Anda di halaman 1dari 19

HALAMAN PENGAKUAN

Kami akui bahawa karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang telah kami nyatakan sumbernya

Tandatangan

Nama

: MOHD ZUHAIRY BIN JUSOH

No. Kad Pengenalan

: 720710-03-5001

Tandatangan

Nama

: WAN MOHD ZAILANI BIN WAN HASAN

No. Kad Pengenalan

: 7790422-03-5705

Tarikh

_________________________________________________________

_________________________________________________________

: 25 SEPTEMBER 201

PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan izin-Nya kami dapat juga menyiapkan
kerja kursus ini dengan sempurna. Walaupun dengan penuh kepayahan dan
kekangan seperti tugasan mengajar, tugasan di dalam dan di luar sekolah dan juga
tanggungjawab-tanggungjawab lain, kami masih mampu untuk menyiapkan kerja
kursus ini.
Sepanjang kami menyiapkan kerja kursus ini, terdapat banyak pengetahuan
dan maklumat-maklumat serta pelbagai pengetahaun tentang kepentingan
Pendidikan Keselamatan di sekolah terutamanya yang melibatkan murid. Kesemua
pengetahuan dan ilmu yang kami perolehi ini dapat kami aplikasikan dalam
tanggungjawab kami terhadap keselamatan anak didik kami di sekolah. Selama ini
kami akui , kami kurang mengaplikasikan segala kaedah dan cara-cara bagi
meningkatkan tahap keselamatan murid-murid kami dalam setiap aktiviti sekolah di
sepanjang masa persekolahan. Setelah kami baca dan kaji bahan-bahan yang dicari
untuk menyiapkan kerja kursus ini, barulah kami tahu dan sedar akan kepentingan
memahami dan mengaplikasikan segala kaedah dan prosedur yang dititik beratkan
oleh KPM melalui pekeliling ikhtisas yang dikeluarkan.
Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu
Encik Ismail Bin Mamat selaku pensyarah bagi matapelajaran PKE3102 ini kerana
banyak membantu dalam menyiapkan kerja kursus ini. Beliau juga telah memberikan
panduan-panduan yang begitu berguna kepada kami untuk menyempurnakan lagi
kerja kursus ini. Selain itu, tidak lupa juga pada rakan-rakan sekelas yang banyak
menyumbang idea agar menjadikan rancangan dalam kerja kursus ini menjadi lebih
menarik lagi. Akhir sekali, penghargaan untuk semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak sepanjang kami menyiapkan kerja kursus ini.
Sekian

SEKOLAH SELAMAT
1.
Apakah Sekolah yang Selamat?

Sekolah selamat adalah satu fenomena yang agak baru dalam konteks
pendidikan di Malaysia. Sekolah selamat ditakrifkan sebagai tempat yang
tersusun dan bertujuan di mana pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah adalah
bebas untuk belajar dan pengajaran berlaku secara bebas tanpa apa-apa
gangguan secara fizikal ataupun secara psikologi. Dengan perkataan lain,
sekolah selamat merujuk kepada kepercayaan bahawa semua pelajar di sekolah
mempunyai peluang untuk belajar di dalam sebuah persekitaran yang selamat,
kondusif kepada proses pembelajaran dan bebas daripada sebarang
gangguan.
Sesebuah sekolah dikatakan selamat sekiranya ia mempunyai ciri-ciri berikut :
mempunyai sensitiviti dan rasa hormat kepada semua individu
a) persekitaran yang tidak mengalami sebarang gangguan
b) tingkahlaku pelajarnya dapat dijangkakan dengan jelas
c) dasar disiplin adalah konsisten dan ditadbirkan dengan adil
d) pelajarnya mempunyai rasa terikat atau menyayangi sekolah
e) tingkah laku yang positif mendapat sokongan dan pengiktirafan pihak
sekolah
f) prosedur-prosedur tentang keselamatan sekolah adalah proaktif
g) warga sekolah mempunyai kesedaran komuniti terhadap kawasan sekolah
h) rancangan respon terhadap kecemasan adalah mantap
i) penyenggaraan sekolah menepati masa
j) aspek kebersihan menjadi amalan
k) rupa bentuk sekolah dan bilik kelasnya adalah cantik

