Anda di halaman 1dari 4

ANALISIS KRITIS NYANYIAN SOLO RIG A JIG JIG DAN

NYANYIAN NASYID BERKUMPULAN


Oleh: Muhammad Raihan bin Sapiee
Muzik merupakan satu bahasa unik dan tersendiri yang merangkumi
konsep muzik yang pelbagai yang mempengaruhi persembahan nyanyian
seseorang. Dalam aktiviti nyanyian dan muzikal di dalam bilik darjah, terdapat
tujuh konsep muzik yang perlu dikuasai oleh murid iaitu: (i) irama; (ii) melodi, (iii)
warna ton; (iv) bentuk; (v) harmoni; (vi) tekstur; dan (vii) ekspresi (Suhaily,
2012). Menurut Shuker (2002) dalam penulisannya yang berjudul Popular Music
The Key Concepts menerangkan bahawa konsep-konsep muzik yang ada saling
melengkapi dalam usaha untuk menghasilkan karya muzikal yang menarik.
Penulisan pada kali ini akan memfokuskan kepada ulasan kritis nyanyian lagu
kanak-kanak semasa yang dipersembahkan secara solo dan juga berkumpulan
berdasarkan beberapa konsep muzik yang telah dinyatakan. Lagu solo kanakkanak yang telah dipilih adalah lagu Rig a Jig Jig, manakala untuk nyanyian
berkumpulan pula, persembahan nasyid telahpun dipilih.
Perkara pertama adalah irama. Irama merujuk kepada unsur masa dalam
susunan bunyi (Saufi, 2009). Di dalam kedua-dua persembahan nyanyian yang
telah dipilih, susunan bunyi yang membentuk meter adalah sama iaitu 4/4
menggunakan tempo sederhana. Selain itu, kedua-dua persembahan nyanyian
ini juga mempunyai persamaan dalam pengamalan melodi ostinato. Ostinato
merujuk kepada frasa melodi atau frasa irama yang dimainkan secara berterusan
(Norzanita,

2011).

Gabungan

not-not

dan

irama

dalam

kedua-dua

klip

persembahan adalah sama dan berulang. Sebagai contoh, corak irama berulang
untuk alat muzik perkusi darbuka, konga dan juga tamborin di dalam
persembahan nasyid. Gabungan not untuk lagu Rig a Jig Jig adalah berulang iaitu
D, E, D, D, E, D untuk bar pertama yang seterusnya akan diulang dalam bar
kelima.
Seterusnya adalah konsep melodi. Menurut Dani (2012), melodi diertikan
sebagai susunan pic yang diatur sama ada tinggi atau rendah dan berpola. Di
dalam persembahan nasyid yang dipilih, melodi boleh dilihat dalam naik
turunnya pic suara penyanyi tenor dalam minit 01:21 hingga 01:33. Dalam
persembahan nyanyian individu pula, pic tinggi dan rendah boleh diperhatikan
dalam nyanyian bar kelapan yang menggunakan lirik Hi-ho, Hi-ho, Hi-ho dalam
minit 00:37. Dengan adanya pengamalam pic yang tinggi dan rendah, emosi
penyanyi boleh diekpresikan melalui persembahan nyanyian. Tambahan pula, pic

bertangga boleh dikenal pasti di dalam persembahan nyanyian Rig a Jig Jig,
manakala pic dan bertangga dan melompat boleh dikenal pasti dalam
persembahan nasyid.
Seterusnya adalah warna ton. Warna ton adalah kualiti bunyi yang
membolehkan pendengar untuk mengetahui jenis bunyi yang dihasilkan dan
berkait dengan suara, ton, dan keluarga alat muzik (Nypaver, 2016). Dalam klip
nyanyian solo, penyanyinya adalah seorang kanak-kanak perempuan yang
menjadikan ton suara untuk persembahan tersebut cerah, manakala untuk
persembahan nasyid, penyanyi-penyanyi yang ada merupakan kanak-kanak
lelaki yang mempunyai ton suara cerah dan pic suara yang hampir sama dengan
kanak-kanak perempuan. Terdapat alat tiupan (aerofon) dimainkan di dalam klip
nyanyian solo, manakala untuk nasyid pula alatan dalam keluarga membranofon
banyak digunakan. Di dalam klip nyanyian solo tersebut, suara tenor sahaja
digunakan. Manakala bagi klip nyanyian nasyid, suara yang ada adalah falsetto
(Yaya, 2013). Ketua kumpulan tersebut menggunakan suara tenor (natural), dan
yang lainnya menggunakan suara soprano (second voice), alto (third voice) dan
juga bass.
Hal ini seterusnya membawa kepada keharmonian bunyi di dalam
persembahan nasyid. Harmoni terhasil dengan adanya gabungan dua atau lebih
pic yang dimainkan secara serentak (Dani, 2012) sepertimana yang boleh
dijelaskan dalam nyanyian nasyid. Faktor seterusnya adalah tekstur yang berkait
rapat dengan harmoni. Tekstur nyanyian yang diamalkan di dalam nyanyian solo
tersebut adalah dinyanyikan oleh seorang kanak-kanak sahaja dengan iringan
tekstur monofoni di mana terdapat satu lapis suara sahaja yang menyanyikan
melodi. Manakala tekstur pada klip persembahan berkumpulan pula adalah
polifoni (Chouiniere, 2016) dan juga homofoni (Homophnic Texture, n.d.) yang
mendorong kepada pembentukan harmoni kordal di dalam nyanyian nasyid.
Seterusnya
persembahan.

