Anda di halaman 1dari 28

Topik 3 : Isu-Isu Ekonomi

Dunia Semasa

Kemunculan Kuasa Baru


Ekonomi Dunia
- China dan India
Hasil Pembelajaran:
• Membincangkan isu-isu ekonomi dunia
semasa serta menilai kesannya terhadap
pendapatan negara dan perbelanjaan
pendidikan.
CHINA
China
• Semenjak penubuhannya pada tahun 1949
hingga akhir tahun 1978, Republik Rakyat
China mengamalkan ekonomi
perancangan pusat tanpa terlibat
perniagaan swasta dan kapitalisme.
(Komunisme)
Mao Zedong
• Berikutan kematian Mao Zedong, Deng
Xiaoping bersama kepimpinan baharu
China mula memperbaharui ekonomi dan
beralih kepada ekonomi campuran
berorientasikan pasaran di bawah
pemerintahan satu parti.
• Secara amnya, ekonomi China disifatkan
sebagai ekonomi pasaran berasaskan
milikan harta persendirian.
Pengkolektifan pertanian dimansuhkan
dan tanah-tanah ladangnya diswastakan
untuk meningkatkan daya pengeluaran.
Mao Zedong

Deng
• Semenjak bermulanya peliberalan
ekonomi pada tahun 1978, ekonomi China
yang diterajui pelaburan dan eksport
bertumbuh 70 kali lebih besar sebagai
ekonomi utama yang bertumbuh paling
pesat di dunia.
• Industri-industri primer (sumber alam
seperti minyak, galian), sekunder
(pembuatan barangan) dan tertier
(perkhidmatan) masing-masing
menyumbangkan 10.6%, 46.8%, dan
42.6% kepada keseluruhan ekonominya
pada tahun 2009.
• China ialah negara keempat paling ramai
pengunjung di dunia dengan 133.8 juta
pelancong asing pada tahun 2015.
(Malaysia 25.7 juta pelancong asing pada
tahun 2015)
• China merupakan sebuah anggota WTO
(World Trade Organisation) dan kuasa
perdagangan kedua terbesar di belakang
AS.
• Rizab tukaran asingnya telah mencecah
AS$2.4 trilion, menjadikannya yang
terbesar di dunia.
• China ialah penerima ketiga terbesar
masukan FDI (Foreign Direct
Investment) (inward investment) dengan
menarik AS$92.4 billion pada tahun 2008
sahaja, pada masa yang sama semakin
banyak melabur di luar negara dengan
keluaran FDI (outbound investment)
sebanyak AS$52.2 bilion pada tahun 2008
sahaja sebagai pelabur keluar keenam
terbesar di dunia.
• Pada tahun 2014, keluaran FDI
(outbound investments) China
meningkat sebanyak 14% kepada $102.9
billion, dan masukan FDI hanya
meningkat sebanyak 1.7 % kepada
$119.6 billion.
• Dengan kadar ini, dijangka bahawa
keluaran FDI akan melebihi masukan FDI
dalam masa 2 tahun lagi.
• Ini menunjukkan pertumbuhan ekonomi
yang pesat di China.
• China kini menduduki:
- Pada tahun 2015, China berada pada
kedudukan ke-28 dalam Indeks Daya
Saing Global.
- Ekonomi yang berdaya saing memiliki
keupayaan untuk menahan cabaran dan
risiko serta mampu pulih semula ketika
berhadapan dengan krisis ekonomi
global. (Switzerland kekal di tempat
pertama selama tujuh tahun berturut-turut,
manakala Singapura di tempat kedua,
diikuti AS)
- Lebih daripada 100 syarikat China
tersenarai dalam Fortune Global 500 (Wall
Street Journal 21 Julai 2016)
- 4 daripada sepuluh syarikat paling bernilai
di dunia bertapak di China, termasuk
PetroChina, Bank Industri dan
Perdagangan China (bank paling bernilai
di dunia), China Mobile (syarikat
komunikasi paling bernilai di dunia) dan
China Construction Bank.
• Jumlah penduduk kelas menengahnya
(pendapatan tahunan antara AS$9,000 dan
AS$34,000 (RM39,000 dan RM147,000) kini
mencecah 109 juta orang (2015), manakala
bilangan individu teramat kaya yang bernilai
