Anda di halaman 1dari 12

DIKIR BARAT

AHLI KUMPULAN: MELESSA ALIYAH TOH


DASHNITA
HENG JIA QI
RIDWANA AISYA
NURUL IMANINA
NAMA GURU: PN NURUL FARHANA SHIDA
BT HAMDAN
Kami sekumpulan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
guru muzik kami iaitu cikgu Nurul Farhana Shida Binti Hamdan
kerana telah mengajar kami muzik dan memberi kami nota-nota untuk
membuat folio ini.
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu
bapa kami kerana telah memberi sumbangan dan sokongan untuk
membuat folio ini.

Sekian, terima kasih.

PENGHARGAAN
PENGENALAN
Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat
Melayu di Kelantan. Ianya wujud dikalangan masyarakat biasa di kampung - kampung
dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang
diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil
berbalas - balas pantun dan diikuti oleh awak - awak sebagai suara latar dengan suara
yang kuat dan lantang.
Dikir barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan.
Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi dan juga di
majlis perkahwinan. Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia
tempatan, badan-badan kerajaan ataupun orang-orang tertentu untuk mengutip wang.
Dikir Barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yang
lain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering menerima perubahan dari
bentuk persembahannya dari masa ke semasa mengikut perkembangan zaman.
Perkataan Dikir ialah hasil dari 2 kombinasi seni iaitu Dikir dan pantun atau dikir dan
karut. Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau
syair.Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun dan Dikir Syair adalah sama ertinya.
Walaubagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan
Thai dengan Dikir Karut.
CARA PERSEMBAHAN DIKIR BARAT
 Awok-Awok
01   Ahli pemain dikir barat biasanya terdiri daripada sepuluh hingga lima belas orang yang dinamakan awok-
awok. Awok-awok berperanan menyanyikan korus yang disamapaikan secara unison. Korus yang
berbentuk seperti pantun bertujuan untuk berbalas-balas pantun dengan penyanyi. Semasa mengadakan
persembahan awaok-awok duduk di atas lantai dalam bulatan berhadapan diantara satu sama lain.
Sambil menyanyi mereka menggerakkan lengan, tangan dqan bahagian atas anggota badan seolah-olah
menari mengikut irama muzik diselangseli dengan tepukan dan teriakan yang kuat pada bit-bit yang
tertentu.

02  Juara
Merupakan penyanyi yang memulakan lagu persembahan juga digelar tok juara. Pada kebiasaannya tok juara akan duduk
sebaris dengan pemain muzik. Tok juara akan memulakan lagu dengan lenggang lenggok tanpa meter dan berjelal-jela
mengikut kemahuan dan moodnya bergaya zikir. ia seolah-seolah meniup semangat kepada pasukannya untuk
mempamirkan persembahan yang menarik dan bersemangat. Tok juara juga berperanan memberi panduan kepada
penyanyi selanjutnya iaitu tukang karut.

  Tukang karut
03 Merupakan individu atau penyanyi yang paling penting dalam persembahan dikir barat.
Selalunya ia bebas bergerak di atas pentas sambil menyalunkan nyanyain. Beliau memiliki
kemahiran mecipta pantun secara spontan dan dianggap sebagai insan yang mempunyai
bakat semulajadi dalam bidang penciptaan, menarik, lucu, bijak, memukau perhatian audion.
BILA DIKIR BARAT DIMAINKAN

Dikir barat ini boleh dipersembahkan


sebagai hiburan atau pun
dipertandingkan. Permainan ini
biasanya dimainkan oleh masyarakat di
musim menuai padi dan juga di majlis
perkahwinan. Pertandingan selalunya
diadakan oleh persatuan-persatuan
belia tempatan, badan-badan kerajaan
ataupun orang-orang tertentu untuk
mengutip wang.
DULU DAN SEKARANG
PENUTUP
Demikianlah persembahan Dikir Barat yang asalnya adalah
dalam bentuk Dikir yang diubah suai dengan pantun-pantun
yang ada dalam masyarakat melayu. Kemudiannya diselit
dengan lagu-lagu lucu, sedih dan sebagainya.
Dikir Barat ini berkembang begitu pesat dengan tertubuhnya
beberapa kumpulan Dikir Barat di tanahair dan telah
menjalani beberapa proses perubahan dan pembaharuan.
Dikir Barat bukan sahaja sebagai arena hiburan tetapi ianya
juga mampu
menyampaikan "mesej" Kerajaan kepada rakyat dan cara
pemikiran masyarakat.
SUMBER RUJUKAN

 https://ms.wikipedia.org/wiki/Dikir_barat
 https://mohdkhairulhaziq.weebly.com/cara-perse
mbahan.html
 https://www.google.com/search?q=dikir+barat&so
urce=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwjtgar
mkqzsAhXBlOYKHdwQDIAQ_AUoAXoECBYQA
w&biw=1366&bih=657
 https://pdfslide.tips/documents/dikir-barat-folio.ht
ml
VIDEO DIKIR
BARAT
https://www.youtube.com/watch?v=4ttLML_AlMg

Anda mungkin juga menyukai