Anda di halaman 1dari 10

postur nyanyian, penilaian nyanyian, ciri2 lagu kanak2, fungsi lagu kanak2, ciri lagu patriotik, tambak johor

sentimental, fungsi lagu tradisional, boria, soprana, alto, tenor, bass, buat irama untuk pantun yang diberi...tulis not lidi tanpa baluk (garisan lima). tapi iramanyacipta sendiri. guna meter4/4.. contoh pantun ni..bu ah cem pe dak di lu ar pa gar. setiap suku kata tulis not lididi bawahnya... mesti ada garis bar. ikut meter/tanda masa untuk pastika jumlah cukup dalam setiap bar..fungsi lagu kanak-kanak, pembentukan pasukan koir..ciri2 nyanyian lagu tradisional Sebelum seseorang mempelajari nyanyian ia perlu mengamalkan prinsip di bawah. Sentiasa bersikap positif,seronok dan yakin. Bijak dan kerap berlatih. Mengamalkan postur yang baik. Pengawalan pernafasan (costal epigastrium) yang baik. Pengeluaran suara atau ton yang ekspresif,rata, bersemangat, ringan,kaya dan bergema. Penguasaan dalam sebutan dan artukilasi yang jelas,tepat dan cantik. Penguasaan teknik legato. Penguasaan teknik yang tangkas dan fleksibel. Penampilan persembahan fisikal yang bersahaja - natura,bersopandan bersikap tenang dan yakin. Sensitif , bijak dalam membuat interpretasi yang ekspresif. Sukatan pelajaran dan rancangan tahunan bagi matapelajaran Pen.Muzik tahun 1 hingga tahun 6 telah pun berjaya disiapkan dan diedarkan ke semua sekolah.Pada sekolahsekolah yang masih belum memliki rancangan tahunan (sukatan semakan tahun 2000),sila berhubung dengan En.Hanapiah bin Bahal di SK Taman Muhibah. Diharapkan semua sekolah telah pun menggunakan sukatan pelajaran yang terkini kerana menurut laporan pemantauan dari Pejabat Pelajaran Negeri Johor,masih terdapat sekolah yang masih menggunakan sukatan lama dalam p & p.Rancangan tahunan telah pun dikemaskini bagi memudahkan guru-guru menggunakannya khususnya bagi guru-guru yang bukan dari opsyen Pen.Muzik. Dilengkapkan juga dengan contoh rancangan harian dan contoh borang penilaian bagi menilai prestasi murid-murid.Di bahagian cadangan aktiviti dalam rancangan tahunan

yang disediakan,itu hanyalah cadangan sahaja.Guru-guru boleh menggunakan idea sendiri dalam menjalankan aktiviti p & p. Perubahan Dalam Sukatan Baru. Empat Aspek Utama : 1. Persepsi Estetik (Bahasa Muzik) 2. Pengalaman Muzikal 3. Ekspreasi Kreatif 4. Penghargaan Estetik Keempat-empat aspek di atas dijalankan menggunakan aktiviti nyanyian,muzik dan gerakan,permainan alat muzik dan aspresiasi muzik. Tujuh Konsep Muzik Yang Utama (Perlu diketahui oleh semua Pendizik) - Pendiidik Muzik. 1. Irama 7. Ekspresi 2. Melodi 3. Warna ton 4. Bentuk 5. Harmoni 6. Teksur

1. Irama Diaplikasikan kepada semua yang berkaitan dengan unsur masa dalam muzik. a. Muzik bergerak kepada beat/bunyi yang stabil. b. Setiap beat dan rehat mempunyai nilai sama ada panjang / pendek. c. Kumpulan beat membentuk tanda masa / meter. d. Beat-beat mempunyai tekanan. e. Gabungan not / beat membentuk corak irama yang berlainan dan atau berulang-ulang. Simbol Verbal : Irama detik not dan tanda rehat irama,ostinato,rentak. Objektif P & P : Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat : meter tekanan corak

1. Merasa nadi/detik sesuatu lagu/muzik 2. Membezakan panjang pendek sesuatu nilai not dalam corak irama. 3. Merasa tekanan / accent pada sesuatu lagu. 4. Membezakan irama/rentak yang sama dan tidak sama. 5. Mengenal pasti meter sesebuah lagu yang dimainkan/dinyanyikan/didengar.

