Anda di halaman 1dari 8

Dikir Barat - Sejarah dan Asal-usul

Dikir Barat merupakan satu persembahan negeri Kelantan yang


disampaikan secara berkumpulan. Setiap kumpulan biasanya diketuai
oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara.

Tukang karut dan Tok Juara akan mendahului nyanyian sambil


berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar
dengan suara yang kuat dan lantang.

Sejenis nyayian yang terkenal di negeri Kelantan. Nyanyiannya diringan


dengan pukulan rebana. Merupakan kebudayaan yang agak baru
dipopularkan. Dinyanyikan secara beramai-ramai dalam bentuk pantun.
Seorang ketua yang dikenali sebagai tukang dikir atau tukang karut
akan memulai nyanyian yang akan diulang oleh pengiring secara
beramai-ramai.

Asal dikir barat masih dipertikai

Tahukah anda dikir barat adalah satu bentuk persembahan


nyanyian. Asal usul kewujudannya sehingga kini masih diperdebatkan,
namun kebanyakan menerimanya sebagai bentuk seni yang datang dari
selatan Thailand atau utara Semananjung Malaysia.

Dalam lingkungan masyarakat petani, dikir barat dipersembahkan


sebagai upacara keagamaan atau sambutan sempena musim
menuai. Kini, persembahan dikir barat lebih berperanan sebagai satu
bentuk hiburan. Begitupun, pertandingan antara kumpulan dikir barat
juga sering diadakan. Sehingga kini, Singapura dan dua negeri di
Malaysia - Kelantan dan Terengganu adalah antara negeri yang masih
mempersembahkan dikir barat secara aktif.
Kita memanggilnya dikir, perkataan yang bunyinya ada persamaan
dengan perkataan Melayu zikir yang bermakna doa atau amalan
keagamaan, sesuatu yang dilihat oleh penduduk di utara semenanjung
Malaysia dan diamalkan orang Thai setiap musim menuai padi. Barat
pula bermakna kedudukan geografi, orang utara dulu menganggap
Thailand berada di sebelah barat padahal dari segi kedudukan
geografinya, ia berada di utara Malaysia. Memandangkan nama itu
sudah sebati dengan penggunaan, ia kekal sehingga ke hari ini dan
tidak pernah diubah.

Budaya dikir barat kemudian terus menular ke selatan, Singapura


sekitar 1970-an. Pelbagai pertandingan dianjurkan badan kerajaan
setiap tahun dan sambutan terhadapnya begitu baik sehingga ke hari ini,
biarpun Singapura kini adalah kota metropolitan yang maju.

Sejarahnya bermula dengan tarian

Banyak kajian dilakukan untuk mengesan sejarah sebenar dikir barat di


Malaysia. Menurut sumber sejarah, dikir barat wujud dari sebuah tarian
yang dipanggil tarian Patung Inai - tarian yang sangat popular
dikalangan masyarakat Siam dan Kelantan sekitar tahun 1800 hingga
1940. Kemudian, seorang penggiat seni ini yang dikenali sebagai Pak
Leh Tapang atau Haji Salleh menukarnya menjadi nama dikir barat.

Tarian Patung Inai adalah tarian tradisional yang dipersembahkan ketika


majis perkahwinan di mana seorang ketua (Tok Jogha) akan
menyanyikan lagu dan diikuti secara beramai-ramai anggota dikir
lain. Muzik dikir barat pula punya pengaruh ritma rebab atau rebana
Sunda. Aktiviti ini sudah menjadi amalan kebiasaan setiap kali
berlangsungnya majlis perkahwinan di perkampungam Melayu.

Dikir barat juga ada kaitan dengan dikir laba atau lebih dikenali sebagai
dikir Punjab bermaksud drama dalam bahasa Punjab (Hindustan) dan
mempunyai kaitan rapat dengan Qawwali, iaitu budaya popular di
kalangan orang India. Dalam dikir laba, anggotanya akan menyanyikan
lagu dan cuba mengikuti rentak dengan menggerakkan badan. Mereka
juga perlu menyanyi menerusi nada yang tinggi.

