Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA DAN CADANGAN

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUCHING, SARAWAK


PADA 20 SEPTEMBER 2023 SEHINGGA 22 SEPTEMBER 2023

1.0 PENDAHULUAN
Berpegang kepada pepatah “jauh berjalan, luas pemandangan, banyak
pengalaman”, maka Sekolah Kebangsaan Morni Pok telah bercadang untuk mengadakan
lawatan sambil belajar ke Kuching, Sarawak. Selain menjadi antara program tahunan, ia juga
merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan
pengalaman secara langsung kepada murid-murid. Melalui program ini juga, diharapkan
guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam
menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat
murid. Bagi tahun 2023, pihak sekolah telah bersetuju untuk memilih Kuching destinasi
aktiviti lawatan sambil belajar murid tahun 6. Kuching dipilih kerana kedudukannya sebagai
ibu negeri Sarawak dan memiliki banyak tarikan pelancong.

2.0 RASIONAL
Selaras dengan hasrat Negara, maka program ini diadakan untuk memberi
pendedahan secara langsung kepada murid-murid sekolah rendah. Melalui aktiviti seperti ini,
keyakinan mereka untuk berhadapan dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan. Selain
itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka
minda dan memberi inspirasi kepada murid untuk meneroka masa depan yang lebih baik.

3.0 OBJEKTIF
3.1. Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada murid-murid untuk
membina keyakinan diri melalui aktivti sosial yang bersesuaian.
3.2. Dapat membuka minda dengan suasana dan pengalaman yang baru.
3.3 Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan dengan dunia luar
dan masyarakat.
3.4. Menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang budaya masyarakat yang berbilang kaum
yang terdapat di negeri Sarawak berdasarkan tempat-tempat yang akan dilawati.

4.0 DESTINASI
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Lapangan Terbang Kuching, Sek Men Sains
Kuching Utara (SAKURA), Perkampungan kek lapis Sarawak, Kampung
Kebudayaan Sarawak, Muzium Kucing, Pasar Satok, Pusat Hidupan Liar Semenggoh,
Jong Crocodile Farm, Waterfront Kuching.

5.0 PERLAKSANAAN LAWATAN

Tarikh : 20 September 2023 – 22 September 2023


Hari : Rabu hingga Jumaat
6.0 KUMPULAN SASARAN

Program ini disasarkan kepada murid-murid tahap 2.

7.0 KUTIPAN

7.1. PUNCA KEWANGAN

1.1. Kutipan Peserta (40 orang x RM600.00) = RM24,000.00


1.2. Sumbangan sekolah = RM 300.00
1.3. Sumbangan PIBG = RM 500.00
1.4. Sumbangan dan Punca Lain = RM 500.00
--------------------
JUMLAH = RM25,300.00
_____________

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

2.1. Tiket kapal terbang (Johor Bahru – Kuching) pergi dan balik = RM15,000.00
2.2. Bayaran bas lawatan di Kuching = RM 3,700.00
2.3. Penginapan di Place2stay Business Hotel = RM 2,080.00
2.4. Makanan Peserta = RM 2,500.00
2.5. Tiket Masuk = RM 1,920.00
2.6. Lain-lain Perbelanjaan =RM 100.00
-------------------
JUMLAH = RM25,300.00
_____________

9.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pn. Rohani bt Mat Kamis


(Guru Besar SK Morni Pok)
Naib Pengerusi : Pn. Junaidah bt Buang
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Setiausaha : Pn Suriana bt Kasim
Bendahari : Pn. Nor Aida Farahan bt Mohd Nor
AJK Penginapan Pn. Rosmawati bt Awang
AJK Pengangkutan : Pn. Ross Nani bt Dollah
AJK Makanan dan Minuman : En. Anwar Fathi bin Burhanuddin
10.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA

a) SETIAUSAHA
Menyediakan surat menyurat, menghubungi pihak-pihak yang terlibat dengan proram
lawatan. Memaklumkan kepada Pengerusi/Naib Pengerusi tentang perkembangan terkini
urusan program. Membuat follow up pada setiap AJK. Menyediakan semua tindakan AJK.

