Anda di halaman 1dari 18

Lirik Lagu Tanya Sama Pokok - Lagu Kanak-Kanak Tanya pada pokok apa sebab goyang, Nanti jawab

pokok angin yang goncang, Tanya sama angin apa sebab hujan, Nanti jawab angin tanyalah awan. Awan nanti kata aku kandung air, Sampai tempat sejuk aku pun cair, Lihat dalam air nampak bayang-bayang, Campak satu batu bayang pun hilang. Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/08/lirik-lagu-tanya-sama-pokok-lagukanak.html#ixzz29v3Hak7Q

Asas Nyanyian
Nyanyian adalah aktiviti muzikal yang paling awal. Dalam muzik nyanyian dinamakan vokal. Terdapat dua jenis nyanyian iaitu nyanyian secara humming dan nyanyian menggunakan lirik lagu. Nyanyian secara humming adalah nyanyian menggunakan bunyi huruf vokal contohnya La la la, Di di di, Mu mu mu mu, Ta ta, Ti ti ti dan sebagainya. Nyanyian dengan lirik ialah nyanyian lagu menggunakan lirik lagu. Bunyi terhasil dari getaran sesuatu. Contohnya apabila meja diketuk, permukaan meja akan bergetar dan bunyi pun terhasil. Begitu juga dengan suara manusia. Atau apabila trumpet ditiup, udara dalam trumpet akan bergetar dan oleh itu bunyi trumpet terhasil. Biasanya, semasa bernafas, udara dari paru-paru akan melalui larynx dan terus keluar tanpa mengeluarkan bunyi. Apabila hendak mengeluarkan bunyi, vocal cords (pita suara) akan dikawal supaya ia dapat menggetarkan udara yang melaluinya. Dengan cara itu suatu bunyi akan terhasil.

Gabungan antara gigi, lidah dan bibir akan membentuk bunyi menjadi bunyi konsonan dan vokal. Simbol bagi vokal dan konsonan adalah huruf-huruf. Pic-pic muzik adalah besar atau kecilnya sesuatu bunyi. Semakin nyaring bunyi maka semakin tinggi picnya. Kadar ketegangan vocal cords mempengaruhi ketinggian pic. Semakin tegang vocal cords, maka semakin tinggi pic suara yang dihasilkan. Penyanyi yang mempunyai suara yang tinggi mempunyai vocal cords yang kuat. Kakuatan bunyi (volume) ditentukan oleh kuatnya tekanan udara dari paru-paru. Dalam muzik kekuatan bunyi disebut sebagai dinamiks. Istilah kuat atau lembut menunjukkan tahap dinamik pada muzik. Julat pic ialah jarak antara pic paling rendah dengan pic paling tinggi dapat dihasilkan oleh seseorang. Penyanyi yang baik mempunyai julat pic yang besar Postur Dalam nyanyian, tubuh badan manusia sama seperti alat muzik. Semasa menyanyi postur adalah amat penting. Postur mempengaruhi cara pernafasan, mutu pengeluaran suara dan keseluruhan nyanyian seseorang. Postur Semasa Nyanyian Secara Berdiri Berdiri tegak, kaki direnggang sedikit. Imbang badan di kedua-dua belah kaki dan keseluruhan anggota dalam keadaan selesa 1. Tangan di sisi badan. 2. Dada ke hadapan, bahu ke belakang dan elakkan dari mengangkat bahu.

