Anda di halaman 1dari 19

Muzik Malaysia

April 23, 2014




Page 1


PENGENALAN
Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh
masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung
kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu
kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Mereka akan
mengarut sambil berbalas - balas pantun dan diikuti oleh awak awak sebagai suara
latar dengan suara yang kuat dan lantang. Dikir barat ini boleh dipersembahkan
sebagai hiburan atau pun dipertandingkan. Permainan ini biasanya dimainkan oleh
masyarakat di musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan. Pertandingan
selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan
ataupun orang-orang tertentu untuk mengutip wang.



Dikir Barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater
tradisional yang lain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering menerima
perubahan dari bentuk persembahannya dari masa ke semasa mengikut
perkembangan zaman. Perkataan Dikir ialah hasil dari dua kombinasi seni iaitu Dikir
dan pantun atau dikir dan karut. Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut
dalam bentuk pantun atau syair. Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun dan Dikir
Muzik Malaysia
April 23, 2014


Page 2


Syair adalah sama ertinya. Walaubagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal
dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut.
Bentuk muzik persembahan Dikir Barat ditonjolkan melalui nyanyian pantun
bersahut-sahutan antara seorang penyanyi dan sebuah korus. Pada zaman dahulu,
Dikir Barat hanya dipelopori dan dianggotai oleh kaum lelaki sahaja namun telah
terdapat kini pasukan Dikir Barat yang dianggotai oleh kaum wanita.
Tema yang selalu diketengahkan asalnya melibatkan gaya hidup seharian orang-
orang tempatan dengan unsur-unsur lucu. Kini ia telah dikomersilkan dengan
memaparkan topik semasa, mengenai ekonomi, politik, kebajikan, kesihatan dan isu
sosial.
Loghat utama yang digunakan dalam persembahan Dikir barat adalah loghat
Kelantan. Namun demikian, pada masa kini, bahasa yang digunakan tidak terhad
termasuk bahasa inggeris, bahasa cina, india, Siam dan sebagainya. Melodi yang
dimainkan juga berbagai-bagai daripada bertempo perlahan sehingga lebih rancak.
ASAL USUL
Dikir Barat Berasal Dari Selatan Siam.
Beberapa pendapat telah diperkatakan tentang asal-usul Dikir Barat. Ada yang
mengatakan ianya berasal dari Selatan Siam. Sebenarnya Dikir Barat ini yang lebih
terkenal dengan nama Dikir Karut dibawa dari Negeri Siam ke Negeri Kelantan.
Mengikut orang-orang Kelantan, perkataan Barat ini bermakna Selatan Siam. Ini tidak
dapat dinafikan kerana padaa suatu ketika dahulu Negeri Kelantan ini pernah diperintah
oleh Kerajaan Siam. Rakyat daripada kedua dua buah negeri ini selalu berulang-alik
dan dengan secara langsung Dikir ini dibawa ke sini dan diterima pula oleh masyarakat.
Ketika ianya dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir dan di sana juga
ianya ditambah dengan pantun-pantun dan diubahsuai dari segi persembahan dan
loghatnya sesuai dengan keadaan sekeliling dan suasana tempatan.
Muzik Malaysia
April 23, 2014


