Anda di halaman 1dari 33

PENYAKIT KANAK-KANAK. Demam campak.

Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak yang disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai dengan ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Bagaimanapun kebanyakan kanakkanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan. Program Immunisasi Campak.

tanda-tanda demam campak. Antara 10 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti: Demam tinggi Batuk, selsema dan sakit tekak Mata berair dan sensitif kepada cahaya Sakit otot Ruam demam campak

Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.

kesan demam campak pada kanak-kanak. Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imun sistem kekebalan yang rendah. Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah: Jangkitan pada telinga Jangkitan paru-paru (Pneumonia ) Jangkitan pada otak (encephalitis) Cirit birit

Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian. Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Rawatan demam campak. Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala : Panadol untuk mengurangkan demam Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata Berehat dan minum air yang cukup. Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).

Cara mencegah demam campak. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat immunisasi. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan.

http://sakitrawat.blogspot.com/2010/07/demam-campak-infeksi-simptomrawatan.html

SAWAN Secara definisinya ialah sawan yang belaku akibat demam. Ia boleh terjadi kepada kanak-kanak di dalam lingkungan usia 3 bulan sehingga 6 tahun. Ia juga dikenali sebagai sawan tarik yang mudah berlaku jika suhu badan naik melebihi 40C dalam tempoh hanya satu atau dua hari selepas demam bermula. Kanak-kanak yang pernah mengalami sawan demam ini juga berisiko mengalami masalah serupa kelak. Namun, sawan ini akan hilang dengan peningkatan usia berikutan sawan demam tidak berlaku di kalangan orang dewasa. Sawan akibat demam boleh menyebabkan otak terencat atau kematian akibat kekurangan bekalan oksigen ke otak jika dibiarkan berpanjangan (dikatakan tempoh lebih 30 minit).

Ciri-ciri Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan, mulut berbuih, mata hitam akan memandang ke atas dan pada tahap tertentu boleh termuntah, terkencing atau terbuang air besar. Punca Ia selalunya berpunca daripada sebarang penyakit bersama demam yang tinggi seperti batuk, selsema, jangkitan bahagian atas salur pernafasan, jangkitan telinga (penyakit otitis media) atau jangkitan kuman virus. Pada amnya, jangkitan ini adalah ringan dan tidak berpunca daripada jangkitan selaput otak (meningitis). Sawan ini bukan penyakit keturunan. Namun ada segelintir mengalami sawan tarik kerana mempunyai anggota keluarga yang mengalami sawan tarik. Rawatan Lanjut Untuk mendapat pemeriksaan lanjutan bagi memastikan bahawa anak anda tidak menghidap meningitis atau jangkitan selaput otak. Ini adalah kerana 17% kes demam sawan adalah positif untuk meningitis dan perlu diingatkan ia boleh membawa maut dan menyebabkan kecacatan kekal otak, tubuh dan lumpuh.

TINDAKAN ANDA BILA BERLAKU DEMAM SAWAN Elakkan sawan berlaku Lap badan dengan kain basah yang menggnunakan air paip untuk menurunkan suhu badannya yang panas itu. Juga beri anak minum ubat secara konsisten seperti sirap paracetamol mengikut sukatan yang betul. Boleh juga memberi satu suppository voren 12.5mg (anak kecil) atau 25 mg (3 tahun ke atas) ke dalam punggung untuk mengurangkan demam mengikut nasihat doktor. Juga pakaikan pakaian yang nipis dan awasi selalu anak jika ia tidur di dalam buaian (udara panas terperap ketika di dalamnya). Pastikan bilik tidak terlalu panas dan sentiasa monitor suhu badan anak walaupun anda terpaksa berjaya malam! Ketika Sawan Jangan Panik! Tetapi bertindak pantas! Ingat jangan biarkan sawan ini berlaku lebih daripada 1 atau 3 minit sehingga 5 minit. Pantas baringkan anak anda mengiring ke kiri. Ia untuk mengelak muntah atau lendir masuk ke dalam paru-paru. Segera melonggarkan segala pakaiannya. Ada juga pendapat mengatakan langkah pertama segera masuk bilik air dan basahkan seluruh badannya untuk menurunkan suhu badan yang mendadak tinggi dan apabila anak kecil sudah sedar dari kejang dan mula menangis, segera lap badannya (berdoalah ketika ini pada tuhan supaya anak anda selamat). Jangan beri minum air atau ubat ketika anak sawan. Juga jangan ambil sudu atau bahan-bahan keras dan meletakkannya di dalam mulut. Ini boleh menyebabkan luka yang teruk di dalam mulut. Ia juga boleh menyebabkan tercekik objek asing sekiranya patah. Jangan cuba sedarkan anak anda dengan menampar, menggoncang atau mengurut badannya.Usah cuba mengawal pergerakan anak sewaktu dia sawan kerana ini boleh mencederakan otot atau tulangnya. Pada masa yang sama cuba lihat jam pukul berapa ia berlaku dan pukul berapa ia tamat. Ini adalah kerana doktor perlu tahu berapa lama sawan itu berlaku. Kemudian segera bawa ke klinik untuk pemeriksaan doktor untuk memastikan tiada jangkitan di otak atau lain-lain penyakit untuk mencari dan merawat penyebab demam.

