Anda di halaman 1dari 17

PENDAHULUAN

Vokal adalah alat muzik yang paling tua sepanjang perkembangan


kebudayaan umat manusia . Suara kita adalah alat muzik yang semulajadi
. Setiap kebudayaan dari pelbagai bangsa di dunia ini memiliki budaya
seni suara serta karakter yang tersendiri mengikut kebudayaan masingmasing. Teknik yang paling popular berasal dari kebudayaan Barat
kontemporari, khususnya di Amerika .

Walaupun kebudayaan vokal ini

berasal dari muzik Eropah , tetapi sepanjang sejarah perkembangannya


telah dipengaruhi oleh pelbagai jenis vokal dari beragam kebudayaan ,
seperti Afrika , India , Arab dan China .
Dalam Seni Muzik terdapat dua unsur iaitu Vokal. Vokal adalah
alunan nada-nada yang keluar dari suara manusia. Teknik vokal adalah
cara memproduksi suara yang baik dan betul, sehingga suara yang keluar
terdengar jelas, indah, merdu, dan nyaring.

1. TEKNIK
1.1.

VOKAL
Postur badan dalam nyanyian

Teknik vokal termasuklah pengetahuan tentang pedagogi vokal yang


berkait dengan anatomi tubuh semasa penghasilan suara. Keadaan ini
menjelaskan tindakbalas tubuh di bahagian vokal yang menyebabkan
terhasilnya suara dan kawalan-kawalan bahagian tubuh tertentu yang
diperlukan seseorang dalam meningkatkan mutu nyanyian. Kedudukan
badan

atau

postur

dalam

nyayian

perlu

dititik

beratkan

untuk

mendapatkan kualiti suara yang baik. Postur yang baik bermaksud


menggunakan

badan

dalam

keadaan

seimbang

supaya

otot-otot

pernafasan dapat bekerja dengan mudah serta membantu penyanyi


mengeluarkan suara yang diingini tanpa ada sebarang halangan fizikal.
Bagi penyanyi yang sudah mahir, mungkin sebarang posisi tidak menjadi
gangguan kepada mereka namun bagi mereka yang masih melalui proses
pembelajaran, menyanyi dengan postur yang betul merupakan langkah
yang terbaik. Antara postur asas semasa menyanyi terdiri daripada postur
berdiri dan postur duduk. Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang
perlu diberi perhatian ketika menyanyi dalam keadaan postur berdiri dan
postur duduk adalah seperti berikut:

1.1.1 Postur berdiri


Kaki dibuka sedikit dengan satu kaki di dihala sedikit kehadapan.
Berat badan perlu diimbangkan di hadapan tapak kaki dan bukan ditumit.
Lutut

perlu

dilonggarkan

sedikit

(tidak

dikunci)

bagi

mengelak

ketegangan. Pinggang sedikit kehadapan tanpa menonggekkan bahagian


punggung. Bahagian abdomen perlu rata, keras dan dalam keadaan
selesa. Bahagian dada dibuka seperti mendabik dada. Bahagian bahu
ditolak ke belakang iaitu tidak membongkok. Lengan dalam keadaan
selesa bergerak, sekiranya memegang skor lagu, elakkan terlalu tinggi
yang akan menyebabkan muka terlindung atau terlalu rendah yang akan
menyebabkan penyanyi menunduk ketika menyanyi. Di bahagian kepala,
dagu perlu selari dengan lantai iaitu tidak mendongak ke atas atau
menunduk. Berdiri tgak dengan kaki renggang sedikit. Badan diimbangkan
di kedua belah kaki dan seluruh anggota badan dalam keadaan selesa.
Tangan diletakkan di sisi badan. Dada hendaklah kehadapan dengan bahu
ke belakang. Kepala haruslah ditegakkan dan pandang lurus kehadapan.
Contohnya seperti gambarajah di bawah .

