Anda di halaman 1dari 3

BENGKEL ASAS TARI ( HARI PERTAMA)

1. Peserta dari setiap sekolah iaitu SMK kapit, SMK Kapit No.2, SK Song dan
SK Belaga berkumpul di dewan makan untuk mendengar taklimat daripada
penganjur tentang tentatif program.
2. Pelajar berkenalan sesama mereka untuk menyesuaikan diri dalam
kalangan mereka sepanjang bengkel berlangsung.
3. Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan yang setiap kumpulan disertai
oleh pelajar-pelajar dari sekolah yang berlainan.
4. Tenaga pengajar dan pelajar membuat warm up sebelum memulakan
gerakan tarian.
5. Barisan tenaga pengajar membuat demostrasi tentang langkah-langkah
asas beberapa jenis tarian seperti joget, inang, zapin dan ngajat secara
keseluruhan.
Bengkel Asas Tari yang diadakan memberi peluang yang cukup besar
kepada pelajar untuk mengenali asal usul seni tari. Di samping pelajar
dapat mempelajari teknik-teknik asas setiap jenis tarian, pelajar juga dapat
melatih diri dengan nilai kerjasama dalam kumpulan. Bagi guru-guru
pengiring pula, kami dapat bertukar-tukar idea serta info berkaitan dengan
seni tarian.
BENGKEL ASAS TARI ( HARI KEDUA)
1. Guru tari memberi penerangan tentang beberapan jenis tarian melayu
seperti joget, Inang dan Zapin serta tarian etnik sarawak iaitu Ngajat dari
segi sejarah dan asal usulnya.
2. Guru tari menunjukkan langkah-langkah asas untuk setiap jenis tarian dan
meminta pelajar mencuba langkah-langkah tersebut dengan diiringi alunan
muzik.
3. Peserta diminta untuk mereka bunga tari masing-masing dalam setiap
kumpulan dan berlatih bagi memantapkan gerak tari berkumpulan untuk
dipersembahkan di hadapan guru-guru dan para jemputan.
4. Pertunjukkan hasil gerak tari yang dibentuk oleh setiap kumpulan.
5. Penyampaian sijil penyertaan oleh Pengetua SMK Kapit selaku pihak
penganjur kepada pelajar yang terlibat dan guru pengiring.
Pengajuran program selama 2 hari berjalan dengan lancar. Semua pihak
termasuk pelajar dan guru pengiring sangat berpuas hati dan mereka merancang
untuk mengadakannya pada setiap tahun. Penganjuran program seumpama ini
mampu melahirkan bakat-bakat penari yang lebih profesional dan menjadi
pelapis untuk generasi yang akan datang supaya budaya yang wujud tidak luput
di telan zaman.

LATIHAN PERTANDINGAN TARIAN


1. Pemilihan jenis tarian, rentak dan langkah tarian serta muzik iringan untuk
pertandingan oleh guru dan pelajar yang terpilih untuk tarian.

2. Pemilihan pelajar untuk pertandingan dinilai berdasarkan gerak tari dan


fokus pelajar dalam mempersembahkan tarian.
3. Pelajar yang terlibat diberi tunjuk ajar tentang gerak tari
4. Latihan secara intensif dibuat oleh guru dibantu oleh 2 orang penari luar
menjelang pertandingan.
Latihan berjalan dengan lancar dengan kerjasama yang baik diberikan oleh
pelajar yang terlibat dan tenaga pengajar luar. Semua yang terlibat berpuas
hati dengan hasil pemilihan rentak tari dan muzik iringan yang dipilih untuk
pertandingan.
BLOCKING STAGE (LATIHAN DI PENTAS SEBENAR PERTANDINGAN)
1. Latihan terakhir dibuat di dewan untuk menyesuaikan diri peserta tarian
dengan pentas pertandingan yang sebenar.
2. Perbincangan tentang gimik persembahan yang lebih menarik untuk
menambat hati juri pada hari pertandingan.
3. Guru mengedarkan pakaian yang sesuai beserta aksesori yang perlu
dipakai semasa pertandingan.
Sentuhan terakhir sebelum pertandingan memberi gambaran yang
pasukan kelab tarian sekolah mampu memberi cabaran semasa
pertandingan nanti. Semua yang dirancang berjalan dengan lancar dan
harapan agar peserta yang terlibat dapat membuat persembahan yang
terbaik dan bakal memukau para penonton dan pihak juri.
LATIHAN PERSEMBAHAN HARI GURU
1. Semua ahli kelab berkumpul dan mendengar taklimat ringkas tentang
tentatif program hari guru dan masa slot persembahan tarian nanti.
2. Guru memberi arahan kepada pelajar tentang pemilhan langkah rentak
tarian yang bersesuaian dengan program hari guru.
3. Guru memantau serta membetulkan pergerakan pelajar membuat latihan
tarian.
Kelab kebudayaan selaku penyandang naib juara pertandingan tarian
peringkat bahagian Kapit diberi penghormatan untuk membuat
persembahan pada sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Pemilihan
rentak tari dan muzik iringan yang sesuai dibuat dengan kerjasama yang
terbaik ditunjukkan oleh pelajar diharap dapat menghiburkan para guru di
majlis yang gilang gemilang nanti.
LATIHAN PRA GAWAI
1. Guru dan pelajar berbincang tentang pemilihan jenis tarian dan rentak
yang sesuai untuk Malam pra Gawai.
2. Tarian yang dipilih ialah Ngajat Ngalu Temuai.
3. Guru melatih pelajar untuk menguasai langkah rentak tari yang diiringi
dengan alunan muzik berkaitan.
4. Pelajar yang terlibat berkumpul untuk membuat pemilihan pakaian dan
aksesori yang sesuai dengan malam Pra Gawai nanti.

Program Malam Pra Gawai merupakan acara tahunan sekolah. Penari


sekolah tidak akan terlepas daripada membuat persembahan setiap kali
aktiviti ini berlangsung. Mereka akan memberi komitmen yang tinggi dan
sentiasa bersemangat untuk membuat persembahan di hadapan penonton
yang dihadiri oleh guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat. Pelajar
memberi kerjasama yang baik dan penuh ceria semasa latihan diadakan.
LATIHAN HARI SUKAN SEKOLAH
1. Setiap perserta terlibat berbincang untuk menentukan rentak tarian
yang bersesuaian dengan hari sukan.
2. Perbincangan bersama guru penasihat untuk memilih muzik iringan.
3. Peserta yang terlibat memulakan latihan untuk mendapatkan
keserasian di kalangan sebagai persediaan pada hari sukan nanti.
4. Peserta berbincang tentang pemilihan pakaian yang sesuai untuk
persembahan bersama dengan guru penasihat.
Latihan

Anda mungkin juga menyukai