Iklim Sekolah Selamat


Kesemua ciri-ciri sekolah selamat yang dinyatakan itu akan mewujudkan iklim
sekolah selamat dari segi fizikal, sosial dan budaya. Persekitaran budaya
sekolah dianggap sebagai kayu pengukur yang paling tepat bagi menunjukkan
keseluruhan iklim sesebuah sekolah. Ia termasuklah andaian-andaian yang
tersirat, harapan dan pengetahuan yang dimiliki oleh pelajar, ibu bapa dan
kakitangan sekolah mengenai bagaimana sekolah sepatutnya berfungsi dan
bagaimana individu-individu di sekolah sepatutnya bertindak. Iklim sekolah
terrmasuk juga peraturan-peraturan, norma-norma, kepercayaan dan nilai-nilai
formal dan bukan formal yang mengawal tingkah laku seharian pelajar,
kakitangan dan pentadbir sekolah.
Persekitaran budaya yang positif termasuk tingkat rasa hormat, rasa terikat dan
kejelikItan di kalangan pelajar dan kakitangan sekolah. Pengharapan terhadap
akademik dan tingkah laku adalah sangat kukuh dan diterima. Peraturanperaturan sekolah difahami, diterima dan dikuatkuasakan secara konsisten.
Tingkah laku yang dikehendaki kerap mendapat pujian dan diberi sokongan oleh
pihak sekolah.
Salah satu ciri iklim sekolah selamat adalah persekitaran fizikalnya yang
kelihatan kemas, mempunyai lanskap yang menarik dan diselenggarakan
dengan cermat dan menepati masa dan jadual penyelenggaraan.
Penyelenggaraan kawasan sekolah yang berkualiti dan keselamatan sekolah
yang terjamin boleh memberi gambaran langsung kepada komuniti yang
mengadakan lawatan ke kawasan sekolah tentang keadaan pelajar-pelajar, ibu
bapa dan individu-individu di sekolah.
Keadaan fizikal sekolah selamat termasuklah:
a) Mengadakan teg pengenalan diri kepada semua pelawat dan kakitangan
sekolah yang dilatih untuk berkomunikasi secara personal dengan pelawat

yang tidak memakai teg tersebut dan merujukkannya kepada pejabat


sekolah. Hal ini sebenarnya telahpun dilaksanakan di sekolah SBP.
b) Menghadkan tempat-tempat di mana pelajar boleh membuang masa dan
merayau-rayau, memeriksa bilik air dan almari-almari kelas supaya tidak
menjadi tempat menyimpan rokok atau dadah atau sebarang bahan lucah
c) Memaksimumkan pemandangan dengan menghapuskan titik buta yang
disebabkan oleh pintu-pintu, pagar-pagar, bangunan-bangunan, dan
lanskap dengan memasang pintu-pintu, tingkap-tingkap, almari-almari dan
kelengkapan-kelengkapan yang sesuai.
d) Memperbaiki komunikasi di antara pengawal keselamatan, guru-guru dan
kakitangan pejabat di samping memberikan semua kakitangan insentif
kerana bertanggungjawab mempastikan sekolah selamat. Misalnya pihak
sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, PIBG, boleh memberikan
hadiah kepada sesiapa yang memberi idea yang boleh meningkatkan
tahap keselamatan sekolah dan memberi pengiktirafan dan ganjaran
kepada pemberi maklumat yang mana maklumat yang diberikannya
membawa kepada penangkapan pengacau di sekolah.
e) Mengadakan latihan keselamatan dan kebakaran oleh jabatan bomba.
f) Mengecat grafiti dan membaiki kerosakan serta merta dengan
menggunakan kumpulan pelajar, kakitangan dan ibu bapa melalui konsep
gotong-royong. Sumbangan bahan seperti cat dan berus serta peralatan
lain dilakukan oleh syarikat swasta dan masyarakat setempat.
Jika diamat-amati sebahagian besar daripada aktiviti yang digariskan itu
telah dan sedang dilaksanakan di sekolah-sekolah di Malaysia.
Sesebuah sekolah yang selamat adalah suatu tempat di mana
wujudnya hubungan sosial yang rapat di kalangan ahli sekolah. Komunikasi
antara peribadi yang berkesan di kalangan pelajar dan di kalangan
kakitangan sekolah serta di antara kedua-dua kelompok itu adalah satu faktor
yang menyumbang kepada keselamatan sekolah. Latar belakang etnik,
budaya dan agama pelajar mesti diakui dan dihormati supaya para pelajar
tidak diejek dan dipinggirkan daripada aliran utama budaya sekolah. Pelajar
dan kakitangan sekolah berkongsi kepercayaan bahawa mereka adalah
selamat sama ada dari segi fizikal, sosial mahupun secara psikologi dan
5

