Anda di halaman 1dari 70

Topik 4 : Isu-Isu Global dan Kaitannya

Terhadap Negara

• Isu keganasan antarabangsa


- Membincangkan isu keganasan antarabangsa dari
segi punca-punca dan kesan-kesan

• Isu pemerdagangan manusia


- Menganalisis kegiatan pemerdagangan manusia di
peringkat antarabangsa dan kaitannya dengan
Malaysia
Hasil Pembelajaran:
• Menganalisis isu-isu global dan impaknya
terhadap peluang pendidikan untuk semua.
Keganasan antarabangsa
Isu keganasan antarabangsa
• Keganasan bererti penggunaan cara yang
ganas dan zalim seperti pengeboman,
pembunuhan, dan penculikan untuk
mendapatkan tuntutan politik daripada
sesuatu pihak.
• Perbuatan ini mungkin disebabkan oleh
pertentangan ideologi politik, kegawatan
ekonomi, atau pertentangan dengan pihak
pemerintah.
• Bentuk tindakan keganasan merupakan
tindakan kekerasan yang tergolong sebagai
jenayah berat, melanggar undang-undang dan
moral seperti perompakan, penculikan,
penawanan, pembunuhan, pembakaran,
pengeboman, perampasan kapal terbang,
sabotaj, dsb.
• Cara bertindak adalah dengan serangan yang
dirancang dan dilakukan secara mengejut.
Pelakunya biasa anggota kumpulan tertentu.
• Tindakan terorisme bertujuan untuk
mendapat publisiti supaya orang awam
merasa takut dan ngeri.
• Yang menjadi korban biasanya ialah
masyarakat awam yang tiada kena mengena
dengan konflik berkenaan.
• Keganasan tidak membawa sebarang faedah
selain mengheret negara yang terbabit ke
pinggir kehancuran.
• Selepas perang dunia ke-2, zaman orde
baharu telah muncul di mana Amerika Syarikat
telah menjadi kuasa yang paling kuat dan
menguasai ekonomi, politik dan sosial dunia.
• Berakhirnya perang dingin antara Soviet Union
dengan Amerika Syarikat dan blok Barat, China
dan Islam dianggap musuh utama dunia.
• Dengan peristiwa pengeboman bangunan World
Trade Centre (WTC) pada 11 September 2001 di AS,
bermulalah keganasan global tanpa institusi konkrit
seperti negara dan pertubuhan berdaftar.
• Yang ada adalah al Qaeda dan Osama Bin Laden yang
penuh misteri dan kabur dalam kabus kekeliruan.
• Semua fakta yang boleh diragui telah dijadikan
alasan untuk membalas keganasan dan kekerasan
dengan kekerasan.
• Inilah fasa baharu keganasan global yang akan
menggugat kedamaian dunia.
World Trade
Center (110 storey
building)
Serangan 11 September 2001
• Kedua-dua menara berkembar World Trade
Center tumbang pada 11 September 2001,
kesan serangan 11 September 2001 angkara
al-Qaeda.
• Pengganas yang bersekutu dengan al-Qaeda
merampas 4 buah kapal terbang penumpang
komersil, kemudian menghempaskan sebuah
ke dalam Menara Utara dan satu lagi ke
Menara Selatan. (3rd plane crashed into
Pentagon, headquarters of US Defence; 4th
plane crashed unto a field).
• Menara Selatan runtuh pada 9:59
pagi, tak lebih sejam selepas
dihempas oleh pesawat yang
dirampas itu.
• Kemudian pada 10:28 pagi, Menara
Utara pula runtuh.
• Kesan serangan ke atas menara-menara ini,
2,996 orang terkorban, termasuk semua 157
penumpang dan kru yang menaiki kedua-dua
kapal terbang.
• Keruntuhan menara berkembar juga
menyebabkan kerosakan menyeluruh di
seluruh kompleks dan bangunan-bangunan
yang berdekatan.
• Sisa runtuhan daripada menara yang runtuh
itu merosakkan dan menghancurkan puluhan
binaan yang berdekatan.
Pengeboman Bali 2002
• Pengeboman Bali berlaku pada 12 Oktober
2002 di bandar Kuta di pulau Bali, Indonesia,
mengorbankan 202 orang dan mencederakan
240 yang lain, kebanyakannya merupakan
pelancong asing.
• Insiden serangan bom ini merupakan yang
paling teruk dalam sejarah pengganas di
Indonesia ekoran jumlah korban yang banyak
serta kemusnahan yang diakibatkan daripada
letupan bom - bom tersebut.
• Mereka yang terlibat mempunyai kaitan dengan
