Anda di halaman 1dari 27

BAB 6

ISU-ISU SEMASA DAN


CABARAN MASA DEPAN
MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

Zubair Mustafa
KANDUNGAN

Dunia Berbilang Tamadun

Cabaran Globalisasi

Teori Pertembungan Tamadun

Dialog Peradaban

Pemupukan Nilai-nilai Sepunya

Isu-isu dalam Dialog Tamadun

Zubair Mustafa
PENGENALAN
• Kepelbagaian peradaban adalah sesuatu yang unik.
• Membuka ruang dan peluang untuk saling kenal-mengenali dan
hormat-menghormati.

Zubair Mustafa
DUNIA BERBILANG TAMADUN
• Terdapat pelbagai tamadun di dunia seperti tamadun Barat,
Timur dan Asia.
• Tamadun Barat bersifat mendominasi.
• Tamadun Timur dan Asia bersifat harmoni dengan
bertunjangkan nilai toleransi dan persefahaman.

Zubair Mustafa
CABARAN GLOBALISASI
• Aspek Positif Globalisasi
• Peluang pekerjaan yang meluas.
• Peningkatan mobiliti sosial.
• Penyebaran ilmu dan maklumat.
• Jaringan komunikasi yang luas.
• Kemudahan berinteraksi.
• Kepelbagaian idea dapat diketengahkan.
• Hak asasi kaum wanita dapat ditonjolkan.

Zubair Mustafa
CABARAN GLOBALISASI
• Aspek Negatif Globalisasi
• Penyebaran budaya yang bertentangan dengan nilai.
• Kadar pengangguran yang semakin tinggi.
• Wang sebagai komoditi keuntungan semata.
• Keperluan asas golongan miskin terus terabai.
• Pembangunan yang tidak seimbang.
• Pengantarabangsaan penyakit.
• Kemerosotan kualiti alam sekitar.
• Pengabaian kursus berbentuk ilmu kemanusiaan dan kemasyarakatan di IPT.
• Pembentukan budaya global yang homogen.
• Pembanjiran maklumat yang tidak bermanfaat.
• Pendominasian politik dunia oleh negara Barat.
• Pengantarabangsaan jenayah

Zubair Mustafa
1) Dampak Kebudayaan Barat
• Penyebaran –isme seperti:
• Sekularisme
• Materialisme
• Hedonisme
• Dampak dunia Barat moden sangat mendalam sehingga
hampir menghilangkan ciri-ciri jati diri seseorang Islam atau
seseorang Asia pada peringkat individu atau jati diri
tamadundan budaya pada peringkat kolektif.

Zubair Mustafa
1) Dampak Kebudayaan Barat
• Kuasa penjajahan Barat begitu dominan pengaruhnya
menyebabkan masyarakat di bawah penjajahannya mengalami
perasaan rendah diri → meninggalkan sejarah dan warisan
bangsa mereka sendiri.
• Tamadun Barat dijadikan sebagai kemuncak pencapaian
ketamadunan manusia → piawaian untuk menilai pencapaian
masyarakat sendiri.

Zubair Mustafa
2)Dominasi Politik
• Negara kuasa besar menguasai politik antarabangsa yang
didominasi oleh kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Britain dan
Perancis.
• Blok Barat ini berjaya menjajah negara yang lemah dan mundur
yang tidak sehaluan dengan mereka.
• Menggunakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk
mengekalkan kuasa mereka.
• Sistem hubungan antarabangsa yang ada pada hari ini dicipta dan
dikawal sepenunya oleh Barat.
• Undang-undang antarabangsa yang dicipta menyebelahi
kepentingan Barat.

Zubair Mustafa
2)Dominasi Politik
• Contoh:-
• Pengeboman Sudan dan Afghanistan (1998) –dengan helah
memusnahkan tempat-tempat yang dikatakan sebagai sarang
pengganas.
• Iraq diserang oleh AS tanpa restu PBB (2003)
• Larangan keras ke atas Korea Utara dan Iran daripada mempunyai
program nuklear.

Zubair Mustafa
3)Dominasi Ekonomi
• Negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat, United Kingdom,
negara-negara Eropah termasuk Jepun menguasai kegiatan
perdagangan antarabangsa.
• Mendominasi penggunaan sumber semulajadi, pengeluaran
hasil perindustrian, perkembangan sains dan teknologi dan
sistem kewangan antarabangsa.

Zubair Mustafa
3)Dominasi Ekonomi
• Ekonomi negara-negara kecil terpaksa bergantung kepada
negara kuasa besar.
• Wujudnya institusi global di bawah pengaruh Barat seperti
International Monetary Fund (IMF), Bank Dunia dan World
Trade Organisation (WTO).
• Satu bentuk penjajahan baru di sebalik perdagangan tanpa
sempadan atau economic globalisation.

