Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH SAINS POKOK SENA

KERTAS KERJA

KURSUS ASAS TARIAN

TRADISIONAL ZAPIN
1.0 PENDAHULUAN
Kursus asas tarian tradisional ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh
Panitia Pendidikan Muzik untuk pelajar Tingkatan 1 dan 2 SM Sains Pokok
Sena. Kursus ini bukan sahaja dapat mencungkil bakatpelajar malahan dapat
melahirkan rasa sayang dan hormat pada seni tari warisan kebudayaan
Negara dalam kalangan para pelajar. Oleh itu, diharapkan kursus yang
dijalankan ini dapat menarik minat pelajar untuk menyertainya.

2.0 LATAR BELAKANG


Salah satu bentuk tarian pergaulan masyarakat Melayu yang masih utuh dan
popular dewasa ini ialah tari zapin.Dari perspektif sejarah perkembangannya
tarian zapin telah menular luas dalam kalangan penggemar senitari di
Malaysia ini telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya
yang ternyata lebih tradisional sifatnya.

3.0 MATLAMAT
Pelaksanaan aktiviti Panitia Pendidikan Muzik adalah bertujuan agar pelajar
dapat membentuk disiplin dalam membuat persembahan dan menikmati
muzik kea rah pembentukan insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif
dan inovatif di samping bertujuan untuk memperkenalkan warisan nenek
moyang kita yang berkurun lamanya kepada generasi baru. Selain itu dapat
menerapkan ilmu kesenian dan disiplin kepada pelajar yang menyertainya.

4.0 OBJEKTIF
i. Mencari bakat terpendam pelajar dalam bidang tarian terutamanya pelajar lelaki.
ii. Memperkenalkan pelajar dengan tarian tradisional JOHOR dalam tarian ZAPIN.
iii. Meningkatkan pengalaman dalam bidang tarian Melayu.
iv. Membantu mengembangkan seni budaya dan warisan kepada pelajar.
v. Memupuk semangat cintakan seni budaya dan warisan dalam kalangan pelajar.

5.0 TARIKH PELAKSANAAN


15 – 18 Februari 2019

6.0 TEMPAT
Bilik Muzik

7.0 MASA
3.00 petang – 5.00 petang (Jumaat)
9.00 malam – 10.30 malam (Jumaat)
9.00 pagi – 12.00 tengah hari (Sabtu)
9.00 malam – 10.30 malam (Ahad dan Isnin)
8.0 SASARAN
Pelajar Tingkatan 1 dan 2

9.0 KOS PERBELANJAAN


Tiada
10.0 PENUTUP
Melalui kursus ini diharapkan dapat mencungkil bakat tarian dalam kalangan
pelajar lelaki. Selain itu, pelajar juga dapat mempelajari teknik asas tarian
zapin dan seterusnya dapat diaplikasikan sama ada dalam majlis-majlis
ataupun pertandingan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

...................................... ……………………………….
(NURSURIANY BINTI MOHD ZAHIR) (RAFEAH BINTI HASHIM)
Ketua Panitia Pendidikan Muzik Pengetua
SM Sains Pokok Sena SM Sains Pokok Sena

Anda mungkin juga menyukai