gerakan militan Islam bernama Jemaah Islamiyah
yang bergiat aktif di sekitar Asia Tenggara,
termasuk Filipina dan Selatan Thailand.
• Sebuah kaset audio kecil dipercayai mengandungi
pesanan suara dari Osama bin Laden
menyatakan bahawa serangan bom Bali adalah
sebagai pembalasan langsung ke atas sokongan
Amerika Syarikat ke atas 'War on Terror' serta
peranan Australia dalam pemisahan Timor Timur
dari Indonesia.
• Tiga daripada mereka telah pun dijatuhi hukuman
mati dan beberapa pejuang yang lain sama ada
telah ditangkap atau pun ditembak mati oleh
pasukan polis Indonesia.
Letupan Bom Stesyen Keretapi Bawah
Tanah London 2005
• 4 letupan berlaku di stesyen keretapi bawah
tanah dan bas di pusat bandar London, UK
pada pagi 7 Julai 2005 mulai jam 8:50 waktu
tempatan.
• Tiga gerabak keretapi bawah tanah London
diletupkan dalam masa setengah jam,
manakala sebuah bas dua tingkat London
diletupkan 30 minit kemudian.
• Seramai 56 orang terkorban dan 700 orang
dilaporkan cedera.
• Letupan ini berlaku pada hari pertama
pertemuan G8 diadakan di Scotland, sehari
selepas London dimaklumkan menjadi penganjur
Olimpik 2012 dan seminggu selepas Britain
menjadi presiden Majlis Kesatuan Eropah.
• Kejadian ini merupakan serangan pengganas
kedua terburuk di Britain sejak pengeboman
pesawat Pan Am Penerbangan 103 pada tahun
1988 di mana 270 orang terkorban.
• Serangan ini telah membuatkan banyak negara
Barat menaikkan tahap keselamatan di negara
masing-masing.
Serangan Mumbai November 2008
• Satu siri serangan pengganas teratur yang
berlaku di Mumbai, iaitu pusat kewangan dan
bandar raya terbesar di India.
• Serangan bermula pada 26 November 2008
dan berakhir pada 29 November 2008 apabila
pasukan keselamatan India melancarkan
Operasi Black Tornado untuk mengawal
semula semua tempat kejadian.
• Sekurang-kurangnya 188 orang terbunuh
menakala sekurang-kurangnya 293 lagi cedera
dalam kejadian.
• Beberapa serangan berlaku di kawasan
Mumbai Selatan, iaitu Stesen Keretapi
Chhatrapati Shivaji Terminus, Hotel Oberoi
Trident, Hotel Taj Mahal Palace & Tower,
Leopold Cafe, Hospital Cama, Rumah
Nariman milik Yahudi Ortodoks, Metro
Cinema, dan sebatang lorong di belakang
bangunan Times of India di belakang Kolej St.
Xavier. Letupan juga terjadi di limbungan
Mazagaon di kawasan pelabuhan Mumbai.
• Insiden kesepuluh merupakan letupan teksi di
Vile Parle berhampiran lapangan terbang.
• Ajmal Kasab, seorang pengganas yang ditawan
secara hidup, mendedahkan identiti
penyerang sebagai ahli-ahli Lashkar-e-Taiba,
iaitu pertubuhan militan di Pakistan yang
diisytiharkan sebagai pertubuhan pengganas
oleh India, AS dan UK.
• Satu perbicaraan mahkamah pada 6 Mei 2010
menjatuhkan hukuman mati terhadap Ajmal
Kasab atas lima dakwaan.
• Pada petang 13 November 2015, satu siri
tembakan rambang yang disasarkan terhadap
orang ramai dan serangan berani mati berlaku
di Paris dan Saint-Denis, Perancis. Tiga
letupan berasingan dan enam tembakan
besar-besaran berlaku. 130 orang disahkan
dibunuh, termasuk 129 orang di dalam teater.
Polis Perancis melaporkan bahawa dua
pengebom berani mati mungkin terlibat
serangan ini.
• Serangan pengebom bunuh diri di Lapangan
Terbang Ataturk di Istanbul, Turki. (28 Jun
2016) Sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh
manakala 147 yang lain cedera.
• Ramadan 2016 dipenuhi dengan aksi terror
berdarah
• Bulan Ramadan tahun ini, sejak minggu
pertama sampai minggu terakhir dipenuhi
dengan aksi jihad yang terjadi secara global, di
berbagai negara di Asia dan Timur Tengah dan
bahkan di kota lahirnya agama Islam.
• Serangan jihad di Arab Saudi pada 5 Julai
2016, sehari sebelum penutupan bulan
Ramadan, negara Saudi Arabia, negara dari
mana agama Islam lahir dan berkembang,