Page 3


Dikir Barat Berasal Dari Pulau Tebu.
Ada orang mengatakan bahawa Dikir Barat ini berasal dari Pulau Tebu kerana
pengasasnya ialah Husain Mok Nab Lombong yang berasal dari sana. Sewaktu beliau
memperkenalkan Dikir Barat, ramai orang menganggap Dikir Barat sebagai satu hasil
seni yang baru kerana iramanya boleh disesuaikan dengan irama yang telah sedia ada
seperti Rebana Besar.
Dikir Barat Berasal Dari Ciptaan Pak Leh Tapang.
Bila memperkatakan Dikir Barat, nama Pak Leh Tapang tidak boleh dilupakan.
Ramai orang mengenali beliau kerana Dikir Barat. Pak Leh Tapang atau nama
sebenarnya Haji Mat Salleh bin Hj. Ahmad berasal dari Kampung Tapang, Kota Bharu.
Beliau telah mengakui sendiri yang Dikir Barat ini sebenarnya berasal dari Selatan
Siam. Beliau telah mengubahkan permainan ini dengan menambahkan pantun-pantun
di dalamnya. Jadi sebelum itu, ketika Dikir Barat dibawa ke Kelantan ianya adalah
dalam bentuk Dikir tanpa pantun. Semasa pemerintahan Jepun, beliau pernah dipanggil
untuk meriwayatkan sesuatu dengan cara berpantun. Masa itu juga ada satu kumpulan
berdikir yang diketuai oleh Jaffar Wakaf Mek Zainab yang memperkenalkan Dikir Barat
di kampungnya. Awak-awaknya terdiri daripada orang-orang Melayu Barat (Selatan
Siam). Mereka melagukan lagu-lagu yang dibawa dari Selatan Siam dan Pak Leh
Tapang pula yang mengubah dan menambahkan dengan pantun-pantun untuk
menyedapkanlagi dikir barat.
AHLI KUMPULAN
Di dalam satu-satu pasukan Dikir Barat terdiri daripada seorang Tukang karut , seorang
juara dan beberapa orang awak-awak (Selalunya antara 15 ke 30 orang).
a) Tukang Karut
Tukang Karut merupakan orang yang paling penting dalam satu-satunya
pasukan dikir barat. Tugas Tukang Karut yang paling penting sekali ialah berpantun dan
Muzik Malaysia
April 23, 2014


Page 4


bersyair. Pantun-pantun dan syair itu didendangkan dengan cara spontan mengikut
seleranya. Maka idea-idea, isi-isi puisi itu, bahasa dan persoalan yang dikemukakan
tanpa berfikir dua kali.

b) Juara atau Tok Jogho
Juara merupakan orang kedua penting dalam satu pasukan Dikir Barat.
Tugasnya ialah berdikir sebelum Tukang karut mengarut. Hanya kadangkala, juara juga
terpaksa mengarut iaitu di waktu Tukang Karut belum tiba (biasanya di awal permainan)
, tapi masanya tidaklah lama, Juara berdikir sambil duduk di sepanjang permainan,
tetapi Tukang Karut mendendangkan karutnya sambil berdiri.
c) Awak-awak
Awak-awak ialah kumpulan orang berdikir dalam satu-satu permainan Dikir
Barat. Kebiasaannya awak-awak ini terdiri daripada muda mudi belasan tahun. Pada
praktiknya orang dewasalah yang lebih ramai menjadi awak-awak. Gelaran awak-awak
ini mengambil sempena dari nama kumpulan nelayan yang turun ke laut dalam sebuah
perahu di bawah jagaan seorang ketua yang dipanggil Jeragan .
jadi keadaan ini disesuaikan dengan pelakon awak-awak dalam permainan Dikir
Barat yang di bawah jagaan ketua mereka, Juara.
Muzik Malaysia
April 23, 2014


Page 5




PERSEMBAHAN
Bermacam-macam persediaan dilakukan sebelum Dikir Barat dipersembahkan.
(a) Menempah tukang karut dan juara. Jikalau satu-satu pertunjukkan dikir barat itu
dianjurkan oleh satu-satu badan,terpulanglah kepada penganjur itu menempah tukang
karut dan juara yang sesuai untuk persembahan dikir barat itu. Awak-awak tidak payah
ditempah kerana tiap-tiap juara sudah mempunyai awak-awaknya sendiri. Selalunya
penganjur inginkan tukang karut dan juara yang popular. Penganjur akan menempah
tukang karut dan juara sama ada di rumahnya sendiri,melalui orang tengah ,di tempat
mereka sedang menunjukkan permainan ataupun dimana-mana mereka berjumpa.
(b)Mendapat kebenaran bermain.Satu lagi tugas ialah mendapat kebenaran dari pihak
berkuasa seperti Penghulu penggawa,pegawai polis dan ketua jajahan daerah.

