Anda di halaman 1dari 3

Denggi dan kanak-kanak

Semakan terakhir: September 2013


Share

In this article

Bagaimanakah denggi merebak dan adakah ia penyakit bermusim?

Apakah simptom-simptom yang perlu saya kenal pasti?

Apa yang saya perlu lakukan jika anak saya mempunyai simptom-simptom
tersebut?

Bagaimanakah saya boleh mengurangkan kebarangkalian anak saya


dijangkiti penyakit ini?

Denggi adalah jangkitan virus yang menyebabkan demam. Denggi merupakan


salah satu penyakit bawaan nyamuk yang sering berlaku di Malaysia. Ia
merupakan masalah kesihatan yang besar pada masa ini.
Bagaimanakah denggi merebak dan adakah ia penyakit bermusim?
Virus denggi disebarkan oleh nyamuk harimau betina (Aedes aegypti). Nyamuknyamuk ini membiak di dalam air bertakung dan selalunya menggigit pada hari
siang. Oleh itu, seseorang yang digigit oleh nyamuk Aedes boleh mendapat
penyakit ini.
Virus denggi tidak bermusim, tetapi pada musim monsun, jumlah kes meningkat
sebab cuaca panas dan lembap, dan terdapat air bertakung, di mana nyamuk
dapat membiak dengan baik.
Apakah simptom-simptom yang perlu saya kenal pasti?
Denggi pada bayi dan kanak-kanak yang masih kecil selalunya bermula dengan
simptom-simptom penyakit virus:

demam;

hidung berair;

batuk;

ruam kulit yang ringan.

Kanak-kanak yang lebih besar selalunya mengalami simptom-simptom tipikal


sama seperti yang dialami oleh orang dewasa:

demam panas;

sakit di bahagian belakang mata dan pada sendi-sendi;

sakit kepala;

ruam kulit bertompok merah dan putih.

Ini mungkin diikuti dengan:

kurang selera makan;

loya;

muntah;

gatal di tapak kaki;

rasa sangat lemah semasa menghidapi penyakit dan juga lemah selepas
sembuh.

Apa yang saya perlu lakukan jika anak saya mempunyai simptom-simptom
tersebut?
Jika anak anda menghidapi demam panas yang tidak dapat diubati oleh ubat
untuk beberapa hari, dan diikuti dengan ruam kulit atau sakit sendi, hubungi
doktor dengan segera sebab rawatan perubatan boleh mengelakkan komplikasi.
Oleh sebab simptom denggi dan demam chikungunya adalah seakan-akan sama,
doktor anda akan membuat ujian darah untuk mengesahkan diagnosis.
Selalunya, rawatan diberikan untuk mengurangkan simptom-simptom; ubat
antiradang untuk sakit sendi dan ubat-ubatan lain untuk menurunkan suhu akan
dipreskripsikan. Rehat yang banyak, makanan ringan dan berkhasiat, dan
mengelap badan akan membuatkan anak anda berasa selesa.
Jangkitan denggi boleh berlarutan sehingga 10 hari tetapi jika terdapat
komplikasi lain seperti pendarahan, mungkin anak anda perlu dimasukkan ke
hospital. Pencegahan dan rawatan awal adalah penting sebab jika tidak dirawat,
denggi boleh menyebabkan pendarahan, kegagalan ginjal, konvulsi dan
kematian bagi kes-kes teruk.
Bagaimanakah saya boleh mengurangkan kebarangkalian anak saya dijangkiti
penyakit ini?

Tiada vaksin untuk mencegah denggi dan cara terbaik untuk melindungi anak
anda ialah dengan mengambil langkah-langkah pencegahan terhadap nyamuk
yang menyebarkan virus tersebut.
Nyamuk membiak di dalam air bertakung dan cuaca yang panas dan lembap,
jadi pastikan rumah anda dan kawasan sekitar anda bebas dari air bertakung
yang terbuka, tumbuh-tumbuhan mati dan pasu bunga kosong, terutamanya
pada musim monsun apabila air hujan tidak dapat mengalir dengan baik.
Kebanyakan nyamuk dan serangga memasuki rumah anda pada waktu fajar dan
senja. Jadi pastikan semua tingkap dan pintu telah ditutup ketika waktu itu.
Jika anda perlu menggunakan lingkaran elektrik, mat atau pengewap cecair
untuk menghalang kemasukan serangga dan haiwan perosak ke dalam bilik,
pastikan semua ini dimatikan sebelum bayi anda masuk ke bilik. Alat-alat elektrik
yang menggunakan gelombang ultrabunyi dan elektromagnetik untuk
menghapuskan serangga perosak juga boleh didapati.
Langkah-langkah pencegahan lain termasuk:

Pakaikan anak anda dengan baju berlengan panjang dan seluar panjang,
terutamanya apabila dia ke taman atau taman permainan.

Pakaian berwarna cerah juga adalah lebih baik daripada pakaian berwarna
gelap.

Pasang jaringan nyamuk pada tingkap.

Gunakan krim dan penyembur berasaskan minyak serai wangi atau


penghalau nyamuk jenis herba.

Bayi yang lebih kecil dan tidak boleh meniarap lagi boleh diletakkan di
dalam kelambu semasa tidur; penghawa dingin juga boleh membantu
menghalang nyamuk sebab pintu dan tingkap bilik selalunya akan ditutup.

Walaupun anak anda telah menghidap denggi, ini tidak bermakna ia mempunyai
imuniti terhadap tiga virus denggi lain yang berkait rapat. Di samping itu,
demam denggi berdarah (DHF), iaitu satu jenis jangkitan yang teruk, selalunya
dijangkiti oleh mereka yang sudah sensitif kepada virus denggi. Oleh itu,
pencegahan adalah pilihan yang lebih selamat.

http://www.babycenter.com.my/a1031212/denggi-dan-kanakkanak#ixzz3CfJxk7c1

Anda mungkin juga menyukai