Anda di halaman 1dari 16

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

2013

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI / 2013

HBMS2103 PENGAJARAN MUZIK II

MATRICULATION NO IDENTITY CARD NO TELEPHONE NO LEARNING CENTRE NAME TUTOR

: 710501125888001 : 710501-12-5888 : 0198996605 : TAWAU BRANCH : ROZY BINTI MOJIB : MOHD ROZLAN BIN ISMAIL

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA ISI KANDUNGAN.

2013

PERKARA

MUKA SURAT

PENDAHULUAN

1.0 TEKNIK NYANYIAN FONASI

2.0 NYANYIAN SOLFA

3.0 KAEDAH BARIS DEMI BARIS

11

4.0 IMPROVISASI DAN SOAL JAWAB

13

5.0 ANALISIS SKOR LAGU

14

6.0 RUJUKAN

16

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA PENGENALAN

2013

Nyanyian merupakan cara yang termudah untuk melahirkan dan meluahkan perasaan. Secara tidak langsung, aktiviti menyanyi memenuhi keperluan untuk menyalurkan perasaan dan fikiran. Sejak zaman dahulu lagi, menyanyi menjadi medium untuk melahirkan perasaan dan berkongsi pengalaman seseorang.Lagu adalah komunikator yang hebat terutama bagi kanak-kanak. Proses menyanyi melibatkan tiga bentuk major pembelajaran: kognitif (pengetahuan), psikomotor (kemahiran), dan afektif (perasaan dan sikap).Bagi kanak-kanak, menyanyi adalah satu aktiviti semulajadi yang boleh dilakukan secara spontan seperti bertutur. Menyanyi adalah kemahiran yang kompleks kerana ia memerlukan masa untuk membentuk respon kedua-dua koordinasi psikologikal dan motor dalam menghasilkan vokal yang baik. Sebutan adalah penting dalam nyanyian. Organ yang terlibat dalam menghasilkan sebutan ialah mulut, bibir, lidah dan rahang. Kejelasan sesuatu sebutan itu bergantung kepada koordinasi di antara organ-organ tersebut. Dalam nyanyian, sebutan bunyi vokal dan konsonan hendaklah jelas. Bentuk mulut yang betul akan menghasilkan sebutan, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi konsonan pada aw al dan akhir sesuatu perkataan perlu jelas. Sebutan yang baik dapat dihasilkan melalui latihan yang konsisten.

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 1.0 LATIHAN FONASI

2013

Fonetik bermaksud pertuturan atau sebutan yang terhasil daripada bunyi. Hasil pertuturan akan terjadinya bunyi yang dihasilkan daripada vokal kod yang terdapat di kawasan tekak. Bunyi yang dihasilkan akan dibentuk oleh kawalan otot-otot mulut, lidah, lelangit, dan bibir yang akan keluar menjadi sebutan tertentu. Peranan fonasi dalam nyanyian ataupun percakapan adalah bertujuan untuk menghasilkan sebutan yang tepat. Teknik nyanyian fonasi adalah penting kepada kanak-kanak untuk mengajar mereka teknik menyebut setiap perkataan dalam lirik dnegan sebutan yang betul. Kesemua 26 huruf abjad boleh digunakan dalam latihan fonasi ini. 1.1 Latihan fonasi ini boleh dilakukan dengan menyanyikan lagu dengan mengikut baris atau frasa. Untuk memulakan latihan ini, guru haruslah memperdengarkan keseluruhan lagu dahulu kepada murid-murid agar murid dapat menangkap melodi lagu. Seterusnya guru akan menyanyikan lagu ini secara humming dan dikuti secara perlahan-lahan oleh murid. Ini akan membolehkan kanak-kanak dapat menangkap not tinggi dan rendah yang terdapat dalam lagu ini. Kemudian guru menyanyikan lagu dengan mengikut baris demi baris. Sebagai contoh dalam lagu Biarkan Bunga Berkembang.

