Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH TERHADAP PELAKSANAAN MUZIK DI SEKOLAH RENDAH SRI DAMAI Sekolah Kebangsaan Sri Damai,

Petaling Jaya terletak berdekatan dengan kawasan perumahan Seksyen 17 di tengah-tengah Bandar Petaling Jaya. Sebuah sekolah yang asalnya terkenal dengan aliran Inggerisnya pada era 80-an sehingga 90-an menyebabkan sekolah ini mempunyai lagu sekolah di dalam Bahasa Inggeris. Pada masa ini, sekolah ini mempunyai tiga blok bangunan utama yang didirikan pada era yang berlainan iaitu satu bangunan zaman Inggeris, satu bangunan pada era 80-an dan satu bangunan tiga tingkat pada tahun 2004. Bangunan baru empat tingkat inilah yang menempatkan Bilik Muzik, Sekolah Kebangsaan Sri Damai yang terletak di tingkat tiga. Sebuah bilik luas yang mengandungi pelbagai khazanah muzik, juga mengandungi bilik untuk setor Bahan Bantu Mengajar dan juga sebuah bilik untuk proses rakaman. Secara amnya bilik ini memang sesuai untuk proses pembelajaran dan pengajaran muzik. Mengandungi alat-alat muzik seperti kibod, melodian, gitar, drum, dan pelbagai alat akustik yang lain. Juga terdapat carta-carta muzik yang disusun dengan rapi di dinding bilik. Terdapat juga beberapa jurnal, majalah dan sukatan dan huraian sukatan yang disusun pada sebuah rak. Saya telah mengambil masa untuk membaca dan mentelaah huraian sukatan KSSR yang baru. Saya mendapati ia amat membantu guru-guru dalam pengajaran kelas Muzik kerana semua aspek pengajaran dan pembelajaran telah disediakan oleh pihak Kementerian. Namun begitu setelah dibuat pemerhatian dengan teliti, bilik ini sebenarnya tidak diuruskan dengan baik. Bilik ini tidak dirawat dengan sempurna berdasarkan habuk atau debu yang terdapat di atas lantai, meja guru,rak-rak, apatah lagi di dalam setor. Carta-carta yang digantung menarik tetapi tidak pernah bertukar sejak beberapa tahun kebelakangan. Alat seperti organ tidak berfungsi, tali gitar yang putus tidak berganti dan organ yang telah rosak terperosok dalam bilik setor. Bilik ini juga tidak mempunyai peraturan bilik, jadual waktu penggunaan bilik, buku penggunaan bilik dan peralatan. Juga tidak kelihatan buku stok perabut dan juga peralatan muzik, carta organisasi Pendidikan Muzik. bilik muzik serta jawatan kuasa Panitia

Berdasarkan

tinjauan

saya

juga

semasa

proses

pembelajaran

dan

pengajaran dijalankan kebanyakan guru yang bukan opsyen Muzik hanya mengajar Pendidikan Muzik di kelas-kelas sahaja, berpandukan buku teks dan juga sebuah pemain cakera padat. Guru memainkan muzik dari cakera padat dan murid-murid menyanyikan lagu mengikut alunan muzik yang didengar dengan panduan guru. Apa yang saya lihat murid-murid berasa seronok, apatah lagi guru yang mengajar. Murid memanglah seronok kerana mereka sukakan muzik tetapi apakah nilai-nilai yang dapat dipupuk dan diberi kepada murid-murid tersebut untuk bekalan mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Di manakah proses 5P yang sepatutnya digabung di dalam proses pembelajaran dan pengajaran tersebut? Guru-guru ini terutamanya guru yang bukan beropsyen muzik sebenarnya tidak pun mendapat latihan yang secukupnya untuk mengajar Pendidikan Muzik. Mereka hanya diarahkan untuk mengajar mata pelajaran tersebut sekadar melengkapkan jadual waktu atau pun mencukupkan jumlah masa pengajaran guru tersebut dalam seminggu. Murid langsung tidak diajar bermain alatan muzik seperti rekoder atau alat perkusi yang lain. Apatah lagi memainkan muzik mengikut not-not yang sepatutnya mereka pelajari. Bagi guru-guru muzik yang beropsyen muzik sedikit kelainan di dalam proses pembelajaran dan pengajaran mereka. Mereka mengajar dan murid-murid belajar bermain alat-alat muzik berpandukan not yang diajar. Mereka diajar not dan memainkan alat muzik terutamanya rekoder dengan penggabungan mata pelajaran lain seperti Matematik,Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris menggunakan bahan akustik yang lain dalam proses tersebut. Murid-murid ini belajar dengan lebih seronok kerana mereka dapat memainkan alatan muzik sambil menghayati lagu yang dipelajari. Ilmu yang mereka dapat adalah lebih dari rakan-rakannya yang diajar oleh guru bukan beropsyen muzik. Apa yang lebih malang lagi dalam proses pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Muzik terutamanya murid-murid tahun enam, mereka telah dinafikan hak untuk belajar muzik. Pada masa mereka sepatutnya belajar Pendidikan Muzik mereka telah diajar dengan subjek lain seperti Sains, Bahasa Inggeris dan juga Matematik, komponen utama di dalam peperiksaan UPSR. Apa yang sangat tetapi jarang

