Anda di halaman 1dari 14

Pengurusan Masa Pengurusan masa adalah penting kerana masa adalah aset yang bernilai dalam hidup manusia.

Semua perkara bergantung kepada ketentuan masa sama ada memberi keuntungan atau kerugian. Dengan itu pepatah ada mengatakan bahawa 'masa itu emas'.

Jangan Suka Bertangguh-tangguh Budaya "Esok Masih Ada" hendaklah dibuang daripada diri seorang insan yang bergelar dalam mengejar kecemerlangan diri serta kecemerlangan negara. Bertangguh dalam melaksanakan sebarang tugas adalah tidak digalakkan dan akan merugikan masa seseorang. Berhubung dengan masa juga pepatah Arab ada menyebut, maksudnya: Masa itu seperti pedang, jika kamu tidak memotongnya nescaya ia akan memotong kamu. Seorang penyair Arab al-Syarif al-Murtadha berkata: Kita mengagumi setiap hari yang berlalu, sedang hari yang berlalu itu sebenarnya makin menyusutkan umur kita.

Memanfaatkan Masa Di Dunia Manusia akan memungut dan menuai hasil di akhirat daripada tanaman yang diusahakan di dunia. Manusia ditanyakan di akhirat kelak terhadap segala amalan yang dilakukan sepanjang tempoh umurnya di dunia. Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: Tidak akan melangkah seseorang hamba itu pada Hari Kiamat hingga ditanyakan mengenai apa yang dihabiskan dalam umurnya, apa yang dilakukan menurut ilmunya, ke arah mana hartanya di usahakannya dan dibelanjakan serta apa yang dibuat oleh tubuh badannya terhadap segala ujian dan tanggungjawab.(Hadis riwayat at-Tirmizi).

Masa Tidak Akan Di Sia-siakan Malah orang-orang yang beriman tidak akan membiarkan setiap keuntungan berlalu sia-sia dan tidak pula berhajat mengundang apa - apa kerugian. Mana-mana ruang kesempatan yang baik, sudah pasti direbutinya. Mereka akan sentiasa berpegang kepada pesanan Rasulullah S.A.W sepertimana maksud hadisnya: " Rebutlah (pergunakanlah) lima waktu sebelum tiba lima waktu yang

lain iaitu: i) Masa hidup sebelum mati ii) Masa sihat sebelum sakit iii) Masa lapang sebelum sibuk

iv) Masa muda sebelum tua v) Masa kaya sebelum fakir." Pernah Rasulullah S.A.W ditanya: "Manakah suatu manusia yang baik, Maka jawab baginda: Siapa yang umurnya panjang, serta baik amalnya."

Kesimpulan Menghargai masa dalam Islam adalah tanda keimanan. Ketepatan waktu dan kepentingannya dalam pengurusan adalah perkara yang tidak perlu dihuraikan lagi. Tidak kira dalam apa-apa aspek sekalipun, kita perlu mendahului masa atau paling kurang menepatinya. Manfaatkanlah hidup kita sebaik mungkin kerana sedetik yang berlalu tidak akan berulang. Ingatlah, setiap saat di dunia ini akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak.

Masa itu emas Teks: Rozida Ismail Masa bagi sesetengah orang terlalu banyak. Dalam sehari, begitu banyak masa terluang untuk melakukan pelbagai hobi. Dan hobi paling mudah dan memakan banyak masa ialah tidur. Beruntunglah sesiapa yang mempunyai banyak masa untuk melakukan hobi seperti itu. Tetapi bagi kebanyakan orang pula, masa terlalu sedikit. Walaupun satu hari diperuntukkan 24 jam, namun mereka terkejar-kejar untuk melakukan banyak tugasan seharian. Tugasan rumah, pejabat, sosial, kemasyarakatan dan sebagainya. Tidak kira sama ada masa untuk kita habiskan sedikit atau banyak, kita perlu pandai membahagikan dan mengadakan masa. Inilah yang sering menjadi kemusykilan pada semua orang. Mana satu tugas yang patut didahulukan dan yang mana pula patut dikemudiankan. Sebenarnya hanya diri sendirilah yang tahu mana satu tugasan yang penting dan perlu disegerakan berbanding tugasan penting yang boleh ditangguhkan (urgent vs. important). Kerana itu pepatah orang dulu-dulu mengatakan masa itu emas. Pepatah Arab mengatakan Masa adalah ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, maka ia akan memotong kita'. Pepatah Inggeris pula mengatakan 'time is money'.