TIP MUDAH 1. Tanggalkan pakaian anak. 2. Baringkan mengiring untuk mengelak bendalir atau air liur memasuki peparu. 3. Mandikan dengan air paip untuk menurunkan suhu badannya dan jangan letakkan objek keras di dalam mulutnya. 4. Jangan biarkan sawan berlaku 3 hingga 5 minit. Segera bertindak! 5. Apabila anak sudah kembali sedar, segera bawa ke klinik untuk kecemasan ini. http://www.mummynemo.com/2011/10/kenali-penyakit-sawan-pada-kanak-kanak/

SELSEMA

Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Terdapat lebih dari 200 virus selsema. Jenis-jenis virus mungkin berbeza pada setiap musim. Antibiotik tidak akan menghapuskan virus-virus. Jangkitan-jangkitan itu akan hilang dengan sendirinya, kecuali jika terjadi jangkitan sekunder. Antibiotik mungkin dan hanya diperlukan apabila terdapat jangkitan sekunder. Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, membatuk atau bersin atau dengan sentuhan langsung. Kanak-kanak dengan kerintangan penyakit yang rendah

berbanding dewasa mendapat selsema dengan lebih kerap, misalannya 612 kali dalam setahun, manakala dewasa, mendapat selsema sebanyak 2 kali dalam setahun. Gejala-gejala Kerongkong yang kering dan sakit Ini mungkin merupakan gejala pertama yang dialami. Pengeluaran lendir yang cair yang memekat kemudiannya. Bersin. Hidung tersumbat. Ini menyebabkan kesukaran untuk menyusu bayi. Sakit kepala. Adakalanya, demam yang ringan. Sakit badan. Mata berair.

Komplikasi-komplikasi Tiada komplikasi yang serius yang berlaku dengan jangkitan rhinovirus. Akan tetapi, selsema yang mudah boleh menjadi lebih serius apabila jangkitan bakteria sekunder berlaku :v Bronkitis jangkitan pada salur-salur pernafasan yang menyebabkan keradangan. v Laringitis keradangan pada laring (bahagian atas tenggorok) dan peti suara. v Otitis Media keradangan pada telinga tengah dan ini adalah lebih biasa di kalangan kanak-kanak. v Sinusitis Jangkitan yang merebak ke sinus (rongga tulang pada hidung). v Pneumonia jangkitan yang merebak ke bahagian bawah ke dalam paru-paru. v Jangkitan bakteria sekunder. v Penyakit-penyakit pernafasan yang sedia ada boleh dicetus atau diganggu, misalannya lelah. Mereka-mereka dengan sistem ketahanan badan yang rendah mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapat selsema dan berlakunya komplikasikomplikasi. Mereka-mereka yang lebih berisiko adalah : Mereka-mereka yang kurang khasiat makanannya. Warga-warga tua Golongan yang sangat muda.

Ingat untuk berunding dengan doktor jika v Selsema yang mudah berlarutan melebihi seminggu, disertai demam yang malebihi 38C atau demam ringan yang berpanjangan. v Berlakunya sakit dada. v Terdapat kesusahan bernafas. v Terdapat kahak berwarna kuning. Penjagaan kendiri Tidak terdapat rawatan yang tertentu tetapi rawatan yang simptomatik boleh dijalankan apabila berlakunya gejala-gejala penyakit. Di antara perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh sesorang itu ialah :v Berehat v Rawatan simptomatik, seperti dengan agen analgesik (penahan sakit), yang mengurangkan demam dan antihistamin, boleh dijalankan dengan selepas berunding dengan

ubat-ubatan yang boleh dibeli di kaunter, pegawai farmasi anda.

v Minum banyak cecair, kedua-dua air dan jus. v Inhalasi (sedutan). Elakkan v Merokok. v Membatuk atau bersin berdekatan orang/benda lain, terutamanya bayi dan makanan. v Memaksa hembusan dengan kedua-dua liang hidung tertutup kerana ini mungkin mengakibatkan jangkitan di telinga tengah. v Memandu semasa mengambil ubat-ubatan untuk batuk dan selsema. v Ubat-ubatan yang mengandungi salisilat, misalannya aspirin.

Tabiat-tabiat yang baik v Berpakaian secara munasabah bergantung kepada suhu persekitaran supaya kesejukan dan kepanasan yang melampau dapat dielakkan. v Tidur secukupnya. v Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu apabila anda sedang bersin. v Basuh tangan dengan sempurna sebelum memasak, makan atau mengendalikan makanan. v Hembus hidung anda, bila perlu, dengan satu atau kedua-dua liang hidung terbuka. v Apabila melakukan suai perubatan, pastikan apakah jenis ubat itu dan apakah kesan yan dituntutnya. Runding dengan pegawai farmasi anda

jika terdapat kemusykilan. v Baca arahan dengan teliti sebelum mengambil sebarang ubat. Pencegahan v Amalkan gaya hidup yang sihat. v Makan makanan yang seimbang. v Senam selalu.

PENYAKIT KULIT Definasi Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang.