(c) Iklan-iklan ditampal, disebar dan didedahkan di sekitar kawasan kampung dalam
bahasa atau loghat daerah. Walau bagaimanapun pengumunan melalui pembesar
suara sangat popular. Pihak penganjur akan pergi ke kampung-kampung yang
berdekatan pada petang itu dan memberitahu yang permainan tersebut akan diadakan
Muzik Malaysia
April 23, 2014


Page 6



di kampung yang tertentu.Di antara pengumumannya berbunyi begini:"jange lupa adik
kakok ini male Dikir Barat di pade Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Baru. Tok
jora dea Tukang karut tersohor seluruh Kelate, Jen Endoro, Megat Nordin, dan ghama
lagi. Dikir Barat Rekod Dunia... jange lupa,datelah beghama-ghama"
(d) Tempat bermain. Permainan Dikir Barat di atas Pentas. Bentuk pentas mengikut
corak permainannya itu.
(i) Bangsal Atau pentas Untuk pertunjukan Percuma Jika permainan ini dipertunjukkan
di hari-hari perayaan atau majlis-majlis perkhawinan maka bangsal atau pentasnya
diperbuat tinggi kira-kira 4 kaki. Pertunjukan ini percuma dana semua penonton dapat
melihat dari jauh. Bangsal ini biasanya dibuat daripada buluh berlantaikan papan dan
beratapkan daun kelapa.
(ii) Bangsal Atau Pentas Untuk Pertunjukan Yang Dikenakan Bayaran
Kadangkala ada juga penganjur yang menganjurkan permainan ini dengan tujuan
mengutip wang. penonton dikenakan bayaran masuk. Pentas dibuat sempurna supaya
semuanya dapat menonton.
Muzik Malaysia
April 23, 2014


Page 7


CARA PERSEMBAHAN DIKIR BARAT
Dalam persembahan Dikir Barat, ensembel instrumental memperkenalkan
sesuatu lagu dengan memainkan dan mengulangi rentak yang pendek dan rancak
secara tepukan tangan oleh anggota-anggota korus (Awok-awok) atau dikenali sebagai
Bertabuh. Pada kebiasaan, bertabuh akan dimulakan dengan rentak paluan Buka
Panggung atau Tabuh perlahan kemudian disusuli dengan Bertabuh Laju.
Tok Jora (yang selalu disalah ertikan dengan JUARA) akan mula mengalunkan
pantun sebaik sahaja selesai irama Bertabuh. Alunan pantun ini tidak bermeter,
berbunga sederhana (Beng dan Matusky, 1998) dan dalam tempo yang perlahan.
Permulaan ini tidak menggunakan iringan muzik. Namun pemain rebana sekali sekala
akan melakukan gertak pada bait-bait tertentu untuk main angin atau membangkitkan
semangat para pendikir.
Awok-awok yang merupakan korus sama ada terdiri daripada sekurang-
kurangnya 4 orang sehingga 20 orang dalam satu pasukan akan: menyanyikan korus
secara serentak (unison) dan berselang-selang dengan pantun oleh Tok Jora.Awak-
awak duduk dalam satu bulatan, secara bersila dan akan menepuk tangan pada
kiraan bit ke-4 atau lebih senang diistilahkan Tepuk Atas Gong; dan berteriak secara
tajam untuk menguatkan bit-bit tertentu dalam muzik.
Selepas persembahan Tok Jora, seorang Tukang Karut akan berdiri mencipta
senikata berbentuk pantun secara spontan sama ada mengenegahkan tema tempatan
tertentu berasskan tema pantun Tok Jora atau isu semasa yang lain. Nyanyian Tukang
Karut akan diikuti oleh Awok-awok dan tempo akan beransur-ansur menjadi rancak.
Penamat persembahan akan diakhiri dengan lagu penutup sama ada lagu Wau
Bulan atau lagu Wau Beremas oleh Tukang Karut.