Rajah 1 : Frasa lagu Biarkan Bunga Berkembang. Melalui frasa ini kanak-kanak akan dapat menyanyikan dan menyebut perkataan dengan menngunakan sebutan dan melodi yang betul. Kanak-kanak akan lebih mudah mempelajari sebuah lagu secara perlahan-lahan ataupun secara sedikit demi sedikit berbanding terus menyanyikan lagu sehingga habis. Setelah kanak-kanak dapat menyebut dan menyanyikan lagu dengan baik menikut baris guru pula akan menyanyikan lagu dengan tanpa alunan muzik. Di sini kanak-kanak akan dapat mendengar dnegan lebih jelas perkataan yang disebut oleh guru. Kanak-kanak akan menyemak sebutan mereka dan memperbetulkannya sendiri. Kemudian guru akan mendengar kanak-kanak menyanyi tanpa iringan muzik untuk mendengar sebutan mereka. Setelah memastikan sebutan kanak-kanak ini betul, guru boleh menyanyi bersama kanakkanak dengan iringan muzik. 4

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 1.2 Sebutan Irama

2013

Sebutan berirama merupakan pengajaran irama yang diajar menggunakan silibel yang telah ditetapkan bagi setiap detik. Sebutan berirama ini dipelopori dan dipopularkan oleh Kodaly. Gambar rajah di bawah merupakan istilah dan silibel yang digunakan oleh Kodaly untuk mengajar jenis detik dan irama dalam muzik. Istilah yang digunakan adalah berdasarkan nilai not.

Gambar rajah 2 : Sebutan Irama Kodaly Teknik sebutan irama ini dapat membantu kanak-kanak di sekolah untuk menyebut senikata lagu dengan mudah kerana kanak-kanak dapat mengetahui nilai not yang terdapat dalam senikata lagu yang akan dinyanyikan. Kanak-kanak juga akan dapat menyanyikan lagu dengan iringan muzik selaras dengan senikata lagu dengan betul. Sebagai contoh dalam lagu Bunga Berkembang, kanakkanak akan dapat mempelajari senikata lagu dengan mudah dengan cara sebutan Irama Kadoly. Skor di bawah merupakan skor lagu untuk lagu Bunga Berkembang yang diubah mengikut sebutan Kodaly.

ta

ta

ta

ti-ti

ta

ta

too__ Skor 1

ta

ta

ta

ti-ti

tay___o

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 1.3 Solfa.

2013

Teknik nyanyian solfa merupakan teknik nyanyian yang mingukut suku kata tertentu dengan pic tertentu. Tangga menaik solfa dengan 1 oktaf adalah seperti berikut Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti, Do.

Gambar Rajah 2 : Solfa Menaik

Gambar Rajah 3 : Solfa Menurun. 6

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

2013

Teknik nyanyian solfa ini lebih mudah dipelajari oleh kanak-kanak. Hal ini disebabkan kanak-kanak lebih mudah untuk mengikuti not-not yang di letakkan dengan suku kata yang mudah. Kaedah ini juga mengajar kanak-kanak tentang tinggi rendah sesuatu not yang telah diletakkan dengan simbol suku kata yang telah diselaraskan dengan not sebenar dalam sesebuah skor lagu. Dalam kaedah ini sistem yang digunakan adalah Do tetap di mana Do bawah berada pada not C. Contohnya:

Do

Re

Mi

Fa

So

La

Ti

Do

Berdasarkan skor lagu di atas Do rendah dimulakan dengan not C dan berakhir dengan Do pada not C atas. Not Do dalam teknik nyanyian solfa ini tetap dan setiap not C bawah yang terdapat dalam skor lagu adalah Do rendah.

so

la

ti

so re

do

mi

mi

fa

so

la

fa mi

re

Skor 2 : Teknik Solfa dalam Lagu Bunga Berkembang Kanak-kanak di ajar untuk menyanyikan lagu dengan mengikut kaedah solfa. Di sini kanakkanak akan dapat mempelajari melodi dengan suku kata yang mudah.

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 1.4 Huming Melodi.

2013

Huming melodi merupakan kaedah nyanyian yang sering digunakan oleh guru di sekolah untuk mengajar kanak-kanak sebuah lagu. Latihan ini bertujuan untuk memperbetulkan sebutan kanak-kanak semasa menyanyi. Semasa huming melodi, lirik lagu tidak disebut dengan menggunakan suku kata sebenar di dalam lagu. Huming adalah satu aktiviti yang di lakukan untuk menghayati melodi dan disesuaikan dengan lirik. Kanak-kanak akan tahu cara untuk menyanyikan lagu dengan betul setelah menghuming melodi lagu beberapa kali. Huming merupakan latihan yang baik untuk memastikan sebutan kanak-kanak semasa menyanyi adalah betul. Kaedah humming ini bertujuan untuk membiasakan melodi muzik dengan kanak-kanak agar mereka dapat mempelajari lagu dan senikata lagu dapat disebut dengan betul. Humming merupakan satu teknik pemanasan badan sebelum memulakan aktiviti nyanyian. Aktiviti pemanasan badan sangat penting kepada kanak-kanak agar suara mereka tidak pecah dan dapat mengeluarkan suara yang merdu. Bagi kanak-kanak yang tidak melakukan aktiviti pemanasan sebelum menyanyi, kanak-kanak tidak akan dapat menyanyi dengan pic dan melodi yang betul kerana tidak mempunyai latihan pernafasan yang mencukupi.

1.5 Kaedah Hafalan. Pada peingkat awal kanak-kanak, ingatan mereka masih segar dan kuat. Kanak-kanak gemar untuk menghafal sebuah lagu yang mereka minati. Oleh itu, teknik hafalan juga boleh digunakan untuk memperbetulkan sebutan mereka semasa menynyanyi. Guru haruslah memperdengarkan lagu Bunga Berkembang ini kepada kanak-kanak dengan berulang kali bagi memudahkan proses penghafalan lirik lagu dan melodi. Kanak-kanak yang selalu mendengar lagu ini akan mula menyanyi tanpa melihat lirik dan akan menghafal cara penyanyi menyebut dan menyanyikan lagu ini. Walaupun teknik ini mengambil masa tetapi kanak-kanak akan mengingati lagu ini apabila mereka sudah menghafalnya.

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2.0 NYANYIAN SOLFA

2013

Gambar Rajah 4 : isyarat Tangan Curwen Gamabar rajah 4 menunjukkan isyarat tangan Curwen yang dapat membantu murid-murid memahami kedudukan tangan mengikut kedudukan pic not yang terdapat dalam skor lagu. Hal ini menyebabkan murid lebih memahami kedudukan pic lagu yang sebenar semasa menyanyikan lagu. Merujuk gambar rajah di atas kedudukan tangan semasa melakukan isyarat Curwen adalah mengikut ketinggian pic dalam not lagu. Sebagai contoh, bagi not Do rendah isyarat tangan adalah di bahagian paling bawah dan Do tinggi terletak di bahagian paling atas. Murid dapat mengaplikasikan gerak tangan dengan ketinggian pic yang akan dikeluarkan semasa menyanyikan lagu mengikut not-not yang terdapat dalam skor lagu. Selain itu, bentuk isyarat tangan yang dibuat bagi setiap tangga nada ataupun not yang di lakukan semasa menggunakan kaedah nyanyian solfa dapat membantu murid-murid memahami dengan lebih jelas dan dapat membezakan kedudukan pic lagu semasa menyanyi. Contohnya

