Anda di halaman 1dari 10

Nyanyian Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi ke-4, nyanyian bermaksud gubahan atau ciptaan muzik yang dilagukan

dengan suara. Nyanyian juga merujuk kepada seni yang dilahirkan melalui pengucapan (oral) di mana pengucapan tersebut mencakupi unsur-unsur melodi, ritma, struktur lagu, lirik dan sebagainya. Maksud lain ialah bunyi atau suara yang berirama dan berlagu. Nyanyian merujuk kepada aktiviti membunyikan suara dalam bentuk tertentu yang bertujuan menghasilkan nada dan melodi yang disenangi. Ia merupakan salah satu aktiviti manusia yang bertujuan untuk mengembirakan hati. Nyanyian boleh dilakukan dengan bantuan alat muzik atau hanya dengan secara bertepuk tangan dan sebagainya. Nyanyian memerlukan daya kreativiti manusia dan dianggap sebagai salah satu cabang seni. Mereka yang menyanyi digelar penyanyi. Pengetahuan asas mengenai asas nyanyian adalah amat penting bagi kita untuk menyanyi dengan bagus. Dan dengan itu saya telah pecahkan kepada beberapa komponen penting mengenai asas nyanyian ini bagi memudahkan pemahaman anda ,seterusnya meningkatkan tahap kemampuan suara anda. Ada 5 Komponen Asas Nyanyian:1. Pitch/Nada 2.Rhythm/Irama 3.Pernafasan 4.Suara 5.Sebutan Mari saya jelaskan satu persatu :1. PITCH/NADA Ok saya kira ramai yg tahu mengenai pitch ni sejak AF disiarkan sejak 2002 yang lepas kan?Kalau kita dengar si penyanyi tu sumbang dalam penyampaian lantas kita akan kata pitching tak kena la ni.Jadi jika pitching bagus maka penyampaian lagu akan bagus dan sedap didengar Jadi disini kita nampak kepentingan pitch/nada ini dalam penyampaian nyanyian. Pitch merujuk kepada nota dan bunyi yang kita dengar apabila seseorang itu menyanyi, dan ini akan menentukan yang lagu itu akan kedengaran sedap atau menjadi sumbang mambang. Seseorang penyanyi itu perlu tahu cara untuk melontarkan suara mereka dalam kepelbagaian nada2 yang tepat dalam sesebuah lagu bagi menyesuaipadankan dengan irama serta muzik secara keseluruhan dalam sesebuah lagu itu tadi.. Memahirkan diri kita dengan mengenal nada dan interval, untuk menyanyikan note2yang pelbagai dan memperbetulkan nyanyian bila

kita nyanyi dalam nada yang sumbang adalah sangat penting 2. RHYTHM/IRAMA Setiap lagu mempunyai beat atau rentak yang tersendiri, dan adalah penting untuk kta mengekalkan asas irama lagu tersebut, kalau tidak kita mungkin mendapati diri kita sukar untuk menyanyi dengan sempurna,lirik berterabur dan tak kena dengan irama dan kita mungkin akan ketinggalan dibelakang .Rentak juga lah menentukan groovesesebuah lagu,dan ianya juga membuatkan kita menghentakkan kaki atau mengangguk2kan kepala bila kita mendengarkan lagu lagu yang bertempo laju cthnya lagu2 rock! Kemahiran deria irama anda bermula dengan mempelajari bagaimana mengenali kepelbagaian durasi rentak, untuk menyanyikan notes dengan rentak yang berbeza2, begitu juga kebolehan mengawal tempo asas sesebuah lagu! 3. PERNAFASAN Pernafasan adalah sangat penting dalam nyanyian, dan ianya adalah perkara yang pertama yang akan diajar oleh kebanyakan guru-guru vocal kepada anda jika anda mengambil kelas latihan vokal.Ianya juga adalah soalan yang sering menjadi pertanyaan kepada kita-apa kena mengena pernafasan dengan menyanyi ni??. Apa yang kebanyakan kita tak tahu adalah yang pernafasan ini sebenarnya adalah proses yang amat semulajadi, dan semestinya adalah amat senang sekali untuk mahirkan diri kita dengan kawalan suara yang betul dalam menyanyi.Memahami cara pernafasan untuk nyanyian akan menjadi tool yang berguna bagi mencapai tahap cemerlang dalam asas pernafasan untuk menyanyi! 4. SUARA Suara kita selalunya kita abaikan apabila kita menyanyi dan kita terlampau memfokuskan perhatian kita kepada komponen2 nyanyian yang lain dari mencari bagaimana caranya untuk menguatkan vocal bagi mengindahkan lagi mutu nyanyian kita. Asas dalam memahami suara dan vocal cord atau lipatan suara amat mustahak bagi membantu kita kearah menggunakan tabiat menyanyi yang baik, juga dalam melontarkan bunyi/nyanyian yang lebih relax dan sihat 5. SEBUTAN