1.1 postur berdiri dalam nyanyian

1.1.2 Postur Duduk


Kaki hendaklah dibuka dengan satu kaki dihala sedikit kehadapan.
Tapak kaki diletakkan rata di atas lantai pada posisi yang seimbang agar
boleh menyokong keseluruhan badan semasa duduk . Pinggang sedikit
kehadapan tanpa menonggekkan bahagian punggung. Bahagian abdomen
perlu rata, keras dan dalam keadaan selesa. Bahagian dada dibuka seperti
mendabik

dada.

membongkok.

Bahagian

bahu

ditolak

ke

belakang

iaitu

tidak

Lengan dalam keadaan selesa bergerak, sekiranya

memegang skor lagu, elakkan terlalu tinggi yang akan menyebabkan


muka terlindung atau terlalu rendah yang akan menyebabkan penyanyi
menunduk ketika menyanyi . Tangan boleh diletakkan di atas peha sambil
bergerak selesa.Di bahagian kepala, dagu perlu selari dengan lantai iaitu
tidak mendongak ke atas atau menunduk. Duduk tegak dan kaki
direnggangkan sedikit. Pastikan kedua belah tapak kaki di lantai dalam
keadaan selesa. Tangan diletakkan diatas paha. Kerusi hanya duduk 1/3
bahagian kerusi dan jangan bersandar. Dada juga hendaklah kehadapan
4

dengan bahu kebelakang dan elakkan dari mengangkat bahu.

Kepala

mestilah sentiasa tegak dan pandang lurus kehadapan. Lihat gambarajah


di bawah .

1.2 postur duduk dalam nyanyian

1.1.3
A.

Latihan Fizikal Bagi Mendapatkan Postur Yang Baik

Berdiri .

Berdiri tegak dan badan tidak boleh bongkok.


Tangan dinaikkan ke paras bahu.
Bengkokkan tangan sedikit dan turunkannya secara perlahanlahan. Ulang beberapa kali.

B.

Duduk .

Duduk ke hadapan. Tangan diletakkan paha.


Dengan perlahan-lahan, tarik nafas yang dalam dan perhatikan
bahagian tulang rusuk anda mengembang.

1.2 Resonan

Resonan adalah getaran udara dalam suatu rongga. Suatu rongga


yang boleh menghasilkan resonan disebut resonator. Manusia memiliki 3
buah resonator. Pertama adalah rongga mulut sebagai resonator yang
pertama , Rongga dada sebagai resonator kedua manakala rongga hidung
dan kepala sebagai resonator yang ketiga .
Rongga resonator di dalam diri manusia dapat diperkayakan suara
kita dengan resonan dan lontaran suara kita akan menjadi lebih besar.
Suara menjerit jelas tidak bermutu sama sekali tidak menghasilkan ton
suara yang baik. Menjerit bukan cara menyanyi yang baik. Bentuk mulut,
lontaran suara, kawalan pernafasan dari paru-paru berkait rapat dengan
resonan

dan

berapa

peratus

penggunaan

resonator

yang

telah
6

dinyatakan. Tidak ada satu pic pun yang dihasilkan hanya dengan
menggunakan 100% resonator kepala dan tidak ada pula yang hanya
menggunakan 100% resonator dada. Kebiasaannya pic yang dihasilkan
merupakan kombinasi ketiga-tiga rongga resonator. Contohnya, untuk
menghasilkan pic tinggi yang baik, penyanyi seharusnya menggunakan
60% resonator kepala,25% resonator mulut dan 15% resonator dada.
Manakala

bagi

menghasilkan

pic

rendah

yang

baik

,kita

boleh

menggunakan 70% resonator dada , 20% resonator mulut serta 10%


resonator kepala.
Kesimpulannya, semakin tinggi pic yang kita nyanyikan, semakin
besar

peratus

penggunaan

resonator

dan

semakin

kecil

peratus

penggunaan resonator dada. Sebaliknya, semakin rendah pic yang kita


nyanyikan, semakin besar peratus penggunaan resonator dada dan
semakin kecil peratus penggunaan resonator kepala.