mereka sebenarnya mendapat sokongan lain-lain ahli sekolah apabila tiba


masa diperlukan. Lebih tinggi peratusan pelajar dan kakitangan sekolah yang
menyatakan Ini adalah sekolah kita, dikatakan lebih selamat sekolah itu
sebenarnya. Perasaan kekitaan ini merupakan intipati penting ke arah
pembentukan konsep sekolah yang selamat dalam konteks pendidikan di
Malaysia.
Sekolah yang selamat mewujudkan suasana masyarakat penyayang dengan
mengutamakan nilai-nilai kemanusiaan yang menghargai dan menghormati
harga diri. Para pelajar merupakan tulang belakang dan berada di barisan
hadapan serta merupakan golongan yang amat penting bagi generasi
kepimpinan akan datang. Oleh itu mereka harus dididik dengan amalan sihat dan
menghormati orang yang lebih tua daripada mereka. Mereka juga dipupuk untuk
bersikap bertimbang rasa dan sedia menghulurkan pertolongan apabila
diperlukan oleh masyarakat. Dengan itu akan dapat diwujudkan masyarakat
penyayang dengan lebih nyata lagi.
Isu-isu Yang Berkaitan Dengan Sekolah Selamat - Ponteng dan Kenakalan
Ponteng dari segi pendidikan dimengertikan sebagai tuang sekolah atau
tidak hadir ke sekolah tanpa izin guru. Masalah ponteng bukanlah satu bidang
yang baru, malah ia telah wujud sejak zaman awal persekolahan lagi. Cuma ia
berbeza cara perlaksanaannya, sebab-akibat dan kuantitinya juga berbeza.
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan ponteng sekolah dan ponteng kelas
iaitu tidak masuk ke kelas sewaktu guru mengajar. Kini ada pula istilah ponteng
ko-kurikulum iaitu tidak menyertai aktiviti ko-kurikulum yang diwajibkan di
sekolah.Sebab pertama ialah sikap pelajar itu sendiri. Kecenderungan dan
kesedaran pelajar terhadap pelajaran dan masa depannya adalah lebih tipis
berbanding kecenderungannya kepada hiburan dan untuk bersuka-suka atau
berfoya-foya sehingga boleh menimbulkan budaya lepak dan budaya lain yang
negatif. Budaya lepak di kalangan pelajar sering dikaitkan dengan isu sosial
seperti kecenderungan untuk mencipta identiti baru, kecenderungan kepada
kelainan, masalah penggunaan masa senggang, ketandusan wawasan hidup,
6

keinginan melepaskan diri daripada kongkongan keluarga dan usaha


mendapatkan publisiti.

Kedua, sistem pendidikan kita yang terlalu mementingkan peperiksaan.


