertandingan :

 Minggu 1 : 7 hingga 8 Ogos 2021 :


1) Pertandingan mewarna poster (Tahap 1) : Cik Norma Anak Uju
2) Pertandingan melukis poster (Tahap 2) : En. Adi Bin Spaiee

 Minggu 2 : 14 hingga 15 Ogos 2021 :


1) Pertandingan video membaca lancar petikan : Pn. Khaliah Binti Hj. Ja’afar
2) Pertandingan video mendeklamasikan sajak : Pn. Salina Binti Yahya

 Minggu 3 : 16 hingga 22 Ogos 2021 :


1) Pertandingan gambar basikal berhias : En. Ha Hilmi Bin Yusof & En. Edris Bin Seman
2) Pertandingan gambar pakaian beragam “Merdeka” : Cik Mary Michelle A/K Risa & Cik Siti
Aisyah Binti Che Harun

3
10.0 Tentatif program

- Tempoh masa diberikan kepada murid-murid untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

 Minggu 1 : 7 hingga 8 Ogos 2021 (Sabtu dan Ahad)

1) Pertandingan mewarna poster (Tahap 1) (Wajib)


2) Pertandingan melukis poster (Tahap 2) (Wajib)

*Tarikh hantar penyertaan : 9 Ogos 2021 (Isnin)

 Minggu 2 : 14 hingga 15 Ogos 2021 (Sabtu dan Ahad)

1) Pertandingan video membaca lancar petikan (Terbuka Prasekolah & Tahap 1)


2) Pertandingan video mendeklamasikan sajak (Terbuka Tahap 2)
*Petikan dan teks sajak disediakan.
(Terbuka : Sekurang-kurangnya 5 orang wakil bagi setiap kelas)

*Tarikh akhir hantar penyertaan : 16 Ogos 2021 (Isnin)

 Minggu 3 : 16 hingga 22 Ogos 2021 (Isnin hingga Ahad) :


1) Pertandingan gambar basikal berhias (Terbuka Prasekolah & tahap 1 dan 2)
2) Pertandingan gambar pakaian beragam “Merdeka” (Terbuka Prasekolah & tahap 1 dan 2)

*Tarikh akhir hantar penyertaan : 23 Ogos 2021 (Isnin)

(*Guru-guru kelas memaklumkan pertandingan pada setiap minggu kepada kelas masing-
masing, mengedar dan memungut semula hasil kerja murid-murid.)

b. Majlis Penyampaian Hadiah

3 September 2021 (Jumaat)

Masa : Aktiviti
7.30 Pagi : Murid-murid berkumpul di Dewan Sekolah mengikut penjarakan fizikal
8.00 Pagi : Ucapan aluan pengerusi majlis
: Bacaan doa
: Ucapan penangguhan guru besar
: Majlis penyampaian hadiah
: Pertunjukan pemenang basikal berhias dan pakaian beragam “Merdeka”
: Nyanyian lagu negaraku, lagu negeri, lagu sekolah dan lagu-lagu patriotik
10.00 Pagi : Kibaran bendera & bersurai

4
11.0 Penutup

Diharap Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2021 di peringkat sekolah yang diadakan secara
ringkas walaupun secara luar talian ini dapat menyemarakkan semangat cintakan negara dan
menghargai erti kemerdekaan meskipun negara masih dalam pandemik Covid-19. Murid-murid akan
lebih bersyukur dan menghargai pengorbanan pejuang tanah air tercinta di samping bersyukur berada
di negara Malaysia yang aman makmur. Semoga aktiviti–aktiviti yang dijalankan dapat memupuk murid-
murid supaya berjiwa patriotik yang sayang serta cinta akan negara, bangsa, sekolah dan diri sendiri.

Disediakan oleh, Diluluskan oleh,

…………………………………………………. …………………………………………

(ADIBAH BINTI AHMAD HUMAIDI) (ADI BIN HJ. SPAIEE)


Penyelaras, Guru Besar,
Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2021, SK Bungin, Spaoh.
SK Bungin, Spaoh.

Anda mungkin juga menyukai