telah terjadi tiga kes jihad pada tiga bandar.
• Serangan bom bunuh diri terjadi di depan
gedung konsulat Amerika Syarikat, di depan
Mesjid Nabi Muhammad di Medina, (masjid di
mana dipercayai jenazah nabi Muhammad di
kuburkan) dan yang terakhir adalah di depan
sebuah masjid orang Shiah di kota Qatif.
• ”Itu sungguh mengejutkan bahwa hal seperti
itu terjadi di tempat kedua paling suci (bagi
umat Islam) di dunia. Orang-orang
sebelumnya tidak pernah membayangkan itu
telah dapat terjadi di sini.” Kata seorang
jemaat Sudan dari Abu Dhabi
• Serangan lori ke atas orang beramai-ramai
yang sedang meraikan Bastille Day. (14 Julai
2016) – 84 dead, 308 injured
• Serangan gereja di Perancis (26 Julai 2016) – 1
dead, 3 injured
• 17 Ogos 2017 – terrorists attacked
Barcelona, Spain. More than a dozen
dead and hundreds injured
• Ogos 2017 - Finland
IS & Keganasan
• Negara Islam Iraq dan Syam /Syria (ISIS) atau
Negara Islam Iraq dan Levant / bahagian timur
lautan Mediterranean. (ISIL) atau Islamic State
(IS) merupakan sebuah kumpulan pejuang Islam
yang aktif di Iraq dan Syria.
• Ia ditubuhkan pada tahun-tahun awal Perang Iraq
pada tahun 2003 dan berjanji setia dengan
kumpulan al-Qaeda pada tahun 2004.
• Matlamat IS adalah untuk menubuhkan sebuah
kekhalifahan dalam kawasan majoriti
berfahaman Sunni di Iraq dan kemudiaannya
termasuklah Syria seterusnya ke seluruh dunia.
• Mereka menyasarkan kerajaan dan tentera
Iraq. Ahli-ahli berjumlah beribu-ribu orang,
termasuk pejuang-pejuang dari negara-negara
lain (Cth: Australia, Malaysia, UK).
• Pada awal Jun 2014, berikut perbalahan di
Iraq, IS dilaporkan telah merampas kuasa
kebanyakan bangunan di Mosul, bandar kedua
paling ramai penduduk di Iraq, wilayah
Nineveh dan bandar Fallujah.
• IS turut mengambil alih kawalan di Tikrit,
wilayah Salah Din, dengan matlamat
menguasai Baghdad, ibu kota Iraq.
• Beribu nyawa terkorban termasuk perempuan
dan anak-anak dikubur secara hidup. (di
sekitar Sinjar)
• Sinjar merupakan rumah bagi etnik Yazidi yang
dianggap sebagai masyarakat “pemuja setan”
oleh militan IS. IS mengancam Yazidi untuk
masuk Islam atau mati.
• Militan IS yang beroperasi di Iraq dan Syria
menawan sebahagian besar bahagian utara
Iraq selepas melancarkan satu serangan kilat
pada Jun 2014.
• Lebih 200,000 penduduk yang majoriti
penganut Yazidi dan Kristian melarikan diri
selepas militan berkenaan membunuh
penduduk yang menentang mereka.
• Menurut Wakil Ketua MUI (Majlis Ulama
Indonesia) Karuf Amin, IS menjadi haram
lantaran apa yang dilakukan kelompok
tersebut seperti melakukan tindakan
kekerasan untuk mencapai sebuah tujuan,
sudah keluar dari ajaran Islam.
• Najib: Malaysia "strongly condemns" the
actions of Islamic State militants in Syria and
Iraq who have committed crimes under the
name of Islam. (STAR 28 August 2014)
Punca-Punca Keganasan
Antarabangsa
1. Ketidakpuasan tentang AS
• AS dilihat sebagai polis dunia dan bersama
negara-negara barat menindas dunia Islam
dan mencabul kedaulatan beberapa negara
Islam seperti Irag dan Afghanistan.
• Rundingan di atas meja bulat n kertas bagi
mentuarakan perasaan ketidakpuasann hati
tidak berjaya.
2. Kemunculan golongan radikal Islam
• Perasaan ketidakpuasan terhadap AS
• Paling jelas isu Palestin yang dilihat sebagai
kunci utama merebaknya keganasan dan
ancaman terhadap kepentingan AS
3. Kegagalan badan-badan dunia
• Badan-badan dunia seperti Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan
Negara-negara Islam (OIC) gagal menangani
isu isu antarabangsa di Timur Tengah
• PBB gagal memainkan peranan sebagai
pengantara (mediator, peace keeper
negotiator)
• OIC semakin hilang taring dalam menghadapi
masalah-masalah yang menimpa ahli-ahli
pertubuhannya
4. Agama

