Anda di halaman 1dari 74

TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA

(TITAS)

BAB 6:
ISU-ISU SEMASA
DAN MASA DEPAN

TITAS2018 1
Kandungan
Topik Topik
1. Pengenalan 4. Teori Pertembungan Tamadun

2. Dunia Berbilang Tamadun 5. Dialog Antara Tamadun

3. Hegemoni Barat: 6. Isu-isu Ketamadunan Semasa:


i. Zionisme i. Terrorisme & Salah Faham
ii. Globalisasi tentang Jihad
iii. Penghakisan Jati Diri ii. Alam Sekitar
iv. Hegemoni Politik iii. Gajet & Media Sosial
v. Hegemoni Ekonomi iv. Kekeluargaan
vi. Hegemoni Sosial v. Feminisme

7. Penutup

TITAS2018 2
1) PENGENALAN
 Kepelbagaian tamadun/peradaban adalah sesuatu
yang unik.
 Ia membuka ruang dan peluang untuk saling kenal-
mengenali dan hormat-menghormati.
 Pelbagai tamadun telah menguasai dunia secara silih
ganti.
 Namun hegemoni barat dilihat sebagai faktor utama
yang mempengaruhi perubahan dan perkembangan
yang berlaku di dalam sesebuah tamadun seiring
dengan kemajuan yang dikecapi atau cuba untuk
dicapai.
TITAS2018 3
2) DUNIA BERBILANG TAMADUN

 Terdapat pelbagai tamadun di dunia seperti


tamadun Yunani & Romawi, tamadun Timur / Asia
(tamadun Parsi, Islam, India & China) & tamadun
Barat.
 Tamadun Barat bersifat mendominasi.
 Tamadun Timur / Asia bersifat harmoni dengan
bertunjangkan nilai toleransi dan persefahaman.

TITAS2018 4
Tamadun Dunia
Tamadun Kawasan / Tempat lahirnya

1. Tamadun Mesopotamia atau Sumeria Lembah Tigris - Euphrates


(3500 SM-2000 SM)
2. Tamadun Mesir (3100SM - 1075SM) Lembah Nil

3. Tamadun Mohenjo Daro-Harappa / T. Lembah Indus


Indus ( 2500SM -1500SM)
4. Tamadun Shang (1800SM) Lembah Huang Ho
5. Tamadun Inca, Maya, Aztec Amerika Selatan
6. Tamadun Crete (2000SM - 1400SM) Yunani
7. Tamadun Rom Rom
8. Tamadun Melayu Alam Melayu
9 Tamadun Islam Tanah Arab
10. Tamadun Barat (1500M) Eropah
TITAS2018 5
3) HEGEMONI BARAT
 Hegemoni tamadun Barat yang mula berkembang sekitar abad ke 18 terus
menguasai dunia hingga kini.
 Perkembangan sains & teknologi yang pesat (abad ke 20) membantu
Barat meluaskan pengarunhya.
- Asal drpd bahasa Yunani – hegemonia (pemimpin)
- Diertikan sebagai:
- Penguasaan menyeluruh atau dominasi satu-satu negara atau kumpulan yang
lain;
- Pengaruh atau dominasi sesebuah negara terhadap negara lain dengan menggubal
undang-undang bagi mengelakkan struktur penjajahan terhadap rakyat peribumi
- Barat – kuasa dunia yang hegemonik – selepas runtuhnya empayar Turki
Uthmaniyah pada tahun 1924 M.
- Perluasan pengaruh hegemoni barat – melalui penjajahan, penguasaan
ekonomi, penguasaan media massa dan globalisasi.

TITAS2018 6
i. Zionisme
 Zionisme berasal dari kata Ibrani “zion/sion” yang berti batu
karang. Ia merujuk kepada sebuah bukit karang bernama
‘Zion”, terletak di sebelah barat daya Baitul Maqdis
(Jerusalem).
•  Zionisme kini tidak lagi hanya memiliki makna keagamaan
tetapi telah beralih kepada makna politik, iaitu suatu
gerakan pulangnya diaspora kaum Yahudi yeng tersebar di
seluruh dunia untuk kembali bersatu sebagai sebuah bangsa
dengan Palestine sebagai tanah air bangsa Yahudi dan
Jerusalem sebagai ibu kota negaranya.
• Istilah zionisme dalam politik telah dicetuskan oleh Nathan
Bernbaum dan kemudiannya oleh Theodore Herzl pada
lewat abad ke 19.
TITAS2018 7
Sambungan…
• Kepercayaan khusus dalam kalangan orang Yahudi:
i. Mereka sangat yakin bahawa mereka adalah ‘umat pilihan tuhan’ –
beranggapan yang mereka adalah lebih mulia di sisi Tuhan berbanding
dengan bangsa-bangsa lain, maka tersemailah bibit-bibit kemegahan
diri atau perasaan sombong dalam jiwa diri seorang Yahudi. Merekalah
yang berhak dan mampu memimpin dunia ini dan meletakkan
manusia seluruhnya di bawah penguasaan Kerajaan Tuhan (The
Kingdom of God).
ii. Bangsa lain tidak boleh menjadi Yahudi kerana ia hanya boleh
diterima melalui pertalian darah – kebangsaan Yahudi merupakan satu
konsep yang eksklusif.
iii. Mereka meyakini bahawa bumi Kana’an (Palestine) dan daerah
sekitarnya adalah merupakan anugerah kuriaan Tuhan (Yahweh)
kepada mereka berdasarkan janji Tuhan yang telah dibuat dengan
nenek moyang mereka iaitu Nabi Ibrahim, Nabi Ishaq dan Nabi Ya’qub.

TITAS2018 8
Sambungan…

• Namun, mereka tidak pernah ambil kira bahawa


kurniaan Allah ini bersyarat, iaitu mandat itu masih
berkekalan sekiranya mereka sebagai makhluk mentaati
perintah Allah dan melakukan kebaikan terhadap
sesama manusia sebagaimana yang diutuskan kepada
para nabinya.
• Firman Allah (al-Baqarah: 40)
“Wahai Bani Israel! Ingatlah nikmat-Ku yang telah Aku
anugerahkan kepada kamu dan tunaikanlah janji kamu kepada-
Ku. Nescaya Aku tunaikan pula janji-Ku kepada kamu dan
hendaklah kamu tunduk kepada-Ku sahaja”.

TITAS2018 9
Sambungan…
• Dalam Old Testament (Deuteronomy XI: 26-28)
“Fahamilah bahawa pada hari Aku menawarkan kepada kamu
keberkatan dan kelaknatan. Keberkatan akan datang kepada
kamu sekiranya kamu mendengar perintah Tuhan kamu yang
Aku berikan kepada kamu hari ini. Dan kelaknatan sekiranya
kamu tidak mendengar pesanan Tuhan kamu dan kamu
menyeleweng daripada jalan yang Aku berpesan kepada kamu
hari ini supaya kamu jangan menyembah tuhan-tuhan yang
lain yang kamu sendiri tidak mengetahuinya”.

TITAS2018 10
Tindakan / Usaha Zionisme
TINDAKAN / USAHA
1. Nasionalisme Yahudi
- Setelah Kongres Zionisme Internasional pertama di basel (1897),
kecenderungan politiknya terbahagi kepada 2 arah: i) dilakukan secara
senyap ditujukan untuk menghancurkan dan menguasai negara-negara
bukan Yahudi di seluruh dunia; ii) untuk membentuk sebuah negara Yahudi
di Palestine.
- Bagi membentuk sebuah negara Yahudi, perhatian dan dokongan dari
seluruh dunia terutama dari Barat diraih.

2. Program Pengusiran Penduduk Arab Palestine


- Penduduk Arab Palestine merupakan penduduk majoriti sehinggalah
terbentuknya Israel pada tahun 1948.
- Negara Israel yang dicita-citakan oleh Herzl hanya akan terwujud sekiranya
hak-hak kaum majoriti (Arab Palestine) dihapuskan atau mengubah bangsa
Yahudi menjadi majoriti melalui imigrasi atau mengurangi jumlah
pendduduk Arab Palestine melalui cara pembersihan etnik (membolehkan
cara diluar prosedur demokratik dilakukan)

TITAS2018 11
TINDAKAN / USAHA
3. Deklarasi Balfour
- Pada perang Dunia pertama, kerajaan Islam Uthmaniiah memihak kepada Jerman.
Peluang ini diambil oleh Chaim Weizmann pada tahun 1917 dengan menulis surat
kepada Parlimen Inggeris untuk mendapatkan dokongan dan persetujuan
membentuk senbuah negara Yahudi di Palestine. Pada 2 November 1917, Lord
Balfour, Menteri Luar Negeri Inggeris, telah menghantar nota ke Parlimen yang
akhirnya dipersetujui oleh Parlimen.
- Sir Balfour mengirim surat kepada Lord Rothchild, seorang Yahudi Inggeris, yang
menyatakan “ Kerajaan Inngeris memandang baik pembentukan sebuah negara untuk
orang Yahudi di Palestine…dengan satu fahaman bahawa ia tidak akan menjejaskan
hak asasi dan kebebasan agama masyarakat bukan Yahudi di Palestine yang sedia
ada”.
4. Pembentukan Negara Israel
- Setelah Deklarasi Balfour, gerakan zionisme mula mendorong migrasi kaum Yahudi ke
Palestine.
- Penguasaan tanah Palestine dilakukan dengan cara-cara: i)pembelian tanah orang
Arab Palestine secara besar-besaran; ii) melakukan teror-gelap kepada orang Yahudi
sendiri di Eropah agar mereka kembali ke Palestine; iii) melakukan embargo terhadap
penempatan Arab Palestine dan menakut-nakutkan mereka sehingga mereka jatuh
miskin atau dipaksa menjual tanah atau berpindah – serangan dilakukan berterusan
oleh kumpulan spt. Haganah, Stern Gang, Bachnach, Irgun Levi L’ummi dan
sebagainya.

