Anda di halaman 1dari 2

Pernafasan yang terkawal adalah asas kepada nyanyian yang baik.

Dalam
nyanyian, mulut dan kerongkong perlu dibuka luas untuk laluan udara yang
banyak bagi menghasilkan ton yang lebih resonan. Pernafasan dan bentuk
mulut yang betul akan menghasilkan sebutan yang baik, kualiti ton dan
intonasi yang baik. Bunyi konsonan pada permulaan dan akhir sesuatu
perkataan perlu ditekankan.
Dalam dunia nyanyian atau vokal terdapat tiga bentuk pernafasan iaitu
pernafasan perut, pernafasan dada dan pernafasan diafragma. Setiap bentuk
pernafasan memiliki fungsi yang berbeza-beza. Pernafasan dada dilakukan
dengan cara mengisi udara dalam paru-paru bahagian atas. Pernafasan perut
dilakukan dengan cara membuat perut mengembang besar manakala
pernafasan diafragma pula ialah ketika diafragma menegang atau lurus maka
rongga dada dan rongga perut menjadi longgar dan suara dapat dilontarkan
dan kuat .
Terdapat kesan-kesan yang tercetus apabila mengaplikasikan pernafasan yang
pelbagai. Antara kesan terhadap ketiga-tiga jenis pernafasan itu ialah, bagi
pernafasan perut, ketika pernafasan ini dilakukan, bahagian tubuh badan yang
mengembung adalah perut. Jenis pernafasan ini akan menghasilkan suara yang
sangat keras namun tidak begitu sesuai digunakan dalam nyanyian.
Selain itu, bagi pernafasan dada, dalam sistem pernafasan ini, bahagian yang
mengembang adalah dada. Teknik pernafasan ini akan menghasilkan nada-
nada rendah tetapi sistem ini juga memiliki kelemahan iaitu ia akan membuat
penyanyi menjadi ketandusan nafas dan lebih mudah kehabisan nafas.
Akhir sekali, bagi pernafasan diafragma pula, Teknik ini dilakukan dengan
menekan diafragma yang terletak diantara rongga dada dan perut sehingga
posisinya menjadi rata. Teknik ini merupakan teknik yang paling sesuai
diaplikasikan oleh seseorang penyanyi kerana dapat menghasilkan suara yang
sonorous serta dengan nafas yang panjang dan tidak ketandusan nafas.

Anda mungkin juga menyukai