lebih 10 juta yuan (AS$1.5 juta) dianggarkan pada
825,000 orang.
• Jumlah billionaires di China pada Oktober 2016
ialah 594 orang berbanding dengan 535 orang
billionaires di US. Jack Ma, billionaire terkenal
China dan pengasas Alibaba
• China juga merupakan pengguna barangan
mewah kedua terbesar di dunia mengekori Jepun
• Tiga bandaraya global iaitu Beijing, Hong Kong,
dan Shanghai.
• Kejayaan China banyak disumbang
oleh sektor perkilangan berkos rendah
kerana:
- jumlah penduduk ramai
- buruh murah
- prasarana bermutu
- teknologi dan kemahiran bertahap
sederhana
- daya pengeluaran agak tinggi
- dasar kerajaan yang menggalakkan
India
India
• Sepanjang kebanyakan sejarah selepas merdeka,
India berpegang teguh pada pendekatan separa
sosialis dengan kawalan ketat terhadap
penyertaan sektor swasta, perdagangan asing dan
pelaburan asing.
• Namun, sejak tahun 1991, India membuka
pasarannya secara beransur-ansur melalui
pembaharuan ekonomi dan mengurangan kawalan
kerajaan terhadap perdagangan dan pelaburan
asing.
• Penswastaan syarikat-syarikat milikan
awam serta pembukaan sektor-sektor
tertentu kepada penyertaan swasta
merupakan satu faktor penting yang
menggalakkan pembangunan ekonomi
yang pesat.
• Dengan kadar peningkatan KDNK
sebanyak 9.4% sepanjang tahun 2006-
2007, ekonomi India menjadi antara yang
paling berkembang pesat di dunia. KDNK
India pada 7.5%. (2015)
• India cukup mengejutkan masyarakat
antarabangsa dengan pengembangan
sayap perdagangannya yang makin lama
makin melebar.
• Kemajuan dan perkembangan
perdagangan serta perekonomian India ini
pada dasarnya didasari dengan kemajuan
di aspek teknologi dan sumber
manusia.
• Fokus India terhadap teknologi dan
inovasi-inovasi teknologi berkait rapat
dengan kualiti sumber manusia yang
tinggi.
• Sumber daya manusia merupakan faktor
yang penting untuk kejayaan dan
pembangunan ekonomi sesebuah negara.
• Faktor pendidikan yang berkualiti
menjadi faktor pendorong dalam kemajuan
perekonomian suatu negara.
• Terbukti pengembangan teknologi India
memang melonjak tajam.
• Awal mulanya, pada sekitar tahun 1990an, dunia
dikejutkan dengan dibuatnya bom nuklear oleh
India serta dibangunnya pusat IT di Bangalore
yang disebut “Silicon Valley”.
• Sedangkan dalam pengembangan sumber daya
manusianya, India berhasil mengukuhkan
negaranya sebagai negara sasaran
outsourcing oleh negara Amerika Serikat.
• Pemerintah India lebih memilih untuk
menggunakan strategi pembangunan
pendidikan yang berpusatkan pendidikan
ketrampilan tinggi.
• Dasar kerajaan juga menjadi faktor
penting dalam pembangunan ekonomi
suatu negara.
• Sejak tahun 1984, pemerintah India
menjalankan langkah-langkah reformasi
ekonomi.
• Reformasi yang dilakukan oleh pemerintah
India ternyata berhasil kerana diimbangi
oleh pertumbuhan-pertumbuhan lain di
sektor perindustrian, kemudahan
infrastruktur, serta pertanian
• Pertumbuhan ekonomi India mencapai
angka 7.4 % pada tahun 2015. Kadar
pertumbuhan ekonomi India telah melampaui
China yang mencatat pertumbuhan ekonomi
6.9 %.
• Faktor-faktor pendorong pertumbuhan
ekonomi India ini adalah permintaan
domestik yang tinggi dan sektor pembuatan
yang pesat bertumbuh.
• Data ini menunjukkan bahawa India terus
menjadi salah satu ekonomi utama yang
merekodkan pertumbuhan paling cepat di
dunia.
Sekian.
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai