Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KERJA:

PEMBANGUNAN DAN
PENYEDIAAN TEKS
ENGLISH ASSEMBLY
2019

TARIKH PELAKSANAAN: MAC - NOVEMBER

TEMPAT: TAPAK PERHIMPUNAN SK JENDERAM

ANJURAN: PANITIA BAHASA INGGERIS &

UNIT DISIPLIN SERTA BIMBINGAN KAUNSELING


KERTAS KERJA PEMBANGUNAN DAN PENYEDIAAN TEKS ENGLISH
ASSEMBLY DI BAWAH HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP) DENGAN
KERJASAMA UNIT DISIPLIN DAN BIMBINGAN KAUNSELING.

RASIONAL
Program ENGLISH ASSEMBLY merupakan salah satu program yang bertujuan untuk
menyediakan teks ucapan semasa perhimpunan rasmi pada setiap hari Isnin minggu kedua dan
keempat. Program ini bertujuan untuk mewujudkan environmen berbahasa Inggeris selari
dengan dasar kementerian untuk memperkasakan Bahasa Inggeris melalui HIP. Program ini
boleh membantu semua murid dan guru untuk memantap dan meningkatkan kemahiran dan
kefasihan dalam berbahasa Inggeris dalam bentuk pendengaran dan pertuturan. Justeru itu,
Panitia Bahasa Inggeris dengan kerjasama Unit Disiplin dan Bimbingan Kaunseling akan
menganjurkan satu program dinamakan English Assembly di mana perhimpunan rasmi pada
setiap hari Isnin pada minggu kedua dan keempat akan diadakan dalam Bahasa Inggeris.

PENDAHULUAN
Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk menyediakan anggaran kos sebenar bagi menampung
kos program Panitia Bahasa Inggeris untuk program English Assembly bagi membantu semua
murid dan guru memantap dan meningkatkan kemahiran dan kefasihan dalam matapelajaran
Bahasa Inggeris sama ada dalam bentuk pendengaran dan pertuturan.

OBJEKTIF
Objektif utama program ini adalah untuk membantu semua murid dan guru memantap dan
meningkatkan kemahiran dan kefasihan dalam matapelajaran Bahasa Inggeris sama ada dalam
bentuk pendengaran dan pertuturan. Di samping itu, program ini akan meningkatkan minat
semua murid dan guru dalam matapelajaran Bahsa Inggeris, berkomunikasi dalam Bahasa
Inggeris dalam sesi pembelajaran serta rutin harian mereka.

TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM


Minggu Pertama Setiap Bulan bermula Mac 2019 hingga November 2019

TEMPAT
Tapak perhimpunan SK Jenderam.

SASARAN PESERTA
Semua guru dan murid SK Jenderam.
PENUTUP

Program ini pastinya akan memberi ruang kepada murid-murid untuk berinteraksi,
membuka minda dan membentuk sahsiah positif, dengan matlamat melahirkan bakal
murid yang serba boleh dan berketrampilan. Justeru, peluang yang diberikan harus
dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh murid-murid bagi membentuk jati diri dan saling
hormat-menghormati antara satu sama lain.

Disediakan oleh,

___________________________________

(FAUZIATUL DURRA BT AHAMAD FAUZI)


Setiausaha
Panitia Bahasa Inggeris

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN


Disahkan oleh,

_____________________________________
Lampiran 1
PEMBANGUNAN DAN PENYEDIAAN TEKS ENGLISH ASSEMBLY DI BAWAH
HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP)

AHLI JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI: PN. NOORIAH BT KASAH


NAIB PENGERUSI: PN. FARIDAH BT ISMAIL
PENYELARAS: PN. RAZLIZA BT ABD RAHMAN
SETIAUSAHA: PN. FAUZIATUL DURRA BT AHAMAD FAUZI

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA TRANSLATION:
FAUZIATUL DURRA BT AHAMAD FAUZI
RAZLIZA BT ABDUL RAHMAN
NAZIRAH BT MOHAMED NOORDIN

JURULATIH PENGACARA MAJLIS:


FAUZIATUL DURRA
NOR SAIDAH BT MAT SAID

JURULATIH IKRAR:
FADZIL BIN MOHD ALI

AHLI JAWATANKUASA:
SEMUA GURU
Lampiran 2
TEKS PENGACARAAN RASMI PERHIMPUNAN MINGGUAN

1. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

2. Bismillahirahmaanirrahim..

3. Semua murid dan guru diminta bersedia untuk menyanyikan 3 buah lagu.

4. Kita akan menyanyikan 3 buah lagu dimulakan dengan lagu Negaraku, lagu negeri Selangor
dan Melodi Setia dengan penuh semangat dan bersama-sama.

5. Bagi memberkati majlis perhimpunan kita pada pagi ini, dijemput wakil murid untuk
membacakan doa.

6. Terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

7. Sekarang saya menjemput ketua murid untuk mengetuai bacaan Ikrar Warga Sekolah dan
Ikrar Keselamatan Jalan Raya.

8. Terima kasih atas bacaan ikrar sebentar tadi.

9. Semua guru dan murid dijemput duduk.

10. Yang dihormati:


Guru Besar SK Jenderam, Puan Nooriah binti Kasah
Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Faridah binti Ismail
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Razimah binti Abd Aziz
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Puan Nazirah binti Mohamed Noordin
Guru-guru dan rakan-rakan sekelian.

11. Seterusnya, saya menjemput guru yang bertugas pada minggu ini untuk menyampaikan
ucapan, dipersilakan.

12. Terima kasih diucapkan kepada ……………………. di atas ucapan sebentar tadi.

13. Dijemput kepada guru-guru lain sekiranya ada ucapan atau pesanan yang ingin
disampaikan.

14. Terima kasih kepada …………………….. di atas ucapan sebentar tadi.

15. Majlis akan diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah Pertandingan Kebersihan dan
Keceriaan Kelas.

16. Dijemput ………………………………….. untuk menyampaikan hadiah.


17. Terima kasih diucapkan kepada …………………………. Kerana sudi menyampaikan
hadiah sebentar tadi.

18. Bagi meneruskan majlis perhimpunan pada pagi ini, dijemput wakil pentadbir:
Guru Besar SK Jenderam, Puan Nooriah binti Kasah
Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Faridah binti Ismail
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Razimah binti Abd Aziz
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Puan Nazirah binti Mohamed Noordin
Untuk menyampaikan ucapan, dipersilakan.

19. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

20. Kita akhiri perhimpunan kita pada pagi ini dengan bacaan Surah Al-Asr dan tasbih kifarah.

21. Semua murid boleh berdiri dan bergerak ke kelas masing-masing diiringi dengan
pengawas.

22. Sekian assalammualaikum.

Lampiran 3

THE OFFICIAL ASSEMBLY TEXT


1. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

2. Bismillahirahmaanirrahim..

3. Teachers and pupils are cordially asked to stand.

4. We will sing the National Anthem and the Selangor State Anthem. Please
stand still and get ready to sing.

5. Without further a due, to begin this morning, I would like to invite the prefect
on duty to recite the Doa.

6. Thank you ………………….. for the recitation of Doa.

7. Next, I would like to invite the head prefect to recite the School Pledge and
Road Safety Pledge.

8. Thank you.

9. All the teachers and pupils may take their seats now. All students are asked to
sit quietly and orderly.

10. Good morning to respected:


Headmistress of SK Jenderam, Puan Nooriah bt Kasah,
Senior Assistant of Academic and Administration, Puan Faridah bt Ismail,
Senior Assistant of Students’ Affair , Puan Razimah bt Abd Aziz,
Senior Assistant of Co-Curriculum, Puan Nazirah bt Mohamed Noordin,
Teachers and fellow friends.

11. Now, I would like to invite the head of teachers on duty this week to deliver
speech.

12. Thank you …………………………………….

13. Next, I would like to invite any teacher who would like to make any
announcement.

14. Thank you ………………………………………


15. Next, we move on to Classroom Cleanliness Competition prize-giving
ceremony.

16. I would like to invite …………………………… to give away the trophies:

Second runner-up goes to ……………………………. (3rd place)


First runner-up goes to …………………………… (2nd place)
The champion goes to ………………………….. (1st place)

17. Thank you ……………………………

18. Without further a due, I would like to invite the


Headmistress of SK Jenderam, Puan Nooriah bt Kasah,
Senior Assistant of Academic and Administration, Puan Faridah bt Ismail,
Senior Assistant of Students’ Affair , Puan Razimah bt Abd Aziz,
Senior Assistant of Co-Curriculum, Puan Nazirah bt Mohamed Noordin,

19. Thank you ……………………………….

20. Before we end our assembly, we will sing the school song, Melodi Setia.
Please stand up and get ready to sing.

21. We end this assembly with the recitation of Al-Asr and Tasbih Kifarah.

22. All pupils please stand up and walk accordingly and quietly to your classroom
accompanied by prefects. Thank you.
Lampiran 4

IKRAR RUKUNEGARA

Kami sebagai rakyat Malaysia


Dengan penuh kesyukuran
Berikrar
Akan sentiasa memberi
Serta menumpukan taat setia
Yang tidak berbelah bagi
Kepada Negara Malaysia
Yang kami cintai.

Kami berikrar
Akan sentiasa menjunjung
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan kesusilaan

IKRAR KESELAMATAN JALAN RAYA

Kami pengguna jalan raya berwawasan,


Berikrar,
Akan patuh kepada undang-undang,
Akan mengutamakan keselamatan,
Akan mempertingkatkan kemahiran,
Akan menjaga tatatertib di jalan raya,
Akan menjadi pengguna jalan raya yang berhemah.

Lampiran 5

NATIONAL PLEDGE

We, the people of Malaysia,


Pledge our united efforts, to attain these ends,
based on the following principles:
- Belief in God
- Loyalty to the King and country
- Supremacy of the Constitution
- Uphold the Righteousness of Law
- Decency and morality

ROAD SAFETY PLEDGE


We, the road users,
Taking a pledge,
Will obey the law,
Will focus on safety,
Will upgrade driving skills,
Will uphold manners on the road,
Will be a wise road user.

Anda mungkin juga menyukai