Anda di halaman 1dari 1

OBJEKTIF KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Objektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur adalah untuk memastikan murid


mengetahui dan berkeupayaan:

* Mendengar, memahami, menyebut frasa dan ayat dengan struktur yang betul dan
tepat;

* Mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan atau gerak laku
terhadap arahan berdasarkan ayat perintah jenis ayat permintaan dan ayat
perintah jenis ayat suruhan dengan betul;

* Mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan berdasarkan soalan


yang mengandungi kata tanya dan menyampaikan pesanan dengan betul;

* Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan pelbagai ayat, kata panggilan


yang sesuai dalam kalangan bukan ahli keluarga dan kata ganti nama diri yang
betul dalam pelbagai situasi secara bertatasusila;

* Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan menggunakan perkataan dan ayat


yang sesuai dalam situasi tidak formal secara bertatasusila;

* Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara yang dibaca dengan tepat


menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul;

* Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada


pelbagai sumber dengan tepat menggunakan ayat yang mengandungi frasa yang
sesuai secara bertatasusila; dan

* Berbincang dan mengemukakan pandangan dan pendapat tentang sesuatu


perkara daripada pelbagai sumber menggunakan perkataan, frasa dan ayat yang
betul secara bertatasusila.

Anda mungkin juga menyukai