Semua masyarakat menghargai masa sebagai sesuatu yang sangat berharga kerana ia tidak boleh diputar kembali. Masa yang sudah berlalu takkan dapat diganti walau menangisinya dengan air mata darah sekali pun. Sekiranya kita mempunyai banyak kerja dan perlu dilakukan dalam tempoh masa yang terhad, eloklah kita merancang masa terlebih dahulu. Susun aktiviti mengikut keutamaan dan kepentingan. Seringkali kita terperangkap dalam sesuatu aktiviti yang melekakan menyebabkan perkara yang lebih penting terpaksa dikorbankan. Contohnya, jika anda seorang pelajar dan anda tahu peperiksaan akan menjelang tidak lama lagi, masa yang ada memang sedikit untuk mengulang kaji kerana peperiksaan sudah hampir. Semua subjek penting kerana perlu diulang kaji. Jadi, manakah yang patut didahulukan atau dikemudiankan? Susunlah masa mengulang kaji mengikut keutamaan. Jika anda lemah dalam subjek Matematik dan Sains, berilah lebih masa untuk subjek tersebut. Matematik perlukan banyak praktis, gunakan masa di sebelah petang. Kemudian, berehatlah seketika. Gunakan masa di sebelah malam pula untuk mengulang kaji subjek Sains. Beri tumpuan kepada topik yang lemah. Buatlah analisis, topik mana yang popular dan sering ditanya dalam peperiksaan. Selalunya buku-buku ulang kaji yang terdapat di pasaran pasti memberi tip tentang hal ini. Jangan belajar semberono kerana anda sudah tidak mempunyai cukup masa lagi! Satu hal lagi yang penting, adakan masa untuk tidur yang cukup. Jangan berjaga keterlaluan kerana ingin mengulang kaji. Anda tidak dapat apa-apa faedahnya. Saya pernah bersekang mata mengulang kaji sehingga jam 3 pagi. Tetapi apa yang saya dapat besoknya, saya terasa benar-benar kosong. Kertas soalan yang dipandang nampak berbalam-balam. Soalan yang senang juga berasa susah kerana saya sudah 'blank'. Tetapi mujurlah nasib menyebelahi saya, saya lulus kertas itu walaupun 'hanya cukup-cukup makan'. Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya. Entri ini khusus buat anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan bermula minggu hadapan. Selamat maju jaya dan semoga usaha yang telah dilakukan selama ini membuahkan hasil. Amin.

Masa itu emas? Assalamualaikum....semoga para pembaca dirahmati Allah selalu. Apa khabar wahai pembaca yang dikasihi? Semoga sihat selalu. Ceria dan senantiasa mengukir senyuman. It's sunnah.... :) Merujuk kepada tajuk, Masa itu emas? Atau erti lain, Betul ke masa itu emas?

Masa itu emas, merupakan suatu perumpamaan yang sering diguna pakai di nusantara. Ia untuk memberitakan betapa pentingnya masa. Emas digambarkan sebagai sesuatuperkara yang mahal. Bila sesuatu benda itu mahal, maka secara otomatiknya, mindset manusia akan menghargai benda itu. Tidak kisahlah, apa benda pun, telepon mudah alih ke, komputer riba ke, kereta BMW ke, or what so ever.

Dari sudut pandang sebegini, maka wajarlah masa itu emas. Masa amat beharga. Entry kali ini, perantau ingin mengajak pembaca untuk melihat masa dari sudut yang lain. Maknanya perantau hendak membuktikan bahawa frasa "masa itu emas" tidak boleh diguna pakai. Hujahnya. Mari kita melihat falsafah disebalik emas. Jika kita membeli emas bernilai RM 1000.00, dan suatu hari emas itu pun hilang.(entah sape curi) Maka, persoalannya, adakah kita mampu membeli emas yang sama nilai ataupun lebih dari nilai tadi? Jawapannya, jika anda orang kaya, maka anda boleh beli berlori lori emas pun. Tidak ada masalah. Maka dari sudut ini, emas itu diertikan, sebagai, perkara yang boleh hilang, tetapi boleh di ganti semula.

Jika dilihat frasa "masa itu emas", maka boleh lah dikatakan bahawa, masa yang telah hilang boleh diganti semula.

REALITINYA, HAKIKATNYA, KEBENARANNYA;

ADAKAH MASA YANG BERLALU BOLEH DIGANTI SEMULA?