Belajar bagaimana cara untuk melontarkan nyanyian melalui suara kita saja tidak mencukupi,tetapi kita perlu membentuk suara kita dalam bentuk patah perkataan bahasa yang akan difahami oleh audience kita. Inilah yang menjadikan sebutan adalah asas penting dalam nyanyian,kerana ini adalah batu pengukur samada audience kita faham atau tidak apa yg disampaikan melalui lagu yang kita sampaikan, dan samada audience boleh connect dengan kita melalui persembahan nyanyian kita. Sebutan juga adalah kunci kepada penghasilan pitching yang tepat dalam nyanyian.

Asas Nyanyian
Nyanyian adalah aktiviti muzikal yang paling awal. Dalam muzik nyanyian dinamakan vokal. Terdapat dua jenis nyanyian iaitu nyanyian secara humming dan nyanyian menggunakan lirik lagu. Nyanyian secara humming adalah nyanyian menggunakan bunyi huruf vokal contohnya La la la, Di di di, Mu mu mu mu, Ta ta, Ti ti ti dan sebagainya. Nyanyian dengan lirik ialah nyanyian lagu menggunakan lirik lagu.

Bunyi terhasil dari getaran sesuatu. Contohnya apabila meja diketuk, permukaan meja akan bergetar dan bunyi pun terhasil. Begitu juga dengan suara manusia. Atau apabila trumpet ditiup, udara dalam trumpet akan bergetar dan oleh itu bunyi trumpet terhasil. Biasanya, semasa bernafas, udara dari paru-paru akan melalui larynx dan terus keluar tanpa mengeluarkan bunyi. Apabila hendak mengeluarkan bunyi, vocal cords (pita suara) akan dikawal supaya ia dapat menggetarkan udara yang melaluinya. Dengan cara itu suatu bunyi akan terhasil. Gabungan antara gigi, lidah dan bibir akan membentuk bunyi menjadi bunyi konsonan dan vokal. Simbol bagi vokal dan konsonan adalah huruf-huruf. Pic-pic muzik adalah besar atau kecilnya sesuatu bunyi. Semakin nyaring bunyi maka semakin tinggi picnya. Kadar ketegangan vocal cords mempengaruhi ketinggian pic. Semakin tegang vocal cords, maka semakin tinggi pic suara yang dihasilkan. Penyanyi yang mempunyai suara yang tinggi mempunyai vocal cords yang kuat.

Kakuatan bunyi (volume) ditentukan oleh kuatnya tekanan udara dari paru-paru. Dalam muzik kekuatan bunyi disebut sebagai dinamiks. Istilah kuat atau lembut menunjukkan tahap dinamik pada muzik. Julat pic ialah jarak antara pic paling rendah dengan pic paling tinggi dapat dihasilkan oleh seseorang. Penyanyi yang baik mempunyai julat pic yang besar Postur Dalam nyanyian, tubuh badan manusia sama seperti alat muzik. Semasa menyanyi postur adalah amat penting. Postur mempengaruhi cara pernafasan, mutu pengeluaran suara dan keseluruhan nyanyian seseorang. Postur Semasa Nyanyian Secara Berdiri Berdiri tegak, kaki direnggang sedikit. Imbang badan di kedua-dua belah kaki dan keseluruhan anggota dalam keadaan selesa 1. Tangan di sisi badan. 2. Dada ke hadapan, bahu ke belakang dan elakkan dari mengangkat bahu. 3. Kepala ditegakkan dan pandangan lurus ke hadapan. Postur Semasa Nyanyian Secara Duduk 1. Duduk tegak, kaki direnggang sedikit, kedua-dua tapak kaki di lantai dan dalam keadaan selesa. 2. Tangan di atas peha. 3. Duduk di separuh bahagian hadapan kerusi dan jangan bersandar. 4. Dada ke hadapan, bahu ke belakang dan elakkan dari mengangkat bahu. 5. Kepala ditegakkan dan pandangan lurus ke hadapan. Pernafasan Pernafasan yang terkawal adalah asas kepada nyanyian yang baik. Dalam nyanyian. Mulut dan kerongkong perlu dibuka luas untuk memberi laluan udara yang banyak bagi menghasilkan ton yang lebih resonan. Sebutan dan Ton

