Anda di halaman 1dari 18

Topik 3 : Isu-Isu Ekonomi Dunia

Semasa

Perubahan Harga Komoditi Utama Dunia


- Petroleum

Kesan Ekonomi terhadap Pendapatan Negara dan


Perbelanjaan Pendidikan di Malaysia

Hasil Pembelajaran:

Membincangkan isu-isu ekonomi dunia semasa serta menilai


kesannya terhadap pendapatan negara dan perbelanjaan pendidikan.
Perubahan harga komoditi utama
dunia
- Petroleum
Perubahan harga komoditi utama dunia
- Petroleum
• Secara keseluruhannya, harga minyak mentah
dunia berdasarkan harga minyak Brent ataupun
West Texas Intermediate (WTI).
• Harga minyak mentah dunia mencapai paras
tertinggi pada US$144 setong pada 3 Julai
2008, manakala turun kepada paras terendah iaitu
US$27 setong pada 2015.
• Bagaimanapun, buat masa ini trend harga minyak
mentah dunia beransur meningkat, menembus
level USD40 setong sejak Organisasi Negara
Pengeksport Minyak (OPEC) melayangkan
cadangan pembekuan pengeluaran minyak.
• Harga minyak setong pada 31 July 2017 ialah
USD49.55 setong.
• Pelbagai usaha telah dilakukan untuk
mencari sumber tenaga baharu bagi
menggantikan minyak sebagai bahan
alternatif.
• Minyak telah menjadi bahan asas yang
digunakan oleh manusia dalam pelbagai
aktiviti bagi memacukan ekonomi negara.
Tanpa minyak segala aktiviti negara akan
terhenti.
• Kenaikan harga minyak telah banyak
mejejaskan pertumbuhan ekonomi negara.
• Harga minyak Malaysia dikawal dan diberi
subsidi oleh kerajaan Malaysia.
• Kerajaan membelanjakan US$14 bilion
untuk subsidi petrol, diesel dan gas asli
setiap tahun.
• Oleh sebab Malaysia juga merupakan
negara pengeluar petroleum, sebarang kesan
kenaikan harga minyak di pasaran dunia
dapat dihad dan dikawal.
• Tahun 2008 menyaksikan beberapa siri
kenaikan dan penurunan harga petrol di pam
minyak sejajar dengan turun naik harga
minyak mentah di pasaran dunia.
Faktor-faktor mempengaruhi
perubahan harga petroleum
Antara punca utama kenaikan harga minyak
adalah seperti berikut:
1. Pertumbuhan pesat di rantau Asia telah
meningkatkan permintaan minyak terutamanya
dari negara China dan India.
- Permintaan minyak dunia semakin meningkat
selaras dengan pertumbuhan ekonomi,
khususnya dengan pertambahan penggunaan
oleh China dan India.
2. Ketidaktentuan geopolitik di Timur
Tengah telah mengakibatkan
ketidakseimbangan pasaran minyak
dunia.
-Kemelut di Afrika Utara yang bermula di
Tunisia dan Mesir dan kemudiannya
merebak ke beberapa negara di Timur
Tengah termasuk Yemen, Bahrain, Libya
dan Oman membuatkan dunia resah
terhadap situasi di wilayah yang kaya
dengan sumber minyak mentah itu.
• Kebangkitan rakyat Libya yang menuntut
Muammar Gadafi, pemimpin negara yang kaya
dengan minyak itu supaya berundur paling
meresahkan para pemerhati pasaran minyak, ahli-
ahli ekonomi malah ketua-ketua negara sedunia.
• Libya merupakan negara pengeluar minyak
terbesar di Afrika dan di antara ke sepuluh
terbesar di dunia.
• Adalah dikhuatirkan yang kemelut berpanjangan di
Libya dan Timur Tengah akan mendatangkan
kesan buruk terhadap pengeluaran minyak dunia.
• Ekonomi dunia bergantung kepada harga
minyak yang stabil untuk keluar dari
kegawatan ekonomi yang merundungnya sejak
tahun 2008.
3. Permintaan (82.5 juta tong sehari pada
tahun 2004) hampir sama dengan bekalan
(83.0 juta tong sehari) yang menyebabkan
pasaran menjadi lebih tertekan.

4. Cuaca buruk yang dialami beberapa negara


pengeluar minyak seperti Hurricane Emily di
Mexico yang menjejaskan pengeluaran
minyak di negara itu
Kesan-kesan perubahan harga
petroleum
• Peningkatan harga minyak dunia memberi
kesan kepada kenaikan kos
pengeluaran, kos pengangkutan dan
seterusnya harga barang-barang dan
perkhidmatan.
1.Kenaikan harga barangan
- Kenaikan harga minyak telah
membebankan semua pihak, apabila
harga minyak meningkat, kos bahan api
juga telah meningkat dan menyebabkan
semua kos pengeluaran serta barang
runcit juga meningkat.
- Pengilang akan menaikan harga barang
kerana kenaikan bahan api telah
mempengaruhi kenaikan kos pengeluaran.
- Kesan daripada ini telah membebankan
peniaga-peniaga yang terpaksa
menaikkan harga barangan kerana
pengilang telah menaikkan harga
barangan sejajar dengan kos
pengeluaran.
- Contohnya, barangan runcit seperti
beras, gula, tepung dan barangan basah
seperti ayam, ikan dan sebagainya adalah
keperluan asas dalam kehidupan rakyat.
- Jadi kenaikan harga barangan akan
membebankan rakyat.
2. Kenaikan kadar inflasi
- Dalam ekonomi, inflasi bermaksud suatu
kenaikan dalam tingkat harga umum barangan
dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari
semasa ke semasa.
- Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap
unit matawang cuma dapat membeli barangan
dan perkhidmatan dalam jumlah yang lebih kurang
daripada sebelumnya.
- Oleh itu, inflasi juga mencerminkan penurunan
dalam kuasa beli wang berkenaan iaitu satu
kehilangan nilai sebenar dalam medium
pertukaran dalaman dan unit akaun dalam
sesebuah ekonomi.
- Inflasi ini sebahagian besarnya
disebabkan oleh kenaikan kos
pengeluaran yang tinggi, yang sebahagian
besarnya berpunca daripada kenaikan
harga minyak dunia.
Kesan-kesan lain:
3. Kos hidup meningkat
4. Kadar kemiskinan meningkat
5. Masalah sosial meningkat
Impak perubahan harga
komoditi terhadap usaha
merealisasikan pengurusan
pendidikan di Malaysia
• Perbelanjaan pembinaan infrastruktur
baharu yang dirancang tidak boleh
dilaksanakan. Keadaan ini menyekat
perkembangan institusi dan pengambilan
pelajar yang lebih ramai.
• Pengurangan latihan/kursus untuk staf
pendidikan sama ada di dalam dan di luar
negara.
• Penyelenggaraan peralatan dan
kemudahan terganggu kerana fokus
kepada penyelenggaraan asas sahaja.
• Pengambilan tenaga pengajar/pakar luar
negara dikurangkan. Kerugian dari segi
pemindahan teknologi dan kepakaran.
• Penghantaran pelajar untuk
kursus/program luar negara dikurangkan.

Sekian. Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai