Anda di halaman 1dari 41

FOLIO DIKIR BARAT

NAMA:FAYYADHAH AMMARAH HUSNA BINTI


SUHAIMI
KELAS:1 DELIMA/ 1 TANGO
BIDANG:SENI TARI

ISI KANDUNGAN
TAJUK
BIL
1
2

BIODATA
1

PENGENALAN
2 - 32
3
ALAT MUZIK & FUNGSINYA
- REBANA IBU
33
- REBANA ANAK
HINGGA
- GONG
37
- CANANG
4
LAGU-LAGU YANG SELALU DIMAINKAN DALAM DIKIR BARAT
- MARAKAS
38
5

FUNGSI DIKIR BARAT DIDALAM MALAYSIA


39

KESIMPULAN
40

M/S

BIODATA

NAMA:FAYYADHAH AMMARAH HUSNA BINTI


SUHAIMI
UMUR:13
KELAS:1 TANGO
NO IC:030210-14-0392
BIDANG:SENI TARI
E-MAL:AMMARAHSTELY6@GMAIL.COM
1

PENGENALAN
Dikir Barat merupakan sejenis kesenian hiburan rakyat dan dikenali juga sebagai salah satu
permainan tradisional yang amat unik dan terkenal serta diminati oleh masyarakat di negeri Cik
Siti Wan Kembang, atau Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung
kampung dan pinggir bandar. Dikir Barat dipercayai dari Pattani, Selatan Negeri Thailand yang
juga merupakan saduran daripada Tarian Patung Inai. Dikir ini popular di negeri Kelantan.
Sejarah Dikir Barat bermula apabila ia diperkenalkan oleh pengasas dikir barat itu sendiri, iaitu
Pak Leh Tapang. Nama sebenar beliau Haji Mat Salleh bin Haji Ahmad yang berasal dari
Kampung Tapang, Kota Bharu. Beliau memulakan permaian Dikir Barat selepas Perang Dunia
Kedua dengan mengubah corak dikir sedia ada dengan menambahkan pantun pantun di
dalamnya. Pada masa dahulu, Dikir Barat berfungsi sebagai hiburan para petani dan nelayan
selepas penat bekerja. Namun, kini konsep Dikir Barat lebih cenderung kepada corak
persembahan dan pertandingan. Pak Leh Tapang juga menjadikan Dikir Barat sebagai satu
medium bagi tujuan pendidikan, nasihat, hiburan dan dakwah melalui pantun pantun yang
terdapat dalam dikir ini

Selain itu, perkataan Dikir Barat terhasil daripada


dua kombinasi perkataanberdikir dan barat. Berdikir
bermaksud nyanyian beramai ramai dengan suara yang
nyaring dan mengikut rentaktertentu.Perkataanbarat pula
timbul kerana masyarakat Kelantan
menggelarkan sesuatu yang berasal dai luar semenanjung
yang dibawa masuk
adalah datangnyadari Barat. Apa yang dimaksudkan dengan
konteks barat di sini ialah daerahThailand yangmerupakan
tempat berasalnya Dikir Barat itu sendiri. Pendapat lain ada
juga yang mengatakan bahawa perkataan barat bermaksud
yang datang dari luar dan dalam hubungan ini
dimaksudkan dari negeri Thai. Hal ini kerana orang tua tua di
Kelantan menganggap sesuatu yang berasal dari luar
Semenanjung dan dibawa masuk ke mari,sebagai datang dari
barat.
3

Di Kelantan, Dikir Barat dikenali juga sebagai dikir


karut. Perkataan dikir berasal daripada zikir. Ia membawa
maksud mengucapkan kata kata yang disusun khas dengan
irama tertentu dan diucapkan beramai ramai dengan suara
yang kuat. Perkataan karut pula disesuaikan dengan panggilan
kepada orang yang mengambil peranan utama dalam Dikir Barat
itu yang digelar sebagai tukang karut. Jadi Dikir Barat, Dikir
Karut, Dikir Pantun, dan Dikir Syair adalah sama ertinya. Dari
segi budaya tempatan adalah jelas bahawa hubungan budaya
antara masyarakat Kelantan dengan masyarakat Melayu di
Selatan Thai amat rapat dan dianggap sama. Tambahan pula,
bentuk persembahannya istimewa dan coraknya
menggambarkan keriangan. Ia
telah menarik perhatian masyarakat di peringkat yang lebih luas
seperti di peringkat Asia dan dunia antarabangsa.

Bukan itu sahaja, ada pendapat yang mengaitkan asal


usul dikir barat ini dengan dikir laba atau dipanggil juga dikir
Punjab. Dikir Punjab dipersembahkan menggunakan bahasa
Punjab atau berkait rapat dengan Qawwali, iaitu sejenis
budaya masyarakat India yang cukup popular. Semasa dikir
laba dipersembahkan, awak awaknya mengibarkan kipas
dan menggerakkan badan mengikut rentak serta menyanyi
dengan suara yang kuat. Gelaran awak awak yang diambil
sempena nama kumpulan nelayan ke laut dengan diawasi
oleh seorang ketua yang dipanggil jurugan. Manakala dalam
Dikir Punjab atau Qawwali, awak awak menyanyi secara
berlutut dan bertepuk.

Keistimewaan Dikir Barat bukan sahaja pada bentuk


persembahannya tetapi loghat atau dialek bahasa yang
digunakan dalam nyanyian dan pertuturannya yang
membuatkan Dikir Barat dapat diterima oleh masyarakat.
Permainan Dikir Barat tidak sesuai menggunakan bahasa
Melayu baku atau lain lain loghat daerah. Di sinilah
letaknya identiti kesenian Dikir Barat sebagai suatu bentuk
kesenian yang khusus untuk masyarakat negeri Kelantan.
Oleh kerana bentuk dan corak tarian dan nyanyian serta
pertuturannya sebegitu rupa menjadikan bahasa Melayu
loghat Kelantan dengan mudah dapat menyampaikan makna
dan maksud sesuatu ciri persembahan permainan ini kepada
para penonton tempatan. Selain itu, bentuk dan isi yang
tersisip dalam seni kata sesebuah Dikir Barat mengandungi
unsur sindir menyindir, lucu, caci mencaci, bahkan ada
juga tersisip unsur lucah. Ketika menonton Dikir Barat, kita
bukan sahaja tertarik pada gerak laku dan cara
persembahannya, bahkan juga kepada rentak dan irama
lagunya. Lazimnya lagu lagu7berirama ghazal, lagu lagu
Hindustan, zapin dan lagu lagu berirama padang pasir yang
mengiringi Dikir Barat.

Kita juga sedia maklum konsep dan cara


persembahan Dikir Barat dari dahulu sehingga kini telah
berubah mengikut peredaran zaman. Pada peringkat awal
kewujudannya, iaitu pada tahun 30-an, Dikir Barat
dipentaskan di serambi serambi rumah semasa upacara
perkahwinan dan semasa musin menuai. Namun, pada
akhir tahun 1940-an dan awal 1950-an ia mula
dipersembahkan dalam bentuk pertandingan dan
perdebatan. Persembahan secara perdebatan
memerlukan dua buah kumpulan akan berdebat tentang
tema persembahan yang telah ditetapkan lebih awal. Dikir
Barat diadakan di tempat lapang supaya mudah ditontoni
oleh ramai peminatnya. Dua pasukan Dikir Barat
mengambil bahgian. Hal ini bertujuan untuk mengasingkan
dua pasukan itu. Seorang penjaga masa ditempatkan di
situ untuk memulakan dan menamatkan giliran berdikir.
Tambahan lagi, tiap tiap pasukan diberi masa selama
setengah
8
jam untuk berdikir.

Setiap kumpulan Dikir Barat yang mewakili satu


pasukan masing masing mempunyai beberapa anggota atau
ahli yang memainkan peranannya masing masing. Mereka
terdiri daripada seorang tukang karut, seorang juara, seorang
penyanyi dan awak awak yang lazimnya terdiri daripada 1530 orang. Tukang karut merupakan orang yang memainkan
peranan utama dalam pasukan Dikir Barat. Tugas tukang
karut yang penting ialah berpantun dan bersyair. Pantun dan
syair yang didendangkan mengikut selera tukang karut. Idea,
isi, bahasa dan persoalan yang terkandung dalam puisi
berkenaan (pantun dan syair) selalunya dikemukakan secara
spontan. Tukang karut juga boleh menyanyi pelbagai jenis
lagu. Kebiasaannya lagu lagu sendiri lebih dipentingkan oleh
tukang karut dan kerap kali menjadi masyhur, terkenal serta