b) BENDAHARI
Menerima wang pendapatan, kutipan dan sumbangan. Mengawasi perbelanjaan dan
menyelaraskan wang keluar masuk.

c) JK PENGANGKUTAN
Menguruskan tempahan tiket kapal terbang dan menghubungi pihak bas,
bayaran, memastikan mempunyai permit dan insurans serta memastikan kedudukan murid
semasa di dalam bas.

d) JK MAKANAN
Menguruskan makan dan minum murid sepanjang lawatan.

e) JK DOKUMENTASI
Membuat laporan tentang lawatan
11.0 TENTATIF LAWATAN
Tarikh Masa Tempat Yang Dilawati Nama dan Alamat Penuh
Tempat Bermalam

20 4.30 Pagi Bertolak dari sekolah SK Morni Ibubapa/penjaga di minta


September Pok ke Lapangan Terbang menghantar anak
2023 Senai, Johor. tuan/puan sendiri ke Senai
(Rabu)
7.30 Pagi Ketibaan di Lapangan Terbang
Kuching, Sarawak

8.00 Pagi Sarapan Pagi

9.00 Pagi Lawatan Penanda Aras ke Sek. Men. Sains Kuching


Sekolah Cemerlang Sek. Men. Utara (SAKURA), Jln
Sains Kuching Utara Batu Kawa off Jln Matang,
(SAKURA) Petra Jaya, 93050
1.00 Petang Kuching, Sarawak.
Tugu Burung Kenyalang
3.00 Petang Place2stay Business Hotel
Check-in Hotel di Place2stay @ Waterfront, Lot 299-
Business Hotel @ Waterfront 303, Section 49 KTLD,
4.00 Petang Jln Abell, 93100 Kuching,
Lawatan ke Perkampungan Kek Sarawak.
Lapis Sarawak (culture
Village), Waterfront
7.00 Malam
Makan malam
8.00 Malam
Balik hotel

21 7.00 Pagi Sarapan pagi


September
2023 8.30 Pagi Lawatan ke Kampung Kampung Budaya
(Khamis) Kebudayaan Sarawak, Sarawak, Pantai Damai,
Santubong Santubong, 93762
12.30 T/hari Kuching, Sarawak.
Makan tengahari
2.00 Petang
Muzium Kucing Muzium Kucing, Bukit
3.30 Petang Siol, Jln Semariang, Petra
Kuching Orchid Garden Jaya, 93000 Kuching,
5.00 Petang Sarawak.
Pasar Satok Kubah Ria
7.00 Malam Kompleks Kubah Ria, Jln
Makan malam Matang, Kuching,
7.30 Malam Sarawak.
Balik hotel
22 7.00 Pagi Check-out hotel Place2stay Business Hotel
September @ Waterfront, Lot 299-
2023 7.30 Pagi Sarapan pagi 303, Section 49 KTLD,
(Jumaat) Jln Abell,
9.00 Pagi Lawatan ke Pusat Hidupan Liar
Semenggoh/Pusat Orang Utan
Semenggoh Pusat Hidupan Liar
Semenggoh, Jln Pucak
12.30 T/hari Makan tengahari Borneo, 93250 Kuching,
Sarawak.
2.00 Petang Lawatan ke Jong Crocodile
Farm, Siburan
Jong’S Crocodile Farm,
4.00 Petang Minum petang Jln Kuching-Serian, 94200
Siburan, Sarawak.
4.30 Petang Ke Lapangan Terbang Kuching,
Sarawak

7.45 Malam Dijangka tiba di Lapangan


Terbang Senai, Johor.
9.00 Malam
Dijangka tiba di SK Morni Pok. Ibubapa/penjaga di minta
mengambil anak tuan/puan
di Senai.

12.0 PENUTUP
Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru
kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Morni Pok. Melalui program ini juga murid diberi
pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-rakan.
Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada masa
hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti
lawatan ini.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

……………………………… ……………………………
(SURIANA BINTI KASIM) (ROHANI BT MAT KAMIS)
Guru Bimbingan dan Kaunseling Guru Besar
Sek. Keb. Morni Pok Sek. Keb. Morni Pok

Anda mungkin juga menyukai