Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA PROGRAM INSPIRASI SENI SEKOLAH KEBANGSAAN PEDAS 2013

Anjuran : Panitia Pendidikan Seni Visual

1. Pendahuluan

Aktiviti pameran ini secara amnya bertujuan untuk mendedahkan tentang hasil karya seni kepada murid murid, guru guru dan juga warga sekolah. Seni mungkin seringkali dipandang sepi terutamanya di sekolah rendah. Hal ini mungkin berlaku disebabkan kurangnya pendedahan tentangnya. Dengan adanya pameran sebegini ia menjadi satu platform bagi menaikkan lagi martabat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah seterusnya dapat memupuk minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual khasnya dalam kalangan murid murid. Melalui projek pameran ini juga kreativiti murid murid dapat ditingkatkan melalui pelbagai garapan idea penghasilan seni daripada karya yang dipamerkan. Ia secara langsung akan mendorong minat murid untuk menghasilkan karya seni dengan lebih baik pada masa akan datang seterusnya dapat menonjolkan bakat yang terpendam dalam kalangan murid murid.

2. Rasional

Penganjuran program Inspirasi Seni ini merupakan satu wadah bagi semua warga Sekolah Kebangsaan Pedas ( SKP ) khasnya murid murid dalam meningkatkan kreativiti dan juga minat terhadap Pendidikan Seni Visual. Karya - karya yang

dipamerkan adalah dari pelbagai sumber termasuklah hasil karya murid, guru pelatih dan juga karya karya individu tertentu. Oleh itu, dengan melihat pameran ini, minat murid terhadap Pendidikan Seni Visual dapat ditingkatkan. Murid murid juga akan memperoleh idea baru dalam penghasilan karya seni melalui karya karya yang dipamerkan. Oleh itu, ia secara langsung akan dapat meningkatkan daya kreativiti dalam kalangan murid dan juga warga SKP serta dapat menjadi satu lonjakan bagi mencungkil bakat seni yang terpendam dalam kalangan murid.

3. Matlamat 3.1 menerapkan minat dan kecintaan dalam mempelajari subjek Pendidikan Seni Visual. generasi yang kritis, kreatif dan berkemahiran dalam

3.2 melahirkan

menghasilkan karya seni. 3.3 Mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan guru dan murid di samping menambah pengetahuan tentang seni visual.

4. Objektif 4.1 Meningkatkan minat terhadap mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual melalui karya yang dipamerkan. 4.2 Mempertingkatkan dan meluaskan pengetahuan dalam pelbagai jenis karya seni dalam empat bidang mengikut sukatan pelajaran. 4.3 Meningkatkan daya kreativiti melalui idea idea yang diperoleh daripada karya yang dipamerkan. 4.4 Memperkembangkan bakat seni dan juga mencungkil bakat yang terpendam melalui pameran dan aktiviti pertandingan yang dijalankan. 4.5 Memberi peluang murid meneroka pengalaman baru melalui aktiviti pameran yang dilaksanakan. 4.6 Memupuk semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid.

5. Tarikh Pelaksanaan 19 September 2013 ( Jumaat )

6. Tempat Dataran Bestari Sekolah Kebangsaan Pedas

7. Anjuran Panitia Pendidikan Seni Visual

8. Tema INSPIRASI SENI Tema ini dipilih bertepatan dengan objektif pameran ini iaitu untuk meningkatkan minat dan juga kreativiti murid dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Inspirasi secara amnya bermaksud contoh, idola, ikutan dan sebagainya. Oleh itu, tema ini dipilih bertepatan dengan tujuan pameran ini dilaksanakan iaitu bertujuan untuk memupuk minat, meningkatkan kreativiti melalui idea daripada karya karya yang dipamerkan serta mencungkil bakat seni yang terpendam dalam kalangan murid.

9. Kumpulan Sasaran Semua warga Sekolah Kebangsaan Pedas

10. Ahli Jawatankuasa Pelaksana pameran Inspirasi Seni.

PENAUNG Haji Mohammad Anuar bin Idris Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pedas.

PENASIHAT En. Baharom bin Alias ( GPK 1 ) En. Abdul Manan bin Maulod ( GPK HEM ) En. Mohd Ezani Zamani bin Khairan ( GPK KOKURIKULUM)