3. Kepala ditegakkan dan pandangan lurus ke hadapan. Postur Semasa Nyanyian Secara Duduk 1. Duduk tegak, kaki direnggang sedikit, kedua-dua tapak kaki di lantai dan dalam keadaan selesa. 2. Tangan di atas peha. 3. Duduk di separuh bahagian hadapan kerusi dan jangan bersandar. 4. Dada ke hadapan, bahu ke belakang dan elakkan dari mengangkat bahu. 5. Kepala ditegakkan dan pandangan lurus ke hadapan. Pernafasan Pernafasan yang terkawal adalah asas kepada nyanyian yang baik. Dalam nyanyian. Mulut dan kerongkong perlu dibuka luas untuk memberi laluan udara yang banyak bagi menghasilkan ton yang lebih resonan. Sebutan dan Ton Dalam menyanyi, sebutan bunyi vokal dan konsonan haruslah jelas. Bagi menghasilkan sebutan yang jelas, ciri-ciri berikut memainkan peranan yang penting. Ciri-ciri ton nyanyian meliputi Tenaga Pembentukan alat vokal ( bibir dan lidah ) Kekuatan bunyi Harkat (panjang dan pendek)

Pernafasan dan bentuk mulut yang betul mengasilkan sebutan yang baik, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi konsonan pada permulaan dan akhir suatu perkataan perlu ditekankan semasa latihan. Jenis Jenis Suara Dalam nyanyian, terdapat 3 jenis suara iaitu Suara kepala Suara tengah Suara dada Suara kepala ialah istilah yang digunakan bagi menerangkan suara yang dirasai dikeluarkan dari ruang di kepada. Untuk mendapat suara kepala yang bermutu, kawalan pernafasan yang betul adalah perlu. Suara kepada akan membantu pelajar lelaki semasa mengalami perubahan suara.Ia juga memberi persediaan dalam penggunaan nyanyian falsetto. Suara Tengah ialah istilah yang digunakan bagi menerangkan perletakan suara yang di rasai dikeluarkan dari paras hidung ke kerongkong. Suara dada adalah istilah yang digunakan bagi menerangkan suara yang dirasai dikeluarkan dari ruang dada. Untuk merasai suara ini, nyanyi pic rendah dengan meletakkan tangan di dada. Getaran dada akan dirasai pada tangan. Tangga Nada Solfa Seorang paderi berbangsa Perancis, bernama Guido d Arenzo telah mencipta satu kaedah untuk mengajar nyanyian semerta dikalangan rahib pada abad ke-11. Arenzo menggunakan 6 not iaitu

Do Re Mi Fa Sol La Sistem nyanyian ini kemudiannya digunakan dengan meluas untuk nyanyian sekular ( bertemakan cinta dan isu semasa ). Sistem ini adalah sama dengan tangga nada solfa yang digunakan untuk latihan nyanyian sehingga hari ini. Hari ini Ut telah digantikan dengan Do manakala pic Ti ditambah selepas La.

LATIHAN VOKAL
Latihan ringkas selama 10 minit ini adalah bertujuan untuk memanaskan badan serta menenangkan badan anda sebelum memulakan aktiviti latihan/persembahan nyanyian .Perhatian:Sila rujuk doctor anda sebelum memulakan sebarang bentuk latihan fizikal Ok mari kita mulakan,berdiri tegak,dengan kedua-dua belah tangan anda berada disisi anda,bernafas seperti biasa dan pastikan bahu serta kepala anda berada didalam keadaan yang rileks setiap masa. Kemudian turunkan dagu anda hingga mencecah dada anda dan perlahan-lahan pusingkan kepala anda ke kiri dan dongak keatas kemudian pusing kan ke kanan pula dan seterusnya ke bawah(pusingan lengkap) ulang sebanyak 5 kali,ikut arah jam dan 5 kali arah lawan jam Seterusnya pula,angkat bahu anda kearah kepala anda,perlahan-lahan pusingkan ke belakang,bawah depan (buat pusingan)Ulang sebanyak 5 kali (setiap arah bertentangan) Bongkokkan badan anda (jangan bengkok kan lutut)dan biarkan tangan anda mencecah lantai ,kemudain perlahan-lahan tegakkan badan anda dan luruskan

tangan anda keatas dan regangkan seregang yang anda mampu,kemudain regangkan ke kiri dan kekanan.Ulang 5 kali juga. Akhir sekali,rilekskan kepala anda dan padang ke depan ,buka mulut anda seluas-luas dan cuba menguap buat 2 kali dan kemudian tarik nafas dalamdalam dalam kiraan 5 dan lepaskan dalam kiraan 15