2. Melodi Susunan pic secara melintang. a. Terdapat pic tinggi,rendah dan sederhana b. Pic dalam melodi boleh bergerak menuju ke arah tinggi,rendah dan mendatar. c. Pic dalam melodi bergerak secara bertangga atau melompat. d. Ton-ton dalam satu siri pic yang ada kaitan antara satu sama lain membentuk satu kumpulan atau rangkaian pic. e. Gabungan beberapa rangkaian pic membentuk sebuah melodi lagu. f. Pic boleh disusun secara berurutan. g. Pic-pic yang berkaitan antara satu sama lain boleh membentuk sebuah melodi lagu. Simbol Verbal : Melodi skel (major,minor,pentatonik) frasa lagu / melodi sekuens nada

Objektif P & P : Pada akhir pembelajaran murid-murid anak mendapat mengenal pasti dan membezakan : 1. Antara melodi dan iringan. 2. Pic tinggi,tengah dan mendatar. 3. Skel yang dimainkan.

4. Pic yang melompat dan berulang. 5. Nada sesebuah lagu yang dimainkan/dinyanyikan

3. Warna Ton Bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh pelbagai sumber mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Sesuatu bunyi-bunyian itu mempunyai mutu yang berlainan dan memberi satu gambaran atau idea yang tersendiri. Hasil dan mutu sesuatu bunyi itu adalah disebabkan oleh alat itu sendiri dibuat daripada bahan-bahan tertentu dibuat,cara dibuat dan dibunyikan. Simbol Verbal: Alat suara - manusia,binatang,kenderaan,alam semula jadi dll. perkataan deskriptif ton - gelap , cerah , padat , garau , kasar suara - soprano , alto , tenor dan bes Keluarga alat muzik - membranofon, aerofon , kordofon dan idiofon. Objektif P & P : Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat : 1. Mengenal psati bunyi-bunyian yang didengar di sekeliling mereka. 2. Menghasilkan pelbagai bunyi yang didengar,diterokai / eksperimen dll. 3. Membezakan dan mengenal pasti bunyi-bunyian yang lembut,kasar,tinggi,rendah,padatgarau dll. 4.Mengenal pelbagai jenis alat muzik seperti piano,rekoder,dram,trumpet,gong,violin dll.

4. Bentuk Satu paten/corak boleh dihasilkan melalui gabungan beberapa pic/ton. a. Gabungan siri-siri pic menghasilkan satu idea. b. Rangkaian frasa boleh dicantumkan untuk menghasilkan satu idea muzik yang lebih besar.

c.Segmen muzik (motif,frasa,seksyen) boleh diulang dan dipelbagaikan. d. Segmen muzik seperti intro dan yang akhir boleh diadakan. Simbol Verbal : Motif frasa seksyen,koras,rangkap ABA , berulang,kontras intro,koda

Objektif P & P : Pada akhir pembelajaan murid-murid akan dapat membezakan dan mengenalpasti : 1. Frasa yang sama dan yang lain melalui lagu-lagu yang dinyanyikan/mainkan. 2. Rangkaian lagu berangkap da korasnya. 3. Intro dan koda sesebuah lagu atau muzik.

5. Harmoni. Hasil gabungan 2 pic atau lebih disusun secara menengak dan dinyanyikan/dimainkan serentak. a. Dua pic boleh dibunyikan serentak. b. Gabungan 3 atau lebih pic dimainkan secara serentak. c. Dua atau lebih rangkaian melodi boleh digabungkan dan dibunyikan serentak. d. Iringan kord pada melodi boleh menghasilkan bunyi harmoni. Simbol Verbal : Harmoni jeda homofoni Objektif P & P : Pada akhir pembelajaran murid-murid akan mendapat : 1. Membezakan antara melodi (rangkaian pic) dan harmoni (himpunan pic-pic - iringan). 2. Mengenal pasti antara lagu/muzik satu suara dan muzik/lagu dua atau lebh dua suara. triad tonik/kord round,polifoni,deskan,kaunter melodi kord iringan

3. Menyanyi lagu pusingan - round,berkembar dan lagu-lagu yang mengandungi kaunter melodi dan deskan.

6. Ekspresi Satu gabungan semua elemen deskriptif termasuk tempo,dinamik yang mengandungi satu ekspresi ide muzik. a. Sesuatu bunyi itu boleh menjadi kuat atau lembut. b. Satu sekuen/siri bunyi boleh dikuatkan atau dilembutkan secara beransur-ansur. c. Sesuatu bunyi itu boleh dilanjutkan,dilicinkan dan dipendekkan atau dilembutkan secara beransur- ansur. d. Sesuatu siri/sekuen bunyi boleh dicepatkan atau dilambatkan. e. Sesebuah lagu/muzik mempunyai ciri-ciri tersendiri - mud. Simbol Verbal : Dinamik Volume cepat,lambat cerscendo diminuendo susutain,legato,staccato