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

2013

Teknik nyanyian solfa juga boleh diajar dengan teknik peniruan. Teknik ini amat mudah bagi kanak-kanak untuk mempelajari sesebuah lagu. Pertama sekali guru haruslah melakukan teknik solfa di hadapan murid-murid. Kemudian menjelaskan kepada murid-murid mengenai teknik nyanyian solfa yang boleh dikaitkan dalam nyanyian. Sebagai contoh guru melakukan isyarat tangan Curwen Do rendah, dan kanak-kanak akan meniru apa yang dilakukan oleh guru. Kanak-kanak akan mengikut dan mengingati isyarat tangan yang dilakukan oleh guru semasa berada di dalam kelas dan dapat diaplikasikan dengan not yang ada di dalam skor lagu. Dengan teknik peniruan kanak-kanak dapat melakukan sesuatu dengan mudah kerana kanak-kanak dapat melihat secara langsung dengan jelas apa yang dilakukan oleg guru semasa di dalam kelas. Seterusnya, nyanyian solfa dapat diaplikasikan dalam nyanyian dengan menggunakan irigan kibod. Guru akan menyanyikan not lagu dengan nyanyian solfa dan didengari oleh kanak-kanak. Kanak-kanak akan mempelajari kaedah solfa dengan iringan muzik kibod dan dikaitkan dengan kaedah solfa. Setelah kanak-kanak dapat memahami dan mengikuti guru menyanyikan lagu dengan kaedah solfa dengan diitingi oleh muzik, guru akan memainkan kibod manakala kanak-kanak akan menyanyikan not-not lagu yang terdapat dalam skor lagu dengan menggunakan kaedah solfa. Dengan menggunakan kaedah ini, isyarat tangan juga boleh digunakan bagi memberi kefahaman yang lebih jelas kepada kanak-kanak untuk menyebut senikata dengan not-not yang ada di dalam skor dengan tepat dan betul. Menggunakan nyanyian solfa dalam carta lagu juga membantu kanak-kanak untuk lebih memahami kedudukan pic lagu Bunga Berkembang. Kanak-kanak akan menukarkan not-not yang terdapat dalam carta lagu kepada nyanyian solfa mengikut tangga not yang telah ditetapkan. Kanakkanak yang mahir dengan nyanyian solfa akan lebih mudah untuk menyanyikan lagu dengan sebutan dan pic yang betul.

10

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 3.0 KAEDAH BARIS DEMI BARIS

2013

Cara untuk memperkenalkan lagu Bunga Berkembang kepada kanak-kanak dengan kaedah baris demi baris bermula dengan menunjukkan gambar bunga. Ini bertujuan untuk memberi maklumat awal kepada kanak-kanak bahawa lagu yang akan dipelajari berkaitan dengan bunga. Kanak-kanak akan lebih teruja untuk mempelajari sesebuah lagu apabila mereka tidak diberitahu tentang tajuk lagu yang akan dipelajari. Sifat ingin tahu kanak-kanak akan lebih memudahkan proses mengajar kanakkanak lagu Bunga Berkembang. Setelah itu, beri arahan kepada kanak-kanak untuk mencium bunga untuk latihan pernafasan sebelum memulakan aktiviti nyanyian. Latihan pernafasan dengan cara mencium bunga adalah cara yang lain dari yang lain di mana kanak-kanak akan melatih cara pernafasan mereka secara tidak langsung. Kanak-kanak akan berasa seronok untuk mempelajari sesuatu perkara apabila didedahkan dengan sesuatu yang baru. Kemudian barulah guru memperkenalkan lagu kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang fasih bertutur dalam bahasa Melayu akan cepat menangkap lirik dan mudah untuk diajar menyanyikan lagu ini. Tetapi bagi kanak-kanak yang tidak fasih bertutur dalam bahasa Melayu agak sukar bagi mereka untuk mempelajari dan menyanyikan lagu ini dengan betul. Oleh itu, banyak latihan yang diperlukan untuk melancarkan lagi proses nyanyian dan pembelajaran terhadap lagu Bunga Berkembang ini kepada kanak-kanak. Selepas memperdengarkan lagu, kanak-kanak haruslah ditunjukkan ataupun diberikan lirik lagu untuk mereka menyemak semula perkataan yang mereka dapat daripada lagu. Di sini kanakkanak akan belajar untuk membunyikan perkataan yang terdapat dalam lirik lagu. Kanak-kanak yang bijak dan cept belajar akan dapat menyebut sesuatu perkataan dengan mudah dan lancar. Namun tidak semua kanak-kanak cepat untuk mempelajari sesuatu. Gurulah yang harus memainkan peranan untuk manarik minat kanak-kanak untuk mempelajari lagu yang ingin di ajar. Guru juga haruslah mengajar kanak-kanak membaca lirik mengikut irama agar mereka mendapat pengetahuan mengenai keselarasan irama dan lirik. Ada sesetengah kanak-kanak yang reti membaca lirik namun tidak dapat menyelaraskan dengan irama muzik, hal ini akan menyebabkan lagu tersebut menjadi sumbang. Oleh itu, untuk mengelakkan daripada hal ini berlaku guru haruslah memberikan latihan yang banyak kepada kanak-kanak. Seterusnya guru boleh mengajar kanak-kanak menyanyi dengan teknik nyanyian solfa dengan mengikut frasa. Kaedah ini akan memupuk semangat kanak-kanak utuk mempelajari sesuatu lagu kerana mereka dapat mengetahui tinggi rendah pic sesuatu suku kata ataupun perkataan yang terdapat