Anatomi Vokal

1.Paru-paru menolak udara naik ke trakea 2. Lipatan suara yang berada di larinks pada bahagian atas trakea akan menggetarkan udara untuk menghasilkan nada asas dan juga harmonik yang mewarnakan tona 3. Bunyi yang dihasilkan oleh lipatan suara tersebut bergerak bersama udara ke dalam farinks dan rongga mulut di mana ia mula bergema dan mengukuhkan harmonik yang terdapat di dalam tona

4. Rahang, lidah, gigi dan bibir membentuk bunyi kepada huruf-huruf vokal dan konsonan 5. Nyanyian yang baik bermula dengan tekanan udara yang padat dan konsisten daripada paru-paru/perut 6. Lipatan suara mestilah santai dan rendah di dalam kerongkong supaya ia dapat bergetar dengan bebas dan menghasilkan bunyi yang menyenangkan 7. Farinks dan rongga mulut pada bahagian belakang mulut mestilah dibuka sepenuhnya untuk membenarkan gema yang menghasilkan alunan suara dan bunyi tona yang mesra 8.Rahang, lidah, gigi dan bibir sepatutnya saling berhubung rapat bagi menghasilkan sebutan yang baik

Apa Range Suara Anda

Wanita Bagi wanita ada 3 range iaitu Alto, Mezzo-Soprano, dan Soprano. Bagi wanita dalam category Alto (iaitu range yg paling rendah)vokal range mereka dalam category ini bermula dengan note C dibawah middle C dan berakhir di note G dibawah high C Manakala bagi Mezzo Soprano pula (range antara Alto dan Soprano)Range yang selesa bagi mereka ini adlaaha bermula di note G dibawah middle C hingga ke note B sebelum high Dan akhir sekali Soprano pula bermula di note G sebelu middle C dan berakhir di melampaui note high C.Soprano adalah range wanita yang paling tinggi

Lelaki Bagi lelaki pula ada 3 ranges yang popular,iaitu Bass, Baritone, dan Tenor. Bagi lelaki yang selesa dengan tingkat register yang paling rendah digelar Bass.Range mereka bermula di F satu octave dibawah note middle C hingga ke F above middle C Manakala Barritone iaitu vocal range lelaki yang sederhana antara Bass dan Tenor bermula di note A satu octave dibwah note middle C hingga note b dibawah middle Manakala Tenor pula adalah range tinggi bagi suara lelaki bermula di note c bawah middle C hingga ke note C atas middle C

Menyanyi Dengan Tekak Yang Sakit

Baru baru ini saya telah ditanya oleh seorang rakan saya mengenai menyanyi dalam keadaan sakit tekak .Saya dapat masuk Final pertandingan nyanyian tetapi saya tengah sakit tekak..macamana ni bro?tanya beliau pada saya Ini bergantung kepada apa yg menyebabkan tekak anda menjadi sakit .Jika teramat sakit sehingga menyakitkan semasa hendak menelan,maka lupakanlah