mud - riang,tenang,cemas,cergas. Objektif P & P : Di akhir pembelajaran murid-murid akan mendapat : 1. Membeza dan mengenal pasti di antara bunyi pada sesebuah lagu dan muzik yang kuat dan lembut. 2. Memahami bahawa pada tempat-tempat yang tertentu dalam sesebuah lagu/muzik boleh beransur- ansur menjadi kuat atau perlahan. 3. Memahami bahawa sesetengah lagu/muzik boleh dipelbagaikan dengan bunyi pendek,lembut,panjang,terputus-putus dan lain-lain lagi.

7. Tekstur / Jalinan Tekstur ditentukan oleh pelbagai kombinasi atau gabungan bunyi yang didengar.

a. Sesuatu bunyi yang didengar boleh memberi bunyi yang nipis atau satu / teba atau banyak. b. Tekstur ditentukan oleh pembentukan harmoni. Simbol Verbal Solo duet trio quartet Objektif P & P : Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat : 1. Mengenal pasti samada lagu/bunyi yang didengar itu dinyanyikan/dimainkan oleh seorang,dua atau lebih. 2. Membezakan bunyi yang bercirikan monofoni,homofoni dan polifoni. orkestra monofoni homofoni polifoni

Pasukan Koir Sekolah. Walau apa sekali pun sebab tertubuhnya sesbuah kumpulan koir,tujuan utama yang anda perlu laksanakan ialah membantu pelajar memperkembang dan meningkatkan potensi dan bakat mereka dalam bidang nanyian. Berikut adalah antara beberapa matlamat bagi membimbing koir:1. Memperkembang daya ekspresi estetik dan aspresiasi. 2. Mengenali dan menghargai pelbagai jenis lagu patriotik,semasa,tradisional,klasik,kanak-kanak dan lain-lain. 3. Memahami pentingnya nilai-nilai murni seperti kerjasama,tangungjawab dan disiplin. 4. Mengalami keseronokan dan kepuasan dalam membuat persembahan yang terbaik untuk diri sendiri dan untuk kumpulan. 5. Memperkembangkan sikap dan kemahiran yang menggalakan mereka mengunakan suara mereka sebagai aset sepanjang hayat mereka. Sebagai pembimbing koir mempunyai matlamat adalah penting. Antaranya ialah : 1. Memperbaiki pengetahuan dalam teknik suara. 2. Memperbaiki gaya memimpin.

3. Dapat mengubah lagu dalam 4 suara dengan baik. 4. Membina sebuah studio koir. 5. Mendapatkan sokongan ibubapa dalam aktiviti-aktiviti dirancang. 6. Menguruskan lawatan untuk menyaksikan persembahan koir. Obkektif pembelajaran adalah pernyatan hasil dar pembelajaran secara langsung.Antara contoh pernyataan ialah ahli koir dapat : 1. Menunjukkan pengurusan pernafasan yang betul. 2. Menyanyi dalam dua suara dalam kumpulan kecil dengan yakin. 3. Menyanyi dengan sebutan yang jelas dan betul. Penubuhan Kumpulan Koir. Sebelum dapat menubuhkan kumpulan koir,kita perlukan ahli dan mengetahui sasaran kita.Ada sesetangah berpendapat lebih mudah sekiranya pelajar tahap dua diambil memandangkan mereka lebih matang dari aspek perkembangan,fisikal,emosi dan inelek.Namun begiutu,menyediakan kumpulan yang terdiri dari paelajar tahap satu merupakan faktor yang baik kerana kemahiran dan teknik suara mereka akan berkembang dengan lebih awal lagi. Saiz kumplan koir yang menghasilkan bunyi suara yang baik adalah kumpulan yang mengandungi 30,45 hinga 80 orang ahli.Sekiranya melebihi 80 orang ahli,pastikan disiplin dapat dikawal. Klasifikasi Suara. Biasany a dalam kumpulan koir hanya empat suara yang kerap digunakan iaitu soprano,alto,tenor dan bes/bass atau koir yang terdiri dari wanita ialah soprano,mezzo soprano dan alto. Di dalam koir sekolah rendah yang terdiri dari kanak-kanak lelaki dan perempuan selalunya suara mereka tiada perbezaan sehinggalah kanak-kanak lelaki mencecah umur dari 11 hingga 14 tahun apabila suara mereka bertukar menjadi lebih rendah dan dalam atau lebih dikenali sebagai 'pecah suara'. Suara kanak-kanak perempuan tidak mengalami pecah suara seperti kanak-kanak lelaki cuma suara mereka menjadi lebih matang apabila meningkat dewasa.Kanak-kanak lelaki yang mengalami transisi vokal ini perlu diawasi degan teliti dan digalakkan untuk bernafas lebih kerap dan mengekalkan postur nyanyian yang selesa dan baik.