- Sebenarnya, semua agama mengajar erti kedamaian.


- Tindakan kekerasan terjadi apabila agama digunakan
sebagai sumber kekuatan menentang musuh.
- Contoh: Agama Buddha digunakan oleh Dalai Lama
untuk menentang Kerajaan Komunis China di Tibet.
- Contoh: Gerila IRA (Irish Republican Army) Katolik
menentang kerajaan Britain Anglican Protestan di
Ireland Utara.
- AS pasca 11 September telah melancarkan new
crusade ke atas umat Islam.
5. Ideologi
- Ideologi telah terbukti antara sumber keganasan
gobal.
- Komunisme telah dimulakan dengan ganas
semasa Revolusi Rusia oleh Lenin.
- Ideologi ini telah diimport oleh negara dunia
ketiga. Malaysia juga tidak terlepas daripada
pengaruh komunisme sehingga kerajaan
mengisytihar darurat. Komunisme yang dipelopori
oleh Parti Komunis Malaya (PKM) telah
menggunakan keganasan bagi menubuhkan
Republik Soviet Tanah Malaya.
- Keganasan fahaman komunis juga di lakukan
oleh pendokong komunis di Filipina dan Thailand.
• - Ideologi Fasis juga mengalakkan keganasan
seperti pemerintahan Hitler di Jerman.
• Fasisme ialah satu ideologi politik yang radikal
dan autoritatrian.
• Selepas Perang Dunia Kedua, timbul golongan
Neo Nazi yang mendukungi fahaman Fasis
yang mengagungkan nasionalisme tempatan.
Golongan ini juga melakukan keganasan dan
bersifat perkauman.
6. Ekonomi dan Sosial

- Dasar ekonomi dan sosial antara punca


kemunculan radikalisme dalam masyarakat dunia.
- Kebiasaanya dasar ekonomi dan sosial yang tidak
adil menyebabkan sifat perkauman semakin
menebal dan api dendam mula membara.
- Perkara ini bertambah hangat apabila digauli
dengan faktor agama dan politik.
- Contoh: Rwanda (Hutu dan Tutsi)
- Keganasan di Thailand Selatan disebabkan oleh
dasar ekonomi dan sosial Kerajaan Thailand.
Kerajaan Thai selalu menganggap penduduk Islam
di Selatan Thailand sebagai warganegara kelas
dua. Kekayaan ekonomi selalunya diagihkan di
kawasan utara negara tersebut.
- Kemudahan sosial rakyat yang tidak terbela dan
dilatari sejarah permusuhan Melayu-Islam
dengan Thai-Buddha menyebabkan keadaan
semakin tidak terkawal. Akibatnya berlaku
demonstrasi berdarah di Tak Bai dan
pengeboman di Sungai Golok.
Kesan-Kesan Keganasan Antarabangsa
1. Ketakstabilan Politik
- Keganasan dan tindakan kekerasan mengakibatkan
pemulihan sistem dan struktur politik sesebuah negara
akan terbantut.
- Contohnya sistem politik Afghanistan kucar-kacir
akibat tiada pemerintahan berpusat selepas kejatuhan
Kerajaan pro-Rusia pimpinan Najibullah. Afghanistan
dibahagi-bahagikan dan ditadbir oleh panglima perang.
- Begitu di Somalia dan Iraq. Tindakan kekerasan oleh
pejuang terutamanya pengeboman berani mati dan
peperangan gerila bandar telah menggugat pilihan raya
dan kerajaan baharu Iraq.
2. Ekonomi dan Sosial