Zubair Mustafa
4) Dominasi Media
• Penguasaan dan peranan media berkaitan dengan pengekalan
hegemoni dan globalisasi.
• Hampir keseluruhan media cetak dan elektronik penting dunia
hari ini dikuasai oleh Barat
• Cable News Network (CNN), BBC, Associated Press (AP),
Blommberg, Reuters, UPI dll.
• Semua berita yang disampaikan kepada dunia adalah
berdasarkan persepsi mereka.

Zubair Mustafa
5) Dominasi Budaya
• Pengaruh hiburan yang berteraskan hedonisme melalui muzik,
filem, nyanyian, kartun dan komik dari Barat tersebar luas di
kalangan masyarakat seluruh dunia.
• Contoh : Rancangan American Idol ditiru di beberapa negara
lain termasuk Malaysia.
• Pembudayaan dari konteks makanan, pakaian dan hiburan ala-
Amerika dalam kehidupan. Contoh:- Jenama Coca-cola,
McDonalds, Levi’s.
• Syarikat multinasional Barat juga menjadi pemain utama dalam
mengeksport budaya mereka melalui produk-produk
perniagaan.
Zubair Mustafa
TEORI PERTEMBUNGAN
TAMADUN

Teori ‘The End of Teori ‘The Clash


History’ of Civilization’
oleh Francis oleh Samuel P.
Fukuyama Huntington

Zubair Mustafa
Teori The End of History
• Menyatakan bahawa dunia akan menjadi homogen dengan
dicirikan oleh pemikiran liberalisme dan demokrasi Barat.
• Hampir menjadi kenyataan apabila kuasa-kuasa besar blok
Timur dilihat mula menerima liberalisme dan demokrasi Barat
dalam menentukan hala tuju sosial, ekonomi dan politik.
• Negara Rusia dan China sebagai simbol blok Timur sudah mula
membuka pintu kepada dunia luar.

Zubair Mustafa
Teori The Clash of Civilizations
• menjangkakan akan berlaku pertembungan antara tamadun Barat
dengan tamadun-tamadun lain yang akan mencorakkan politik
sejagat.
• Teori ini didasarkan kepada 3 andaian:
• Selepas era perang dingin perbezaan yang paling ketara antara masyarakat
sejagat bukan lagi ideologi, politik dan ekonomi tetapi budaya.
• Tamadun merupakan entiti budaya yang terbesar justeru konflik yang bakal
timbul adalah disebabkan perbezaan antara budaya yang membawa kepada
pertembungan antara tamadun.
• Teras utama kepada isu-isu yang berkaitan dengan agenda antarabangsa
sebenarnya berkaitan dengan perbezaan yang wujud antara pelbagai
tamadun.

Zubair Mustafa
Dampak Peristiwa 11 September
• Peristiwa 11 September 2001 dilihat sebagai kemuncak konflik dunia
Islam dengan dunia Barat.
• Sebelum peristiwa ini, terdapat peristiwa lain yg melibatkan Barat
dan Islam. Antaranya:
• 1993: World Trade Center pernah diserang oleh Ramzi Ahmes Yousef
dikatakan seorang fundamentalis Islam.
• 1999: seramai 19 orang tentera AS telah terbunuh dan 300 lagi cedera dalam
serangan di Khobar Towers di Dhahran, Arab Saudi.
• 1998: kedutaan AS di Dares Salaam dan Nairobi telah dibom menyebabkan
250 terkorban. - Oktober
• 2000: Kapal USS Cole telah diserang di Yemen menyebabkan 17 orang mati
dan 38 cedera.
•.
Zubair Mustafa
Dampak Peristiwa 11 September
• Kesemua peristiwa di atas dikaitkan dengan pengganas Muslim
sehinggakan banyak pihak mula curiga terhadap masyarakat Islam
keseluruhannya. Penduduk Islam asal di negara mereka yg berjuang
demi kebebasan mereka turut dilabel sebagai pengganas seperti di
Palestin, Kashmir dan Chechnya.
• Operasi ketenteraan yg diketuai oleh AS di Afghanistan dan Iraq
dilihat sebagai satu pencabulan dan penjajahan ke atas masyarakat
Islam.
• Pelbagai sekatan telah dikenakan seperti penyebaran sains dan
teknologi, masyarakat Islam hampir tiada peluang untuk melanjutkan
pelajaran dalam bidang sains dan teknologi di AS dan UK. Malah
Jepun juga turut memikirkan dasar hubungan mereka dengan
negara Islam.

Zubair Mustafa
Dampak Peristiwa 11 September
• Selepas peristiwa 11 september, ada banyak dialog antara
masyarakat Islam minoriti di AS. Hasil daripada dialog dan
melalui bacaan sendiri tentang Islam maka lebih ramai
masyakat bukan Islam majoriti di AS lebih memahami ajaran
Islam.
• Sesetengah pihak berpendapat, masyarakat Islam di AS boleh
menyumbang ke arah mewujudkan persefahaman yang lebih
baik antara AS dengan dunia Islam pada masa depan.
• Oleh itu, perlu ditegaskan bahawa peristiwa-peristiwa serangan
yg berlaku seperti digambarkan media Barat adalah pandangan
prejudis dan tidak berasas terhadap masyarakat Islam.

