Anda di halaman 1dari 4

Situasi 1 (MENGKHIANATI RAKAN)

Alif telah mengambil buku Amzar tanpa memberitahunya. Kemudian dia telah
meniru jawapan tugasan yang diberikan oleh guru dan menyorok buku Amzar
kerana takut perbuatannya diketahui oleh gurunya. Pada keesokan hari, semasa
guru meminta untuk menghantar kerja rumah yang telah diberikan, hanya Amzar
seorang yang tidak menghantar buku latihan. Akibatnya Amzar telah dimarahi oleh
guru. Manakala Alif hanya berdiam diri dan berpura-pura tidak tahu apa yang telah
terjadi.

Situasi 2 (MEMINGGIRKAN RAKAN)


Sewaktu rehat, Alexa, Fatnin dan Dina menikmati makanan mereka sambil berbual
dengan girangnya. Tiba-tiba Anita muncul dan meminta untuk makan bersama.
Mereka tidak mengendahkan Anita malah bertindak untuk berpindah ke meja lain
kerana tidak suka akan Anita. Anita berasa terpinggir akan tindakan rakan-rakannya
dan tertanya-tanya mengapa mereka melarikan diri darinya.

Situasi 3 (BATU API)


Athirah, Lona dan Suzana merupakan tiga sahabat karib. Pada suatu hari Athirah
dan Lona berselisih faham. Rantai kesayangan Athirah telah hilang dan dia
mengesyaki Lona yang mengambilnya. Hakikatnya, rantai Athirah telah terjatuh di
dalam tandas di rumahnya. Sementara itu, Suzana yang sentiasa tidak berpuas hati
dengan Lona telah bertindak untuk memburukkan lagi keadaan dengan menghasut
Athirah bahawa dia telah ternampak Lona mengambil rantai Athirah. Akibatnya,
Athirah tidak lagi berkawan dengan Lona.

Situasi 4 (MENGUMPAT)
Malik merupakan seorang murid yang banyak bercakap dan suka menyebarkan
berita palsu kepada rakan-rakannya. Pada suatu hari ketika Malik sedang
mengumpat tentang Arif, Arif terdengar berasa amat terkejut kerana mereka
merupakan sahabat karib. Arif kesal dengan sikap Malik dan mula menjauhkan
dirinya dari Malik.

Situasi 5 (BERTIKAM LIDAH)


Saliha merupakan pelajar cemerlang di dalam kelas. Dia selalu mendapat tempat
pertama di dalam peperiksaan. Walaubagaimanapun, dia merupakan seorang yang
sangat sombong. Setiap kali berbincang tentang pelajaran dengan rakan-rakan
yang lain, Saliha bertikam lidah dengan rakan-rakannya kerana dia berasakan
cadangannya adalah yang terbaik. Ini menyebabkan rakan-rakannya tidak menyukai
Saliha.

Situasi 6 (IRI HATI DENGAN RAKAN)


Salim berasal dari keluarga yang berada dan merupakan seorang yang pemurah.
Dia selalu berkongsi makanan dan permainan dengan rakannya, Karim. Pada
awalnya, Karim sangat gembira kerana mempunyai kawan seperti Salim kerana dia
dapat bermain permainan Salim setiap masa. Walaubagaimanapun, Karim semakin
lama semakin iri hati kepada Salim kerana semua rakan sekelasnya suka akan
Salim. Akibatnya, Karim selalu merosakkan permainan Salim.

Situasi 1
Lin sentiasa risau akan pelajarannya terutama mata pelajaran Bahasa Inggeris
kerana dia tidak begitu faham tentang beberapa tajuk. Peperiksaan semakin hampir
dan dia berasa tertekan. Rachel menyedari perubahan sikap Lin yang semakin
pendiam. Rachel bertanya kepada Lin dan Lin menceritakan masalahnya kepada
Rachel. Rachel membantu Lin dengan mengajaknya belajar bersama-sama untuk
persediaan peperiksaan kelak.

Situasi 2
Pada suatu hari, Nik terdengar perbualan rakan sekelasnya mengenai sikap Ravesh
yang pengotor. Nik kemudiannya menyebarkan khabar angin tersebut kepada rakan
baiknya Hashim. Walaubagaimanapun Hashim tidak percaya dan menegur Nik agar
tidak menyebarkan berita yang tidak pasti kerana tindakannya itu akan
menyebabkan Ravesh kecil hati.

Situasi 3
Ketika waktu rehat, Anis dan rakan-rakannya sedang makan dan berbual-bual. Dia
kemudiannya menyedari Fatnin yang sedang makan seorang diri dan kelihatan
sedih. Anis mendekati Fatnin dan mengajaknya untuk makan bersama-sama. Fatnin
berasa gembira dan berterima kasih kepada Anis kerana sudi mengajaknya makan
bersama.

Situasi 4
Ketika waktu Pendidikan Jasmani, Luqman menyedari Wafi kelihatan pucat dan
tidak bermaya. Luqman mendekati Wafi dan bertanya sama ada dia sihat atau tidak.
Wafi mula menangis dan memberitahu dia berasa pening. Luqman bergegas
memberitahu guru tentang keadaan Wafi. Kemudian, guru meminta Luqman
menemani Wafi untuk ke bilik sakit. Wafi berterima kasih kepada Luqman atas
sikapnya yang prihatin.

Anda mungkin juga menyukai