1.2.1 Artikulasi
Artikulasi, adalah cara pengucapan kata demi kata yang baik dan
jelas serta merupakan teknik memproduksi suara yang baik dan
mengucapkannya dengan merdu. Apabila kita terbiasa berbicara dengan
jelas, artikulasi dalam bernyanyi juga akan lebih jelas.
Syair lagu harus diucapkan dengan lafal jelas dan suara terbentuk.
Pembentukan lafal syair dipengaruhi oleh alat-alat ucap: rongga hidung,
langit-langit,

lidah,

bibir,

dan

gigi.

Adapun

pembentukan

suara
7

dipengaruhi

oleh

paru-paru,

sekat

rongga

badan,

faring

(batang

tenggorokan), rongga mulut, rongga hidung, dan pita suara. Sumber suara
manusia terdapat pada pita suara yang berbentuk selaput tipis, lentur,
dan melintang pada pangkal tenggorokan.
1.3.1. Diftong
Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara
berterusan dalam satu hembusan nafas. Hal ini seperti demikian kerana
bunyi diftong terhasil apabila bunyi satu vokal menggeluncur dengan
cepatnya ke suatu vokal lain. Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada
keadaan

sebagaimana

membunyikan

sesuatu

vokal,

kemudian

digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang lain. Diftong dianggap


sebagai satu suku kata, dan dilambangkan oleh dua vokal tetapi bertindak
sebagai satu fonem. Dalam corak muzik pop , bahagian akhir diftog
selalunya ditahan manakala dalam muzik country contohnya seperti
perkataan day akan disebut seperti dehiiiiiiiii. Selain itu, hal ini
diharuskan untuk meghaluskan sebutan iii pada akhir perkataan
dengan menyebut iih. Seterusnya ,perlu memperlembutkan suara
dalam menyebut ooo kepada bunyi uuu. Namun , kesemuanya
tergantung pada karakter seseorang penyanyi tersebut dalam kefasihan
dalam percakapannya.

1.3.2 Huruf vokal


Huruf vokal terdiri dari huruf A, I, U , E, O. latihlah berulangulang kali untuk melafazkan kelima- lima huruf ini. Caranya dengan
membuka mulut anda selebar-lebarnya, sesuai dengan huruf yang anda
lafaskan. Perlu diambil perhatian, setiap huruf harus dilafaskan dengan
8

cara yang betul, huruf A perlulah berbunyi A bukan HA atau AH, huruf I
bukan IH, huruf E, sepatutnya berbunyi E bukan Ek .

Oleh itu ,latihlah

selalu melafaskan huruf-huruf vokal ini secara rutin.

Bentuk mulut yang betul bagi bunyi vokal

1.3.3 Konsonan
Artikulasi adalah cara mengucapkan kata kata dalam nyanyian
sehingga mampu menciptakan atau membentuk suara yang jelas,
nyaring, supaya suara yang dihasilkan menjadi lebih merdu. Artikulasi
sangat diwajibkan bagi seorang penyanyi, kerana penyampaian sebuah
9

lagu itu disampaikan melalui syair yang dinyanyikan oleh penyanyi


tersebut serta artikulasi berkaitan dengan bahasa yang digunakan pada
lagu

tersebut.

Namun,

sekiranya

penyanyi

tersebut

tidak

dapat

menyampaikan artikulasinya dengan baik , maka akan menggangu fokus


pita suara serta merintangi kelancaran suara .
1.3.4 Konsonan suara dan Tanpa suara
Kosonan suara adalah suara yang dihasilkan oleh vibrasi daripada
pita

suara.

Letakkan hujung jari

anda

pada

mulut

dan

lafaskan

sssdengan desis yang kuat . Oleh itu, perhatikan ada vibrasi yang
dihasilkan pada hujung jari . Manakala , konsonan tanpa suara adalah
sesuatu yang terbuka namun tiada vibrasi yang dihasilkan oleh pita
suara . Contohnya, lafaskan zzzdengan degungan yang kuat . Getaran
suara yang dirasakan pada hujung jari adalah vibrasi daripada pita suara
yang menghasilkan suara . Oleh itu , konsonan suara memerlukan vibrasi
pita suara yang tertentu .
.