menjadi sinonim dengan namanya seperti Seman Wau Bulan,


Dolah Kulat Malam, Awang Ikan Duyung dan lain lain. Tukang
karut juga berperanan memegang watak yang mempunyai
kebolehan semulajadi kerana tidak semua orang boleh menjadi
tukang karut. Seterusnya juara atau Tok Juara merupakan
orang yang kedua penting dalam satu pertunjukan Dikir Barat.
Tugasnya ialah berdikir sebelum tukang karut mengarut. Pada
waktu tertentu juara juga terpaksa mengarut iaitu sewaktu
menunggu ketibaan tukang karut (biasanya di awal
permainan) tetapi karutnya tidak panjang. Juara tidak
menyanyi tetapi berdikir sambil duduk di sepanjang masa
permainan. Tukang karut pula mendendangkan karutnya
sambil berdiri dan menari. Suara juara yang baik dan merdu
boleh menaikkan semangat tukang karut dan awok awok
pasukannya. Tema yang
dibawa oleh juara selalunya menjadi panduan kepada tukang
karut untuk mengarut kerana selepas juara berdikir, tukang
10
karut akan mengarut pula.

Bukan itu sahaja, juara juga bertindak sebagai


ketua dan guru kepada seluruh awok awoknya sebab segala
bentuk dikir, yang merupakan suara latar atau korus, yang
diperlukan adalah daripada ajaran dan arahan juara. Walau
bagaimanapun, tukang karut tidak terikat dengan tindakan
juara atau awok awok sewaktu berlangsungnya
persembahan. Lagu dan seni kata boleh dianggap sebagai
ciptaan juara. Awok awoknya dilatih terlebih dahulu sebelum
permainan Dikir Barat diadakan dan seorang juaranya selalu
mempunyai beberapa pasukan awok awok yang terdekat
dengan tempat permainan Dikir Barat akan dipilih atau
ditugaskan oleh juara bagi mewakili pasukannya ketika
mengadakan persembahan di daerah tersebut.
Kemudian, awok awoknya adalah sekumpulan
orang yang berdikir dalam permainan Dikir Barat.
Kebiasaannya awok awok terdiri daripada kalangan muda
mudi belasan tahun (tetapi mereka tidak pernah bercampur)
dan kerana faktor usia inilah orang menamakan mereka
sebagai budak budak dikir.
11

Pada praktiknya orang dewasalah yang lebih


ramai menjadi awok awok. Gelaran awok awok ini
mengambil sempena dari nama kumpulan orang orang
nelayan yang turun ke laut dalam sebuah perahu di
bawah jagaan seorang ketua dipanggil sebagai jeragan
dan keadaan ini disesuaikan dengan pelakon awok
awok dalam permainan Dikir Barat yang di bawah jagaan
ketua mereka iaitu juara. Tugas awok awok ialah
mengikut atau mengulangi secara beramai ramai seni
kata lagu yang didendangkan oleh juara dan tukang
karut mereka. Tambahan pula, sebenarnya awok awok
melahirkan suara latar atau korus bagi permainan Dikir
Barat. Oleh sebab itu, kerjasama antara tiga pihak ini
penting bagi menjayakan sesuatu persembahan.

12

Dalam permainan ataupun persembahan


Dikir Barat selalunya ada dua pasukan yang mengambil
bahagian pada suatu masa. Mereka akan berbalas balas
pantun, sindir menyindir ibarat orang berkelahi. Namun
demikian, keadaan ini hanya dianggap sebagai hiburan
dan disampaikan dalam loghat Kelantan. Permainan akan
dimulakan tepat pada pukul 10.00 malam. Suasana pasa
ketika itu berkemungkinan sunyi dan sepi pada waktu
malam yang memberikan sumber ilham kepada tukang
tukang karut. Manakala awok awok kedua dua pasukan
pula mengambil tempat masing masing iaitu duduk
bersila mengelilingi pembesar suara ibarat orang yang
sedang menghadapi satu hidangan Peranan tukang karut
paling penting dalam sesebuah