nyanyian buat sementara waktu! Namun jika ianya hanya sakit tekak yang biasa2 je kira ok la tp kalau boleh minta pandangan doktor Udara yang kering(biasanya ini jarang berlaku di Malaysia tp ada jika anda berada dalam persekitaran berhawa dingin),menyanyi dengan cara yg salah yakni dengan mendera suara dan jangkitan bacteria adalh beberapa penyebab yang selalunya menjadikan tekak anda menjadi sakit. Sesetengah orang boleh dapat sakit tekak setiap kali mereka bangun dari tidur,ini adalah terjadi kerana kebanyakan dari mereka ini menghasilkan sejenis asid yang dinamakan asid reflux yang dikeluarkan semasa mereka tidur dalam bentuk sendawa. Disini beberapa laman web yg boleh mnerangkan secara lebih lanjut mengenai asid reflux ni / Oleh kerana tekak yang kering boleh sebabkan sakit tekak maka minumlah air sekurang2nya 8-10 gelas air setiap hari lagi banyak lagi bagus.Kita beruntung sebab kita tinggal di Malaysia yang berudara lembab dan ini amatlah bagus untuk suara kita,tetapi jika anda berada di persekiran hawa dingin yg hyper disarankan anda dapat bernafas dengan menggunakan hidung sekerapa yang boleh.Ini mampu mencegah tekak menjadi kering dan sakit. Satu lagi punca sakit tekak ialah penderaan suara Ini adalah kerana menyanyi dengan terlampau tinggi dan terlalu kuat dalam jangka masa yang terlalu lama ,menjerit dan bercakap kuat dalam persekitaran yang biasing e.g perlawanan bolasepak dan menjerit di konsert ,menghidu asap rokok, dan sebagainya Bila ini terjadi pada anda maka disarankan anda merehatkan suara anda dan sedikit demi sedikit secara perlahanlahan pulihkan suara anda dengan melakukan latihan humming dan juga bubling/tongue trills Jika anda dijangkiti laryngitis dan tone anda mulai terputus-putus/tersangkutsangkut di sustained note maka ini menandakan anda amat memerlukan rehat yang betul2 REHAT dan jumpa doctor dan makan ubat sewajarnya.. Kesimpulannya jika anda dapati tekak anda perit di waktu bangun tido maka tak payah risau pasal ni normal dan ini juga factor yg menyebabkan ramai yang tak boleh nak naynyi pada waktu pagi..Ianya akan pulih secara semulajadi beberapa jam selepas anda bangun dan anda boleh menyanyi seperti biasa. Jika sakit tekak yang serius maka rehat la dari menyanyi dan minum air sewajarnya dan jika makin teruk lagi jumpa la doctor anda

Kenapa Sumbang
20/11/2011zarulumbrella73Leave a comment

Ada beberapa 3 sebab mengapa masalah ini boleh terjadi Pertama, kita mungkin tak tahu apa itu note atau pic yg kita nyanyikan atau vocal range lagu yg kita nyanyikan Sbg contoh,sesebuah lagu mungkin mempunyai banyak lompatan pitcing,dan kita mungkin tak tahu bagaimana nak nyanyikan perubahan pitching-pitching ini dan dengan bebrapa latihan mengenai skala muzik dan intervals akan dapat membantu kita mengenali setiap nada seterusnya membantu kita menyanyi dalam pelbagi pitch/nada Kedua, kita mungkin kurang tahu mengenai vocal register/perletakan suara yg seharusnya kita gunakan semasa kita menyanyikan satu2 pitch Sebagai contoh,jika saya suruh seorang pelajar lelaki nyanyikan note high E atau F beliau mungkin tak sampai dan pitch beliau akan tak tepat ini adalah disebabkan belaiu tidak kenal/tidak tahu

dimanakah vocal register yg sepatutnya Beberapa latihan untuk mempertajamkan lagi teknik ini dan latihan vocal warm-up akan dapat membantu anda mencapai note yg tinggi dengan lebih tepat Kita juga mungkin tak beri perhatian pada sokongan pernafasan atau breath support yg diperlukan bgi mencapai atau pun projectkan note note yg kita nyanyikan terutamanya di range tinggi suara kita yg mana ini akan menyebabkan kita of tune semasa menyanyi Latihan latihan pernafasan akan dapat membantu kita mengatasi masalah ini Ketiga, kita mungkin tak biasa mendengar suara kita dan adakah suara kita serasi dengan muzik semasa kita menyanyi?Ini adalah amatlah vital skill yg perlu ada pd setiap penyanyi Kadangkala semasa kita menyanyi,kita lebih fokuskan pada nyanyian tetapi tidak pada muzik yg mengiringi kita,ini adalah factor yg menyumbang kepada sumbangnya nyanyian kita tanpa kita sedari.