Muzik Malaysia
April 23, 2014


Page 8


ALAT-ALAT MUZIK DIKIR BARAT
Rebana Ibu Dan Anak. Rebana ini mempunyai satu muka berbentuk bulat
dengan menggunakan belulang kambing dipasang pada badan dengan siratan tali rotan
kepada cincin rotan di bawah rebana itu.Badan dibuat daripada kayu yang tidak dalam
(5-6 inci dalam). Belulang dikemaskan dengan menggunakan pancang kayu antara
cincin dan bahagian bawah badannya.
Rebana Anak lebih kecil saiznya daripada Rebana Ibu


ALAT-ALAT MUZIK
Rebana Ibu Dan AnakRebana ini mempunyai satu muka berbentuk bulat dengan
menggunakan belulang kambing dipasang pada badan dengan siratan tali rotan kepada
cincin rotan di bawah rebana itu.Badan dibuat daripada kayu yang tidak dalam (5-6 inci
dalam). Belulang dikemaskan dengan menggunakan pancang kayu antara cincin dan
bahagian bawah badannya.
Rebana Anak lebih kecil saiznya daripada Rebana Ibu




Muzik Malaysia
April 23, 2014


Page 9



TETAWAK

Tetawak dibuat daripada perunggu berbentuk bulat. Dindingnya tebal, berbusut
ditengah-tengah permukaannya. Picnya lebih tinggi dari gong agung. Biasanya tetawak
ini digantung dan dipalu busutnya.


MARAKAS
Marakas,Sepasang Marakas juga digunakan dalam persembahan dikir barat. Ia
biasanya dibuat daripada kayu atau plastik dan tempurung kelapa. Kayu yang
digunakan dilarik, dilicinkan dan dibentuk bulat seperti bola. Di dalamnya dimasukkan
biji-biji batu kecil, untuk menghasilkan bunyi. Kayu pemegang dipasang untuk
memudahkan pemain memainkannya.
Muzik Malaysia
April 23, 2014


Page 10



CANANG
Canang selalunya dimainkan oleh tok juara atau tukang karut ketika salah
seorang daripada mereka sedang menyanyikan lagu terbabit. sesetengah kumpulan
dikir menggunakan 1 hingga 2 canang agar mendapatkan bunyi yang lebih harmoni.




PAKAIAN
Pakaian dalam permainan Dikir Barat di Kelantan yang berasal dari Selatan
Siam itu tidak ada pakaian tertentu atau yang menarik dipakai oleh Juara, Tukang Karut
dan awak-awak. Ini tidak dapat dinafikan kerana permainan ini ialah permainan rakyat
biasa dikawasan sawah-sawah padi dan kampung-kampung, tetapi kini lengkap
berpakaian kemas dengan dastanya sekali.
Muzik Malaysia
April 23, 2014


Page 11





LAGU KARUT DIKIR BARAT
Di antara lagu-lagu Dikir Barat yang terkenal ialah:
1. Karut Kelantan Cepat.
2. Karut Kelantan Anjur (Perlahan)
3. Karut Petani
4. Karut Wok Yoh
5. Karut Pendek
6. Karut Yengki Cepat
7. Karut Yengki Anjur
8. Karut Yengki Tengahan (Sederhana)
9. Karut Yengki Ding Ding
10. Karut Hala
11. Karut Selampit
12. Karut Menora
Muzik Malaysia
April 23, 2014


Page 12


13. Karut Jenaka Mak Yong
14 Karut Wau Bulan
CONTOH SENIKATA

SENIKATA LAGU WAU BULAN (VERSI LOGHAT KELANTAN)

Eh Wau bule, Eh Wau bule,
Wau bule, teraju tigo,
Eh Wau bule, Eh Wau bule,
Wau bule teraju tigo.

Ini male samo-samo,
Samo - samo bersuko ghio,
Ini male samo - samo,
Samo - samo bersoko ghio.

VERSI BAHASA MELAYU BAKU

Eh Wau bulan, Eh Wau bulan,
Wau bulan teraju tiga,
Eh Wau bulan, Eh Wau bulan,
Wau bulan teraju tiga.

Ini malam sama-sama,
Sama-sama bersuka ria,
Ini malan sama - sama,
Sama-sama bersuka ria.