Tanda-tanda Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah : Keguguran sisik pada kulit Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan. Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza

Jenis-jenis psoriasis - Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok - Di kalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis. - Jenis teruk yang memerlukan rawatan di hospital dipanggil erythrodermic psoriasis - Lampin psoriasis - Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk di mana ia boleh menimbulkan kesakitan - Guttate psoriasis - Plaque psoriasis (bertompok dan timbul)

Komplikasi Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah: - Sendi hujung pada jari tangan atau kaki - Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki

Rawatan (Bergantung kepada lokasi dan keterukan kulit terlibat) Krim dan ubatan yang boleh melegakan.

Pelembab - Ia adalah penting untuk menjaga kulit supaya lembap sepanjang masa. Anda seharusnya : - Menggunakan pengganti sabun contohnya krim akueus atau salap pelembap - Menggunakan sarung tangan - Memotong pendek kuku jari tangan dan kaki untuk mengelakkan daripada menggaru supaya kulit tidak rosak

Ubatan dan krim Doktor akan memberi ubatan seperti : - Krim yang berasaskan coal tar ( arang), kortison dan lain-lain jenis pelembap . - Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine and Calcipatriol - Cahaya ultraviolet dan fototerapi PUVA

Di mana untuk mendapat rawatan? Pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan dan berjumpa kepada doktor anda. Doktor anda akan menilai keadaan anda dan mulakan rawatan yang sesuai. Jika diperlukan anda akan dirujuk kepada pakar kulit bergantung kepada betapa teruk penyakit anda

Perkara perlu diingati Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ianya tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini.

http://www.myhealth.gov.my/

Penyakit mata kanak-kanak

Ramai yang tidak mengetahui penyakit mata yang dialami oeh kanak-kanak adalah penting dan mudah terlepas pandang atau diambil ringan oleh ibubapa. Kerapkali penyakit mata yang dialami oleh kanak-kanak boleh menjadi serius sekiranya tidak dirawat dengan segera. Tindakan segera boleh menyelamatkan penglihatan bayi dan lebih lagi mata bayi sendiri. Berikut merupakan tanda-tanda penyakit okular yang umum dan juga yang serius yang boleh membantu ibubapa mengenali masalah mata yang sedang dialami oleh bayi atau kanak-kanak.

Salur airmata tersumbat Ramai ibubapa kerap terperasan dan selalu bertanyakan mengapa mata bayi mereka kerap berair dan mengalir ke pipi. Bayi yang baru lahir kebiasaannya mempunyai saluran airmata yang belum terbuka dan sempit. Ini menyebabkan pengaliran airmata tidak dapat mengalir menerusi saluran tersebut sepenuhnya maka kebanyakkan airmata akan melimpah keluar. Saluran ini selalunya akan terbuka sendiri ketika bayi berusia setahun. Urutan mekanikal boleh dilakukan untuk mempercepatkan saluran itu terbuka. Urutan ini boleh dilakukan dengan mengurut dari hujung mata bersebelahan hidung ke arah bawah hidung dengan hujung jari secara lembut dan perlahan. Sekiranya bayi telah berusia 2 tahun dan masih mengalami masalah yang sama, laluan yang sempit ini boleh dibuka oleh oftalmologis.

Mata besar dan terbonjol Mata yang kelihatan besar dan cantik tak semestinya tiada masalah. Mungkin anda pernah terperasan anak anda suka berselindung dibawah selimut atau menekup mukanya apabila dibawa keluar di bawah matahari. Sekiranya ini berlaku anak anda mungkin mengalami sama ada masalah silau yang teruk ataupun mengalami glaukoma kongenital. Glaukoma kongenital merupakan satu penyakit yang mana menyebabkan tekanan itraokular yang tinggi dalam mata dan bagi kanak-kanak, keadaan ini akan membolehkan keseluruhan struktur mata mengembang dan memberi impresi mata terbonjol keluar. Adakalanya ianya terjadi hanya pada sebelah mata sahaja tetapi ada juga kalanya ianya berlaku pada kedua-dua belah mata serentak. Mata bayi akan kelihatan terbonjol dan mendedahkan bahagian putih mata dan mata pula kelihatan berair sedikit. Sekiranya penyakit ini tidak dirawat segera, saraf optik yang terletak dibelakang mata boleh rosak sedikit demi sedikit dan akhirnya boleh menyebabkan kebutaan. Rawatan yang diberikan tidak dapat membaiki penglihatan kpada asal tetapi hanya dapat mengawal penyakit dari terus menjadi lebih teruk.

Anak mata putih Sekiranya anda melihat anak mata bayi anda kelihatan putih dan aneh jangan pula berasa gembira kerana beranggapan mata anak anda istimewa. Ini mungkin adalah satu keadaan yang mencemaskan kerana anak anda mungkin mengalami katarak kongenital atau lebih teruk lagi tumor dalam mata. Kongenital katarak kebiasaanya berlaku ketika umur bayi kurang dari 2 tahun. Keadaan ini disebabkan kanta kristalin yang sepatutnya lutsinar telah menjadi legap dan perlu dibuang melalui kaedah surgeri. Ianya mungkin telah hadir ketika bayi dilahirkan tanpa anda sedari. Keadaan ini disebabkan penyakit rubella yang dialami oleh ibu ketika mengandung atau lainlain penyakit genetik yang dialami oleh bayi seperti Sindrom Down. Kadang kala

keadaan pupil putih juga menunjukkan keadaan yang lebih merbahaya seperti retinoblastoma iaitu ketumbuhan di dalam mata yang boleh membawa maut sekiranya ianya tidak dirawat dengan segera. Rawatan bagi katarak kogenital setelah surgeri adalah dengan pemakaian kanta sentuh atau cermin mata ataupun implan kanta . Rawatan ini perlu disegerakan supaya kanak-kanak mendapat stimulasi penglihatan secukupnya bagi memastikan akuiti penglihatan yang baik.

