Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA CHUNG HUA SUNGAI TAPANG ,MJC

KERTAS KERJA PANITIA PENDIDIKAN KESENIAN


BULAN KESENIAN SEKOLAH

1. Tajuk
Bulan Kesenian Sekolah

2. Pendahuluan
Pendidikan Kesenian (Pendidikan Seni Visual dan Muzik) bertujuan memberi peluang kepada
murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan
terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya. Pendidikan kesenian memainkan
peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran.
Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual dan muzik
akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana
ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya
sendiri. Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik,
interpersonel dan intrapersonel serta fasil dalam bidang muzik. Sifat ini amat penting untuk
membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara
seimbang.

3. Objektif
3.1 Mengetahui bahawa seni visual dan muzik merupakan salah satu cabang
keusahawanan.
3.2 Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual dan muzik secara aktif, kritis, kreatif dan
menyeronokkan
3.3 Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera,
3.4 Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual dan muzik.
3.5 Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab,
3.6 Menarik minat murid dalam bidang keusahawanan

4. Pelaksanaan
4.1 Bidang Pendidikan Seni Visual
Tarikh dan Hari : 17 Sep 2019 (Selasa) – 17 Oktober 2019( Khamis)
Masa : Waktu DSV atau PSV
Tempat : Kelas masing-masing

4.2 Bidang Muzik


Tarikh dan Hari : 17 Oktober 2019( Khamis)
Masa : 8.00am – 10.00am
Tempat : Dewan Sekolah

5. AJK Pelaksana
Penasihat : Pn Chew Soh Khim (Guru Besar)
Pengerusi : Pn Sharon Sia Ching Ching , Pn Lai Mok Gie
Penyelaras : Pn Pn Sia Yien Yien, Pn Yee Yit Ling
Setiausaha : Pn Chang Tze Yuin, Pn Foo Ai Ling
Hadiah : Pn Thain Sie Jung, Pn Phang Chui Ying
Peralatan : Semua guru PSV dan Muzik

1
6. Sasaran
Semua murid tahun 1 hingga 6

7. Pelaksanaan / Aktiviti
7.1 Pertandingan memcipta kraf tangan dengan mengunakan bahan terbuang
7.2 Pertandingan menyanyi

8. Angaran Kewangan
Yuran Khas Seni RM 745.00
Bidang Seni visual Bidang Muzik
RM 510 RM235

9. Cadangan Hadiah Pertandingan


Bidang Seni visual Bidang Muzik
Hamper atau Plug Plug
6 Johan RM 96 3 Johan RM 57.00
6 Naib Johan RM 90 3 Naib Johan RM 57.00
6 Tempat Ketiga RM 84 3 Tempat Ketiga RM 57.00
24 Sagu Hati RM 240 12 Sagu Hati RM 63.60
Jumlah RM 510 Jumlah RM 234.60

10. Penutup

Adalah diharap aktiviti ini dapat dijalankan dalam keadaan yang menyeronokkan dan
mempunyai input yang baik serta menyumbang terhadap pembentukkan insan yang
berketrampilan dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Disediakan oleh, Disah dan diluluskan oleh,

.................................... .......................................
(Pn Lai Mok Gie ) (Pn Chew Soh Khim)
Ketua Panitia Pendidikan Kesenian Guru Besar
SJK Chung Hua Sungai Tapang, MJC SJK Chung Hua Sungai Tapang, MJC

Anda mungkin juga menyukai