memelikkan perkara ini mendapat restu daripada pihak pentadbiran. Kenapakah perkara ini berlaku? Pemantauan yang dilakukan oleh pihak pentadbir terutama pemantauan semasa proses pembelajaran dan pengajaran, dan juga pemantauan buku latihan dan prestasi murid dalam subjek Pendidikan Muzik juga tidak dilakukan. Pihak pentadbir hanya memantau empat subjek teras sahaja. Perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku dalam sistem pendidikan yang telah disusun dan digarap dengan baik demi perkembangan murid-murid yang dituntut dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Refleksi tentang Pengalaman Berasaskan Sekolah Tugasan yang diberikan kepada saya dalam membuat pemerhatian ini membuatkan saya sedar bahawa sebagai seorang pendidik yang mengajar Pendidikan Muzik di sekolah, kita mempunyai satu tanggung jawab yang begitu besar mendidik pelajaran tersebut walaupun tanggapan ramai beranggapan mata pelajaran tersebut hanya sebagai mata pelajaran kelas yang tidak penting kerana ia tidak termasuk dalam UPSR. Tanggapan tersebut hendaklah dikikis dan dibuang jauh-jauh. Muzik dan kanak-kanak tidak dapat dipisahkan. Ibu-ibu mendodoikan anak dibuaian atau dipangkuan dengan irama yang mendayu-dayu hanya untuk menenangkan anak mereka yang masih merah. Anak yang kecil itupun dapat merasakan keindahan muzik dodoian ibu mereka sehingga mereka dapat melelapkan mata. Anak yang kecil ini pun dapat menghilangkan rasa kebosanan dalam diri mereka apabila mendengar muzik. Bagaimana pula bagi kanak-kanak yang meningkat umurnya, terutama mereka yang belajar di sekolah rendah ? Impak yang besar dapat dilihat kepada diri murid-murid sekiranya kita sebagai seorang pendidik dapat mendidik murid-murid dengan betul dan bertanggung jawab. Pendidikan Muzik memainkan peranan yang besar. Pada peringkat rendah sepatutnya mereka tidak disogok dengan keputusan peperiksaan yang

membanggakan pihak sekolah, ibubapa dan juga guru yang mengajar, tetapi diperingkat inilah sebenarnya persediaan yang cukup diberikan kepada mereka dalam menghadapi persekolahan di peringkat menengah dan juga institusi yang lebih tinggi. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang digarap begitu rupa seolah-olah hanya menjadi falsafah yang dilekatkan di dinding sekolah dan juga bukubuku.Falsafah yang menginginkan setiap individu itu mendapat pendidikan yang sempurna, seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani,intelek dan sosial telah dinafikan oleh setiap lapisan bidang perguruan apabila keputusan peperiksaan diumumkan. Apa yang pasti hanya cabang intelek sahaja yang dititik

berat dan dipertaruhkan kepada murid-murid dalam menghadapi cabaran yang lebih mencabar di masa mereka dewasa kelak. Pihak yang bertanggung jawab hendaklah mengkaji semula Pendidikan Muzik di sekolah-sekolah. Sebagai contoh, Negara Jepun yang maju telah

memperuntukkan masa Pendidikan Muzik

sebanyak 120 minit seminggu untuk

murid-murid tahun satu hingga ke tingkatan tiga. Manakala di Jerman pula 90 minit masa Pendidikan Muzik diperuntukkan untuk murid-murid yang berumur antara 7 hingga 14 tahun. Negara kita pula memperuntukkan masa 90 minit untuk tahap satu ( 60 minit untuk KSSR- bermula tahun 2011) dan 60 minit untuk tahap dua. Adakah masa yang diperuntukkan itu mencukupi untuk membentuk seorang murid yang dapat berkembang dengan seimbang. Penglibatan murid dalam pendidikan muzik akan dapat memelihara aspek perasaan, kreativiti, nilai estetika, memperkembangkan kecerdasan mental, psikomotor dan juga nilai sosial. Oleh yang demikian kita sebagai pendidik, samada yang membuat dasar atau melaksanakannya, mesti bermuhasabah diri dan berfikir apa yang kita telah lakukan. Banyak perkara yang masih kita boleh perbetulkan sebelum terlambat. Pihak Kementerian seharusnya peka dengan keadaan ini. Latihan-latihan dalam perkhidmatan patut diberikan kepada guru-guru yang mengajar pendidikan muzik dari masa kesemasa. Guru-guru opsyen muzik hendaklah membantu memberikan latihan samada diperingkat dalaman atau luaran.

Anda mungkin juga menyukai