- Ketidakadilan ekonomi dan sosial


menyebabkan permusuhan antara kaum akan
berlaku secara berpanjangan.
- Tuntutan Gerakan Aceh Merdeka, Barisan
Pembebasan Mindanao dan Pertubuhan
Pembebasan Rakyat Patani juga menyatakan
hak-hak sosial dan ekonomi ke atas wilayah
tuntutan mereka.
- Tuntutan sukar diterima oleh pihak pemerintah
menyebabkan peperangan terus berlaku.
3. Agama Islam

- Agama Islam menghadapi kesan paling teruk


dengan keganasan global yang semakin
membiak pesat.
- Islam melalui seruan jihadnya dianggap
punca keganasan.
- Media massa Barat selalu menuduh setiap
keganasan didalangi oleh pejuang Islam.
- Perkara ini menjejaskan kredibiliti agama Islam
di mata dunia.
4. Pengorbanan nyawa dan kerosakan harta
benda
• Peristiwa 911 – 3000 nyawa terkorban,
bangunan World Trade Centre runtuh
- pengeboman berani mati ke atas orang
ramai
- penganayiaan ke atas minoriti Yazidi dan
minoriti Christian – lebih 100,000 nyawa
terkonban. (dibunuh, wanita dan kanak-
kanak dikebumikan secara hidup, dirogol jika
tidak mahu masuk Islam)
Langkah-Langkah Mengatasi
Keganasan Antarabangsa
Sesi Sumbang saran
Langkah-Langkah Mengatasi Keganasan
Antarabangsa