Ramai pelajar merasa bosan dengan sistem pendidikan kita yang terlalu
mementingkan peperiksaan . Pengajaran dan kaedah yang digunakan oleh guru
adalah kaedah untuk lulus peperiksaan. Guru yang mengajar tidak berani lari
dari sukatan pelajaran. Bahkan dia tidak lagi bersifat imaginatif dalam
penggunaan sukatan pelajaran. Ini boleh menyebabkan guru dan pelajar tidak
mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif yang tinggi. Pergantungan
kepada buku teks dapatlah dianggap sebagai kesan tersorok dari penggunaan
sukatan pelajaran yang tidak imaginatif oleh guru-guru. Ini adalah salah satu
sebab pelajar-pelajar ponteng. Sekiranya pelajar telah tahu muka surat yang
mana, bab yang mana, isi yang bagaimana dan kaedah yang bagaimana yang
akan diajar oleh guru pada hari tersebut, maka keinginan, rangsangan dan
dorongan untuk belajar menjadi berkurang atau merosot. Betapa tidak,
semuanya dapat dilakukan di rumah, isi dan latihan soalan semua ada padanya lebih baik dilakukan di rumah sahaja atau di tempat lain daripada sekolah.
Ketiga, latar belakang pelajar. Lebih-lebih lagi kedudukan sosio-ekonomi ibu
bapanya yang purata miskin kebendaan dan serba kekurangan pula dalam
menanam sikap yang positif terhadap pelajar, disiplin yang longgar dan
rumahtangga yang sentiasa dirundung oleh pelbagai masalah. Ibu bapa tidak
mampu menyediakan segala kehendak pembelajaran anaknya, makanan yang
berzat, pakaian dan kemampuan menghantar anak-anak menyertai kelas
tuisyen. Sebaliknya pihak yang berada pula dapat menyediakan segala
kehendak pembelajaran ini. Walaupun demikian anak-anak orang yang berada
ada juga yang terjebak dalam kancah ponteng dan melakukan kenakalan serta
melakukan berbagai ragam vandalisme.
Faktor keempat ialah struktur sekolah itu sendiri yang termasuk peranan
7

guru besar atau pengetua, nilai guru, kemudahan-kemudahan untuk


pembelajaran dan menjalankan aktiviti-aktiviti. Hukuman yang berat atau terlalu
longgar boleh mengakibatkan pelajar merasa dendam dan benci terhadap guru
dan sekolah dan mereka berani pula melakukan ponteng dan kenakalan
sekehendak hati mereka. Di bandar pelajar lebih terdedah kepada pengaruh
persekitaran yang menarik dan ini memberikan ruang untuk mereka
meninggalkan sekolah. Ramai pula yang ponteng kerana pengaruh rakan-rakan
yang memang nakal. Mereka dilihat merayau-rayau di kompleks membeli-belah,
di kolam renang, di tempat perjudian dan sebagainya. Di tempat-tempat ini,
mereka bukan sahaja terlepas daripada seksaan belajar, tetapi mempunyai
banyak peluang berseronok termasuk menghisap rokok dan dadah dengan
bebas dan enaknya.
Bagaimana Mewujudkan Sekolah Selamat di Malaysia?
Di antara ciri-ciri yang terdapat dalam konsep sekolah selamat, banyak di
antaranya seperti sekolah penyayang, memperbaiki fizikal sekolah, mengadakan
latihan kebakaran dan program-program keceriaan sekolah telah dan sedang
dilaksanakan di sekolah. Tetapi apa yang diperlukan adalah satu dasar sekolah
selamat yang perlu dirancang, diperhalusi dan digubal serta dilaksanakan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Yang paling penting sekali ialah dasar itu
mesti dikomunikasikan supaya pihak guru, ibu bapa dan masyarakat awam
dapat memahami dan menghayati konsep sekolah selamat yang sebenar.
a) Antara persoalan-persoalan yang perlu dijawab oleh dasar yang hendak
diwujudkan itu adalah :
1. Apakah dasar sekolah selamat?
2. Apakah tujuan dasar itu?
3. Apakah perlakuan-perlakuan yang boleh dikenakan hukuman gantung
persekolahan atau buang sekolah dalam dasar ini?
4. Apakah yang dilakukan terhadap pelajar yang melanggar dasar ini?
5. Apakah hak-hak pelajar sekiranya mereka melanggar dasar ini?
b) Dasar sekolah selamat adalah dasar yang bersandarkan kepada
kepercayaan bahawa semua pelajar perlu diberi peluang untuk belajar di
8