Muzik Malaysia
April 23, 2014


Page 13


LIRIK LAGU HALIM YAZID ANAK TUPAI (DIKIR BARAT)

Ado sekor anok tupai atah julai mokte
kudung ekor perut lapar jalan cari makan

Kejadian tuhan dipanggil nama tupai
asalnya dale hutan sejenis mamalia

Kalu pasal jakit kok dehe dialah yg paling pandai
jatuh jare jare kerana dia tak sobar

Pandai pandai tupai melompat jatuh tanah jugok
tak wi gambar ore jahat jale telajok mangok

Ore jame ritu pakat hambat tupai
bimbe ko woh kayu takuk tokdan besar

Nyor derian duku kalu dan nye kerit tupai
pendek tahun tu nyor derian takdan nak jual

Ore sekepung tupai sekor berambat hari hari
nya pakat likung nya pakat pekong tupai takleh lagi

Sakat bedil ado tupai habih mati
hok ni lah saya raso kita sangat rugi

Kita manusio tinggi mana pun kita ngaji
nak wat tupai sekor tentu sekali nya tak jadi

Loni kapung atau bandar jare buleh tgk
bapok tupai ibu tupai jale bawak anok

Rasa kesian sungguh tgk sekor ke anok tupai
kerana telajok kuruh sapa tokleh nak niti pagar

Bulu bulu pun habih luruh air mato bederai derai
mari dale baruh bekali kena racun tebaka

Ado sekor anok tupai atah julai mokte
kudung ekor perut lapar jalan cari makan
Muzik Malaysia
April 23, 2014


Page 14


TOKOH DIKIR BARAT SEMAN WAU BULAN
Seman Mamat atau Seman Wau Bulan aktif berdikir barat bersama 50 orang
rakan dalam kumpulan nyanyian bersama kumpulan Puak Kampung Pondok Kubang
Tin , Peringat pada tahun 1958.Beliau juga belajar daripada tokoh-tokoh termasuk Pak
Leh Tapang dan Hussin Belimbing pada masa itu.Setelah 36 tahun menjadi tukang
karut, beliau sekarang hanya beminat untuk mempersembahkan dikir barat di majlis-
majlis amal sahaja.Menyentuh tentang gelaran wau bulan , beliau memberitahu bahawa
setiap tukang karut mempunyai gelaran tersendiri mengikut pilihan lagu bagi menutup
persembahannya.Lagu wau bulan yang asal-usulnya mempunyai kaitan dengan
Hikayat Dewa Muda menyebabkan beliau berminat untuk membawa lagu
Tersebut.Menurut beliau, lagu wau bulan yang didendangkannya semasa penutup
persembahan dikir barat, adalah satu cara untuk meminta maaf daripada penonton
sekiranya terdapat kata-kata yang yang menyinggung perasaan ramai.
Beliau meninggal dunia di rumahnya di Kampung Belukar Beta Hulu pada usia 65
tahun.


PAK LEH TAPANG

Nama penuh beliau ialah Mat Salleh Bin Haji Ahmad merupakan pengasas dan
pendikir barat yang terulung. Beliau lebih dikenali di kalangan pendikir dengan nama
Pak Leh Tapang. Beliau sangat dihormati dan dan mendapat sanjungan semua pihak.
Muzik Malaysia
April 23, 2014


Page 15


Beliau memulakan dikir barat selepas Perang Dunia Kedua. Pak Leh mengubah
corak dikir yang sedia ada iaitu dikir laba di kalangan masyarakat Kelantan kepada
corak baru dengan mempertahankan pantun.Pak Leh mengambil asas daripada negeri
Siam dicampur dengan corak dikir di Kelantan, lalu dinamakan dikir barat (Siam). Nama
itu lekat hingga ke masa ini, jelas beliau.

Pada masa lalu, dikir barat menjadi hiburan orang-orang kampung seperti petani
dan nelayan. Sekarang ini telah menjadi alat penghibur dan nasihat hingga ke peringkat
bandar dan pelancong dari luar negara. Kini dikir barat telah pun mendapat tempat
melalui radio, TV dan kaset-kaset.Menurut Pak Leh ,beliau menggunakan media
berdikir barat dalam berbagai tujuan seperti pendidikan, menasihat, hiburan dan
dakwah melalui pantun-pantun dikirnya yang keluar secara spontan.