ATAU DENGAN APAKAH NILAI MASA ITU OLEH DIGANTI?

SETAHUN YANG LALU, DAPATKAH ANDA MENGEMBALIKANNYA SEMULA?

maka, frasa "masa itu emas" tidak boleh diguna pakai. Kerana ia akan membawa erti, masa yang sudah berlalu boleh diganti. Emas ada pelbagai jenis. Ada yang celup. Jika seseorang itu menganggap bahawa masa itu emas yakni emas celup, maka baginya tidak begitu berhargalah masa itu.

Jadi apakah frasa yang sesuai untuk menggantikan frasa "masa itu emas"

Frasa ini bukanlah ciptaan perantau yang hina dina ini. Frasa ini dari frasa arab. terjemahannya berbunyi

"MASA ITU ADALAH KEHIDUPAN"

Ya....inilah frasa yang sebenar...yang patut dihayati oleh sekalian manusia.

Hujahnya

56. mereka tidak akan merasakan mati di dalamnya kecuali mati di dunia. Dan Allah memelihara mereka dari azab neraka,[ 44. Ad Dukhaan]

02. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. [3. Ali 'Imran]

57. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan [29. Al 'Ankabuut]

34. Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusiapun sebelum kamu (Muhammad); maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal? [21. Al Anbiyaa']

25. Allah berfirman: "Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati, dan dari bumi itu (pula) kamu akan dibangkitkan. [7. Al A'raaf]

Dalam ayat ayat berikut, Allah menceritakan perihal kematian. Dan sesuatu yang di sampaikan sama ada kita perasaan atau tidak ialah, Allah menegaskan bahawa kita hidup di dunia ini hanyalah sekali. Dan kita akan dihidupkan semula di Hari Pembalasan.

Ya, di dunia ini, kita hanya diberikan peluang untuk hidup, hanyalah sekali. Bila kita mati, kita akan dihidupkan semula,TAPI bukan di dunia ini, dihidupkan semula di Hari Pengadilan nanti.

Kembali kepada konteks perbahasan kita. Kehidupan di dunia yang Allah ceritakan hanyalah sekali sahaja peluangnya. Untuk beramal sehabis mungkin. Allah beri sekali sahaja peluang untuk hidup di dunia ini.

Ya....sekarang inilah, saat inilah.

Kata mudah, kehidupan itu hanyalah sekali.

IA TIDAK BOLEH DIGANTI

IA TIDAK BOLEH DI BELI

IA TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN SEMULA

begitu juga dengan hakikat masa.

IA TIDAK BOLEH DIGANTI

IA TIDAK BOLEH DI BELI

IA TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN SEMULA.

Maka benarlah

"MASA ITU ADALAH KEHIDUPAN"

masa yang berlalu, tidak mungkin dapat di ulangi semula. sama dengan kehidupan, bila dah tiba ajal, tidak ada maknanya nak patah balik. Yang berlalu tetap berlalu.

Dalam dunia ini. Hanya ada satu perkara ja yang Allah berikan kepada manusia yang tidak mungkin Allah akan beri untuk kali kedua, kecuali dengan IzinNya, iaitu kehidupan di dunia.

Cuba kita sakit, cukuplah dengan demam, betapa kita merasa pentingnya erti sihat. Sehingga kita betul betul menghargai erti sihat itu.

Apabila kita mentarbiyah diri dengan "masa itu kehidupan", maka masa akan diuruskan sebaiknya. sebaliknya jika masa itu emas, emas itu boleh di beli semula, ia berlanggar dengan hakikat masa itu. Perbahasan agak panjang, namum perantau tetap cuba untuk memudahkannya. Apa yang penting disini ialah, merasa betapa, masa yang berlalu, tidak akan kembali semula.

Dari Ibnu Umar radhiyallahu anhu berkata, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam memegang kedua pundakku lalu bersabda Jadilah engkau hidup di dunia seperti orang asing atau musafir. Lalu Ibnu Umar radhiyallahu anhu menyatakan, Apabila engkau berada di sore hari maka janganlah menunggu hingga pagi hari. Dan apabila engkau berada di pagi hari maka janganlah menunggu hingga sore hari. Pergunakanlah waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu. Dan pergunakanlah hidupmu sebelum datang kematianmu. HR. Al- Bukhari

5.Wahai sekalian manusia, sesungguhnya janji Allah itu benar. Maka sekali -kali janganlah kehidupan dunia itu memperdaya kalian dan janganlah sekali-kali syaitan yang pandai menipu memperdayakan kamu tentang Allah. (35Faatir)

Sebagai kesimpulannya; 1. Masa itu ibarat kehidupan, yakni nilai nyawa lebih tinggi dari emas

2. Seorang muslim sejati akan sentiasa menguruskan masanya dengan efisen

3. Masa yang berlalu, tidak akan kembali

4. Masa yang berlalu, tetap akan berlalu, yang ada hanyalah masa sekarang, sedangkan masa depan dalam perancangan. Maka rebutlah peluang sekarang.