11

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

2013

di dalam senikata lagu Bunga Berkembang. Dengan mempelbagaikan cara latihan, kanak-kanak akan berasa seronok dan teruja untuk mempelajari sesuatu perkara. Guru juga haruslah menunjukkan kaedah solfa dengan isyarat tangan. Pada permulaan guru akan menunjukkan cara ataupun contoh kepada kanak-kanak agar mereka dapat mengikuti apa yang dilakukan oleh guru di hadapan mereka. Semasa menunjukkan kaedah ini kepada kanak-kanak, guru haruslah memastikan semua kanak-kanak dapat melihat isyarat yang dilakukan oleh guru. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan daripada ada kanak-kanak yang tercicir dan menyebabkan mereka berasa tersisih dan enggan untuk mempelajari lagu. Dengan menggunakan isyarat tangan ini kanakkanak tidak akan berasa bosan kerana anggota badan mereka akan bergerak dan mereka dapat mengaplikasikan pergerakan tangan dan tinggi rendah pic lagu. Setelah mengetahui pic yang terdapat dalam skor lagu, guru dan murid akan menyanyikan irama dengan kaedah huming mengikut frasa berpic. Di sini kanak-kanak akan mengetahui muzik sebenar lagu yang akan mereka pelajari. Kanak-kanak yang sudah dapat menangkap melodi lagu yang sebenar akan berasa seronok namun tidak semua akan dapat perkara yang sama. Untuk mengelakkan daripada ada kanak-kanak yang tersisih guru haruslah peka terhadap murid yang berada di hadapannya. Apabila kesemua kanak-kanak dapat menyanyikan irama lagu, maka guru boleh meneruskan aktiviti dengan menanyikan lagu berserta lirik dengan mengikut rangkap. Sebelum kanak-kanak mula menyanyi, guru haruslah menyanyi dan memperdengarkan serangkap lagu kemudian diikuti oleh kanak-kanak. Apabila kanak-kanak diajar secara sikit demi sedikit, kanak-kanak akan mudah mengingati dan kekal dalam akal fikiran mereka. Setelah semua kanak-kanak berjaya menyanyi rangkap demi rangkap guru dan kanak-kanak akan dapat menyanyikan lagu dengan iringan muzik dengan baik sekali. Sekiranya terdapat kanakkanak yang tidak dapat menyanyi dengan baik, guru haruslah memperbetulkan cara nyanyian ataupun sebutan mereka. Tidak semua kanak-kanak mempunyai suara yang lunak namun sekiranya mereka diberikan ilmu pengetahuan yang cukup mengenai muzik dan cara menyanyi, mereka akan dapat menyanyikan suatu lagu dengan baik sekali. Guru yang baik akan dapat memupuk minat pelajar untuk mempelajari subjek yang diajarnya tidak kira subjek apa sekalipun dia dapat menarik perhatian seluruh murid di dalam kelas.