5 Perkara Asas Nyanyian Yang Patut Korang Tahu

Kali ini saya datang lagi dengan tip tip nyanyian buat tatapan pembaca blog ni yang amat saya hargai dan ribuan terima kasih kerana masih lagi setia dgn blog ni Jom layan tips seterusnya ini Pengetahuan asas mengenai asas nyanyian adalah amat penting bagi kita untuk menyanyi dengan bagus. Dan dengan itu saya telah pecahkan kepada beberapa komponen penting mengenai asas nyanyian ini bagi memudahkan pemahaman anda ,seterusnya meningkatkan tahapkemampuan suara anda. Ada 5 Komponen Asas Nyanyian:1.Pitch/Nada 2.Rhythm/Irama 3.Pernafasan 4.Suara 5.Sebutan Mari saya jelaskan satu persatu :1. PITCH/NADA Ok saya kira ramai yg tahu mengenai pitch ni sejak AF disiarkan sejak 2002 yang lepas kan?Kalau kita dengar si penyanyi tu sumbangdalam penyampaian lantas kita akan kata pitching tak kena la ni.Jadi jika pitching bagus maka penyampaian lagu akan bagus dan sedap didengar Jadi disini kita nampak kepentingan pitch/nada ini dalam penyampaian nyanyian. Pitch merujuk kepada nota dan bunyi yang kita dengar apabila seseorang itu menyanyi, dan ini akan menentukan yang lagu itu akan kedengaran sedap atau menjadi sumbang mambang. Seseorang penyanyi itu perlu tahu cara untuk melontarkan suara mereka dalam kepelbagaian nada2 yang tepat dalam sesebuah lagu bagi menyesuaipadankan dengan irama serta muzik secara keseluruhan dalamsesebuah lagu itu tadi.. Memahirkan diri kita dengan mengenal nada dan interval, untuk menyanyikan note2yang pelbagai dan memperbetulkan nyanyian bila kita nyanyi dalam nada yang sumbang adalah sangat penting 2. RHYTHM/IRAMA Setiap lagu mempunyai beat atau rentak yang tersendiri, dan adalah penting untuk kta mengekalkan asas irama lagu tersebut, kalau tidak kita mungkin mendapati diri kita sukar untuk menyanyi dengan sempurna,lirik berterabur dan tak kena dengan irama dan kita mungkin akan ketinggalan dibelakang .Rentak juga lah menentukan groovesesebuah lagu,dan ianya juga membuatkan kita

menghentakkan kaki atau mengangguk2kan kepala bila kita mendengarkan lagu lagu yang bertempo laju cthnya lagu2 rock! Kemahiran deria irama anda bermula dengan mempelajari bagaimana mengenali kepelbagaian durasi rentak, untuk menyanyikan notes dengan rentak yang berbeza2, begitu juga kebolehan mengawal tempo asas sesebuah lagu! 3. PERNAFASAN Pernafasan adalah sangat penting dalam nyanyian, dan ianya adalah perkara yang pertama yang akan diajar oleh kebanyakan guru-guru vocal kepada anda jika anda mengambil kelas latihan vokal.Ianya juga adalah soalan yang sering menjadi pertanyaan kepada kita-apa kena mengena pernafasan dengan menyanyi ni??. Apa yang kebanyakan kita tak tahu adalah yang pernafasan ini sebenarnya adalah proses yang amat semulajadi, dan semestinya adalah amat senang sekali untuk mahirkan diri kita dengan kawalan suara yang betul dalam menyanyi.Memahami cara pernafasan untuk nyanyian akan menjadi tool yang berguna bagi mencapai tahap cemerlang dalam asas pernafasan untuk menyanyi! Dalam ebook Rahsia Vokal ada diterangkan lebih lanjut tentang bab ini 4. SUARA Suara kita selalunya kita abaikan apabila kita menyanyi dan kita terlampau memfokuskan perhatian kita kepada komponen2 nyanyian yang lain dari mencari bagaimana caranya untuk menguatkan vocal bagi mengindahkan lagi mutu nyanyian kita. Asas dalam memahami suara dan vocal cord atau lipatan suara amat mustahak bagi membantu kita kearah menggunakan tabiat menyanyi yang baik, juga dalam melontarkan bunyi/nyanyian yang lebih relax dan sihat 5. SEBUTAN Belajar bagaimana cara untuk melontarkan nyanyian melalui suara kita saja tidak mencukupi,tetapi kita perlu membentuk suara kita dalam bentuk patah perkataan bahasa yang akan difahami oleh audience kita. Inilah yang menjadikan sebutan adalah asas penting dalam nyanyian,kerana ini adalah batu pengukur samada audience kita faham atau tidak apa yg disampaikan melalui lagu yang kita sampaikan, dan samada audience boleh connect dengan kita melalui persembahan nyanyian kita. Sebutan juga adalah kunci kepada penghasilan pitching yang tepat dalam nyanyian.