5. Rehat untuk mukmin sejati hanya kematian penghalangnya

6. Jangan jadi malas, bangkitlah dari lena

setakat ini sahaja, perantau dapat kongsikan bersama. Moga bermanfaat.

Ini yang terbaik perantau boleh usahakan untuk disampaikan, tetapi Allah Lebih mengetahui, maka tegurlah setiap yang buruk.

Wallahu'alam

Assalamualaikum...

10 Tips Pengurusan Masa Berkesan Kita sering merasa terburu-buru mengejar masa kerana perlukan masa yang banyak bagi melakukan aktiviti harian. Keadaan ini akan menyebabkan kerja yang kita lakukan menjadi kelam kabut. Post kali ini berkaitan dengan 10 tips pengurusan masa berkesan 1) Set Matlamat dan strategi

Pastikan apa matlamat kita dalam jangka sama panjang dan pendek. Dengan merancang matlamat tersebut, kita akan tahu apa perlu dicapai dan mengapa perlu kita capai matlamat tersebut bagi memudahkan kita membuat keputusan perkara penting yang perlu diselesaikan. 2) Fokus matlamat . Kita akan memberi lebih tumpuan dalam melakukan kerja sekiranya kita fokus kepada sesuatu kerja. Buat sesuatu kerja dengan memastikan kerja tersebut merupakan perkara yang utama perlu diselesaikan. 3) Buat Jadual masa. Bukankah mudah bagi kita untuk merancang kerja yang perlu dilakukan? Set tempoh masa untuk menyelesaikan kerja kerana ini akan mengurangkan rasa risau kerana merasa tidak mencukupi masa. 4) Utamakan matlamat asal Jangan lakukan sesuatu tugas lain sebelum menyelesaikan tugas yang kita sedang lakukan. Sentiasa periksa jadual sebelum memulakan tugas yang baru. Bilakah tugas yang sedang dilakukan itu boleh selesai? Ini akan memastikan tugas yang sedang dibuat akan mencapai matlamat yang berkualiti. 5) Mewujudkan sistem pemfailan

Apabila kita telah merancang sesuatu matlamat penting untuk kita mewujudkan sistem dalam pengurusan masa. Salah satu sistem yang boleh kita wujudkan adalah sistem pemfailan yang teratur, pengurusan maklumat dan komunikasi. 6) Realiti Pengurusan masa kita Sentiasa renung kembali kepada pencapaian yang kita buat. Sama ada kita melakukan dengan berkualiti atau sebaliknya. Bahagi-bahagikan matlamat yang dicapai dengan matlamat yang belum dicapai boleh memudahkan kita menentukan matlamat mana yang lebih penting. 7) Kerjasama Apabila melakukan sesuatu projek atau kerja adalah lebih cepat terhasil apabila bekerjasama dengan kumpulan kerja kerana akan lebih menjimatkan masa, boleh memberi motivasi diri, meningkatkan keyakinan dan boleh mengembangkan kemahiran masing-masing 8) Pencapaian Lalu