Dalam menyanyi, sebutan bunyi vokal dan konsonan haruslah jelas. Bagi menghasilkan sebutan yang jelas, ciri-ciri berikut memainkan peranan yang penting. Ciri-ciri ton nyanyian meliputi

Tenaga Pembentukan alat vokal ( bibir dan lidah ) Kekuatan bunyi Harkat (panjang dan pendek) Pernafasan dan bentuk mulut yang betul mengasilkan sebutan yang baik, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi konsonan pada permulaan dan akhir suatu perkataan perlu ditekankan semasa latihan. Jenis Jenis Suara
Dalam nyanyian, terdapat 3 jenis suara iaitu

Suara kepala Suara tengah Suara dada


Suara kepala ialah istilah yang digunakan bagi menerangkan suara yang dirasai dikeluarkan dari ruang di kepada. Untuk mendapat suara kepala yang bermutu, kawalan pernafasan yang betul adalah perlu. Suara kepada akan membantu pelajar lelaki semasa mengalami perubahan suara.Ia juga memberi persediaan dalam penggunaan nyanyian falsetto. Suara Tengah ialah istilah yang digunakan bagi menerangkan perletakan suara yang di rasai dikeluarkan dari paras hidung ke kerongkong. Suara dada adalah istilah yang digunakan bagi menerangkan suara yang dirasai dikeluarkan dari ruang dada. Untuk merasai suara ini, nyanyi pic rendah dengan meletakkan tangan di dada. Getaran dada akan dirasai pada tangan.

Tangga Nada Solfa


Seorang paderi berbangsa Perancis, bernama Guido d Arenzo telah mencipta satu kaedah untuk mengajar nyanyian semerta dikalangan rahib pada abad ke-11. Arenzo menggunakan 6 not iaitu

Do Re Mi Fa Sol La Sistem nyanyian ini kemudiannya digunakan dengan meluas untuk nyanyian sekular ( bertemakan cinta dan isu semasa ). Sistem ini adalah sama dengan tangga nada solfa yang digunakan untuk latihan nyanyian sehingga hari ini. Hari ini Ut telah digantikan dengan Do manakala pic Ti ditambah selepas La.

Teknik Nyanyian

Menyanyi merupakan aktiviti teras dalam konteks kurikulum Pendidikan


Dalam menyanyi, lagu merupakan bahan sumber utama yang boleh dihuraikan kepada beberapa bahagian seperti berikut: a) Aural - kemahiran mendengar melalui lagu yang dipelajari. b) Fizikal - pengawalan pernafasan dan mekanisma vokal. c) Verbal - kefahaman lirik lagu, pembinaan kosa kata dan penguasaan bahasa. d) Daya ingatan muzikal - kebolehan mengingat bunyi muzik dan menghasilkannya semula. e) Persembahan - menghasilkan irama, melodi dan ekspresi dengan peka dan tepat. f) Interaksi sosial - berkebolehan bekerjasama semasa nyanyian dalam kumpulan. g) Komunikasi - menyatakan maksud rasa dan fikiran melalui nyanyian.

Muzik,iaitu pada peringkat awal persekolahan. Proses mempelajari sebuah lagu melibatkan pengetahuan dan kemahiran.

Teknik Nyanyian - Sebutan

Sebutan adalah penting dalam nyanyian. Organ yang terlibat


dalam menghasilkan sebutan ialah mulut, bibir, lidah dan rahang. Kejelasan sesuatu sebutan itu bergantung kepada koordinasi di antara organ-organ tersebut. Dalam nyanyian, sebutan bunyi vokal dan konsonan hendaklah jelas. Bentuk mulut yang betul akan menghasilkan sebutan, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi konsonan pada aw al dan akhir sesuatu perkataan perlu jelas. Sebutan yang baik dapat dihasilkan melalui latihan yang konsisten. Bentuk mulut bagi bunyi vokal: a, e, i, o, u.

Latihan sebutan: a, e, i, o, u.

Teknik Nyanyian - Penghasilan Ton


Penghasilan ton dipengaruhi oleh kemahiran penggunaan dan pengaw alan organ vokal (mulut, bibir, rahang dan lidah) bagi memanipulasi suara. Latihan untuk menghasilkan ton yang baik adalah seperti berikut: a) Mulakan dengan nyanyian vokal yang asas ( a, e, i, o, u). b) Mulakan dengan sebutan vokal secara lembut dan beransur-ansur kuat. c) Mulakan dengan nilai not yang pendek. Kemudian beransur-ansur dilanjutkan hingga ke nilai not yang panjang. Pastikan bentuk mulut mengikut vokal yang disebut dan keadaan kerongkong

terbuka. Antara contoh-contoh latihan untuk penghasilan ton adalah: a) Glissando vokal dengan sebutan O dari pic tinggi ke rendah atau sebaliknya. b) Menguap dengan bunyi ah. c) Mengajuk bunyi siren, angin, keretapi dan siulan. d) Latihan bercakap dan menyanyi seperti contoh berikut: Hee hee hee ! Apa khabar ?