13

persembahan Dikir Barat dan faktor dalam menentukan


mutu dan kejayaan sesuatu persembahan.
Oleh sebab itu, setiap tukang karut harus
mempunyai kebolehan dan kecekapan tertentu
terutamanya dalam menyusun kata- kata. Dalam setiap
persembahan dia akan mengarut dengan menuturkan kata
kata dalam bentuk pantun atau syair secara spontan. Ada
pendapat yang mengatakan bahawa keistimewaan tukang
karut dan juara dalam
kumpulan Dikir Barat sama dengan hero dan heroin atau
primadona dalam seni bangsawan pada masa dahulu.
Selain itu, ada pula yang menganggap mereka mempunyai
pemakai, iaitu ilmu pengasih atau ilmu pemanis dan ilmu
pendinding diri daripada ditimpa sebarang angkara atau
bencana. Bukan sekadar itu sahaja, mereka juga dikatakan
diminati ramai dan ada juga yang memujanya.
14

Kebanyakan lagu karut Dikir Barat lahir secara spontan


daripada ilham tukang tukang karut
itu sendiri sewaktu mengarut di dalam permainannya.
Apabila lagu berkenaan sedap dan indah
didengar, ia akan menjadi terkenal dan menjadi ikutan
tukang karut lain. Nama lagu lagu
ciptaan ini amat terkenal dan menjadi kesukaan ramai. Ini di
antara lagu Dikir Barat yang
terkenal ialah Karut Kelantan Cepat, Karut Kelantan Anyo
(Perlahan), Karut Petani, Karut Wok
Yoh, Karut Pendek, Karut Yengki Cepat, Karut Yengki Anyo,
Karut Yengki Tengah
(Sederhana), Karut Yengki A Ding Dong, Karut Alo, Karut
Selampit, Karut Menora, Karut
Jenaka Mak Yong dan Karut Wau Bulan. Terdapat juga tiga
jenis dikir mengikut irama irama
tertentu antaranya Irama Melayu Asli, Irama Padang Pasir dan
Irama Hindustan.
15

Di samping menyanyikan bahagian korus,


beberapa orang awok awok akan memainkan alat muzik.
Alat alat muzik yang digunakan di dalam persembahan
Dikir Barat terdiri daripada rebana yang terdiri daripada dua
jenis rebana iaitu rebana ibu dan rebana anak, sebuah
tetawak dan sepasang rumba (marakas). Rebana adalah
alat yang diperbuat daripada kulit kambing.
Apabila dimainkan, rebana diletakkan dari atas tapak kaki
pemain yang duduk secara bersila. Lutut kanan pemain
dimasukkan ke dalam buluh rebana sehingga mencecah
kulit muka untuk menghasilkan bunyi yang lebih nyaring.
Selepas itu, kayu baji diletakkan di bawah buluh rebana dan
seutas rotan kecil turut digunakan sebagai penyedab bagi
menegangkan kulit rebana.
Seterusnya, tetawak atau dipanggil gong dalam
persembahan Dikir Barat adalah metalofon yang diperbuat
daripada tembaga hitam dengan bingkainya yang agak
besar. Apabila digunakan, tetawak digantung pada tempat
khas. Jurugong akan duduk bersila di sisi tetawak dan
16bunyian.
memukul untuk menghasilkan

Dalam persembahan, tetawak diletakkan di


bahagian tepi barisan belakang sesuatu kumpulan
Dikir Barat. Dalam pada itu juga, sepasang
marakas digunakan turut digunakan dalam Dikir
Barat dengan diperbuat daripada kayu dan
tempurung kelapa. Kayu yang digunakan dilarik,
dilicinkan dan dibentuk bulat seperti bola. Di dalam
marakas dimasukkan bijibiji batu kecil untuk
menghasilkan bunyi. Kayu pemegang pula
dipasang untuk memudahkan pemain memainkan
alat muzik tersebut. Ada juga yang menggunakan
seruling untuk disesuaikan dengan irama baru.
Persembahan bermula apabila juara pasukan A
mengalunkan lagu dikirnya mengalu alukan
kedatangan penonton penonton. Di antaran
lagunya berbunyi demikian.
17

Inilah resam dunia


Insan yang sama dibeza beza

Yang miskin mengapa dihina


Yang kaya selalu dimulia (suara latar)

Selamat malam selamat datang


Para penonton budiman
Terlebih dahulu harap maafkan
Salah silap jangan dicaci jangan
18

Malam ini sungguhlah bertuah


Cahayanya terang cuaca
Pantun dan lagu kami mempersembahkan
Untuk hiburan saudara dan saudari

Dunia ini hanya sementara


Tempat mencari bekalan
Miskin kaya mengapa dibeza

19

Hanya bahagia diharapkan


Tempat mencari bekalan
Walau di bukit dan di lautan
Hanya bahagia diharapkan
Tetapi yang miskin mengapa ketinggalan
Walau di bukit dan di lautan
Kerjasama bergotong royong
Tetapi yang miskin selalu ketinggalan
Mungkinkah itu salah ibu mengandung

20

Juara ini terpaksa menambah beberapa rangkap pantun


lagi sementara
menunggu tukang karut
pasukannya naik ke pentas. Antaranya ;
Terima kasih saudara
Mana datang ini malam
Tukang karut masuk mari
Lewat masa sampai jam
Terima kasih tuan kerja
Dan juga kongsi kongsi
Ambo tera hok mulo mulo
Buat mulo tanda jadi
21

Terima kasih ketua kampong


Tuan penghulu dan penggawa
Silap salah minta ampun
Baso dia main goni

22

Selepas itu, pasukan B mengambil giliran dan juaranya akan


berdikir seperti yang dilakukan oleh pasukan A iaitu
memperkenalkan diri serta mengucapkan selamat datang serta
perlu menambah beberapa rangkap pantun lagi seandainya
tukang karut kumpulannya belum sampai. Apabila tiba giliran
pasukan A semula tetapi tukang karutnya tidak juga muncul, jadi
terpaksalahtukang nyanyi wanitanya naik ke pentas untuk
disampaikan
dalam loghat
Kelantan.
Selesai
sahaja penyanyi
mempersembahkan
beberapa
buah lagu.
Kebanyakan
lagu yang
wanita
menyanyi,
dinyanyikan
merupakan lagu lagu yang popular pada ketika itu
juara
tetapiakan berdikir semula. Di antara lagu tersebut berbunyi
demikian
Selamat malam saudara
Terima kasih saudari
Hilang royak timbul cerita
Mulo mulo ambo gori

23

Terima kasih saudari


Kecil besar tuo mudo
Mulo setak mulo gori
Walau letih tubuh ambo
Kecil besar tuo mudo
Peminat dikir barat
Letih lesu tubuh ambo
Tubuh badan kure sihat

24

Tukang karut ini akan mencipta pantun atau karutnya di


atas bangsal atau pentas secara spontan. Mereka akan
mengemukakan berbagai bagai tema. Di antaranya ialah budi
dan jasa, pelajaran, pembangunan, dakwah dan
percintaan.Kadangkala tukang karut ini akan sindir menyindir,
kata mengata, keji mengeji dan pukul memukul di antara satu
sama lain. Ini dilakukan dengan tujuan berhibur semata mata.
Karut
Kelantan Slow
Tukang karut terus
menyambung
karutnya.
(perlahan)
Hilan royak balik sano,
Nok timbul alik sini,
Nati dengar kawe demo,
Nak royak gitu gini,
Pada perkaro masa sekare,
Kena kito berjago jago,
Kerajaan kito duduk lare,
25

Dia royak semo semo


Bagi yan ore mudo,
Jangan amal salah dadah,
Keno kita berjago jago,
Hok termake payah bedoah.
Kalau sapo sapo ke rumah,
Kena pakat pakat paying,
Kalau tubuh kita lemoh,
Keno jago kesihate.
Saudara saudari,
Ibu ibu bapa bapa,
Mulo mulo tanda jadi.
26

Mulo mulo buak tekok


Keluarga muslimin,
Anak cucu Tok Adam,
Baso dia main goni,
Mulo mulo pembukaan.

Pembangunan adik kakak,


Benar benar di Malaysia,
Keno fikir dengan otak,
Fikir dengan akal
27

Aman makmur bahagia,


Melayu, Cina dan India,
Bersatu padu di Negara,
.
Itulah negaro Malaysia.

Keno hapus segala musuh,


Yang pertamo ni komunis,
Bersatu kita baru kukuh,
Walau belia beliawanis.

28

Setelah itu tiba masanya pula untuk tukang


nyanyi wanita pasukan B menyanyi dan ini akan diikuti
oleh juaranya berdikir.
Seterusnya tibalah giliran pasukan A sekali lagi.
Juaranya akan berdikir dan tukang karutnya akan
mengarut. Kemudian tiba pula giliran pasukan B.
Juaranya akan berdikir dan selepas itu disambut oleh
tukang karutnya. Temanya juga sama dengan pasukan A.
Lazimnya tukang karut pasukan A tidak melagukan lagu
yang serupa dengan pasukan B walaupun temanya
sama. Mereka akan bergilir gilir membuat persembahan
ini hingga pukul tiga pagi atau waktu rehat. Ketika
mereka berdikir dan mengarut inilah diselitkan selingan
atau penambahan unsur unsur nyanyian lagu lagu
lucu, lucah dan sebagainya. Lagu lagu ini dalam loghat
Kelantan ataupun lagu lagu saduran dari piring hitam.
Lagu ini sebagai hiburan ataupun untuk menghilangkan
Jam pada
pukul
tiga pagi adalah waktu rehat.
rasa mengantuk
para
penonton.
Tukang karut dan juara akan turun berjalan jalan di
sekeliling tempat bermain. Pada masa inilah penganjur
mengumumkan pertandingan, tikam pulut, tikam rokok,
kain lepas, tikam basikal dan lain lain permainan. Ketika
itu juga
29

peminat peminat Dikir Barat mengambil kesempatan


menempah tukang karut dan juara untuk bermain di tempat
mereka pula.
Selepas waktu rehat kedua dua pasukan ini akan naik
ke pentas semula. Mereka akan memulakan dengan lagu dikir
yang lebih panas. Kebanyakan yang disampaikan pada waktu ini
adalah lagu lagu berunsur lucah. Namun hal demikian, terdapat
juga lagu yang berunsur pengajaran dan nasihat di sebaliknya.
Sebelum acara berakhir, tukang karut akan mengarut serentak.
Mislanya, tukang karut pasukan A memberi pembayang
manakala tukang karut
untuk penghabisan
persembahan, tukang
pasukan BAkhir
pulasekali
akan memberi
maksud pantun.
karut sebelah pihak akan mengalunkan lagu sedih di
antaranya, lagu Wau Bulan, Kilat Malam, Ikan Duyung, Layanglayang dan lain lain lagi. Di samping itu, tukang karut ini
meminta maaf dan mengenangkan nasib sebagai tukang
karut.
Kesimpulannya, Dikir Barat telah memberi impak
yang besar terhadap industri hiburan tanah air kita dengan
mengalami beberapa proses perubahan dan pembaharuan
dalam memodenkan .Dikir Barat ini untuk lebih dikenali.
Misalnya, semenjak pihak RTM (Radio Televisyen Malaysia)
menyiarkan Dikir Barat ini sebagai salah satu rancangannya
dan juga semenjak.
30

diadakan pertandingan dendang rakyat, Dikir Barat mengalami


beberapa perubahan dari pelbagai segi antaranya dari aspek
pakaian, tempat, cara persembahan dan juga lagu lagu yang
didikirkan untuk permainan ini
Pada asalnya tiada pakaian seragam dalam permainan
Dikir Barat. Walau bagaimanapun, semenjak diadakan
pertandingan Dikir Barat dalam dendang rakyat kebanyakan
pasukan Dikir Barat mempunyai pakaian masing masing.
Kebiasaannya, awok awok memakai baju yang sepasang serta
bersamping dan kepala dililit dengan kain yang bercorak batik
atau sebagainya.

Manakala, juara pula yang berperanan sebagai ketua


berpakaian lain daripada awok awok, berbaju sepasang dan
mengikat kain di kepala dan sampan yang juga diperbuat
daripada kain batik. Tukang karut pula memakai baju
sepasang, bsju luar (overcoat) dan mengikat kain di kepala
seperti tanjak.
31