Lihat kembali pencapaian kejayaan kita yang lalu dalam sesuatu kerja. Gunakan teknik ini dengan memperkembangkan lagi fokus dalam matlamat yang perlu kita capai. Bayangkan kita kerja hari ini kerana kita perlu bercuti pada esok hari. 9) Kehidupan harian Rancang jadual aktiviti harian juga amat penting kerana kehidupan kita ini adalah bersama-sama keluarga dan rakan-rakan. Pengurusan masa adalah pengurusan kehidupan harian kita. 10)Selesaikan tugas hari ini Cuba selesaikan tugas pada hari ini. Jangan bertangguh. Dengan menyelesaikan tugas pada hari ini kita dapat merancang tugas esok pula. Sebelum meninggalkan tempat kerja, kita perlu rancang apa tugas yang perlu kita lakukan pada hari esok. Ini mengelakkan rasa risau tentang tugas yang perlu dilakukan dan bersedia untuk melakukan tugas pada hari esok sebelum balik dari pejabat. Setiap orang mempunyai bilangan masa yang sama iaitu 24 jam sehari. Jangan katakan kita tidak mempunyai masa yang cukup kerana dengan pengurusan masa yang bijak memastikan kita boleh bekerja, bersama-sama keluarga serta berehat dan tidur dengan cukup. Tips Pengurusan Masa Yang Baik Dan Berkesan Posted by: Puteri Kasih May 23, 2013 in Sharing 52 Comments Pegurusan masa yang baik sangat memberi kesan kepada kehidupan seharian kita. Betul tak? Dalam sehari, setiap antara kita ada 24 jam untuk melaksanakan semua tanggungjawab kita termasuk makan, tidur dan dan jangan dilupakan solat. Tapi pernah tak korang terfikir kenapa ada yang boleh selesaikan semua tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin, malah ada masa juga untuk bersantai bersama keluarga dan sahabat handai. Sedangkan ada segelintir dan ada kalanya termasuk diri kita sendiri juga, merasakan 24 jam tu ibarat 24 minit. Sehinggakan kita terpaksa menangguhkan kerja ke hari esok. Dan semakin kita tangguh semakin rasa diri terbeban. Masa tu mulalah kita berangan kan best kalau sehari tu ada 42 jam Sebenarnya kalau sehari tu ada 100 jam sekalipun, jika kita tak bijak menguruskan masa dengan sebaiknya masih tak akan cukup juga. Baru-baru ini ketika puteri mendapat tempahan untuk menyiapkan keychain sulam benang, terasa seakan 24 jam tu tidak cukup. Jujurnya ni bukan kali pertama puteri rasakan begitu. Malah puteri yakin korang pun pernah merasakan benda yang sama. Betul tak?

Masa tu terasa banyak benda lain terpaksa diabaikan untuk seketika untuk memberi keutamaan pada tempahan. Yang menjadi masalah bukannya kekurangan masa kerana masa tetap 24 jam sehari, malah bukan juga disebabkan oleh tempahan itu sedangkan sebelum ini pun puteri dah banyak menerima tempahan. Tetapi yang menjadi masalah adalah cara puteri menguruskan masa ketika itu. Kerana tidak mahu terasa terbeban dengan alasan masa tidak cukup, puteri cuba untuk mengamalkan beberapa tips pengurusan masa yang puteri baca di Rahsia Pengurusan Masa, antaranya puteri membahagikan kerja antara URGENT dan IMPORTANT. Pada puteri, setiap tanggungjawab seharian adalah important tetapi bukan semuanya urgent. Maksudnya semua kerja yang puteri perlu lakukan itu penting tetapi tidak bermaksud puteri perlu selesaikannya dengan segera. Jadi puteri utamakan yang urgent tu dulu. Jadi tidaklah puteri rasa terbeban dengan kekurangan masa untuk menyiapkan semuanya dalam masa yang sama. Ada beberapa cara lain yang turut puteri amalkan ketika kebizian melanda ketika itu. Dan nampaknya semua tips tu berhasil. Buktinya kerja yang perlu disiapkan dalam masa seminggu, berjaya puteri siapkan hanya dalam masa 4 hari sahaja. Memang berkesan kan. Untuk korang yang rasa sentiasa tak cukup masa atau ingin belajar cara pengurusan masa dengan lebih berkesan bolehlah mendapatkan Rahsia Pengurusan Masa. Mudah-mudahan selepas itu korang ada lebih banyak masa untuk bersantai atau bercuti bersama keluarga tersayang. p/s pagi nanti kena teman papa ke hospital..hope everything will be ok.

8 cara mudah untuk meningkatkan pengurusan masa anda Read more: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2012/03/8-cara-mudah-untukmeningkatkan.html#ixzz2qHUN6qEy

Adakah anda seorang yang mempunyai masalah untuk menguruskan masa? Sekiranya anda mengalami kesukaran ini, berkemungkinan anda tidak mengetahui teknik asas untuk menguruskan masa dengan lebih baik. Di sini disenaraikan 8 cara mudah untuk meningkatkan pengurusan masa anda.

