Anda di halaman 1dari 10

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan

imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Pengusha ternakan ayam diminta tidak menjual ayam ternakan mereka dengan harga tinggi
suka hati kepada pemborong ayam.
• Pengusaha ternakan ayam diminta tidak menjual ayam ternakan mereka dengan harga tinggi
sesuka hati kepada pemborong ayam.

2. Pembenaan jambatan di kampung itu tergendala selama berapa bulan kerana masalah bekalan
simen.
• Pembinaan jambatan di kampung itu tergendala selama beberapa bulan kerana masalah bekalan
simen.

3. Junainah hanya terdiam diri apabila disindir oleh rakan setugasnya kerana dia tidak mahu
membesar-besarkan cerita yang dianggap rimih itu.
• Junainah hanya mendiamkan diri apabila disindir oleh rakan setugasnya kerana dia tidak mahu
membesar-besarkan cerita yang dianggap remeh itu.

4. Perompak yang sangat merbahaya itu Berjaya diberkas berdasarkan bukti yang ditemui oleh
pihak polis.
• Perompak yang sangat merbahaya itu berjaya diberkas berdasarkan bukti yang ditemui oleh
pihak polis.

5. Semua pelajar di sekolah itu diwajibkan melibat diri dalam kegiatan ko-kurikulum yang
dijalankan.
• Semua pelajar di sekolah itu diwajibkan melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum yang
dijalankan.

6. Walau pun telah lama berada di luar Negara, sikap Daud yang keanak-anak masih
tidak berubah.
• Walaupun telah lama berada di luar negara, sikap Daud yang keanak-anakkan masih
tidak berubah.

7. Satu lapuran lengkap tentang kejadian kemalangan yang dilibatkan bas ekspres itu
diserahkan kepada Menteri Pengangkutan.
• Satu laporan lengkap tentang kejadian kemalangan yang melibatkan bas ekspres itu
diserahkan kepada Menteri Pengangkutan.

8. Kosmitik yang dibuat daripada bahan yang beracun tidak dibenarkan jualan di negara ini.
• Kosmetik yang dibuat daripada bahan yang beracun tidak dibenarkan dijual di negara ini.

9. Kedudukkan Lim Ah Boon di syarikat ayahnya dicemburu oleh adik-beradiknya.


• Kedudukan Lim Ah Boon di syarikat ayahnya dicemburui oleh adik-beradiknya.

10. Panel hakim memutuskan pihak pembangkang menang dalam debatan itu kerana
pihak  pencadang gagal mengemukakan definasi tajuk perbahasan dengan tepat.
• Panel hakim memutuskan pihak pembangkang menang dalam perdebatan itu kerana
pihak pencadang gagal mengemukakan definisi tajuk perbahasan dengan tepat.

11. Beranika jenis barang dijual di kedai yang meletak di hujung jalan itu dan harga
yang ditawarkan berpatutan juga.
• Beraneka jenis barang dijual di kedai yang terletak di hujung jalan itu dan harga
yang ditawarkan berpatutan juga.

12. Pelancung asing yang dating ke majlis kebudayaan itu turut terhibur oleh persembahan tarian
asli yang ditontonkan.
• Pelancong asing yang datang ke majlis kebudayaan itu turut dihiburkan oleh
persembahan tarian asli yang ditontonkan.

13. Calun lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran diingatkan
supaya menyertakan semua salinan sijil yang telah disah oleh pihak sekolah.
• Calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran diingatkan
supaya menyertakan semua salinan sijil yang telah disahkan oleh pihak sekolah.

14. Kehabisan peterol menyebabkan pelumba kereta dari Ghana itu tidak dapat
menamatkan perlumbaan kerana suntuk masa.
• Kehabisan petrol menyebabkan pelumba kereta dari Ghana itu tidak dapat
menamatkan perlumbaan kerana kesuntukan masa.

15. Peninju yang berbadan gempal itu berjaya tumbang pencabarnya pada pusingan yang kelima.
• Peninju yang berbadan gempal itu berjaya menumbangkan pencabarnya pada pusingan
yang kelima.

16. Oleh sebab dia menghadap masalaah kewangan, dia terpaksa menolak tawaran
yang diberikan oleh pegawai harta tanah itu.
• Oleh sebab dia menghadapi masalaah kewangan, dia terpaksa menolak tawaran yang diberikan
oleh pegawai hartanah itu
17. Masih banyak orang yang mempercayai kaedah perubatan tradesional kerana
mereka menganggap kaedah tersebut mampu menyembuhi pelbagai penyakit kronik.
• Masih banyak orang yang mempercayai kaedah perubatan tradisional kerana
mereka menganggap kaedah tersebut mampu menyembuhkan pelbagai penyakit kronik.

18. Runtuh akhlak dalam kalangan remaja mengakibatkan ramai remaja tersebut terjebak dengan
gejala gengsterisma.
• Keruntuntuhan akhlak dalam kalangan remaja mengakibatkan ramai remaja tersebut
terjebak dengan gejala gangsterism.

19. Lepasan sekolah teknik dan vokaysional akan diberi peluang bagi menceburi diri
dalam bidang perniagaan dan industri kecil.
• Lepasan sekolah teknik dan vokasional akan diberi peluang bagi menceburkan diri
dalam bidang perniagaan dan industri kecil

20. Walaupun tewas tetapi pasukan bola sepak remaja kebangsaan mempamirkan
permainan yang menarik dan penuh semangat sukan.
• Walaupun tewas tetapi pasukan bola sepak remaja kebangsaan mempamiekan permainan yang
menarik dan penuh semangat kesukanan.

21. Kanak-kanak itu bertepok tangan sebaik-baik sahaja persembahan nyanyian


sempena disambut kemerdekaan tanah air selesai.
• Kanak-kanak itu bertepuk tangan sebaik-baik sahaja persembahan nyanyian sempena sambutan
kemerdekaan tanah air selesai.

22. Selepas upacara peresmian dewan, pegawai daerah itu dibawa lawatan ke bilik seminar.
• Selepas upacara perasmian dewan, pegawai daerah itu dibawa melawat ke bilik seminar.
23. Pendidikan pra-sekolah dikenalkan kepada kanak-kanak dalam lingkungan usia 4 hingga
6 tahun bagi tujuan mendedahkan mereka pada persekitaran sosial.
• Pendidikan prasekolah diperkenalkan kepada kanak-kanak dalam lingkungan usia 4 hingga
6 tahun bagi tujuan mendedahkan mereka pada persekitaran sosial.

24. Atlit yang mewakili negara dalam Sukan Asia akan menerima imbuhan sekiranya
menangi pingat dalam acara yang disertai.
• Atlet yang mewakili negara dalam Sukan Asia akan menerima imbuhan sekiranya
memenangi pingat dalam acara yang disertai.

25. Pemandu teksi di ibu kota sudah biasa diperangkap dalam kesesakan jalanraya terutama pada
waktu puncak.
• Pemandu teksi di ibu kota sudah biasa terperangkap dalam kesesakkan jalanraya terutama pada
waktu puncak.

26. Pilihan raya kecil di kawasan itu bakal mengadakan berikutan kematian ahli
parlimennya pada awal minggu lepas.
• Pilihanraya kecil di kawasan itu bakal diadakan berikutan kematian ahli parlimennya pada awal
minggu lepas

27. Kami singgah di Restoren Dusun untuk menikmati pelbagai hidangan dan masak
tradisional Melayu pada minggu yang lalu.
• Kami singgah di Restoran Dusun untuk menikmati pelbagai hidangan dan masakkan
tradisional Melayu pada minggu yang lalu.
28. Lima orang lelaki yang disyaki mencolek anak hartawan itu telah tertangkap oleh pihak polis
di sebuah gudang kosong yang terletak di Ipoh.
• Lima orang lelaki yang disyaki menculik anak hartawan itu telah ditangkap oleh pihak polis di
sebuah gudang kosong yang terletak di Ipoh.

29. Kelayakkan dalam bidang perakaunan sangat penting kepada seseorang yang ingin
melibat diri dalam lapangan perniagaan.
• Kelayakan dalam bidang perakaunan sangat penting kepada seseorang yang ingin melibatkan
diri dalam lapangan perniagaan.

30. Majlis pelancaran album baharu penyanyi popular itu telah diadakan secara besar-besar
di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
• Majlis pelancaran album baharu penyanyi popular itu telah diadakan secara besar-besaran
di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

31. Jabatan Alam Sekitar akan bertindak tegas kepada mana-mana pehak yang
melakukan kebakaran secara terbuka untuk menangani masalah jerebu yang semakin meruncing.
• Jabatan Alam Sekitar akan bertindak tegas kepada mana-mana pihak yang
melakukan pembakaran secara terbuka untuk menangani masalah jerebu yang semakin
meruncing

32. Jabatan Pengangkutan Jalan akan menguatkuasa undang-undang dari semasa ke


semasa untuk mendisplinkan pengguna jalan raya terutama pada musim perayaan.
• Jabatan Pengangkutan Jalan akan menguatkuasakan undang-undang dari semasa ke semasa
untuk mendisiplinkan pengguna jalan raya terutama pada musim perayaan.
33. Sebagai anak, kita mestilah sentiasa menjaga marwah keluarga dengan menghindari
diri daripada perbuatan yang mengaibkan keluarga.
• Sebagai anak, kita mestilah sentiasa menjaga maruah keluarga dengan menghindarkan
diri daripada perbuatan yang mengaibkan keluarga.

34. Penduduk Kampung Permai sedang bergotong royong untuk memperlebarkan jalan
kerana bilangan kenderaan yang melalui kampung itu semakin bertambah.
• Penduduk Kampung Permai sedang bergotong-royong untuk melebarkan jalan kerana bilangan
kenderaan yang melalui kampung itu semakin bertambah.

35. Dalam majlis itu, pelbagai persembahan telah mengadakan sempena hari keputeraan baginda
yang ke 52 tahun.
• Dalam majlis itu, pelbagai persembahan telah diadakan sempena Hari Keputeraan Baginda
yang ke-52 tahun

36. Mereka kesali sikap pihak kontrekter yang tidak dapat menyiapkan projek
perumahan tersebut mengikut jadual yang terdapat dalam butir-butir perjanjian.
• Mereka menyesali sikap pihak kontrakter yang tidak dapat menyiapkan projek
perumahan tersebut mengikut jadual yang terdapat dalam butir-butir perjanjian.

37. Untuk mempastikan komputer sentiasa selamat samada daripada serangan virus atau daripada
penceroboh sistem komputer, beberapa panduan telah disediakan oleh pembekal.
• Untuk memastikan komputer sentiasa selamat sama ada daripada serangan virus atau daripada
penceroboh sistem komputer, beberapa panduan telah disediakan oleh pembekal.

38. “Saya mempunyai kaki tangan yang berpengalaman luas dalam bidang kecantikan
termasuk khidmatan menggunting rambut,” katanya dengan ramah.
• “Saya mempunyai kakitangan yang berpengalaman luas dalam bidang kecantikan
termasuk perkhidmatan menggunting rambut,” katanya dengan ramah.

39. Dalam perhimpunan raksaksa itu, Perdana Menteri telah menasihatkan rakyat supaya sentiasa
bersatu padu untuk mengekalkan perpaduan yang sudah terjalin sekian lama.
• Dalam perhimpunan raksaksa itu, Perdana Menteri telah menasihati rakyat supaya sentiasa
bersatu padu untuk mengekalkan perpaduan yang sudah terjalin sekian lama.

40. Untuk membenteras kejadian jenayah yang semakin berleluasa, pihak kerajaan
mestilah memperbesarkan pasukan anggota polis dengan menambahkan bilangan anggotanya.
• Untuk membanteras kejadian jenayah yang semakin berleluasa, pihak kerajaan mestilah
 memperbesarkan pasukan anggota polis dengan menambah bilangan anggotanya

41. Dalam sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke 51 itu, pelbagai acara telah
dirancangkan termasuk acara boria yang akan disembahkan oleh peserta dari negeri Pulau
Pinang.
• Dalam sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke-51 itu, pelbagai acara telah
dirancangkan termasuk acara boria yang akan dipersembahkan oleh peserta dari negeri Pulau
Pinang.

42. Semua ejensi kerajaan diarahkan bergabung untuk menjalani kajian bagi mencari
punca sebenarnya yang menyebabkan berlakunya banjir besar sejak beberapa hari yang lalu.
• Semua agensi kerajaan diarahkan bergabung untuk menjalankan kajian bagi mencari
punca sebenarnya yang menyebabkan berlakunya banjir besar sejak beberapa hari yang lalu.
43. Kerajaan menggubalkan sesuatu dasar pertanian berasaskan keperluan negara
dengan mengambil kira masa depan sektor pertanian supaya sektor berkenaan dapat diurus
dengan lebih efisyen.
• Kerajaan menggubal sesuatu dasar pertanian berasaskan keperluan negara dengan mengambil
kira masa depan sektor pertanian supaya sektor berkenaan dapat diurus dengan lebih efisien.

44. Sistem perkhidmatan kaunter yang disediakan di semua stesyen bas ekspres telah
dikenali bagi memudahkan pengguna serta meningkatkan perkhidmatan pengangkutan di negara
kita.
• Sistem perkhidmatan kaunter yang disediakan di semua stesen bas ekspres telah
dikenalkan bagi memudahkan pengguna serta meningkatkan perkhidmatan pengangkutan di
negara kita.

45. Bersempena dengan sambutan hari ibu, kita digalakkan untuk menghadiahkan ibu
kita dengan hadiah yang bertujuan untuk mengenang jasa mereka membesar kita
sehingga dewasa.
• Bersempena dengan sambutan hari ibu, kita digalakkan untuk menghadiahkan ibu kita dengan
hadiah yang bertujuan untuk mengenang jasa mereka membesarkan kita sehingga dewasa.

46. Kementerian Pelajaran mendapati bahawa perlaksanaan dasar bahasa Inggeris


dalam matapelajaran sains dan matematik perlu dikaji semula untuk memperbaiki kelemahan
yang timbul.
• Kementerian Pelajaran mendapati bahawa pelaksanaan dasar bahasa Inggeris dalam mata
pelajaran sains dan matematik perlu dikaji semula untuk memperbaiki kelemahan yang timbul.

47. Berita tentang kejayaan seorang pengkaji sejarah menemui pusara lama berusia 3000 tahun di
pinggir sungai itu telah merebak ke seloroh negara.
• Berita tentang kejayaan seorang pengkaji sejarah menemui pusara lama berusia 3000 tahun di
pinggir sungai itu telah merebak ke seluruh negara.

Anda mungkin juga menyukai