Mata terkelip-kelip Jika anak-anak anda suka mengelip-gelipkan matanya maka ada keberangkalian mata anak anda mengalami kekeringan. Keadaan ini peru disahkan oleh optometris ataupun oftalmologis melalui satu pemeriksaan komprehensif. Sekiranya ini berlaku maka punca penyebab mata kering akan diselidiki. Mata kering mungkin disebabkan oleh salur lakrimal tersumbat ataupun kelenjar meibomian yang terletak di garisan kelopak mata atas dan bawah tersumbat yang menyebabkan pengaliran airmata tersekat. Sekiranya ini dibiarkan berterusan, ini mungkin boleh menyebabkan mata hilang kelembapannya dan hilang keserataannya yang boleh mengganggu penglihatan. Bagi diri kanak-kanak itu pula keadaaan ini sangat tidak selesa bagaikan mata berpasir dan mereka akan selalu mengosok mata dan menarik-narik bulu mata bagi merenggangkan kelopak mata dari melekat di kornea. Rawatan bagi mata yang kering mungkin melibatkan pencucian kelopak mata serta bulu mta menggunakan kapas berubat dengan tujuan membersihkan kelopak dan bulu mata serta melembutkan plak yang menyumbat kelenjar meibomian. Air mata gantian tanpa bahan awet juga sesuai digunakan pada kanak-kanak bagi mengantikan air mata yang kurang. Ini sangat penting kerana airmata merupakan agen penghalang mikrob daripada menerobosi kornea.

Mata dikecilkan Kanak-kanak yang sering mengecilkan mata semasa cuba melihat sesuatu seperti papan tanda atau televisyen mungkin mempunyai masalah rabun. Dengan mengecilkan mata, cahaya yang memasuki mata akan tertumpu pada bukaan kecil mata dan menjadikan imej terang dan tajam. Penglihatan si kecil akan menjadi terang. Sekiranya ini tidak di halang segera maka mata akan secara langsung dikecilkan apabila cuba melihat dan ini boleh menjadi satu kebiasaan. Adakalanya

kanak-kanak ini akan meneleng kepala apabila melihat sesuatu objek. Ini juga merupakan satu kelakuan yang menunjukkan kanak-kanak itu mungkin mengalami rabun. Rabun pada kanak-kanak mungkin melibatkan miopia (rabun yang dibetulkan dengan kanta cekung), hiperopia (rabun yang dibetulkan dengan kanta cembung) dan astigmastisma (silau). Dapatkan pemeriksaan komprehensif dari Optometris bertauliah utuk mendapatkan diagnosis tepat tentang masalah penglihatan yang dialami oleh anak anda. Jangan berlengah bagi mendapatkan rawatan ini kerana kerabunan yang berterusan boleh membawa kepada ambliopia (mata malas) yang mana penglihatan mungkin tidak dapat dipulihkan dengan sepenuhnya sekiranya rawatan lambat diberikan.

Mata Juling Mata yang juling ada ubatnya. Rata-rata ramai ibubapa yang beranggapan mata yang juling itu tiada ubatnya dan dibiarkan begitu sahaja. Sekiranya anak mula dapat mengesan juling pada anak anda, hendaklah anda membawaya berjumpa Optometris atau Ortoptis (pakar juling) untuk memastikan keadaan juling itu. Juling boleh berpunca dari beberapa keadaan. Adakalanya mata yang juling itu adalah mata yang mempunyai kerabunan ataupun mata malas. Dan adakalanya juga juling boleh disebabkan masalah saraf ataupun tumor. Pemeriksaan komprehensif boleh dilakukan oleh Optometris atau Ortoptis bagi memastikan punca berlakunya juling. Rawatan boleh dilakukan dengan menggunakan cermin mata, prisma dan terapi. Sekiranya semua ini gagal, surgeri mungkin boleh dilakukan untuk memulihkan kejulingan.

Sekiranya anak anda menunjukkan masalah sepertimana yang telah dinyatakan di atas maka adalah sangat penting anda membawa anak anda berjumpa dengan pakar Optometris dengan segera bagi mensahihkan keraguan anda. Tindakan

segera anda mungkin dapat menyelamatkan penglihatan dan mata anak anda. Bagi mendapatkan keterangan yang lebih lanjut mengenai kaedah rawatan,

berbincanglah dengan pakar Optometris anda.

http://drhalizamutalib.blogspot.com/2012/09/penyakit-mata-kanak-kanak-ramaiyang.html Dr Haliza Abdul Mutalib Pensyarah dan Pakar Optometris Jabatan Optometri Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu Universiti Kebangsaan Malaysia

CEGAH PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT Penyakit tangan, kaki dan mulut disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak. Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit. Kebanyakkan kes penyakit ini tidak serius, namun begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung. Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan. Tanda dan Gejala Penyakit Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin Ulser di tekak dan mulut Demam Sakit kepala Hilang selera makan

Langkah-langkah Pencegahan Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan mencuci najis anak Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin dan batuk Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut:

Bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran Jangan hantar ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu

Penyakit Kuku Kaki Tangan Dan Mulut-Tanda-tanda-Kesan-Komplikasi-Gejala Pakar Runding Pediatrik (kanak-kanak), Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, Kelantan, Dr. Mazidah Abd. Rasid berkata, HFMD adalah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus.Tandatanda anak anda mengalami demam panas. Dia juga menjadi seorang yang cukup cerewet dan sering menangis. Air liurnya meleleh dan dia tidak berselera untuk makan serta minum. Keadaan tersebut merupakan gejala-gejala biasa bagi masalah sakit kerongkong, mahu tumbuh gigi dan juga jangkitan telinga. Bagaimanapun, salah satu daripada kumpulan simptom ini yang biasanya terlepas pandang iaitu, ulser mulut, merupakan antara tanda utama penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).Tambahnya lagi jangkitan ini menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin. Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempoh lima hingga tujuh hari.Menurutnya, terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan HFMD dengan virus yang biasa adalah Coxsackie A16, yang mencetuskan endemik di Malaysia dan biasanya berlaku pada tahap yang sederhana.Kadangkala, terdapat jenis kuman virus lain seperti virus coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu jenis virus yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus polio, virus coxsackie dan echovirus.HFMD merupakan penyakit berjangkit sederhana. Ia merebak melalui sentuhan langsung dengan lelehan yang keluar daripada hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini. Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Ia tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang.

Tempoh pengeraman Selepas seseorang itu dijangkiti kuman virus ini tempoh pengeramannya adalah di antara dua hingga enam hari. Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat. Ulser mulut akan hilang pada hari kelima hingga ketujuh tetapi lepuh dan bintik-bintik merah di tangan, kaki akan hanya hilang dalam tempoh 10 hari.

Faktor-faktor risiko

Penyakit HFM boleh menjangkiti mana-mana kanak-kanak dan di mana saja tanpa mengira kawasan geografi. Kanak-kanak yang berumur di bawah lima tahun amat rentan penyakit ini sambil tidak menolak kemungkinan, ia boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia.Penyakit ini juga biasanya menjangkiti kanakkanak yang berumur di antara dua minggu hingga tiga tahun. Ini kerana kanakkanak mempunyai daya tahan badan yang lemah dan mudah dijangkiti berbanding orang dewasa. Bagaimanapun, Dr. Mazidah menambah, ini tidak bermakna, orang dewasa kalis HFMD apatah lagi jika mereka mempunyai sistem imun yang tidak kuat.

Gejala-gejala Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 39oC Sakit tekak Ulser pada tekak dan mulut Sakit kepala Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin.

Komplikasi Dr. Mazidah menjelaskan, komplikasi biasanya disebabkan oleh kekeringan air dalam badan atau dehidrasi apabila kanak-kanak yang mendapat ulser mulut tidak boleh makan dan minum. Virus enterovirus juga menyasarkan sistem saraf, otak dan jantung mangsa menyebabkan radang otak meningitis dan inflamasi serta keradangan otot jantung (miokarditis). Kemungkinan juga berlakunya sawan berikutan demam panas. Kesemua komplikasi ini sangat berbahaya dan boleh membawa maut. Diagnosis Doktor lazimnya akan melakukan pemeriksaan fizikal, melihat gejala-gejala HFMD dan sejarah penyakit dan pemeriksaan fizikal. Ujian darah akan dilakukan di makmal khas bagi mengesahkan jenis virus yang terlibat. Prognosis Kebanyakan kes HFMD adalah ringan dan sembuh sepenuhnya dalam masa lima ke tujuh hari. Malangnya, sehingga hari ini kita tidak boleh menjangka siapa yang boleh sembuh dan siapa yang akan mengalami komplikasi yang menjurus kepada kematian. Hubungi doktor sekiranya: Anak anda tidak membuang air kecil lebih lapan jam Anak anda kelihatan kusut, mengantuk, pucat atau berbelak -belak, resah atau meragam dan tidak dapat tidur atau berpeluh dingin Demam lebih tiga hari Sakit mulut semakin teruk Anak anda mengalami lemah otot kaki dan tangan atau dise rang sawan.

Jika seseorang kanak-kanak ada menunjukkan simptom seperti di atas, dapatkan rawatan doktor segera. Jangan bersikap sambil lewa. Sebarang kelewatan untuk mendapatkan rawatan mungkin boleh menyebabkan kematian.