1.4 Perletakan Suara


Terdapat tiga perletakan suara atau tingkat register suara di
kalangan penyanyi register kepala, tengah dan dada. Suara lelaki
10

bermula dengan not F2 dan terus menggunakan suara penuh pada not C4
seterusnya menggunakan falsetto pada not G5 . Suara waita pula bermula
dengan not F3 dan akan menggunakan suara dada apabila mencecah not
D4

seterusnya menggunakan suara kepala apabila mencecah not A5.

Contohnya dapat dilihat pada rajah di bawah .

1.3 register suara


1.4.1 Suara Kepala
Suara kepala adalah salah satu set otot tekak mengawal mekanisme
vokal untuk nyanyian register tinggi sementara rongga di kepala yang
member kesan gema digunakan untuk menggemakan ton atau bunyi yang
dihasilkan oleh penyanyi tersebut. Hal ini adalah baik dan sihat sekiranya
suara kepala dapat digunakan di dalam mekanisme nyanyian kerana Ia
menghasilkan suara yang lebih jelas, kualiti seakan alat tiup kayu lebih
luas renjnya (julat) kalau dibandingkan dengan suara dada. Suara kepala
juga banyak membantu lelaki semasa mengalami perubahan suara
semasa menyanyikan pic tinggi. Ia juga menyediakan penggunaan yang
sihat dalam nyanyian falsetto. Untuk mendapatkan suara kepala yang
bermutu, kawalan pernafasan yang cukup dan betul adalah perlu. Untuk
merasai suara kepala, anda perlu menyanyikan satu not yang berpic
tinggi seperti E5 atau Eb5

dalam sebutan noo atau moo

atau loo dengan lembut dan panjang.

1.4 Latihan bagi menggunakan suara kepala dalam nyanyian .

11

1.4.2 Suara Tengah


Suara tengah adalah perletakan suara dari paras hidung ke
kerongkong pada jarak suara. Latihan di bawah boleh dilakukan untuk
merasai suara tengah .

1.5 Latihan bagi merasai suara tengah .

1.4.3 Suara Dada


Untuk mengawal nyanyian register rendah di mana rongga di dada
merupakan alat resonans dikenali sebagai suara dada. Suara dada
sebenarnya boleh merosakkan suara penyanyi kanak-kanak kerana ia
dihasilkan tanpa menggunakan pernafasan yang baik. Walaupun suara
dada boleh dihasilkan secara sihat, namun ia tidak digalakkan untuk
penyanyi bagi permulaan memandangkan terdapat transisi vokal yang
kompleks di dalam nyanyian. Renj suara dada adalah kecil di dalam
penggunaannya. Penyanyi lelaki lebih selesa menggunakan suara dada
berbanding penyanyi wanita. Untuk merasainya, letakkan tangan pada
bahagian dada semasa menyanyikan not, dengan sebutan Haa, Laa
atau Maa panjang. Anda akan merasai getaran pada tangan.

12

1.5 Klassifikasi suara


Setiap orang mempunyai suara yang berbeza beza . Suara wanita dan
lelaki, sama ada dewasa atau remaja boleh dikategorikan mengikut
jenis suara dan renj not yang boleh dinyanyikan. Penyanyi wanita
yang mempunyai suara tinggi dikenali sebagai penyanyi soprano.
Suara lelaki yang dalam dan rendah dikenali sebagai suara bes. Jenisjenis suara mengikut urutan ialah: soprano atau treble, mezzo
soprano, alto, contralto atau counter-tenor, tenor, baritone dan bes.
Namun kebiasaanya dalam koir di sekolah hanya menggunakan
klassifikasi suara yang kecil seperti soprano, alto , tenor dan bes .