12

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 4.0 IMPROVISASI DAN SOAL JAWAB. Meter bagi lagu Bunga Berkembang adalah

2013

4 4 . Maka detik bagi lagu tersebut adalah 4.

Guru boleh mengajar kanak-kanak untuk mengetahu apa yang dimaksudkan dengan detik dengan cara menepuk tangan. Kanak-kanak boleh menepuk tangan berdasarkan not yang terdapat dalam lagu. Sebgaia contoh dalam lagu bunga berkembang dalam bar yang pertama terdapat 3 kuaver dan 2 krocet. Guru akan menunjukkan contoh terlebih dahulu kepada murid sebelum memberikan improvisasi ataupun pengubahsuaian dalam not lagu untuk menguji tahap kefahaman kanak-kanak terhadap irama dan melodi. Sebagai contoh apabila kanak-kanak telah memahami konsep sebenar irama dan melodi, kanak-kanak boleh diuji dengan cara guru membuat perubahan terhadap skor lagu seperti dalam skor lagu Bunga Berkembang dalam bar ke 3 guru akan memperdengarkan murid dengan cara tepukan dan murid akan membalas . Jika

murid dapat membalas dengan baik bermaksud murid telah berjaya menguasai konsep irama dan melodi. Dalam aktiviti improvisasi, kanak-kanak akan bertindak balas dengan apa yang dilakukan oleh guru. Sebagai contoh guru memberikan satu frasa, murid akan menjawab frasa tersebut dengan kemahiran sendiri ataupun dengan kepakaran sendiri. Sebagai contoh:

Frasa yang diberikan oleh guru

Frasa yang dijawab oleh murid Kanak-kanak akan lebih cepat belajar jika diberikan penjelasan yang lebih jelas dan guru haruslah menitikberatkan pemahaman kanak-kanak terhadap sesuatu perkara yang di ajar. Untuk mempercepatkan pemahaman murid terhadap sesuatu perkara, guru haruslah mengulang latihan ini dan sering bersoal jawab dengan pelajar.

13

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 5.0 SKOR LAGU

2013

Tekstur. Tekstur merupakan lapisan bunyi yang terdapat dalam sesebuah lagu. Berdasarkan skor lagu Bunga Berkembang, tidak terdapat lapisan bunyi. Oleh itu, tekstur bagi lagu Bunga Berkembang adalah monofoni di mana dalam muzik hanya terdapat satu baris melodi sahaja. Jika dilihat di dalam skor tidak ada penambahan ataupun lapisan bunyi yang dapat dilihat dengan jelas dan terang. Dalam tekstur ini, terdapat satu bunyi sahaja yang didengar apabila lagu ini dinyanyikan. Lagu ini jika dilihat dengan jelas merupakan lagu solo yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi sahaja kerana tidak terdapat gabungan alat muzik lain yang mengharmonikan skor lagu ini.