Langkah-langkah pencegahan

Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala HFMD mestilah dibawa berjumpa doktor secepat mungkin Jangan bawa anak anda ke tempat awam seperti pasar raya, pusat membeli -belah, kolam renang awam, sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak dan lain-lain Anda mestilah lebih berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan makanan dan selepas keluar dari tandas. Basuhlah tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum dan selepas ke tandas Basuhlah tangan anda selalu terutamanya selepas menyalin lampin Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan menggunakan pencuci Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi, berus gigi, pakaian dan sebagainya Elakkan diri daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian Elakkan diri daripada mendekati pesakit HFMD Pihak berkuasa kesihatan hendaklah memeriksa tahap kebersihan di tempat di mana terdapat ramai kanak-kanak tinggal (contohnya tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak) dan arahkan supaya tempat itu ditutup jika tahap kesihatannya tidak mencapai tahap kebersihan yang sepatutnya

Kanak-kanak yang dijangkiti HFMD tidak dibenarkan mengikuti program di pusat penjagaan kanak-kanak, sekolah atau aktiviti berkumpulan yang lain Berikan rawatan di rumah untuk kes yang tidak disyaki penyakit HFMD tetapi jika anda nampak tanda-tanda komplikasi seperti sakit pada leher atau pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan doktor Jika demam anak anda masih tidak berubah selepas diberi ubat, segera berjumpa doktor semula Jika terdapat tanda-tanda dehidrasi (kulit dan membran mukus kering, turun berat badan, meragam, keletihan, kurang air kencing atau air kencing berwarna gelap), segera berjumpa doktor Kawasan di Malaysia yang mempunyai populasi terbesar terutamanya kawasan luar bandar, tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional dan merawat sendiri HFMD jika telah disyaki. Pengawalan penyakit daripada merebak mestilah diberikan keutamaan.

http://kartikel.com/news/5157/penyakit-kuku-kaki-tangan-dan-mulut-tanda-tanda-kesankomplikasi-gejala

Cirit birit Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan cirit-birit sebagai pembuangan cecair atau najis cair yang terlalu kerap, sekurang-kurangnya 3 kali dalam masa 24 jam. Cirit-birit akut merupakan salah satu dari masalah yang sering dialami oleh kanak-kanak. Cirit-birit ialah satu keadaan di mana kanak-kanak membuang air besar lebih kerap dari biasa dan najisnya cair.Ia boleh disebabkan oleh beberapa kemungkinan seperti tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik, mengambil makanan dan air yang telah tercemar dan keadaan persekitaran yang tidak terjaga dan kotor. Ia juga merupakan salah satu dari punca utama penyakit dan kematian di kalangan kanakkanak di Malaysia. Cirit-birit mudah menjangkiti kanak-kanak terutamanya bayi yang berusia antara 6 - 12 bulan yang tinggal di persekitaran yang kotor dan juga bayi yang berusia di bawah 6 bulan yang diberi susu botol.

penjelasan lagi mengenai cirit-birit. Cirit-birit ialah satu keadaan di mana kanak-kanak mengeluarkan najis yang cair yang abnormal berulangkali berbanding dengan keadaan biasa. Ia boleh diselangi dengan muntah-muntah dan kadang-kadang tidak. Pada amnya, ia berpunca dari virus atau bakteria.Kuman-kuman ini boleh merebak melalui air, makanan, tangan, perkakas-perkakas seperti pinggan mangkuk, lalat dan kotoran yang melekat pada kuku jari.

Bagaimana cirit birit berlaku ? Bakteria boleh menyebabkan cirit-birit melalui sekurang-kurangnya 3 cara: 1. Penghasilan enterotoksin (bahan beracun yang mempunyai kesan buruk ke atas saluran gastrousus yang boleh menyebabkan muntah, cirit-birit dan sakit abdomen) yang merangsang rembesan elektrolit (kepekatan ion-ion yang terpisah dalam edaran darah) yang aktif ke dalam usus. a. Serangan bakteria yang boleh merosakkan lapisan mukosa usus (pengalas membran yang lembap dalam saluran gastrousus). b. Penusukan bakteria yang menyerang lapisan mukosa tetapi ia tidak menghasilkan ulser pada mukosa usus secara besar-besaran. c. Kanak-kanak juga boleh mendapat cirit-birit tanpa diserang oleh apa-apa jangkitan, seperti disebabkan oleh alahan terhadap makanan tertentu dan alahan laktosa. Dalam keadaan ini, badan menghasilkan sejumlah kecil laktase. Laktase merupakan sejenis enzim yang terdapat di dalam usus. Ia mencernakan laktosa (sejenis gula yang terdapat di dalam susu atau hasil susu). Apabila laktosa tidak dapat dicernakan oleh laktase, ia menapai dan menyebabkan cirit-birit. 2. Cirit-birit juga boleh berlaku disebabkan kesan dari pengambilan ubat-ubat tertentu. Ubat-ubat tersebut terutamanya antibiotik yang digunakan untuk merawat ramai kanak-kanak yang menghidap jangkitan saluran pernafasan, saluran kencing atau jangkitan-jangkitan lain. Hampir 40% dari kanak-kanak ini mendapat cirit-birit dipercayai disebabkan oleh gangguan imbangan kehidupan bakteria-bakteria penting dalam usus kanak-kanak kerana penggunaan antibiotik tadi*. 3. Gangguan-gangguan gastrousus yang lain termasuk keadaan seperti penyakit keradangan usus (seperti penyakit Crohn.s) dan sindrom gangguan usus (Irritable Bowel Syndrome). IBS selalunya berlaku apabila kanak-kanak mengalami stres atau tekanan disebabkan sesuatu masalah keluarga.