Teknik Nyanyian - Pernafasan


Dengan pengurusan pernafasan yang baik, seseorang dapat menghasilkan ton yang berkualiti, sebutan yang jelas serta nada dan pic yang tepat. Di samping itu murid dapat menyanyikan frasa yang panjang dengan selesa. Proses pernafasan melibatkan pengembangan pada rangka rusuk, abdomen dan diafragma. Kemahiran mengaw al pernafasan boleh dibina melalui latihan. Latihan pernafasan perlu dijalankan semasa aktiviti warm-up atau latihan persediaan. Terdapat banyak latihan pernafasan yang boleh dijalankan. Antaranya adalah seperti berikut:a) Menghembus dan menarik nafas - Hembuskan semua udara dari paru-paru sehingga anda terasa anda diperlukan udara. Kemudian tarik nafas secara perlahan dan tenang. b) Bernafas secara cepat - Biasanya apabila kita terkejut, kita akan menarik nafas dengan cepat. Ulang perbuatan seperti ini beberapa kali. c) Pernafasan staccato - Latihan ini dilakukan dengan sebutan ts secara berulang-ulang sehingga murid dapat merasakan otot-otot di bahagian perut ter libat dalam proses pernafasan. Latihan ini boleh menguatkan otototot tersebut untuk membantu mengaw al pernafasan. d) Hiss/Hoo - Sambil menarik nafas secara perlahan, angkat kedua-dua tangan ke atas secara perlahan dan hembuskan nafas dengan bunyi hiss.

Contoh latihan:

hiss hoo

ss hoo

ss hoo

ss hoo

hiss hoo

Teknik Nyanyian - Postur


Kedudukan badan adalah penting untuk menghasilkan nyanyian yang bermutu. Postur yang baik akan membantu pernafasan dan pengeluaran suara semasa menyanyi.
Dalam mendapatkan hasil terbaik dalam nyanyian, kedudukan badan atau postur dalam nyayian perlu dititik beratkan. Postur yang baik bermaksud menggunakan badan dalam keadaan seimbang supaya otot-otot pernafasan dapat bekerja dengan mudah serta membantu penyanyi mengeluarkan suara yang diingini tanpa ada sebarang halangan fizikal. Bagi penyanyi yang sudah mahir, mungkin sebarang posisi tidak menjadi gangguan kepada mereka. Tetapi bagi mereka yang melalui proses pembelajaran, menyanyi dengan postur yang betul merupakan langkah yang terbaik. Antara postur asas semasa menyanyi terdiri daripada postur berdiri dan postur duduk. Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika menyanyi dalam keadaan postur berdiri dan postur duduk adalah seperti berikut:

Postur Berdiri Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika menyanyi dalam keadaan berdiri adalah seperti ber ikut: Kaki - berdiri tegak dengan keadaan kaki direnggang sedikit. Lutut - dilonggarkan (rileks), tidak kaku. Badan - belakang badan serta kepala dalam keadaan lurus. Dada - dinaikkan. Bahu - ditarikkan ke belakang sedikit. Dagu - selari dengan lantai. Tangan - di sisi. Postur Duduk Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika menyanyi dalam keadaan duduk adalah seperti berikut:

Bahagian badan hingga kepala - keadaannya sama seperti postur berdiri. Belakang badan - tidak bersandar. Punggung - terletak di tengah kerusi. Kaki - diletak di atas lantai dengan satu kaki ke hadapan sedikit. Tangan - diletak di atas paha. Untuk mengajar kanak-kanak menyanyi, guru perlulah mengambil kira beberapa perkara seperti berikut: a) Pilihan lagu-lagu yang sesuai dengan julat suara (range) vokal murid. b) Pilihan lagu-lagu yang menarik dari segi mud, tempo, bentuk irama, ekspresi dan lirik lagu. c) Memastikan postur, pernafasan, penghasilan ton, ekspresi yang betul sewaktu menyanyi. d) Mengenal pasti konsep muzik yang ingin difokuskan (contoh: irama, melodi, ekspresi dan sistem notasi ). e) Mengenal pasti kaedah mengajar menyanyi yang akan digunakan.

Anda mungkin juga menyukai