dalam suatu persekitaran yang selamat, kondusif kepada proses


pembelajaran dan bebas daripada sebarang gangguan. Sehubungan
dengan itu satu undang-undang ataupun set peraturan perlu dikeluarkan
yang mengkehendaki setiap sekolah membentuk dasar tata tertib dan
disiplin bagi semua pelajar. Dasar ini hendaklah seragam di semua
sekolah supaya tidak sukar dilaksanakan serta pemantauan dapat
dijalankan dengan lancar.
c) Tujuan dasar sekolah selamat adalah untuk mewujudkan rasa selamat
dan persekitaran yang positif untuk pembelajaran melalui pembentukan
strategi yang proaktif bagi memperbaiki dan meningkatkan tingkah lalu
yang baik. Dasar ini juga menentukan prosedur-prosedur dan standardstandard untuk diperlakukan ke atas pelajar-pelajar yang menimbulkan
gangguan di sekolah. Di antara perlakuan-perlakuan yang boleh
dikenakan hukuman gantung persekolahan atau buang sekolah adalah
memiliki senjata, membakar dan perlakuan-perlakuan yang boleh
mendatangkan bahaya kepada pelajar lain, kakitangan sekolah dan
kepada sekolah itu sendiri.
d) Dasar sekolah selamat melibatkan dua jenis insiden : Insiden yang
melibatkan senjata, dadah atau mendatangkan bahaya kepada orang lain;
dan insiden yang tidak melibatkan senjata, dadah atau mendatangkan
bahaya kepada orang lain. Jika insiden itu mendatangkan bahaya kepada
orang lain atau kepada harta-benda atau perlakuan pelajar itu menyalahi
undang-undang yang berkaitan dengan dadah dan senjata, pelajar itu
boleh digantung persekolahan dan ibu bapanya akan dimaklumkan
mengenai tindakan itu. Jika ia tidak melibatkan dadah dan senjata,
insiden itu ditangani oleh pentadbir sekolah yang akan menjalankan
siasatan mengenai keadaan-keadaan yang menyebabkannya berlaku dan
setelah mengadakan pertemuan dengan pelajar tersebut. Jika pelajar
didapati melanggar dasar tersebut, ibu bapa akan dihubungi dan satu
pertemuan diaturkan. Tuduhan dan bukti akan dikaji, dinilai dan pelajar itu
diberi peluang memberi respon dan maklumat yang berkaitan dengan
kesnya. Proses rayuan dibenarkan jika pelajar atau ibu bapa tidak
9

bersetuju dengan tindakan yang dikenakan.


e) Setelah dasar tentang sekolah selamat dibentuk, maka perlulah diadakan
perancangan ke arah sekolah selamat. Perancangan sekolah selamat
memberikan komuniti sekolah suatu peluang untuk membentuk strategi
tersendiri bagi menangani isu-isu mengenai keselamatan, merekabentuk
persekitaran sekolah selamat, memberi latihan dalam perkhidmatan
kepada kakitangan sekolah, aktiviti ko-kurikulum dan penglibatan ibu
bapa, pelajar dan masyarakat dalam aktiviti sekolah. Di antara elemenelemen yang penting dalam rancangan sekolah selamat termasuklah
kesedaran awam mengenai konsep sekolah selamat, kurikulum yang
memfokus kepada kemahiran bersosial dan menyelesaikan konflik,
penyeliaan kawasan sekolah, pencegahan dadah, pencegahan ponteng
dan kenakalan, kawalan keselamatan sekolah, membina hubungan
dengan pihak media, pengangkutan serta penilaian dan pemantauan.