Dari segi persembahan, pada asalnya awok awok


duduk bersila mengelilingi pembesar suara seperti sebuah
bulatan dan tok juara serta tukang karut duduk di tengah.
Semasa diadakan pertandingan, awok awok duduk bersila di
dalam dua barisan yang menyerupai bentuk separuh bulatan.
Pembesar suara diletakkan di hadapan barisan hadapan iaitu di
tengah tengah kumpulan. Juara dan tukang karut juga duduk di
barisan hadapan. Alat alat muzik dipegang oleh awok awok
yang duduk di tepi. Selain itu, lagu lagu yang didikirkan
kebanyakannya bertemakan pembangunan, dasar ekonomi
kerajaan, pelajaran, perpaduan dan lain lain. Begitupun tidak
terdapat lagu
lagu yang
berunsur lucah
seperti
Demikianlah
persembahan
Dikirdidikirkan
Barat yang
asalnya
tahun tahun
sebelum
pertandingan.
adalah
dalam bentuk
dikir
tetapi diubahsuai dengan pantun
masyarakat Melayu. Kemudian, persembahan ini diselitkan lagu
lagu lucu, sedih yang bertujuan untuk menghiburkan para
penonton. Secara tidak langsung, Dikir Barat telah berkembang
begitu
tanah air.
pesat
Pada
dengan
masa tertubuhnya
yang sama permainan
beberapa kumpulan
ini juga telah
Dikir Barat
di
mengalami beberapa transformasi. Dikir ini bukan sahaja
berfungsi sebagai hiburan tetapi juga dapat menyampaikan
mesej mesej yang boleh dijadikan sebagai tauladan dan
menyampaikan amanat kerajaan kepada rakyat dengan
berkesan, terutamanya dalam mengubah cara penghidupan
dan pemikiran rakyat sesuai dengan
32 peredaran masa.

ALAT MUZIK & FUNGSINYA


REBANA IBU

Rebana IbuDan AnakRebana ini


mempunyai satu muka berbentuk
bulat dengan menggunakan belulang
kambing dipasang pada badan
dengan siratan tali rotan kepada
cincin rotan di bawah rebana
itu.Badan dibuat daripada kayu yang
tidak dalam (5-6 inci dalam). Belulang
dikemaskan dengan menggunakan
33 cincin dan
pancang kayu antara

REBANA ANAK

Rebana Anaklebih kecil saiznya


daripada Rebana Ibu. manakala bunyi
yang dihasilkan adalah lebih nyaring.
cara permaianannyer adalah secara
meningkah rebana ibu dan dimainkan
dengan cepat.
34

GONG

Tetawak dibuat daripada perunggu


berbentuk bulat. Dindingnya tebal,
berbusut ditengah-tengah
permukaannya. Picnya lebih tinggi dari
gong agung. Biasanya tetawak ini
digantung dan dipalu busutnya. Nada
bagi gong ini adalah bernada G. gong
juga selalunyer dihiaskan dengan
peyandang kayu yang diukir dengan
nama kumpulan begitu juga pada gong
35

CANANG

canang selalunyer dimainkan oleh tok


juara atau tukang karut ketika salah
seorang daripada mereka sedang
menyanyikan lagu terbabit.
sesetengah kumpulan dikir
mengunakan 1 hingga 2 canang agar
mendapatkan bunyi yang lebih
harmoni.
36

MARAKAS

Marakas,Sepasang Marakas juga


digunakan dalam persembahan dikir
barat. Ia biasanya dibuat daripada
kayu atau plastik dan tempurung
kelapa. Kayu yang digunakan dilarik,
dilicinkan dan dibentuk bulat seperti
bola. Di dalamnya dimasukkan bijibiji batu kecil, untuk menghasilkan
bunyi. Kayu pemegang dipasang
untuk memudahkan
37 pemain
memainkannya

LAGU-LAGU YANG SELALU


DIMAINKAN
MAIL ANAK KALA BOBEH DUK
JUDI
RIZAL RAJUNA feat RADEN MAS UJI
ANAK PETANI ANAK NELAYAN
BARUDING BELANJA GU
NORMA DAHLIA TANAH
SERENDAH SEKEBUN BUNGA
MEGAT NORDIN AMBO RASA
BERKENE
RADEN MAS UJI 38TABIR PINTU

FUNGSI DIKIT BARAT DI


MALAYSIA

39

KESIMPULAN
Dikir Barat sebagai tarian duduk dan tangan bermain
peranan,ia bukan semata-mata sebagai alat
hiburan,tetapi yang lebih penting adalah,gambaran
sikap,nilai,norma,hati budi dan konsep hidup serta
kepercayaan pemikiran masyarakat pada waktu.
Fungsi Dikir Barat sebagai media pengajaran pada masa
dahulu,kini telah dilupakan.Hanya dalang-dalang tua
sahaja yang masih mengamalkan.
Akibat daripada perkembangan teknologi,Dikir Barat
telah hilang fungsi-fungsi tertentu.Pada masa
sekarang,Dikir Barat hanya mempunyai fungsi kesenian
sahaja.Kepopularan wayang kulit sebagai sejenis hiburan
di kalangan masyarakat kini telah semakin merosot.
40

Anda mungkin juga menyukai