adalah

Pertama

kelemahan

adalah

yang

sebutan.

boleh

Sebutan

dikenal

pasti

kanak-kanak

di

dalam
dalam

persembahan nyanyian solo agak kurang jelas. Sebagai contoh, perkataan


chanced pada minit 00:26 di dalam rangkap pertama lagu Rig a Jig Jig tidak
jelas disebut menyebabkan sukar untuk didengar. Masalah kedua adalah dalam
aspek pernafasan. Dalam nyanyian solo tersebut, kanak-kanak perempuan
tersebut

mengalami

isu

kekurangan

nafas

pada

minit

01:00.

Dalam

persembahan nasyid pula, penyanyi solo yang menggunakan natural voice

mengalami masalah kurang nafas pada minit 11:11 yang mengganggu solo
untuk

mencapai

not

tinggi.

Kedua-dua

isu

ini

boleh

diatasi

dengan

mengurangkan tempo supaya penyanyi boleh mengambil nafas yang mencukupi


sewaktu rehat dan juga membantu untuk menjelaskan sebutan.
Konklusinya, aktiviti nyanyian berdasarkan klip-klip yang telah dipilih
bersesuaian dengan aktiviti muzikal di dalam bilik darjah untuk pengamalan
konsep-konsep

muzik

seperti

mana

yang

telah

dijelaskan.

Persembahan

nyanyian yang telah dipilih boleh dikatakan sangat menarik dan cemerlang,
tetapi, permasalahan seperti sebutan dan pernafasan sememangnya tidak boleh
dielakkan atas beberapa faktor. Namun, seorang guru yang profesional dalam
bidang pengajaran muzik haruslah berfikir di luar kotak bagi mengatasi masalah
yang muncul.

Rujukan
Alberto, C. (2016). Basic Musical Concepts - Beat, Rhythm, Melody and Harmony.
Retrieved from Di DJ Shop:
https://www.didjshop.com/BasicMusicalHarmony.html
Chouiniere, C. (2016). Polyphonic Texture: Definition, Music & Examples.
Retrieved from Study.com: http://study.com/academy/lesson/polyphonictexture-definition-music-examples.html
Dani, W. (2012, Januari 11). PENGERTIAN NADA, RITME, MELODI, BUNYI, TANGGA
NADA, DAN HARMONI DALAM SENI MUSIK. Retrieved from Pengetahuan
Umum: http://economyscience.blogspot.my/2012/01/pengertian-nadaritme-melodi-dan-bunyi.html
Homophnic Texture. (n.d.). Introduction to Homophonic Texture, Melody plus
Chords. Retrieved from Homophnic Texture:
http://www.uwosh.edu/faculty_staff/liske/musicalelements/texture/homo2.h
tml
Mithaiwala, J. (2013). ELEMENTS AND CONCEPTS OF MUSIC . India.
Norzanita, Z. (2011, Jun 7). Dron,Bordun dan Ostinato Melodi . Retrieved from
PGSR Pendidikan Muzik:
http://pgsripgmtuankubainun.blogspot.my/2011/06/dronbordun-danostinato-melodi.html

Nypaver, A. (2014). Monophonic in Music: Definition & Examples. Retrieved from


Study.com: http://study.com/academy/lesson/monophonic-in-musicdefinition-examples.html
Nypaver, A. (2016). Tone Color in Music: Definition & Explanation. Retrieved from
Study.com: http://study.com/academy/lesson/tone-color-in-musicdefinition-lesson-quiz.html
Saufi, A. (2009). BUKU PANDUAN GURU UNTUK MENGAJAR ELEMEN IRAMA
MELALUI PERMAINAN KERTOK. FAKULTI SENI DAN MUZIK UNIVERSITI
PENDIDKAN SULTAN IDRIS, 7-8.
Shuker, R. (2002). Popular Music The Key Concepts. New York, United State of
America: Routledge.
Suhaily, S. (2012, Ogos 4). Konsep Muzik. Retrieved from Dunia Muzikku:
http://suhaily1975.blogspot.my/2011/12/konsep-muzik.html
Yaya, N. (2013, November 10). MENGENALI JENIS TERM-TERM VOICE DALAM
VOKAL. Retrieved from Yaya Nuryasin:
http://yayanuryasin.blogspot.my/2013/11/mengenali-jenis-term-termvoice-dalam.html

Anda mungkin juga menyukai