Kelas Vokal

3 jenis Suara atau Vokal Register Feel dalam lagu


Pada mula-mula saya menyanyi dan merakamkan album saya sering ditegur oleh penerbit album saya iaitu Saari Amri-kau nyanyi macam highway,straight jer-saya tak paham pada mulanya dengan apa yang dimaksudkan oleh beliau namun setelah diberi penjelasan baru saya sedar bahawa nyanyian saya tak ada jiwa Jadi saya bertanyakan pada beliau bagaimana nak feel kan lagu?Lalu dia jawab ko baca dan fahamkan lirik lagu,da faham, kalau lagu tu lagu sedih leleh kasik gelap sikit studio nnt bila nak rakam.. Begitulah serba sedikit pengalaman saya menyanyi dan feel menyanyi bersama2 Saari Amri Tips saya untuk anda mengenai feel ni,senang jerapa yg kita rasa melalui melodi dan lirik kita keluarkan melalui suara kita,menyanyi lagu slow mmg mencabar berbanding dgn lagu rancak,pasal nak feel lagu sedih ni perlu penghayatan yg tinggikelembutan dalam mengeluarkan suara nyanyian amat penting jika lagu perlahan..kelembutan suara boleh dihasilkan melalui suara dari dada..jgn keraskan suara anda bila nyanyi lagu perlahan dan nada rendah,cth nyanyi dgn suara keras adalah apabila kita nyanyi Happy Birthday-selalunya bila org nyanyi lagu ni dgr macam keras dan straight je -xde feel..betul tak?? p/s Mungkin ada ramai yang tak berapa nak paham,nak tahu contoh yang baik dengan penghayatan lagu ni cuba dengar lagu lagu dari penyanyi penyanyi hebat cth Datuk Siti Nurhaliza,Anuar Zain,Faizal Tahir dan Dayang Nurfaezah cuba dengar perbezaan nyanyian/feel dorang antara lagu rancak/slow

Tip Pernafasan

Setiap bahagian dalam nyanyian adalah based on your breath/pernafasan..Jika anda tak bernafas dengan betul maka anda takkan dapat nyanyi dengan sebaik yg anda boleh .Belajar bernafas semasa menyanyi boleh elakkan masalah pitching,broken notes dan juga mengelakkan kecederaan pd vocal chord. Berikut adalah beberapa cara mengajar anda untuk bernafas seperti penyanyi pro:

atau boleh terus dapatkan ebook Rahsia Vokal untuk tip yg lebih lanjut;http://rahsiavokal.com/ Tumpukan perhatian pada pernafasan anda Cuba baring atas lantai dan sedut nafas sedalam2 yg boleh.Rasakan ianya memenuhkan paru paru anda .Dalam posisi ini anda boleh penuhkan paru2 anda dgn udara dan dalam masa yg sama perhatikan perut anda menaik semasa anda inhale atau sedut nafas.. Beginilah yg anda mahu rasakan semasa anda bernafas semasa berdiri.Jangan keraskan atau tense kan bahu anda atau amik nafas pendek pendek..sebaliknya breathe deeply into your stomach. Sedut dan Lepas Semasa anda sedut nafas (inhale) semasa menyanyi sedut udara sedalam2 seolah2 anda cuba untuk meniup belon ..Anda perlu melakukan ini dengan secepat yg boleh.Penuhkan paru2 anda dgn udara! Bila lepas nafas(exhale) prektis melepaskan nafas anda secara perlahan2 .Bila da habis ..paru2 anda sepatutnya kosong kemudian amik nafas dalam2 balik dan perlahan2 lepas semasa nyanyi..Jangan amik nafas pendek dan lepas dgn cepat..kalau bernafas mcm ni anda akan cepat semput Postur Pernafasan Postur pernafasan yg baik akan membantu anda bernafas dgn lebih efisyen dan mengenalpasti otot2 yg terbabit semasa proses inhaling dan exhaling.Berdiri tegak dengan bahu sedikit kebelakang dan tulang pelvis anda slightly tilted ke depan Angkat kepala anda tapi jangan mendongak keatas sangat.Cuba selarikan bahu,pinggang dan kaki anda dengan lutut anda,kemudian amik nafas. and push it out with your diaphragm. Rasakan how powerful this breath feels compared dengan breaths yg u take when youre hunched over atau terbongkok Prektis Latihan Pernafasan Anda boleh tingkatkan kawalan pernafasan dengan teknik latihan ini: Breathe in deeply for 4 seconds, tahan nafas for 4 seconds, kemudian exhale for 4 seconds gak Empty your lungs n start balik Bila da lama2 anda boleh cuba selama 6 saat,8 saat malah 10 saat pun boleh! Latihan ini membantu anda mengurangkan inhale dan memanjangkan tempoh

exhale pernafasan anda ,juga membantu anda rilex bila anda rasa stress/berdebar2. Belajar Untuk bernafas secara SENYAP Jika anda sedut nafas secara gelojoh boleh mengganggu nyanyian anda.Amalkan menyedut udara dengan mulut anda terbuka (tp jgn la sampai ternganga). The breath should go straight down your throat and into your lungs, expanding your belly. Pernafasan senyap ini amat penting semasa anda merakamkan lagu. Breathy inhales dont sound good, but a deep, quiet breath is fine. Anda juga bolehlah jauhkan sikit mic tu bila anda inhale Penjadualan Pernafasan /Time Your Breathing Cuba amik nafas semasa bahagian pause dalam lagu.Jika anda tahu anda akan berdepan dengan note yg panjang,cuba amik nafas sedalam2 yg boleh before it begins. Then ration out your breath as you sing the note so that you can sustain atau tahan untuk masa yg lama Note that its normal to feel short of breath atau rasa tercungap2 selepas latihan pernafasan.Anda juga akan rasa macam nak menguap2. Ini adalah kerana badan kita sedang sesuaikan atau adjusting to the different amounts of oxygen yg diterimanya. Singing is about pitch, breath, and rhythm. Pernafasan yg betul membantu anda stay on pitch. If you time it with the songs rhythm, tiada siapa akan perasan yg anda bernafas(inhale/exhale) unless dorang tengok u dekat2 Latihan2 pernafasan ini boleh membantu nyanyian anda ke satu tahap yg lebih tinggi dari apa yg anda ada sebelum ini dan jika anda inginkan latihan yg lebih detail anda boleh dapatkan ebook Rahsia Vokal yg ditulis oleh saya..http://rahsiavokal.com/ Jadi amalkan lah latihan ini..Semoga Berjaya!!

Anda mungkin juga menyukai