Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN TITI TERAS,

11000 BALIK PULAU, PULAU PINANG

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN DALAM TALIAN “JOM SERLAH BAKATMU”
2021

 Pengenalan

Program berkonsepkan ICT ini merupakan kali kedua dijalankan oleh Panitia
Pendidikan Seni Visual agar dapat mencungkil bakat dari segi teknologi di samping
meningkatkan keyakinan diri murid serta memupuk sikap berdaya saing dalam diri
murid melalui rakaman video ketika menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh
panitia. Dalam suasana menjaga SOP kerana penularan wabak Covid 19,
kemenjadian murid tetap menjadi agenda utama kepada panita.

Justeru Panitia Pendidikan Seni Visual mengambil inisiatif mewujudkan satu


pertandingan secara dalam talian bersama-sama Panitia Sejarah yang dibuka
penyertaannya kepada semua murid yang berminat. Sebanyak tiga rakaman
terbaik akan dipilih bagi setiap penyertaan murid tahap 1 dan tahap 2.

 Rasional

Kemenjadian murid dalam pelbagai bidang iaitu seni dan menghargai sejarah
dapat terus dinilai secara tidak langsung walaupun dalam keadaan negara kita
dilanda pandemik wabak Covid 19.

 Objektif

1. Menyerlah bakat terpendam murid dalam pelbagai bidang terutamanya seni,


sejarah dan ICT.
2. Memupuk sifat berdaya saing di kalangan murid.
3. Membina keyakinan diri walaupun hanya berada di dalam rumah.
4. Memupuk semangat kerjasama murid bersama ahli keluarga.

 Sasaran

Semua murid tahun 1 hingga tahun 6 Sekolah Kebangsaan Titi Teras.

 Jangka masa

Bermula Julai hingga Ogos 2020.


 Anggaran Kos

 Pemenang
o Tempat pertama ; RM 30.00 X 3 program = RM 90.00
o Tempat kedua ; RM 20.00 X 3 program = RM 60.00
o Tempat ketiga ; RM 15.00 X 3 program = RM 45.00
o Saguhati ; RM 8.00 X 15 orang = RM 120.00

Jumlah = RM 315.00

 Perincian Hadiah

1) Hadiah “Pertandingan Si Tangan Emas”


2) Hadiah “Pertandingan Seni 3D

 Pemenang pertama x 1 set RM 30.00 X 1 SET


- Hadiah alat tulis
( Buku kulit keras, pensel mekanikal, ubat pensel,
kotak fail plastik, tabung duit )

 Pemenang kedua x 1 set RM 25.00 X 1 SET


- Hadiah alat tulis
( Buku kulit keras, pensel mekanikal, ubat pensel,
tabung duit, fail document case )

 Pemenang ketiga x 1 set RM 20.00 X 1 SET


- Hadiah alat tulis
( Buku kulit keras, tabung duit, fail document case )

 Saguhati x 10 set RM 7.50 X 10 SET


- Hadiah alat tulis
( Fail document case, pensel 2B )

JUMLAH KESELURUHAN RM 150.00

 Penganjur

Panitia Pendidikan Seni visual bersama Pendidikan Muzik dan Panitia Sejarah

 Pelaksanaan
1. Minggu persediaan murid
- 30 Julai hingga 14 Ogos 2020
2. Minggu Penilaian Panitia
- 15 hingga 16 Ogos 2020
3. Penghantaran video pemenang setiap tahap kepada tuan guru besar
- 17 Ogos 2020

 Jawatankuasa Induk

Penasihat : Pn Rozana binti Mohamed Noordin@Ahmad / Guru Besar


Pengerusi 1 : Pn Noor Hafiza binti Mohd Johari / PK Pentadbiran
Pengerusi 2 : En Othman bin Mat / PK Hal Ehwal Murid
Pengerusi 2 : En Kamarozaman bin Ahmad / PK Kokurikulum
Pengerusi 3 : En Muhammad Nazir bin Omar / Penolong Kanan PPKI
Penyelaras : Pn Azian binti Sabli / Ketua Panitia PSV
: Cik Chin Yan Ning / Ketua Panitia Muzik
: Pn Umi Kalsum binti Mohd Yusop / Ketua Panitia Sejarah
AJK : Semua ahli Panitia PSV
: Semua ahli Panitia Muzik
: Semua ahli Panitia Sejarah

 Syarat – Syarat Pertandingan

 Pertandingan melibatkan semua murid Sekolah Kebangsaan Titi Teras


(Tahun 1 hingga Tahun 6).
 Penilaian dibuat pada akhir minggu penghantaran video murid oleh semua ahli.
 3 Pemenang setiap tahap akan diserahkan nama dan video tersebut kepada
guru besar untuk penilaian akhir.
 Penilaian dibuat melibatkan aspek yang berikut :
a. Memenuhi tema yang diberi
b. Merangkumi tiga subjek seni, muzik dan sejarah
c. Video rakaman haruslah jelas, menarik dan kreatif
d. Rakaman video tidak melebihi 5 minit

 Hakim / Penilai
Ketua Panitia PSV
Ketua Panitia Muzik
Ketua Panitia Sejarah
Guru besar

 Penutup

Pertandingan ini diharap dapat dijalankan berlandaskan matlamat jangka


masa panjang penganjur. Selain itu, ianya adalah untuk merealisasikan visi
Falsafah Pendidikan Kebangsaan di dalam usaha melahirkan individu yang
cemerlang di dalam aspek jasmani, rohani, mental, emosi dan sosialnya. Melalui
pertandingan ini juga diharap objektif penganjur tercapai.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

Pn Nuraisha binti Alias Pn Azian binti Sabli


Setiausaha Ketua Panitia
Panitia PSV SK Titi Teras Panitia PSV SK Titi Teras

Disahkan oleh,

Pn Rozana binti Mohamed Noordin@Ahmad


Guru Besar SK Titi Teras
SEKOLAH KEBANGSAAN TITI TERAS
11000 BALIK PULAU
PULAU PINANG

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN dalam TALIAN


“JOM SERLAH
BAKATMU”

ANJURAN
PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV)
Bersama
PANITIA PENDIDIKAN MUZIK
PANITIA SEJARAH

TARIKH PELAKSANAAN
30 JULAI HINGGA 17 OGOS 2020

Anda mungkin juga menyukai