Apakah yang menyebabkan cirit-birit ? Cirit-birit boleh disebabkan oleh banyak faktor yang berkemungkinan tidak mempunyai kaitan dengan saluran gastrousus. Biasanya, ia disebabkan oleh bakteria, virus atau parasit dari tangan, makanan, susu, air ataupun botol susu yang kotor dan tercemar dan masuk ke dalam badan melalui mulut. Kajian-kajian telah menunjukkan terdapat banyak bakteria, virus dan parasit patogenik yang telah dikenalpasti sebagai penyebab cirit-birit. Dua masalah utama cirit-birit yang boleh membahayakan kanak-kanak ialah dehidrasi (kekontangan) dan kematian. Kematian yang berpunca dari cirit-birit adalah disebabkan oleh dehidrasi (kehilangan air dan garam dalam badan). Kira-kira 10% dari kes cirit-birit yang mengalami dehidrasi berpunca dari kehilangan air dan elektrolit yang berlebihan. Seorang kanak-kanak tidak boleh hidup jika ia kehilangan terlalu banyak air dan garam dari badannya, melainkan kehilangan itu digantikan. Seorang bayi akan menjadi lemah dan kekurangan zat makanan atau malnutrisi jika ia mengalami cirit-birit yang berulang-ulang. Keadaan akan menjadi lebih teruk jika si ibu berhenti menyusui bayi dengan susu badan atau berhenti memberikan makanan semasa ia mengalami cirit-birit. Bayi yang kekurangan zat makanan mudah diserang cirit-birit dan serangan ini akan menjadi bertambah serius.

Apakah faktor yang meningkatkan risiko cirit-birit ? Faktor-faktor yang boleh menyebabkan cirit-birit termasuklah: Kanak-kanak yang lemah dan sering sakit di mana ketahanan semula jadinya menjadi lemah akibat serangan penyakit yang berulang-ulang. Kanak-kanak yang datang dari keluarga yang miskin, di mana pemakanan hariannya mungkin kurang berkhasiat dan selalunya dikaitkan dengan kebersihan diri yang tidak terjaga. Teknik memberi makan yang tidak betul:

Kepekatan makanan yang tidak betul - jika terlalu pekat, boleh menyebabkan ciritbirit osmotik (iaitu penyerapan cecair dari usus) dan memburukkan lagi cirit-birit yang dihidapi. Makanan yang terlalu cair dan kekurangan nutrien atau zat makanan.

Apakah gejala-gejala cirit-birit ? Gejala-gejala adalah seperti berikut: Cirit-birit, satu gejala yang biasa. Kekejangan dan sakit pada bahagian abdomen. Sembab. Terasa loya dan muntah Terasa ingin segera membuang air besar. Demam. Najis mengandungi darah. Dahaga Hilang selera makan

Setiap kanak-kanak yang mengalami cirit-birit berulangkali akan kehilangan sebahagian air dan garam dari badannya. Walau bagaimanapun, ianya bergantung kepada bagaimana keadaan cirit-birit itu dan kekerapan kanak-kanak itu membuang air besar. Jika kanak-kanak itu mengalami dehidrasi, ia memerlukan perhatian dan rawatan segera.

Dehidrasi atau kekontangan ialah satu keadaan di mana badan mengalami kekurangan cecair untuk berfungsi dengan baik. Keadaan ini merbahaya bagi kanakkanak dan mereka perlu mendapat rawatan segera bagi mengelakkan dari masalah kesihatan yang lebih serius.

Tanda-tanda dan gejala dehidrasi ialah: Kanak-kanak itu cepat meragam. Terasa dahaga dan kurang membuang air kecil dan air kencingnya berwarna gelap. Mata kelihatan cengkung dan kering. Kelihatan lemah. Ubun-ubun melekuk (terdapatnya bukaan pada tengkorak kepala disebabkan penutupan tulang kranial yang belum sempurna), biasanya berlaku pada bayi yang berusia di bawah 18 bulan. Mulut dan lidah menjadi kering. Kulit berkedut dan kelihatan kering serta mengelupas. Bila kanak-kanak itu menangis air matanya tidak keluar.

Cirit-birit boleh jadi akut atau kronik. Cirit-birit akut biasanya dikaitkan dengan jangkitan bakteria, virus atau parasit. Ia juga boleh disebabkan oleh perubahan pada tabiat makan seperti alahan kepada makanan, kesan sampingan dari ubat-ubatan dan lain-lain. Kes cirit-birit akut yang sering berlaku adalah disebabkan oleh virus seperti Rotavirus dan Adenovirus*.

Cirit-birit yang akut boleh jadi berair atau bercampur darah. Cirit-birit akut yang berair biasanya akan berakhir dalam masa kurang dari 14 hari dan bahayanya ialah ia boleh membawa kepada dehidrasi. Cirit-birit yang bercampur darah

kadangkalanya dikenali sebagai disentari. Ia juga boleh menyebabkan dehidrasi tetapi yang paling bahaya ia boleh membawa kepada kerosakan usus, penurunan berat badan dan kekurangan zat makanan.

Cirit-birit yang kronik biasanya dikaitkan dengan ketidakaturan fungsi badan seperti Sindrom Gangguan Usus (IBS) atau penyakit seperti Coeliac Disease. Ia biasanya mengambil masa lebih dari 3 minggu. IBS contohnya, disebabkan oleh pengecutan otot yang keterlaluan di dalam saluran usus. Ia berlaku hingga berbulanbulan atau bertahun.Kadangkala kanak-kanak yang menghidapi IBS ini

mengeluarkan najis bersama-sama mukus. Walau bagaimanapun, kebanyakkan cirit-birit yang kronik ini tidak begitu serius. Ia boleh dikawal melalui pengubatan.