10

Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, konsep sekolah selamat adalah sangat bersesuaian
dilaksanakan di Malaysia sesuai dengan hasrat negara untuk menjadi pusat
kecemerlangan pendidikan atau menyediakan pendidikan bertaraf dunia. Ini
adalah kerana sekolah selamat mewujudkan suasana yang kondusif untuk
pembelajaran pelajar dan pengajaran oleh guru. Ciri-ciri yang penting dalam
konsep sekolah selamat itu telah dan sedang dijalankan oleh sekolah-sekolah di
Malaysia. Konsep sekolah penyayang, sekolah bersih, sekolah tanpa sampah,
ponteng sifar adalah di antaranya. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat
Pendidikan Daerah turut memberi pengiktirafan dengan memberikan pelbagai
anugerah seperti Sekolah Harapan, Sekolah Bersih dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu banyak sekolah memberi penekanan kepada unsur
keceriaan suasana pembelajaran dan sekolah penyayang dalam program
pendidikannya dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi
pencapaian akademik dengan sahsiah yang terpuji. Pihak pengurusan sekolah
berlumba-lumba berusaha mengindahkan persekitaran sekolah dengan
mengawal kebersihan kawasan sekolah bagi membangkitkan suasana riang dan
ceria untuk proses pembelajaran. Kebanyakan pengetua dan guru besar
berpendapat suasana ceria dan kekuatan dalaman pelajar dapat menjaga
tingkah laku mereka dan memelihara imej diri, keluarga dan sekolah.
Akhir sekali, untuk melaksanakan dasar sekolah selamat, harus wujud komitmen
dan kerjasama daripada pihak-pihak yang terlibat dengan institusi sekolah
khasnya dan institusi pendidikan lain amnya. Pihak Kementerian Pendidikan

11

terutamanya perlulah bersedia dari segi menyediakan peruntukan dan


prasarana yang diperlukan untuk memenuhi ciri-ciri sekolah selamat yang
digariskan sebelumnya.

SEKOLAH SELAMAT

DEFINISI
Persekitaran
sekolah yang
selamat di
mana warga
sekolah
merasa
selamat
tanpa
gangguan
mana-mana
pihak

OBJEKTIF

MATLAMAT

RASIONAL

Mewujudkan
rasa selamat
dan
persekitaran
yang positif
melalui
pembentuka
n strategi
yang proaktif

Mewujudkan
budaya
selamat di
sekolah dan
persekitaran
secara
berterusan
dengan
penglibatan
pelbagai
Persekitaran
pihak

Warga
sekolah
terdedah
dengan isu
keselamatan
fizikal.
Sosial,emosi
dan teknikal

Sentiviti dan
hormat kepada
semua individu

yang tiada
gangguan

Tingkah laku yang


12
baik

Tingkah laku
pelajar dapat
dijangka

Dasar disiplin
yang konsisten

Kesedaran
komuniti terhadap
kawasan sekolah

ELEMEN SEKOLAH
SELAMAT

Murid
menyayangi
sekolah

P
S
E
E

Prosedur
keselamatan
sekolah yang
proaktif

Rancangan
keselamatan yang
mantap
Kebersihan
menjadi amalan
Sekolah dan bilik
darjah yang
kondusif

IBU BAPA

M
L

B
A

E
M

N
A

Ibu bapa peka tentang program


sekolah selamat.
Ibu bapa terlibat dalam pembangunan
polisi sekolah selamat.
Ibu bapa diiktiraf sebagai rakan dalam
memastikan sekolah selamat.
Khidmat nasihat dan kaunseling
kepada ibu bapa

SEKOLAH

Guru bertugas di pintu masuk


kawasan sekolah.
Pemantauan bilik-bilik khas,tandas
dan persekitaran sekolah.
Perbincangan program menerapkan
kesedaran dan keselamatan di
13
sekolah.
Warga sekolah komitmen dalam
penerapan budaya dan suasana.

KOMUNITI

Menyedia poster, bulletin mengenai


tatacara pelawat ke kawasan sekolah.
Pengenalam melalui pas pelawat
Kawalan kemasukan ke sekolah
dikawal melalui pengenalan diri.
Menyediakan system komunikasi
seperti intercom dan litar tertutup.

