Anda di halaman 1dari 4

AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN DAN MATA Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 1 Membentuk benda daripada plastisin, tanah

liat atau bubur kertas dan lain-lain. Bahan Plastisin, tanah liat, dan bubur kertas. Aktiviti Guru/Murid 1. Buat satu atau dua benda daripada bahan yang diberi sebagai contoh. 2. Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk benda atau model yang disukainya. 3. Minta murid menceritakan hasil kerja mereka. Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2 Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri dan dari atas ke bawah untuk membolehkan membentuk huruf. Bahan Lembaran kerja, benda maujud (dulang berpasir, model pokok, model tiang bendera, bola, manik, cawan, air), kertas pendua yang mengandungi perjalanan atau arah yang dibuat dengan garisan putus-putus. Aktiviti Murid 1. Murid menggolekkan bola di atas dulang berpasir dengan jari dari kiri ke kanan dan sebaliknya. 2. Murid memegang cawan plastik yang penuh dengan air dengan tangan kanan dan menggerakgerakkan tangan kanan mereka kiri ke kanan dan sebaliknya. Teknik memegang cawan dipelbagaikan. 3. Murid membilang manik yang digantung dengan menggunakan jari dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas. 4. Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke tiang bendera.

Latihan Kordinasi Mata dan Tangan Aktiviti mengelas benda mengikut golongan atau kumpulan merupakan latihan bagi kordinasi mata dan tangan. Aktiviti aktiviti lain yang boleh dilaksanakan seperti menyusun , mencantum dan mewarna gambar yang diselaras mengikut urutan. Aktiviti lain dalam aktiviti kordinasi mata dan tangan ialah mencantum titik atau sempang untuk membentuk huruf, memadankan gambar bagi benda-benda yang serupa, mencari sejumlah benda yang tersembunyi dalam sebuah lukisan dan juga aktiviti membuat garisan lurus dari atas ke bawah dan sebaliknya. Latihan mewarna dari kiri ke kanan dan sebaliknya juga dapat melatih murid bagi kordinasi mata dan tangan. Setelah murid-murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu memegang pensel serta boleh duduk dengan cara betul, mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang tulisan. Bermula di kertas kosong tanpa garisan, diikuti latihan membentuk huruf pada garisan, di mana peringkat ini ialah peringkat menulis mekanis. Berikut ini adalah beberapa contoh kegiatan pra tulisan 1. Mari Menabung Alat yang diperlukan: o Kotak kasut yang salah satu sisinya mempunyai lubang, pstikan lubang berada

tidak sejajar/searah satu dengan lainnya, hal ini agar permainan lebih bervariasi dan bertentangan. o Duit syiling/butang baju (lebih baik jika dengan pelbagai ukuran)

Permainan melatih pola pegang alat tulis (3 jari), koordinasi mata tangan, serta melatih kecekapan dan kelembutan jari tangan serta pergelangan tangan (bila anak mencuba memasukkan duit syiling /butang baju dengan pelbagai posisi lubang.

2.

Membantu menjemur

Alat yang diperlukan: o o o Penyepit kain Gambar kanak-kanak/ saputangan/stokin Tali diikat diantara dua kerusi)

Permainan melatih pola pegang alat tulis (3 jari), melatih kekuatan jari-jari dan koordinasi dua tangan serta koordinasi mata-tangan.

3.

Memasukkan kacang hijau ke dalam penyedut air plastik

Alat yang diperlukan: o Penyedut air plastik dan kacang hijau

Permainan melatih pola pegang alat tulis, koordinasi dua tangan, koordinasi matatangan, melatih kecekapan dan kelembutan jari tangan serta melatih konsentrasi dan kesabaran.

4.

Menguli dan membuat rekaan menggunakan doh

Alat yang diperlukan: Tepung gandum,garam,pewarna dan sedikit minyak Permainan melatih koordinasi mata-tangan, melatih mengawal kekuatan dan gerakan jari tangan si kecil.

5.

Melakar bentuk (objek/ huruf/ nombor) menggunakan jari telunjuk di atas permukaan berlainan seperti di udara dan di pasir.

Alat yang diperlukan:

Pasir,besen atau bekas yang besar. Permainan melatih koordinasi mata-tangan, melatih mengawal kekuatan dan gerakan jari tangan si kecil.

6.

Menyambung Titik

Alat yang diperlukan : Pensil,pensil warna, kertas putih. Permainan melatih koordinasi mata-tangan, melatih mengawal kekuatan dan gerakan jari tangan si kecil.

Aktiviti di atas merupakan contoh yang boleh dikembangkann menjadi kegiatan pra menulis yang bertujuan untuk menyediakan murid untuk menulis dengan baik dan berminat.

Anda mungkin juga menyukai