Apakah komplikasi yang boleh berlaku akibat cirit-birit? Dua keadaan cirit-birit yang merbahaya ialah dehidrasi dan kekurangan zat makanan. Kebanyakan bayi yang mati adalah disebabkan oleh dehidrasi iaitu kehilangan cecair dan garam dalam badan.

Apakah ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan penyebab cirit-birit? Sampel najis boleh dihantar ke makmal untuk menentukan jenis kuman yang menyebabkan cirit-birit. Jika ini boleh dilakukan ia merupakan satu tindakan yang baik. Tetapi jika cirit-birit hanya sederhana ia boleh dirawat di rumah sahaja. Cuma sebahagian kecil kanak-kanak sahaja yang memiliki kuman bakteria seperti Campylobacter, Salmonella, Shigella atau E.coli dikesan dari najis mereka.

Kebanyakan kes cirit-birit di kalangan kanak-kanak disebabkan oleh kuman virus seperti Rotavirus. Ujian ELISA (Enzyme Linked Immunosorbent Assay merupakan satu teknik ujian darah yang sensitif untuk mengesan antibodi tertentu dalam darah) boleh dijalankan untuk mengecualikan jangkitan Rotavirus yang biasanya berlaku dikalangan bayi.

Bagaimana kita boleh memantau seseorang kanak-kanak yang mengalami cirit-birit? Kanak-kanak yang mendapat cirit-birit perlu diperiksa oleh seorang doktor dalam masa 12 jam setelah memulakan rawatan. Ini bagi memastikan masalah kanakkanak itu dapat ditangani dan ia tidak kehilangan berat badannya terlalu banyak. Seorang ibu seharusnya mengetahui bagaimana hendak menguruskan anaknya dalam keadaan begini. Rawatan dan kemajuan kanak-kanak tersebut perlu dipantau seperti berikut:

Periksa dari masa ke semasa dan pastikan kanak-kanak tersebut mengambil larutan ORS dengan memuaskan. Jumlahnya perlu direkodkan. Amati tanda-tanda rehidrasi seperti kehilangan kekenyalan kulit, kelihatan semakin lemah atau pembuangan najis yang semakin kerap. Amati tanda-tanda pengambilan cecair yang berlebihan seperti kebengkakan kelopak mata.

Rawatan tanpa menggunakan ubat-ubatan. Langkah paling penting untuk merawat cirit-birit di kalangan kanak-kanak ialah mengganti air dan garam melalui mulut bagi mengelak dari masalah dehidrasi. Untuk mengatasi komplikasi ini, cuba berikan larutan Garam Rehidrasi Oral (ORS) kepada bayi anda seawal yang mungkin untuk menggantikan kehilangan cecair dan garam dalam badan bayi. Kaedah ini penting untuk menyelamatkan bayi. ORS digunakan bukan untuk mengelak atau menghentikan cirit-birit tetapi ia dapat mengelakkan bayi

dari kehilangan banyak cecair dan garam dalam badannya. ORS merupakan penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi cirit-birit.

Jika paket larutan ORS tidak ada, anda boleh menyediakan larutan ini sendiri dengan menggunakan air, gula dan garam. Cara membuatnya adalah seperti berikut:1. Ambil 1 liter air telah dimasak (lebih kurang 5 cawan) 2. 1 sudu kecil garam 3. 8 sudu kecil gula 4. Kacau sehingga gula larut ke dalam air 5. Berikan anak anda minum sedikit demi sedikit. Minuman yang sesuai untuk mencegah dehidrasi semasa kanak-kanak menghidap cirit-birit ialah: Garam Oral Rehidrasi (ORS) Susu ibu Kanji (campuran cair bijirin yang telah dimasak dan air) Sup Air nasi (air didih) Air buah-buahan Teh cair Air kelapa muda Sekiranya minuman di atas tidak dapat diperolehi, kanak-kanak boleh diberi air masak yang sejuk

Catatan: Jumlah yang perlu diberikan ialah antara suku atau separuh cawan besar untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun. Berikan sedikit demi sedikit tetapi lebih kerap. Jika kanak-kanak tersebut muntah, tunggu selama 10 minit kemudian cuba berikan semula larutan tersebut. Kanak-kanak yang mengalami cirit-birit dan mengambil larutan ORS perlu diperiksa oleh anggota kesihatan. Bawa anak anda ke klinik atau hospital segera. Jika terdapatnya tanda-tanda dehidrasi yang serius, ini menandakan anak anda perlu segera dimasukkan ke hospital.

Rawatan menggunakan ubat-ubatan Anak anda tidak perlu diberi sebarang ubat-ubatan untuk cirit-birit yang dihadapinya, kecuali atas nasihat doktor. Jangan berikan ubat antibiotik kepada kanak-kanak yang dirawat di rumah. Ini kerana antibiotik tersebut boleh menimbulkan kesan sampingan dan ditakuti boleh memburukkan lagi keadaan cirit-birit itu.
http://www.sioloon.com/t8626-cirit-birit-dikalangan-kanak-kanak

Anda mungkin juga menyukai