Tahu yang anda sebenarnya mempunyai masalah untuk menguruskan masa - Mengetahui bahawa anda mempunyai masalah pengurusan masa adalah langkah pertama untuk mengubah sikap anda. Berkemungkinan kadang-kadang anda akan terlambat untuk pergi bekerja atau menghadiri aktiviti sosial, tetapi ia seharusnya tidak berlaku pada setiap hari atau setiap minggu. Sekiranya anda masih melakukan kesalahan yang sama berulang-ulang kali, ia bermakna anda masih tidak menyedari masalah anda.

Mengambil keputusan untuk berubah- Apabila sudah mengetahui masalah sebenar, anda perlu mengambil keputusan untuk melakukan perubahan di dalam hidup anda. Keputusan yang telah diambil perlu disertakan dengan tindakan untuk mencapai sesuatu objektif yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, mungkin anda mengambil keputusan untuk tidak lagi datang lewat ke tempat kerja, ia juga perlu disertakan dengan tindakan-tindakan yang perlu anda lakukan untuk mengelakkan anda datang lewat seperti tidur awal, kurangkan melepak bersama rakan pada waktu malam dan sebagainya.

Tetap dengan objektif anda (istiqomah)- Usaha yang dilakukan untuk menjadi seorang yang lebih menghargai masa bukanlah satu perkara yang mudah untuk dicapai. Berkemungkinan sebulan anda mampu untuk sampai kerja awal, tetapi selepas itu ia akan kembali seperti sedia kala. Anda perlu tetap dengan objektif kehidupan. Pastikan anda selalu mengingati tujuan hidup dan sentiasa berusaha untuk mencapainya. Lama kelamaan ia akan sebati dengan cara hidup anda.

Buat senarai tugas harian- Membuat senarai yang harus dilakukan untuk diri sendiri adalah cara yang mudah untuk menguruskan masa dengan lebih baik. Catitkan apa yang harus anda lakukan sepanjang hari. Pastikan senarai tugasan yang anda lakukan mengikut terhadap kepentingan sesuatu perkara itu. Apa yang telah dirancang pada hari ini tidak harus ditangguhkan ke hari esok tanpa sebab yang munasabah.

Peralatan pengurusan masa- Pasti ia merupakan satu kesukaran untuk otak anda mengingati segala tugasan harian yang perlu dilakukan. Ia juga merupakan suatu perkara yang agak mustahil. Anda perlu bijak untuk menggunakan peralatan yang berada di sekeliling anda dengan lebih baik. Sebagai contoh, pada zaman yang serba canggih ini, pasti setiap orang mempunyai telefon bimbit sendiri. Catatkan nota yang perlu anda lakukan atau gunakan sistem amaran peringatan (reminder) untuk mengingatkan anda melakukan sesuatu tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan.

Bijak untuk menerima atau menolak suatu pelawaan - Sudah pasti anda pernah mengalami situasi di mana anda sedang cuba menyiapkan kerja dan dalam masa sama rakan-rakan anda

mengajak untuk keluar minum, beriadah, mendengar taklimat perniagaan atau sebagainya. Anda seharusnya lebih bijak untuk menangani situasi ini. Anda perlu tahu kesan sekiranya anda menerima atau menolak pelawaan tersebut. Sekiranya anda menerima pelawaan tersebut tetapi ia akan menyebabkan anda terlewat untuk menyiapkan tugasan pada tarikh yang telah ditetapkan, anda dinasihatkan untuk menolaknya dengan sopan. Urus masa anda dengan lebih bijak.

Sistematik- Melakukan suatu tugasan dengan bersistematik dapat membantu untuk menguruskan masa dengan lebih baik. Pasti sepanjang hari banyak perkara yang ingin anda lakukan selain bekerja sahaja seperti bermain dengan anak, keluar bersiar-siar dan sebagainya. Rancang masa anda dengan bersistematik supaya anda dapat menikmati kepelbagaian kehidupan harian anda. Ini juga dapat membantu untuk mengelakkan anda daripada melalui kehidupan yang membosankan.

Muhasabah diri- Di akhir setiap hari, muhasabah diri untuk menyemak samada anda telah melakukan apa yang anda sepatutnya lakukan pada hari ini. Adakah anda telah menangguhkan atau melengahkan tugas sepatutnya disiapkan? Ambil pengajaran atas sebarang kesilapan yang dilakukan dan buat pembetulan dan pembaikan.

Read more: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2012/03/8-cara-mudah-untukmeningkatkan.html#ixzz2qHUQTgLA

Anda mungkin juga menyukai