PENGERUSI Pn. Nurhafizah binti Safiaai

NAIB PENGERUSI Pn. Nurul Azwana binti Ab Malik

SETIAUSAHA Cik Noraini binti Yaakob

NAIB SETIAUSAHA Cik Siti Noor Afiqah binti Mohd Ghawi

BENDAHARI Pn. Aminah@Rosnida binti Mohd. Noor

AHLI JAWATANKUASA KECIL

1. KURATOR PAMERAN Cik Noraini binti Yaakob Cik Siti Noor Afiqah binti Mohd Ghawi

2. JAWATANKUASA HADIAH Pn. Siti Hajar binti Ismail@Ahmad Pn. Hjh. Marinah binti Bajuri

3. URUSETIA Semua guru Pendidikan Seni Visual dan guru pelatih.

11. Belanjawan Rujuk lampiran 1

12. Tentatif program Rujuk lampiran 2

13. Penutup

Jawatankuasa

penganjur

berharap

agar

pihak

pentadbir

Sekolah

Kebangsaan Pedas menyokong penuh pelaksanaan pameran ini. hal ini penting bagi memberi peluang kepada warga SKP terutamanya murid murid dalam meneroka pengalaman baru melalui pameran ini. semoga dengan penganjuran pameran ini akan memberikan satu pengalaman baru kepada warga SKP dan juga dapat meningkatkan minat dan kreativiti dalam kalangan murid seterusnya dapat mencungkil bakat bakat yang terpendam dalam kalangan murid dan warga SKP. Kerjasama dan penglibatan yang aktif daripada semua pihak amat diperlukan bagi memastikan program ini berjalan dengan jayanya. Atas kerjasama dan perhatian daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

( NORAINI BINTI YAAKOB ) Setiausaha, Program Inspirasi Seni 2013 Sekolah Kebangsaan Pedas

.
(HAJI MOHAMMAD ANUAR BIN IDRIS) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pedas

Lampiran 1 ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM PAMERAN INSPIRASI SENI HARGA BIL PERKARA KUANTITI SEUNIT ( RM ) 1. Hadiah Pertandingan menganyam ketupat Tempat pertama Tempat kedua Tempat ketiga 1 1 1 12.00 10.00 8.00 12.00 X 1 10.00 X 1 8.00 X 1 RM 12.00 RM 10.00 RM 8.00 HARGA ( RM X UNIT ) JUMLAH

Pertandingan membentuk pasu kreatif Tempat pertama Tempat kedua Tempat ketiga 1 1 1 12.00 10.00 8.00 12.00 X 1 10.00 X 1 8.00 X 1 RM 12.00 RM 10.00 RM 8.00

Pertandingan membuat boneka Tempat pertama Tempat kedua Tempat ketiga 3 3 3 7.00 5.00 3.00 7.00 X 3 5.00 X 3 3.00 X 3 RM 21.00 RM 15.00 RM 9.00

Pertandingan membuat penanda buku Tempat pertama Tempat kedua Tempat ketiga 3 3 3 7.00 5.00 3.00 7.00 X 3 5.00 X 3 3.00 X 3 RM 21.00 RM 15.00 RM 9.00

Pertandingan membentuk doh ( kuih ) Tempat pertama sahaja. 3 6.00 6.00 x 3 RM 18.00

JUMLAH RM 168.00 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Modelling clay Board Meja Kertas crepe Stapler gun Dawai kokot ( saiz besar ) Tali Span 50 2 10 10 2 2 kotak 1 gulung 10 1.30 0.50 32.00 10.00 2.50 1.00 1.30 x 50 0.50 x 10 32.00 x 2 10.00 x 2 2.50 x 1 1.00 x 10 RM 65.00 RM 5.00 RM 64.00 RM 20.00 RM 2.50 RM 10.00

JUMLAH RM 166.50 JUMLAH KESELURUHAN RM 334.50

PANJAR WANG RUNCIT BIL. PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT ( RM ) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Kain ( scallop ) Dawai bunga Tepung Pewarna makanan Garam Pensil ( 12s ) Buku nota kecil Pen ( fancy ) 20.5 meter 3 3 4 3 6 10 1 2.80 1.50 1.35 0.50 1.00 3.50 0.63 1.75 2.80 x 20.5 m 1.50 x 3 1.35 x 3 0.50 x 4 1.00 x 3 3.50 x 6 0.63 x 10 1.75 x 1 RM 57.40 RM 4.50 RM 4.05 RM 2.00 RM 3.00 RM 21.00 RM 6.30 RM 1.75 HARGA ( RM X UNIT ) JUMLAH

JUMLAH RM 100.00

* sumber kewangan adalah daripada yuran khas- SENI Lampiran 2

TENTATIF PROGRAM PAMERAN INSPIRASI SENI

Tarikh Tempat

: 19 Julai 2913 (Jumaat) : Dataran Bestari Sekolah Kebangsaan Pedas.

Masa 8.00 a.m 8.00 9.00 a.m

Aktiviti Pameran bermula Pertandingan murid ( tahun 1 & 4 ) Membuat boneka Membuat penanda buku

Demonstrasi Teknik pualaman Teknik garam 8.00 a.m. 10.00 a.m

9.00 a.m. 10.00 a.m.

Pertandingan murid ( tahun 5 & 6 ) Membuat boneka Membuat penanda buku

Demonstrasi Teknik pualaman

Pertandingan guru * Anyaman ketupat Membentuk pasu

10.10 a.m 10.50 a.m. 10.50 a.m. 12.10 p.m. 12.10 p.m. 2.30 p.m. 2.45 p.m. 3.15 p.m. 3.15 p. m. 4.00 p.m. 4.00 p.m.

Rehat Pameran Rehat Demonstrasi Teknik pualaman

Pameran Pameran selesai

*pertandingan dilaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan mengikut


kesesuaian masa guru guru.

Anda mungkin juga menyukai