Tidak kira apa bentuk dikir sekalipun, Tok Jogha punya tanggungjawab
besar untuk menghidupkan lagu yang dipersembahkan itu. Pada 1948,
Pak Leh Tapang mengubah cara tarian Patung Inai iaitu dimainkan
dengan mengadaptasi beberapa elemen dari dikir laba dan dikir Punjab.
Perkataan barat diambil dari gelaran yang diberikan orang Kelantan
kepada masyarakat Siam. Ada juga pihak memnbawa teori bahawa
perkataan barat datang dari perkataan 'Bharat', nama lama kepada
benua kecil India. Ia juga boleh dikira logik memandangkan pengaruh
dari konteks dikir Punjab.

ASAL USUL

a) Dikir Barat Berasal Dari Selatan Siam.

Beberapa pendapat telah diperkatakan tentang asal-usul Dikir Barat.


Ada yang mengatakan ianya berasal dari Selatan Siam. Sebenarnya
Dikir Barat ini yang lebih terkenal dengan nama Dikir Karut dibawa dari
Negeri Siam ke Negeri Kelantan. Mengikut orang-orang Kelantan,
perkataan Barat ini bermakna Selatan Siam. Ini tidak dapat dinafikan
kerana padaa suatu ketika dahulu Negeri Kelantan ini pernah diperintah
oleh Kerajaan Siam. Rakyat daripada kedua dua buah negeri ini selalu
berulang-alik dan dengan secara langsung Dikir ini dibawa ke sini dan
diterima pula oleh masyarakat. Ketika ianya dibawa ke Kelantan ianya
adalah dalam bentuk Dikir dan di sana juga ianya ditambah dengan
pantun-pantun dan diubahsuai dari segi persembahan dan loghatnya
sesuai dengan keadaan sekeliling dan suasana tempatan.

b) Dikir Barat Berasal Dari Pulau Tebu.

Ada orang mengatakan bahawa Dikir Barat ini berasal dari Pulau Tebu
kerana pengasasnya ialah Husain Mok Nab Lombong yang berasal dari
sana. Sewaktu beliau memperkenalkan Dikir Barat, ramai orang
menganggap Dikir Barat sebagai satu hasil seni yang baru kerana
iramanya boleh disesuaikan dengan irama yang telah sedia ada seperti
Rebana Besar.

c) Dikir Barat Berasal Dari Ciptaan Pak Leh Tapang.

Bila memperkatakan Dikir Barat, nama Pak Leh Tapang tidak boleh
dilupakan. Ramai orang mengenali beliau kerana Dikir Barat. Pak Leh
Tapang atau nama sebenarnya Haji Mat Salleh bin Hj. Ahmad berasal
dari Kampung Tapang, Kota Bharu. Beliau telah mengakui sendiri yang
Dikir Barat ini sebenarnya berasal dari Selatan Siam. Beliau telah
mengubahkan permainan ini dengan menambahkan pantun-pantun di
dalamnya. Jadi sebelum itu, ketika Dikir Barat dibawa ke Kelantan ianya
adalah dalam bentuk Dikir tanpa pantun. Semasa pemerintahan Jepun,
beliau pernah dipanggil untuk meriwayatkan sesuatu dengan cara
berpantun. Masa itu juga ada satu kumpulan berdikir yang diketuai oleh
Jaffar Wakaf Mek Zainab yang memperkenalkan Dikir Barat di
kampungnya. Awak-awaknya terdiri daripada orang-orang Melayu Barat
(Selatan Siam). Mereka melagukan lagu-lagu yang dibawa dari Selatan
Siam dan Pak Leh Tapang pula yang mengubah dan menambahkan
dengan pantun-pantun untuk menyedapkan
lagi dikir barat.

Fungsi Tukang Karut

Elemen asas dalam kumpulan dikir barat adalah dua teraju utamanya,
iaitu Juara dan Tukang Karut. Anggota kumpulan dikir barat tidak terhad
kepada jumlah tertentu. Di Singapura, ketika berlangsungnya
pertandingan, siaz standard kumpulan ialah dua teraju utama - 14 awak-
awak dan empat pemain muzik percussion.

Juara ialah penyanyi utama kumpulan dikir dan biasanya berperanan


memulakan persembahan diikuti Tukang Karut. Tidak seperti Juara,
Tukang karut akan berinteraksi dengan penonton menerusi
gelagatnya. Tukang Karut yang bijak memberikan persembahan
menghiburkan sebagai berkesan fungsinya sebagai penghibur. Juara
pula biasanya adalah penyanyi yang memiliki suara cukup mendayu.

Awak-awak biasanya akan menyanyikan korus pada dikir. Mereka akan


menyanyi dan menari dalam keadaan duduk mengikut irama yang
didendangkan oleh dua teraju utama. Pemuzik percussion pula terdiri
daripada ibu rebana, anak rebana, maracas, trambouline, gong dan
canang.

Halim Yazid bersama kumpulannya dalam satu persembahan peringkat


nasionalIbu rebana, adalah percussion paling penting. Anak rebana
pula berfungsi sebagai penyokong kepada ibu rebana dan lebih kecil
dari segi saiz namun memiliki nada lebih tinggi. Gong dan canang pula
memperkemaskan lagi tempo. Canang adalah gong tradisional Melayu
bersaiz kecil yang diletakkan di atas lantai. Maracas dan trambouline
pula biasanya digunakan untuk kesan bunyi tambahan kepada muzik
itu. Trambouline biasanya dimainkan seorang teraju utama ketika
anggota lain menyanyi.

Dikir barat, di Kelantan dipercayai dipelopori Pak Leh Tapang, diikuti


Pak Ku Mat, Seman Wau Bulan, Husin Gelang Mas, Jusoh Kelong,
Daud Bukit Abal, Arifin Ana. Kemudian generasi baru terdiri daripada
penyanyi dikir seperti Halim Yazid, Zaidi Buluh Perindu, Mat Gelemor
dan Megat Nordin.

Sumber: Bintang Popular (Berita Minggu - 27 Januari 2008),Wikipedia &


pelbagai blog.
Dondang sayang
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dondang sayang ialah sejenis balada cinta Melayu tradisional. Dalam lagu dondang
sayang, penyanyi-penyanyi saling bertukar pantun tanpa persediaan dalam gaya yang riang
dan kadang-kadang lucu. Nyanyian-nyanyian biasanya diiringi empat orang ahli muzik yang
terdiri daripada:

 seorang pemain biola;


 dua orang pemain rebana (gendang yang di sebelah sahaja dipasang kulit) Melayu; dan
 seorang pemain tawak (gong kecil).
Pemain biola biasa merupakan ketua kumpulan ahli muzik. Beliau memainkan peranan
utama dalam dondang sayang, dan membekalkan melodi kaunter kepada melodi vokal atau
suara. Pemain-pemain muzik boleh saling bertukar alat-alat muzik mereka antara
persembahan, tetapi pemain biola jarang berbuat demikian, walaupun dibenarkan. Sehingga
lima buah reban boleh digunakan, jika terdapat pemain muzik yang berlebihan. Kadang-
kadang, rebana boleh digantikan dengan gendang ataupun kompang. Barisan alat muzik
boleh juga ditambahkan dengan akordion.
Muzik dondang sayang adalah perlahan, dan sebuah lagu biasanya terdiri daripada 32 bar,
bermula dengan pengenalan biola, diikuti rebana dan kemudiannya gong, dan akhirnya oleh
nyanyian pada bar kelima. Gayanya tidak formal dan liriknya biasa terdiri
daripada puisi cinta.
Dondang Sayang dipercayai berasal dari Melaka, Malaysia pada zaman Kesultanan
Melaka pada abad ke-15.

Pantun Dondang Sayang[sunting | sunting sumber]


Terdapat banyak lirik pantun Dondang Sayang yang dimainkan, namun rata-rata tema
pantun yang dibawa adalah tentang cinta dan kemesraan yang digarapkan dalam suasana
spontan yang riang dan kadang kala lucu. Pantun Baba[1] merupakan contoh nyanyian irama
Dondang Sayang.
(Pantun Baba)
Naday bugis tolak blayar,
Tengah laot patah kemudi-nya;
Hutang budi dapat di bayer,
Hutang hati apa ganti-nya.

Tengah laot patah kemudi,


Layar koyak di pukol angin;
Hutang hati membawak mati,
Sebagi bola di pukol angin.

Pisang mas bawak blayer,


Jerok mari dalam kendi;
Hutang budi balas di dunia,
Hutang hati mengikat diri.
Pisang mas bawak blayer,
Masak sa-bijik di-atas peti;
Hutang mas boleh di bayer,
Hutang budi menanggong hati.
Pipa

Pengenalan
Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat
dari kayu; dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi
permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari
kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat
kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras
disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir.

Fungsi
Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina;
juga sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian.

Cara Bermain
Cara bermain dengan memegang berdiri atas pahu pemain. Tali-
tali dipetik dengan hujung-hujung jari dan kuku. Jari-jari
tangan sebelah lagi diletak pada tali-tali antara fretnya
untuk mengeluarkan berbagai pic bila tali-tali dipetik.

Kilas Sejarah : Pipa (Hanzi: 琵 琶 ; Pinyin: pípá, baca: bíbá) adalah alat musik
tradisional di China. Pipa adalah alat musik petik yang badannya terbuat dari kayu
dan telah dimainkan selama lebih dari 2000 tahun di China. Alat musik pipa ini telah
ada pada zaman dinasti Qin (221 BC - 206 BC). Pipa pada awalnya memiliki bentuk
yang lurus vertical pada bagian atas dan dilapisi oleh kulit pada bagian
permukaannya, terdiri dari 4 senar dan mempunyai 12 nada standard.

Pipa modern yang sekarang dapat kita jumpai, mirip dengan instrument dari Persia
atau Timur Tengah yaitu 'Barbat' dan diperkenalkan ke China pada masa dinasti Jin
(265-420 A.D.)
Pada masa dinasti Tang (618-907 A.D.), Alat musik Pipa menjadi populer dalam
mengisi acara kerajaan dan mengalami perubahan. Pipa dimainkan secara
horizontal dengan empat sampai dengan lima senar sutra dan lima sampai 6 fret.
Pipa mengalami perubahan dalam bentuknya, jumlah fret, begitu juga cara
memainkan yang awalnya secara horizontal menjadi vertikal.
Pipa adalah alat musik petik tradisional China dengan sejarah yang telah berusia lebih dari 2000
tahun. Suaranya yang jernih membuat Pipa menjadi alat musik petik yang memegang posisi penting
dalam musik tradisional China. Tehnik memainkan Pipa juga sangat bervariasi, Pipa dapat
digunakan baik untuk Solo maupun sebagai instrument pengiring dalam suatu orkestra.
Pipa menggunakan 4 senar dan fret dari bambu yang berjumlah antara 19 sampai dengan 26 itu
dilekatkan pada badan Pipa yang "gemuk", ditambah dengan 6 fret yang terbuat biasanya dari tanduk
pada gagang Pipa. Senar yang digunakan ada 3 macam, dipilih sesuai dengan kebutuhan, yaitu:
kawat baja yang dilapisi oleh perak, kawat baja yang dilapisi oleh nylon dan kawat baja yang dilapisi
oleh benang sutra.

Selama ribuan tahun, pipa, atau kecapi Tiongkok, telah menjadi "raja" dari instrumen rakyat Tiongkok.
Instrumen petik ini sering ditemukan di tangan gadis surgawi yang digambarkan dalam lukisan
tradisional. Konstruksi pipa lebih jauh melambangkan kepercayaan Tiongkok kuno. ubuhnya, dengan
ukuran tradisional Tiongkok, adalah tiga kaki lima inci, yang mewakili tiga kekuatan-langit, bumi, dan
manusia, dan lima elemen logam, kayu, air, api, dan tanah. Sementara itu, empat senar mewakili
empat musim. Teknik memainkannya cukup sulit-dipetik dengan diberdirikan tegak pada lutut-dan itu
adalah salah satu instrumen Tiongkok yang paling ekspresif.

Anda mungkin juga menyukai