CETAKAN SLAID

14

SURAT PEKELILING IKHTISAS

15

REFLEKSI INDIVIDU:MOHD ZUHAIRY BIN JUSOH


Alhamdulillah, syukur dan pujian-pujian dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana
inayah dan taufikNya memberi saya peluang untuk menyiapkan kerja kursus
PJM3110ini bersama rakan sekumpulan.
Pendidikan Keselamatan merupakan satu kursus yang baru pada
semester ini. Ia banyak memberi pendedahan tentang kepentingan keselamatan
yang amat dititik beratkan oleh KPM melalui banyak pekeliling ikhtisas yang
dikeluarkan . Setiap arahan melalui pekeliling tersebut adalah merupakan suatu
langkah yang semestinya dipatuhi bagi menjamin tahap keselamatan berada
pada tahap maksima. Perkara ini menjurus kepada keselamatan warga sekolah
terutamanya yang melibatkan kepentingan murid.

16

Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus ini bersama rakan kumpulan,


saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya
sebagai pendidik. Setelah membuat rujukan dan perbincangan bersama rakanrakan, pengertahuan yang diperolehi telah memberi banyak faedah terutamanya
mengenai betapa pentingnya aspek keselamatan di sekolah.
Melalui segala pengalaman, penerokaan dan ilmu-ilmu yang telah saya
perolehi, dengan izin Allah s.w.t. saya akan gunakannya sebaik mungkin.
Lantaran itu, saya akan kongsikan ilmu ini kepada semua rakan-rakan. Setelah
saya banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus
bermanafaat.
Pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi
melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan
cara saya melaksanakan kerja kursus ini.
Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan kerja kursus
PKE3102 INI, telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan
saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat
saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan tuntutan modal
insan yang seimbang, yang sanggup berkorban demi agama, bangsa dan
negara.
REFLEKSI INDIVIDU: WAN MOHD ZAILANI BIN WAN HASAN
Alhamdulillah, syukur dan pujian-pujian dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana
inayah dan taufikNya memberi saya peluang untuk menyiapkan kerja kursus
PKE3102 ini
Semasa melaksanakan tugasan Kerja Kursus ini, saya telah menerima
banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai pendidik. Setelah
membuat rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, pengertahuan yang
diperolehi telah memberi banyak faedah terutamanya kepentingan keselamatan
di sekolah.
17

Saya juga mula merasai kepentingan pelaksanaan pelbagai langkah


keselamatan bagi menjamin semua aspek keselamatan dipatuhi. Hal ini tidak lain
agar keselamatan murid di sekolah berada pada tahap tertinggi.
Melalui segala pengalaman, penerokaan dan ilmu-ilmu baru yang telah
saya perolehi, dengan izin Allah s.w.t. saya akan praktikkan sebaik mungkin.
Lantaran itu, saya akan kongsikan ilmu ini kepada semua rakan-rakan. Setelah
saya banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu akan terus
bermanafaat kepada semua terutamanya anak didik saya.
Pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi
melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan
cara saya menjalankan tanggungjawab saya di sekolah yang berkaitan dengan
keselamatan . Hal ini sekali gus, dapat melatih saya untuk menjadi seorang guru
yang boleh mengamalkan kaedah yang betul dan terbaik dalam menjamin
wujudnya sekolah selamat. Selain itu, tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan
oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini
membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam diri.

Rujukan
Omardin Ashaari, (1996). Pengurusan Sekolah - Suatu Pandangan
Lengkap. Kuala Lumpur : Utusan Publications
Ibrahim Saad,(1982). Isu Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
http://www.weber.k12.ut.us/Policies/Safeskul.htm. Safe Schools Policy
5600.
http://www.ncrel.org/sdrs/areas/issues/envrnmnt/drugfree/sa2safes.htm.
Safe-School Plan

18

2.

19

Anda mungkin juga menyukai