1. Dialog Peradaban
2. Sukan
3. Pendidikan – terapkan nilai-nilai murni
4. Dasar ekonomi dan sosial yang lebih adil
5. Kerjasama dengan PBB / negara-negara lain
Perbincangan
Faktor-faktor yang mendorong pihak pengganas
menyasarkan orang awam dalam serangan mereka
1. Sasaran mudah bagi menunjukkan kemampuan
mereka.
2. Takut bertempur secara berhadapan dengan
kerajaan kerana kekurangan senjata dan taktikal.
3. Mendapatkan perhatian drpd pihak luar
terutama kuasa besar dunia.
4. Menarik penglibatan negara asing, terutamanya
jika rakyat mereka menjadi sasaran.
Perbincangan
Mengapa Malaysia bersandarkan kepada
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
sebagai wadah untuk memimpin dan
menyelaras tindakan-tindakan menangani
keganasan antarabangsa?
• Tindakan menentang keganasan antarabangsa
jika dilakukan oleh Malaysia secara bersendirian
akan menghasilkan kesan yang terbatas dan
minima.
• Tindakan Malaysia menangani keganasan
antarabangsa perlu dilakukan dengan
bersandarkan kepada PBB atau dilakukan secara
kolektif dengan negara-negara lain.
• Apabila negara-negara lain bersama-sama
menjalankan kewajipan ini, tugas menentang
keganasan antarabangsa akan menjadi lebih
teratur, kemas dan mantap.
• Kekuatan bersama dapat digemblengkan.
Negara-negara yang bertindak secara kolektif
dan di bawah naungan PBB boleh melakukan
pembahagian tugas dalam menentang
keganasan antarabangsa.
• Memudahkan perkongsian maklumat dan
kepakaran memerangi keganasan.
• Keupayaan PBB menyelaraskan bantuan
ketenteraan dan taktikal dalam memerangi
keganasan.
Isu Pemerdagangan Manusia
Isu Pemerdagangan Manusia
Isu Pemerdagangan Manusia
• "Pemerdagangan Manusia" ialah
pengambilan, pengangkutan, pemindahan
seseorang dengan ancaman atau kekerasan;
atau lain-lain bentuk paksaan seperti
penculikan, penipuan atau muslihat bagi
tujuan eksploitasi demi apa jua bentuk
keuntungan.
• Menurut laporan TIP (Trafficking In Persons) Jun
2011, Malaysia diletakan di Senarai Pemerhatian
Tahap 2 (2WL). Di mana, dalam tahap 2WL ini,
Malaysia diklasifikasikan:
- mempunyai bilangan mangsa pemerdagangan
yang ketara dan semakin meningkat.
- tiada usaha berterusan dalam memerangi
jenayah pemerdagangan manusia.
- dalam pemerhatian bagi memastikan negara
melaksanakan usaha untuk mematuhi piawaian
minimum Akta Perlindungan Mangsa
Pemerdagangan (TVPA), berdasarkan komitmen
kerajaan dalam mengambil langkah
penambahbaikan masa hadapan.
• Laporan ini menunjukkan bahawa isu
pemerdagangan manusia di Malaysia masih
berada di paras yang bahaya dan sesuatu
tindakan berkesan perlu dibuat bagi
membanteras gejala pemerdagangan
manusia.
• Malaysia telah menjadi destinasi utama bagi
pemerdagangan manusia dari beberapa
negara seperti Indonesia, China, Thailand dan
Filipina. Mereka ini telah dipaksa menjadi
hamba seks. Manakala di beberapa negara
lain seperti India, kanak-kanak telah di kerah
menjadi buruh paksa.
• Sindiket ini banyak dikuasai oleh kumpulan
kongsi gelap bagi tujuan pelacuran dan
pengedaran dadah.
• Kebanjiran mangsa kes pemerdagangan
manusia ini telah memberi implikasi negatif
terhadap kedaulatan negara.
• Laporan TIP (Trafficking In Persons) 2014
telah meletakkan Malaysia di Senarai
Pemerhatian Tahap 3 (3WL) tetapi telah
diturunkan ke Tahap 2 pada tahun 2016.
Punca-Punca Pemerdagangan
Manusia
1. Terpengaruh dengan tawaran kerja
- Mereka terpedaya dengan janji-janji manis
sindiket yang bertopengkan egen mencari
pekerjaan.
- Mereka yang tidak menyelidik dan kurang
pengetahuan mudah terpengaruh dengan
tawaran gaji yang lumayan.
- Mereka tidak berfikir panjang dan akhirnya
terjebak dalam kegiatan ini.
2.Materialistik
- Teruja untuk menikmati kehidupan yang serba
mewah dan menggunakan barangan berjenama.
- Mudah menerima tawaran tanpa menyiasat
kesahihannya.
3. Taraf Pendidikan
- Kebanyakkan mangsa yang terlibat dalam
kegiatan ini mempunyai taraf pendidikan yang
rendah.
- Hal ini membuatkan mereka mudah diperdaya
oleh pelbagai sindiket tertentu,
- Mangsa tidak tahu tindakan yang perlu diambil
dan saluran yang betul untuk mengatasi masalah
ini.
4. Penguatkuasaan Undang-Undang yang lemah
- Kurang penguatkuasaan oleh pihak berkuasa.
- Ada kalanya penguat kuasa ini terlibat
dengan gejala rasuah dan mereka tidak
mengambil sebarang tindakan terhadap
kegiatan ini.
- Kesannya, kegiatan ini semakin berleluasa
dan sukar untuk dikesan.
Kesan-Kesan Pemerdagangan
Manusia
1. Mencemarkan imej negara di mata dunia
- Kedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara
berprestasi buruk dalam mengekang isu
pemerdagangan manusia mencemarkan imej
negara di mata dunia.
- Menunjukkan negara lemah dalam mentadbir
dan menguat kuasakan undang-undang.
- Negara Malaysia dianggap sebagai sarang
jenayah.
2. Mengancam keselamatan dan keamanan
negara
- Jenayah yang semakin berleluasa
mengancam keselamatan terutamanya wanita
dan kanak-kanak.
- Golongan ini sering diperalatkan untuk
tujuan tertentu seperti pelacuran, pengemis,
pusat hiburan, rumah urut dan sebagainya.
- Sindiket yang terlibat juga akan melakukan
aktiviti jenayah lain untuk mengumpulkan
kekayaan.
3. Peningkatan masalah sosial
- Masalah sosial bertambah dan merebak
dalam masyarakat.
- Seperti berpeleseran, pelacuran, seks bebas,
minum arak dan sebagainya.
- Meningkatnya keruntuhan akhlak dalam
kalangan masyarakat.
4. Penularan penyakit berjangkit
- kemasukan pendatang asing kemungkinan
membawa penularan wabak penyakit.
- Penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi,
penyakit kelamin, hepatitis dan sebagainya
akan kembali menular dalam kalangan
masyarakat.
- Hal ini semestinya suatu yang amat
membimbangkan.
Langkah-Langkah Mengawal
Pemerdagangan Manusia

Anda mungkin juga menyukai