1.7. Klassifikasi suara bagi penyanyi .

13

1.6 Teknik Warm-Ups


Peri pentingnya kita untuk melaksanakan warm-ups adalah untuk
memberi

fokus,

memberi

peluang

bagi

penyediaan

suara

untuk

bernyanyi , memberi peuang ahli kumpulan atau dikenali sebagai


ensemble mendengar suara mereka sendiri dengan suara ahli-ahli lain ,
memberi penyediaan dari segi fizikal sebelum memulakan nyanyian
,mewujudkan penggunaan pernafasan yang betul , dapat mewujudkan
intonasi secara melodi dan harmoni.

1.6.1 Warm-ups Vokal


Vokal seperti oo,ah,ee,eh dan oh adalah lima vokal yang digunakan di
dalam latihan vokal. Latihan nyanyian skel, arpegio, dan jeda mengikut
nama solfa dengan tujuan untuk mendapatkan pic yang tepat. Contoh

14

warm-up

vokal

yang

boleh

dijalankan

seperti

rajah

dibawah

2.1 KAEDAH PERNAFASAN DALAM NYANYIAN


Penggunaan teknik suara yang betul menghubungkan konsep fikiran
kepada perasaan dan mengaitkan pula dengan tindak balas fizikal.
Pernafasan adalah salah satu teknik vokal yang perlu di ambil perhatian
dalam nyanyian.
Kaedah pernafasan adalah dimana oksigen akan masuk ke dalam
ruang paru-paru. Hal ini akan dibantu oleh bahagian otot untuk proses
15

pernafasan yang terdiri daripada otot diafragma, otot adalah satu


bahagian otot besar yang berbentuk-kubah terletak melintang dibahagian
bawah tulang selangka iaitu di bawah bahagian paru-paru. Apabila otot
diafragma menurun, mana kala dibahagian pinggang akan mengembang.
Tekanan udara yang berada di dalam badan kita akan menjadi rendah,
oleh itu, respirasi akan berlaku dimana udara atau oksigen disedut ke
dalam paru-paru. Apabila otot diafragma menaik, ekspirasi pula akan
beraku yang bermaksud tekanan udara yang terdapat di dalam badan
akan menjadi tinggi dan ini menyebabkan udara keluar semula, atau
dihembus.
Oleh itu , peggunaan otot diafragma adalah cara pernafasan yang
betul ketika menyanyi . Contoh pernafasan yang betul adalah dengan
perhatikan pernafasan seorang bayi, kemudian lihat perutnya yang naik
dan turun apabila bernafas . Hal ini adalah cara yang betul untuk bernafas
. Ia dilakukan dengan meminumkan menggerakkan bahu anda dan dada.
Cara tersebut perlu diamalkan dengan mengimbangi bahu anda dan
menumpukan pada pergerakan perut anda ke dalam dan ke luar.

2.1.1

SOKONGAN PERNAFASAN

16

Sokongan

pernafasan

adalah

penting

dalam

membantu

kita

mengeluarkan bunyi yang stabil dan mantap. Oleh itu, Terdapat empat
fasa dalam kawalan pernafasan termasuklah :
o
o
o
o

2.1

Menarik nafas perut dan rangka rusuk mengembang.


Berhenti seketika
Menghembus nafas dilepaskan sedikit-sedikit ketika menyanyi
Pulih kembali rileks dan bersedia untuk kembali ke fasa satu.

Gambaran

kedudukan

diafragma

semasa

menarik

nafas

dan

menghembus nafas.
Penafasan yang betul daripada diafragma memerlukan latihan
sehingga ia menjadi kebiasaan dan tabiat. Dengan cara pernafasan
begini, penyanyi bukan sahaja akan menjadi cemerlang dalam nyanyian
malah dapat mengekalkan kesihatan diri sendiri. Pernafasan yang betul
membantu untuk menghapuskan karbon dioksida dari tubuh kita dan
mengambil oksigen secukupnya memberi faedah kepada keseluruhan
organ dalaman.

17

Anda mungkin juga menyukai