Pak Leh boleh berpantun secara spontan dengan menggunakan penglihatan
,sebutan dalam apa sahaja tajuk. Tambah lagi kalau berlawan (bertanding) hujah-hujah
pihak lawan dapat dipantun balik dan mengenakan pula kepada lawan-lawan,
tambahnya lagi.Pernah Pak Leh diminta oleh Pejabat Penerangan Negeri Kelantan
membuat dikir barat di kawasan-kawasan hitam dan sempadan dengan menyeru
pengganas-pengganas supaya keluar hutan menyerah diri pada masa darurat dulu,
jelasnya.Peranan Pak Leh sebagai penghibur dikir barat bermula di bawah bangsal
kecil di kampung-kampung telah meningkat hingga membawa ke majlis-majlis rasmi di
istana, radio, TV hingga ke peringkat tertubuhnya Dendang Rakyat oleh RTM. Yang
membanggakan ialah Pak Leh adalah yang mengasas dan memulakannya.

Apabila ditanya tentang kebolehannya untuk melaksanakan tugas tukang karut
dengan berkesan sekali dalam semua majlis dan upacara, beliau mejelaskan bahawa
tukang karut mesti luas pengetahuan termasuk yang terkini, banyak membaca dan
tajam pula perhatian. Itulah isi pada diri tukang dikir yang ulung ini.Pak Leh tidak
mengasingkan diri dari masyarakat. Beliau pernah menjadi penghulu Mukim Teluk dan
MukimTapang di Kota Bharu , ahli jawatankuasa PIBG beberapa buah sekolah
berdekatan dan lain-lain badan kebajikan.Atas jasa-jasa dan ketokohannya itu, beliau
Muzik Malaysia
April 23, 2014


Page 16


dianugerahi Surat Kepujian tahun 1988 dan Pingat Setia (PS) 1994 oleh Sultan
Kelantan .Pak Leh sekarang menetap di Taman Harmoni Kampung Beris Jambu, Jalan
Panji Kota Bharu dalam usia 69 tahun. Beliau memiliki empat orang anak.

Pak Leh menasihatkan pasukan-pasukan dikir barat termasuk tukang karut ,
supaya sentiasa menjaga nama baik pasukan dengan berfikir tentang kebaikan dan
elakkan yang mengarut (berbentuk cabul), atau apa sahaja yang memburukkan.
Dengan ini, imej dikir barat sentiasa baik dan menjadi alat yang berkesan dalam
pendidikan dakwah dan lain-lain sambil menghibur.



PEMBAHARUAN DALAM DIKIR BARAT

Semenjak pihak RTM (Radio dan Televisyen Malaysia) menyiarkan Dikir Barat
ini sebagai salah satu rancangannya dan juga semenjak diadakan pertandingan
Dendang Rakyat yang sekarang ini dikenali sebagai Pertandingan Dikir Barat
Kebangsaan, Dikir Barat ini mengalami beberapa proses perubahan dari beberapa
segi. Perubahan dan pembaharuan terdapat di dalam bentuk pakaian, tempat, cara
persembahan dan juga lagu-lagu yang didikirkan. Pada asalnya tidak ada pakaian
seragam di dalam permainan dikir barat, tapi sejak kebelakangan ini dan sejak
diadakan pertandingan Dikir Barat dalam Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan
kebanyakan pasukan Dikir Barat ada mempunyai pakaian seragam bagi kumpulan
masing-masing.
Muzik Malaysia
April 23, 2014


Page 17



Lagu-lagu yang didikirkan kebanyakannya bertemakan pembangunan, dasar
ekonomi baru kerajaan, pembelajaran, perpaduan, kebudayaan dan lain-lain. Tidak
terdapat lagu-lagu berunsur lucah didikirkan seperti beberapa tahun yang lalu. Di
peringkat antarabangsa pula, dikir barat telah menjadi aktiviti para muda mudi di
Singapura. Dikir barat di sana begitu hebat aktivitinya sehinggakan terdapat lebih
daripada 5 pertandingan sepanjang tahun dan dijalankan secara komersial dan besar
besaran. Untuk mengekalkan budaya dikir barat di Malaysia, pertandingan di peringkat
sekolah telah diadakan pertandingan ini setiap tahun yang mana diselitkan dalam
Karnival Seni Pencegahan Dadah.

