Anda di halaman 1dari 5

SKRIP SIMULASI

Azman, Arif dan Farhan bercadang untuk pergi bercuti bersama sewaktu musim cuti
semester akan datang. Mereka ingin berjumpa untuk membuat perbincangan tentang
perjalanan mereka.

(Di warung Pak Abu)

Arif : Dah lama sampai ke ?

Farhan : Lama jugak lah, dalam 10 minit. Kau ni memang tak pandai jaga masa

ke?

Arif : Maaflah, aku baru teringat tentang perbincangan kita ni.

Azman : Sudah sudah, jangan bergaduh di sini. Mari kita mulakan perbincangan

kita ni. Yang pertama kita nak bincangkan ialah ke mana kita nak pergi

sebenarnya?

Arif : Aku cadangkan kita pergi ke air terjun. Di situ kita boleh mandi-manda

sambil menikmati suasana kehidupan alam semula jadi yang indah.

Farhan : Aku tak setuju!. Aku mana pandai berenang. Nak pergi air terjun pulak

tu. Sekarang ni musim hujan, lagi bahaya.

Arif : Alaaa kau ni. Semua tak boleh, apa agaknya yang kau boleh.

Azman : Okaylah jangan bergaduh, kita boleh pergi ke tempat pelancongan

seperti Cameron Highland, Pulau Langkawi, Melaka dan pelbagai lagi.

Farhan : Har, dengar tu, banyak lagi tempat menarik, air terjun jugak yang kau

pilih. Apalah kau ni.

Arif : Diamlah kau, bising saja. Idea taknak beri.

Akhirnya selepas mendapat kata putus, mereka bercadang untuk pergi ke Melaka, salah
satu bandar bersejarah yang berada di Malaysia.
Masing-masing mengira duit tabung yang telah dikumpul oleh mereka.

Pada hari yang ditetapkan, mereka berkumpul, Azman membawa kereta milik abangnya
untuk pergi ke Melaka supaya lebih mudah mereka melawat tempat-tempat yang diingini.

*situasi di dalam kereta*

Azman : Berapa duit tabung yang kau kumpul tu, Arif, Farhan?

Arif : Aku tak berapa banyaklah Azman, Cuma ada RM125.80 sahaja, tapi

ibu aku memberi lagi RM100.00, jadinya ada (RM125.80 + RM100.00)

RM225.80.

Farhan : Aku pula ada RM147.20 je. Ayah aku ingin memberi lagi duit

tambahan, tetapi aku menolak.

Arif : Isssh kau ni, kenapa tolak ? Ambil sajalah, tolak rezeki lah kau ni.

Kalau tidak boleh kita pergi melawat banyak tempat lagi.

Farhan : Aku taknak susahkan mereka lah. Aku rasa duit tabung aku dah

mencukupi.

Azman : Takperlah, duit tabung aku ada RM130.00, ayah aku memberi lagi

RM200.00, abang aku pula memberi RM150.00 untuk kereta ni.

Jadinya aku ada (RM130.00+RM200.00+RM150.00) RM480.00.

Farhan, berapa jumlah semua duit yang kita ada ?

Farhan : Kalau campur semua yang ada, (RM225.80+RM147.20+RM480.00)

kita ada RM853.00sen sahaja.

Azman : Dengar tu Arif, kita ada RM800 lebih, kira banyak juga tuh.

Arif : Okaylah okaylah, dengar.

Mereka meneruskan perjalanan dalam hampir satu jam, mereka berhenti di satu stesen pam
minyak untuk mengisi minyak.
Azman : Nah, RM50.00 untuk isi minyak. *diberikan kepada Farhan*

Farhan : Okay.

Arif : Azman, satu liter minyak ni berapa yer ?

Azman : Hmm, harga satu liter minyak adalah RM2.00.

Arif : Ouh yeke, kalau macam tuh, RM50.00 berapa liter ye?

Azman : Kalau satu liter minyak adalah RM2.00, RM50.00 adalah (50 bahagi 2)

25 liter.

*Farhan menghampiri ke kereta*

Farhan : Apa yang kamu berdua bincangkan ni?

Arif : Sibuk sajalah kau ni, pergi isi minyak tu. Aku nak tengok berapa liter

Kalau isi RM50.00.

Farhan : Okay baiklah, aku pun nak tengok juga berapa liter kita dapat kalau isi

RM50.00 ni.

*Farhan mengisi minyak*

Azman : Har, betul lah aku cakap, RM50.00 bersamaan 25 liter. Jadi satu liter

minyak adalah RM2.00.

*Mereka meneruskan perjalanan mereka*

*Tanpa disedari, mereka telah sampai di tol Ayer Keroh, Melaka*

*Azman mengeluarkan kad Touch n Go miliknya*

Arif : Cukup ke ? ada berapa baki dalam tu?

Azman : Cukup, ada RM250.00 lagi.

*Farhan melihat baki kad Touch n Go di skrin yang dipaparkan*


Farhan : Banyak juga ye kadar bayaran tol ni. Baki ada RM130.00.

Arif : Bermakna bayaran tol kita adalah (RM250.00 RM130.00) adalah

RM120.00.

Azman : Aku rasa kita kena pergi isi minyak lagi ni.

Arif : Okay jom.

Azman : Hmm, aku rasa kita kena isi dalam 15 liter lagi.

Farhan : Kalau 15 liter, berapa kita kena bayar pula?

Arif : Satu liter minyak adalah RM2.00, kalau 15 liter bersamaan

(15 darab 2) RM30.00. Betul tak ?

Azman : Har betul lah tuh. Kalau tak percaya nanti kita tengok bila isi minyak

nanti.

Farhan : Okay baiklah.

*Azman berhenti di stesen minyak terdekat dan mengisi minyak*

*Mereka melihat di meter minyak tersebut, dan percaya bahawa RM30.00 dalah bersamaan
15 liter minyak*

*Mereka berhenti di salah satu RnR yang terdekat untuk berehat dan makan selepas 6 jam
perjalanan mereka*

Azman : Penat betul lah. Jauh betul perjalanan kita ni.

Arif : Betul. 6 jam perjalanan tu.

Farhan : Agak-agak berapa kos perjalanan kita ni?

Arif : Hmm, banyak juga tu. Lagi jauh perjalanan, lagi jauh duit terbang.

Azman : Betul tu. Kalau dikira dari awal, kita isi minyak kali pertama adalah

RM50.00, selepas tu bayaran tol adalah RM120.00 dan isi minyak

kali kedua adalah RM30.00. Dicampurkan semua adalah

(RM50 + RM120 + RM30) RM200.00.


Farhan : Wah!, itu baru saja kos perjalanan, belum masuk kos makanan kita,

penginapan kita, dan lain-lain lagi.

Azman : Betul lah tu. Entah berapa duit yang kita tinggal sekarang ni.

Arif : Keseluruhan duit yang kita ada sebelum perjalanan adalah RM853.00.

Kos perjalanan kita adalah RM200.00. Jadi duit yang tinggal sekarang

adalah (RM853.00 tolak RM200.00) RM653.00.

Farhan : Duit yang kita ada adalah RM653.00. Hanya 23 peratus sahaja duit

yang kita gunakan tadi. (RM200 bahagi RM853 darab dengan 100%)

*dapat peratus yang digunakan.

*Mereka meneruskan perjalanan ke destinasi mereka*

Anda mungkin juga menyukai