Bentuk. Lagu Bunga Berkembang ini adalah dalam nada G major. Nada G major dapat dilihat dengan jelas apabila terdapat satu not sharp ataupun mempunyai tanda # di dalam skor lagu. Selain itu, untuk mengenal pasti nada yang digunakan dalam lagu ini dapat dilihat daripada not yang mula-mula digunakan dan not yang terakhir di dalam skor lagu. Jika di lihat di dalam skor, not yang pertama digunakan merupakan not g, manakala not yang terakhir juga adalah not g. Seterusnya meter di dalam lagu ini adalah

4. . Meter lagu merupakan kiraan masa dalam muzik. Not yang terbesar di dalam

4 lagu ini adalah not semibrif yang dapat dilihat pada bar 4 dan bar yang terakhir. Kemudian not yang terkecil di dalam skor lagu ini adalah not kuaver yang paling banyak digunakan dalam skor ini. Not yang tertinggi pula adalah not C atas yang terdapat pada bar ke 7 dan not rendah yang digunaka dalam lagu ini adalah not c bawah yang terdapat dalam bar ke 2. Bentuk skor lagu ini adalah AB. Bahagian A adalah pada bahagian bar 1-8 manakala bahagian B adalah dari bar 9-16.

14

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA Harmoni.

2013

Guru boleh memilih untuk menerangkan konsep muzik harmoni ini dengan memberikan contoh seperti persembahan sebuah kumpulan koir. Kebiasaannya pasukan koir akan menghasilkan beberapa renj suara yang berbeza. Ada sebahagiannya yang memainkan peranan sebagai penyanyi alto, tenor dan soprano. Alto akan menyanyikan lagu mengikut melodi asal manakala soprano pula akan menyanyikan lagu dengan melodi yang telah diubah suai pic yang tertentu dalam skor lagu. Jadi semasa persembahan ataupun latihan di dalam bilik darjah, nyanyian harmoni akan wujud berikutan setiap individu menyanyikan mengikut renj suara yang berbeza. Di dalam kelas guru boleh melaksanakan amali bagi memperkukuhkan teori yang telah diajar. Sebagai contoh dalam lagu Bunga Berkembang lagu ini boleh dinyanyikan oleh murid dengan mengikut pusingan lagu. Murid akan memulakan nyanyian secara bergilir-gilir. Caranya adalah membahagikan kanak-kanak kepada beberapa kumpulan. Seterusnya guru akan menentukan kumpulan mana yang akan memulakan nyayian terlebih dahulu. Kumpulan lain akan memulakan nyanyian selepas kumpulan sebelumnya menyanyikan bar pertama bagi lagu Bunga Berkembang. Maka terhasillah harmoni dalam lagu ini dan murid akan memahami dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan harmoni dalam lagu. Di akhir nyanyian ini, murid akan menghabiskan lagu secara berperingkat. Murid dapat melihat dengan jelas keharmonian lagu yang dilakukan secara langsung oleh mereka.

JUMLAH PATAH PERKATAAN : 2755 PATAH PERKATAAN.

15

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA RUJUKAN. Campbell, P. S. & Kassner, C. S. (1995). Music in Childhood. New York: Prentice Hall.

2013

Choksky, L. (1986). Teaching Music in the Twentieth Century. New Jersey: Prentice Hall.

Chosky, L., Abramson, R. M., Gillespie, A. E., Woods, D & York, F. (2001).

Teaching Music in the Twenty-First Century. New Jersey: Prentice Hall Glosari Seni Muzik. (1996). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Menengah Rendah (Semakan). Kuala Lumpur : PPK.

Kennedy, M. (1990). The Concise Oxford Dictionary of Music. Oxford University Press.

Loh, P. K. (1991). A Handbook of music theory. Kuala Lumpur: Penerbit Muzikal.

Saliba K.K (1991). Accent on Orff an introductory approach. New Jersey: Englewood Cliffs.Taylor. E. (1989). The AB guide to music theory,Part 1. Great Britain: Associated Board. http://sohailahakim.blogspot.com/2011/12/pelbagai-kaedah-mengajar-lagu.html dilayari pada 02.07.2013

http://suhaily1975.blogspot.com/2011/12/konsep-muzik.html dilayari pada 02.07.2013

http://suhaily1975.blogspot.com/2011/12/konsep-muzik.html dilayari pada 09.07.2013

16

Anda mungkin juga menyukai