PENUTUP
Dikir barat bukan lagi ia dimainkan di kampung-kampung atau desa seperti pada
suatu ketika.Ia sudah menjadi permainan atau hiburan tradisional di peringkat global
dan mula menyerap masuk ke negeri-negeri lain tidak terkecuali Negara Singapura.Di
Malaysia,ia mula bulan lagi dimonopoli oleh orang pantai timur.Institusi dan pusat
pengajian tinggi di Negara ini pula menjadi ia satu bidang kokurikulum dan
kelab,bahkan kelab-kelab dikir barat ini wujud dalam frma kerajaan.Generasi pada
harus mengekalkan permainan tradisional supaya ia hilang di telan zaman.







Muzik Malaysia
April 23, 2014


Page 18


REFLEKSI
Dalam tajuk tugasan yang diberikan,banyak perkara dan pengetahuan baharu
tentang dikir barat dapat dipelajari.Bermula kelas pertama amali dikir
barat,pengetahuan yang didedahkan amat bermakna bagi saya,sekurang-kurang dapat
mengetahui secara lebih lanjut tentang permainan dikir barat ini.Walaupun ia adalah
satu budaya yang dimainkan oleh rakyat Kelantan tetapi generasi sekarang tidak
berapa lagi meminati dikir barat ini.Hiburan zaman modem telah menyebabkan dikir
barat hanyalah hiburan kepada masyarakat kepada generasi terdahulu.Generasi
sekarang telah banyak didedahkan dengan element-element muzik barat yang lebih
modem.Oleh sebab itu,pengetahuan-pengetahuan tentang dikir barat harus
diperkenalkan dari peringkat sekolah sebagai satu aktiviti kokurikulum di
sekolah.kemahiran dalam permainan dikir barat mestilah dijalankan oleh mereka yang
ada kemairan dan pengetahuan.Generasi baharu mestilah dibimbing agar suatu masa
masa nanti mereka akan mewarisi permainan dikir barat ini.
Kelas amali yang diaturkan sesungguhnya telah mendedahkan banyak walaupun
diajar perkara-perkara asas dalam teknik memainkan alat muzik dikir barat.Kami
didedahkan dengan cara bermain gendang dengan kaedah yang betul,memainkan
gong,menepuk tangan dan seterusnya menghasilkan nyanyi.Nilai kerjasama antara
rakan dapat diwujudkan.Kerja berkumpulan dalam permainan dikir secara tidak
langsung mewujudkan sikap yang positif.nilai disiplin dalam kalangan rakan dapat
dipupuk bukan sahaja semasa aktiviti seperti ini bahkan dalam perkara-perkara yang
lain.Dalam menyiapkan tugasan secara tidak langsung dapat mengkaji budaya
tempatan sendiri.Permainan dikir barat ini kita dapat mengkaji jenis rentak dan irama
dalam dikir barat.Terdapat unsur muzik dari luar menyerap masuk seperti irama hindi.
Selain daripada itu,ia juga dapat mendedahkan suasana masyarakat setempat
yang dapat dikaitkan dengan dikir barat.sebagai contohnya permainan dikir barat ini
dimainkan selepas menuai padi pada masa dahulu.Ini memberi gambarkan bahawa
masyarakat petani di negeri Kelantan mempunyai kaitan yang kuat terhadapa dikir barat
sebagai satu hiburan.
Muzik Malaysia
April 23, 2014


Page 19


Rujukan

DikirBarat.http://malaysabbaticaly2a201.blogspot.com/2010/05/refleksi-malay-
sabbatical- dikir-barat.html

http://www.scribd.com/doc/52742332/Lirik-Dikir-Barat

Dikir Barat.http://nafisahlagupuisi.blogspot.com/

Asal Dikir Barat Dipertikai.
http://carmahlms.com/Info_Muzik/IMarticles/IMadbmdp.htm

dikir Barat site:youtube.com

Anda mungkin juga menyukai