Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN


DAN
MINGGU SAINS SOSIAL DAN
KEMANUSIAAN
SK LONG ATIP
2021
ANJURAN BERSAMA
UNIT KOKURIKULUM
KELAB RUKUN NEGARA
PANITIA SEJARAH
PANITIA PENDIDIKAN MORAL
PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL
PANITIA PENDIDIKAN MUZIK
PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN
TARIKH
6-10 SEPTEMBER 2021
KERTAS KERJA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN DAN MINGGU SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
PERINGKAT SK LONG ATIP TAHUN 2021

TEMA: “ MALAYSIA PRIHATIN”


ANJURAN BERSAMA: UNIT KOKURIKULUM, KELAB RUKUN NEGARA, PANITIA SEJARAH, PANITA
PENDIDIKAN MORAL, PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL, PANITIA PENDIDIKAN MUZIK DAN
PANITIA PJPK

1.0 Pendahuluan

Hari Kebangsaan disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun sebagai tanda negara
bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari Kebangsaan disambut secara besar-besaran
bertujuan untuk memperingati detik bersejarah negara kita mencapai kemerdekaan. Pada 31 Ogos
ini, negara kita akan menyambut ulangtahun hari kemerdekaan yang ke-64. Manakala pada 16
September pula adalah Hari Malaysia bersempena simbolik dan peringatan bagi penubuhan
Persekutan Malaysia. Oleh itu, meskipun negara masih dalam pandemik Covid-19, namun ia tidak
menghalang agar sambutan bulan kebangsaan yang diadakan di peringkat sekolah ini adalah satu
usaha untuk memupuk semangat patriotik dalam jiwa pelajar agar sentiasa sayang dan cinta akan
negara serta berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai pada hari ini.

2.0 Matlamat

Menghayati dan mencintai serta menyayangi negara Malaysia seterusnya menghargai dan
mempertahankan kedaulatannya serta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang masa.

3.0 Objektif
3.1.1 Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa murid-murid sekolah
supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa.
3.1.2 Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan.
3.1.3 Menyediakan ruang agar murid-murid menggunakan kreativiti mereka semasa menjalankan
kempen ini.

4.0 Anjuran Bersama

Unit Kokurikulum, Kelab Rukun Negara, Panitia Sejarah, Panitia Pendidikan Moral, Panitia Pendidikan
Seni Visual, Panitia Pendidikan Muzik dan Panitia PJPK SK Long Atip.

5.0 Sasaran

Semua pelajar SK Long Atip, Baram.

6.0 Cadangan Tarikh Pelaksanaan

Tempoh pelaksanaan : 1 Minggu


Tarikh : 6-10 September 2021

7.0 Cadangan Aktiviti/Pertandingan Sempena Bulan Kebangsaan

Tarikh Aktiviti Catatan


6 September 2021 (Isnin) Panitia Sejarah
7 September 2021 (Selasa)
8 September 2021 (Rabu) Panitia PSV
9 September 2021 (Khamis)
10 September 2021

 Minggu 1 : 7 hingga 8 Ogos 2021 :


1) Pertandingan mewarna poster (Wajib Tahap 1)
2) Pertandingan melukis poster (Wajib Tahap 2)

 Minggu 2 : 14 hingga 15 Ogos 2021 :


1) Pertandingan video membaca lancar petikan (Terbuka Prasekolah & Tahap 1)
2) Pertandingan video mendeklamasikan sajak (Terbuka Tahap 2)
*Petikan dan teks sajak disediakan.
*Sekurang-kurangnya 5 orang wakil peserta dari setiap kelas.

 Minggu 3 : 16 hingga 22 Ogos 2021 :


1) Pertandingan gambar basikal berhias (Terbuka Prasekolah & tahap 1 dan 2)
2) Pertandingan gambar pakaian beragam “Merdeka” (Terbuka Prasekolah & tahap 1
dan 2)
* Sekurang-kurangnya 5 orang wakil peserta dari setiap kelas.

b. Majlis Penyampaian Sambutan Bulan Kebangsaan ke-64 (3 September 2021/Jumaat)

8.0 Anggaran Perbelanjaan

Bi Perkara Bil x harga seunit Jumlah


l (RM)
1. Peralatan
Kertas lukisan 1 set x RM20 RM20
Kertas A4 1 rim x RM 15.00 RM15
2. Hadiah
i. Pertandingan Mewarna Poster Tahap 1 (Prasekolah,
Tahun 1,2 dan 3 & (Melukis Poster Tahap 2 (Tahun 4, 5
dan 6)

Pertama (Hamper makanan) 1 x RM7 x 7 kelas RM49


Kedua (Hamper makanan) 1 X RM5 x 7 kelas RM35
Ketiga (Hamper makanan) 1 X RM3 x 7 kelas RM21
ii. Pertandingan Video Membaca Lancar Petikan (Terbuka
Prasekolah &Tahap 1) dan Pertandingan Video
Mendeklamasikan Sajak (Terbuka Tahap 2)

Pertama (Hamper makanan) 1 x RM7 x 7 kelas RM49


Kedua (Hamper makanan) 1 X RM5 x 7 kelas RM35
Ketiga (Hamper makanan) 1 X RM3 x 7 kelas RM21
iii. Pertandingan Gambar Basikal Berhias (Terbuka
Prasekolah & tahap 1 dan 2) dan Pertandingan Gambar
Pakaian beragam “Merdeka” (Terbuka Prasekolah &
tahap 1 dan 2)
Pertama (Hamper makanan) 1 x RM10 x 7 kelas RM70
Kedua (Hamper makanan) 1 X RM8 x 7 kelas RM56
Ketiga (Hamper makanan) 1 X RM6 x 7 kelas RM42
JUMLAH KESELURUHAN RM413
9.0 Jawatankuasa Induk dan Pelaksana

Jawatankuasa Induk
Penaung : En. Uyo Jok (Guru Besar)
Pengerusi 1 : En. Anderson Anak Nopis (PK Kokurikulum LD)
Pengerusi 2 : Cik Lydia Chinda Anak Awel (PK Pentadbiran LD)
Naib Pengerusi : Cik Perina Anak Dross (PK Hal Ehwal Murid LD)
Setiausaha : Pn. Jessica Unyang Anak Beti
Penyelaras : En. Anderson Anak Nopis
AJK : En. Paul Puak
: Pn. Mary Wan

Jawatankuasa Pelaksana (Majlis penyampaian hadiah)

11.0 Penutup

Diharap Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2021 di peringkat sekolah yang diadakan secara
ringkas walaupun secara luar talian ini dapat menyemarakkan semangat cintakan negara dan
menghargai erti kemerdekaan meskipun negara masih dalam pandemik Covid-19. Murid-murid akan
lebih bersyukur dan menghargai pengorbanan pejuang tanah air tercinta di samping bersyukur
berada di negara Malaysia yang aman makmur. Semoga aktiviti–aktiviti yang dijalankan dapat
memupuk murid-murid supaya berjiwa patriotik yang sayang serta cinta akan negara, bangsa,
sekolah dan diri sendiri.

Disediakan oleh, Diluluskan oleh,

…………………………………………………. …………………………………………

(ADIBAH BINTI AHMAD HUMAIDI) (ADI BIN HJ. SPAIEE)


Penyelaras, Guru Besar,
Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2021, SK Bungin, Spaoh.
SK Bungin, Spaoh.

Anda mungkin juga menyukai