Zubair Mustafa
DIALOG PERADABAN
• Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan
tahun 2001 sebagai Tahun Dialog Tamadun – dicadangkan oleh
Presiden Iran ketika itu, Mohammad Khatami.
• Dialog Tamadun mewujudkan persefahaman di antara satu
tamadun dengan tamadun yang lain.

Zubair Mustafa
DIALOG PERADABAN
• Negara barat menganggap mereka adalah kuasa besar dan sentiasa
campurtangan dalam urusan negara lain atas nama keamanan.
Namun mereka tidak mengotakan apa yg disarankan sebaliknya
mereka terus menakluk dan menguasai budaya, pemikiran dan
mencabar nilai-nilai orang Asia.
• Pergaduhan, perbalahan dan konflik sering berlaku di antara
negaranegara di dunia. Konflik belaku akibat daripada perbezaan
bangsa, kaum, etnik yg berbeza dari segi budaya, agama, politik,
ekonomi dan sebagainya.
• Akibat daripada tiada persefahaman dalam perbezaan ini, maka
sering berlaku konflik. Salah satu cara untuk menangani konflik
adalah dengan cara mengadakan dialog. Atau juga dikenali sebagai
DialogPeradaban.

Zubair Mustafa
Definisi Dialog
• Dialog – satu istilah yg merujuk kepada satu pertemuan dan
perbincangan antara individu atau kumpulan yg berlainan
agama dan ideologi. Dialog bertujuan untuk saling mempelajari
diantara peserta sehingga setiap peserta boleh mengubah
pandangannya terhadap sesuatu pemahaman yg lebih baik dan
dapat meningkatkan pengalamannya.
• Dialog tidak sama dengan debat atau diskusi. Ini kerana diskusi
lebih kepada tujuan memecahkan sesuatu masalah. Debat pula
bertujuan mengalahkan pendapat orang lain. Sedangkan dialog
mengandungi makna yg lebih luas membawa kepada keadaan
semua pihak mendapat manfaat atau dikenali sebagai win-win
situation.
Zubair Mustafa
Ciri-ciri Dialog Peradaban
Menurut Laporan Persidangan Antarabangsa Dialog Peradaban
2001, ciri-ciri dialog peradaban antaranya ialah:
• Saling memahami terhadap nilai, norma, pengalaman sejarah
dan realiti kebudayaan yg wujud.
• Sikap toleran terhadap pemikiran peradaban yg lain. Ini
merujuk kepada sikap sedia mendengar dari peradaban orang
lain.
• Sikap lapang dada dan keterbukaan terhadap pandangan
semesta orang lain dengan ekomodasi dalam perspektif diri.

Zubair Mustafa
PEMUPUKAN NILAI-NILAI
SEPUNYA
• Mengenal pasti kelemahan dan kekuatan.
• Nilai-nilai sepunya dikongsi bersama dalam dialog berdasarkan
kepentingan tertentu.
• Memberi kesedaran kepada masyarakat masing-masing.
• Menanamkan minat di kalangan generasi tentang cabaran
semasa muda untuk mengekalkan identiti dan budaya masing-
masing.

Zubair Mustafa
ISU-ISU DALAM DIALOG
TAMADUN
• Keganasan dan ketidakadilan
• isu ini berpunca daripada kegagalan pelbagai golongan yang terlibat untuk
mengatasi masalah yang dihadapi melalui meja rundingan.
• Perebutan kuasa politik dan ekonomi
• terdapat masalah yang berpunca drp perebutan kuasa politik atau ekonomi
antara dunia Islam dengan Barat seperti perebutan telaga minyak di Teluk
Parsi.
• Kejahilan tentang tamadun lain
• wujud unsur kejahilan di kalangan pihak terbabit hingga mencetus keganasan
yg dapat memusnahkan sesuatu tamadun.
• Layanan buruk
• layanan buruk terhadap orang Islam yang tinggal di negara Barat boleh
mengakibatkan tindak balas yg tidak terkawal.

Zubair Mustafa
KESIMPULAN
• Dialong antara tamadun merupakan mekanisme terbaik menangani
isu-isu ketamadunan.
• Dialong antara tamadun suatu kaedah yang relevan dalam
mendepani cabaran globalisasi.
• Cabaran yg sedang dihadapi oleh dunia pada masa kini sangat
hebat hasil daripada pertembungan tamadun yg dibawa oleh
globalisasi. Menangani isu-isu yg berkaitan dengan dialog tamadun
bukan satu perkara yg mudah kerana ia melibatkan asas kehidupan
dan pandanganalam yg berlainan.
• Namun perbezaan ini tidak boleh menjadi faktor timbulnya konflik
atau pertikaian. Sebaliknya manusia haruslah saling memahami dan
bertolak ansur antara satu sama lain.
Zubair Mustafa

Anda mungkin juga menyukai