Suara Penumpang. Penyanyi penumpang adalah penyanyi yang boleh menyanyi dengan pic yang tepat dan baik sekiranya ia menyanyi di dalam kumpulan atau diiringi irigan muzik.Penyanyi jenis ini tidak dapat menyanyi sendiri tanpa rakan-rakan lain atau bantuan muzik iringan. Ini mungkin disebabkan ia tiada keyakinan diri atau malu dan takut membuat kesilapan.Salah satu sebab adalah kerana ia mempunyai ingatan tonal yang kurang baik. Cara mengatasinya - Latihan menyanyi secara bertalun yang akan membantu ingatan tonal yang baik dan memberi keyakinan dalam nyanyian solo. Menghafal corak melodi yang pendek dalam solfa. Galakkan menyanyi dalam hati ata dalam kepala - 'inner hearing'.Ini memelukan daya konsentrasi yang tinggi. Latihan nyanyian dan mengulang corak melodi perlu dijalankan dalam teknik latih tubi. Sumbang: Penyanyi jenis ini tidak dapat menyanyikan melodi dalam nada dan pic yang tepat.Ia tidak dapat memadankan pic atau ton dan kurang pengalaman dalam menyanyi dan tidak peka dengan suara sendiri kerana kurang daya konsentrasi. Cara Mengatasinya: 1. Perlu memberi perhatian dan fokus kepada elemen bunyi dan mengeksperimen dengan suara sendiri bersama rakan-rakan lain. 2. Berlatih dengan tekun dalam menyanyi pic dan corak irama melodi pendek secara imitasi berulang kali. 3. Memadankan pic dengan bantuan visual atau ikon untuk memahami perkaitan pic tinggi dan rendah. 4. Menggunakan isyarat tangan yang dicadangkan oleh Kodaly. 5. Nyanyian dengan bell bertangan. 6. Menggunakan cara kenistetik yang diutarakan oleh Carabone.

Rahsia Teknik Vokal - Dapatkan maklumat rahsia teknik vokal di sini. Postur: * Merupakan bahagian yang penting di dalam teknik vokal.Tubuh badan kita adalah suara kita seperti juga alat-alat muzi.Ia perlu diposisikan dengan tepat supaya ia dapat berfungsi dengan betul.Postur yang baik dapat membantu pengurusan pernafasan yang baik serta menguatkan lagi alat-alat suara justeru ton yang dihasilkan akan menjadi lebih bermutu. Ia juga mempeengaruhi nyanyian ekspresif.Postur nyanyian yang baik bukan saja dirasai baik oleh si penyanyi tetapi ia kelihatan menarik oleh si penonton.Ia mempengaruhi sikap,penampilan personaliti dan imej.Postur pelajar menggambarkan postur gurunya.Pelajar akan mencontohi guru yang mempamirkan postur yang baik semasa nyanyian. Ciri-ciri postur yang baik . Kaki renggang sedikit - badan menghadap depan dan berat badan seimbang ke atas kedua-dua. kaki.Lutut dikendurkan sedikit.Elakkan dari lutut berada di dalam posisi yang terlalu teggang.Berdiri di mana berat badan hanya dibebankan ke atas satu kaki sahaja.Kedua-dua kaki terlalu rapat. Tangan di sisi - diletakkan secara relaks tidak berpeluk tubuh atau digenggam di belakang badan dengan keadaan tegang.Elakkan dari meletakkan kedua-dua tangan menarik badan ke belakang atau ke depan dengan tegang. Badan - dada tinggi,bahu ke belakang sedikit.Elakkan dari menaikkan bahu.Ini akan mengganggu perjalanan udara dan menghalang penghasilan ton. Kepala - diletakkan dalam posisi yang natural seiring dengan tulang belakang.Elakkan kepala dari mendongak untuk menghasilkan ton yang tinggi atau terlalu terlalu ke bawah atau melentukkan ke kiri atau ke kanan.Ini juga akan mengganggu perjalanan udara dan menghalang penghasilan ton. Postur nyanyian yang baik adalah kunci kepada pernafasan yang baik serta penghasilan ton yang berkualiti.

Anda mungkin juga menyukai