TITAS2018 12
ii. Globalisasi
Takrif:
• Kamus Dewan Bahasa - dari segi bahasa, globalisasi berasal
dari kata dasar global yang bererti umum, keseluruhan, sejagat
atau menyeluruh.

• Mittlemen ( 1996 ) - Suatu fenomena sejagat. Globalisasi


merupakan satu proses rentas sempadan dan pelbagai struktur
yang membolehkan politik, ekonomi, budaya dan idealogi
sesebuah negara menembusi ( politik, ekonomi, budaya dan
idealogi) negara-negara lain.

• Prof. Chandra Muzaffar ( 2010 ) - satu proses yang melibatkan


negara, modal, perkhidmatan sebahagian pekerjaan yang
merentasi sempadan dan memerlukan pemindahan dan
perubahan yang bersifat nasional.
TITAS2018 13
Cabaran Globalisasi
DAMPAK BUDAYA KEBENDAAN BARAT
 Penyebaran – isme seperti:
i. Sekularisme
ii. Materialisme
iii. Hedonisme
 Dampak dunia Barat moden sangat mendalam
sehingga hampir menghilangkan ciri-ciri jati
diri seseorang Islam atau seseorang Asia pada
peringkat individu atau jati diri tamadun dan
budaya pada peringkat kolektif.
TITAS2018 14
Aspek positif globalisasi:
 Peluang pekerjaan yang meluas.
 Peningkatan mobiliti sosial.
 Penyebaran ilmu dan maklumat.
 Jaringan komunikasi yang luas.
 Kemudahan berinteraksi.
 Kepelbagaian idea dapat diketengahkan.
 Hak asasi kaum wanita dapat ditonjolkan.

TITAS2018 15
Aspek negatif globalisasi:
 Penyebaran budaya yang  Kemerosotan kualiti alam
bertentangan dengan nilai. sekitar.
 Kadar pengangguran yang  Pengabaian kursus berbentuk
semakin tinggi. ilmu kemanusiaan dan
 Wang sebagai komoditi kemasyarakatan di IPT.
keuntungan semata.  Pembentukan budaya global
 Keperluan asas golongan yang homogen.
miskin teus terabai.  Pembanjiran maklumat yang
 Pembangunan yang tidak tidak bermanfaat.
seimbang.  Pendominasian politik dunia
 Pengantarabangsaan penyakit. oleh negara Barat.
 Pengantarabangsaan jenayah.

TITAS2018 16
iii. Penghakisan Jati Diri
 Kuasa penjajahan Barat begitu dominan menyebabkan
masyarakat di bawah penjajahannya mengalami perasaan
rendah diri.
 meninggalkan sejarah dan warisan bangsa mereka sendiri.
 Tamadun Barat dijadikan sebagai kemuncak pencapaian
ketamadunan manusia
 piawaian untuk menilai pencapaian masyarakat sendiri.
 Budaya menentukan survival sebuah peradaban manusia,
semakin kukuh budaya maka semakin teguh jati diri sebuah
bangsa. Namun begitu, pengaruh budaya dari luar yang masuk
ke dalam persekitaran tempatan mampu menghakis sedikit demi
sedikit nilai budaya setempat. Akibat dari itu, jika tidak dikawal
kemasukan budaya asing itu akan menghilangkan nilai budaya
tempatan dan akhirnya identiti dan jati diri sebuah peradaban
akan terhapus sama sekali.
TITAS2018 17
Sambungan….

 Penularan budaya asing ke dalam persekitaran tempatan


berlaku dalam banyak bentuk dan kaedah. Penularan
budaya asing berlaku dalam bidang seni, perniagaan,
amalan berpolitik, bermasyarakat, pendidikan dan
sebagainya.
 Paling utama penularan ini turut mempengaruhi nilai
kemasyarakatan masyarakat setempat dan bahasa. Nilai
hidup berjiran, bergotong royong, keluarga, berkerja dan
sebagainya turut menerima tempias dari pengaruh
budaya Barat terutamanya. Walaupun bukan semua
pengaruh barat itu negatif tetapi mempertahankan
nilai tempatan amat diperlukan bertujuan memelihara
identiti dan jati diri sesebuah masyarakat dan negara itu.
TITAS2018 18
Sambungan….

• Dalam dunia serba moden yang memungkinkan


penyebaran budaya asing berlaku dengan pantas,
kegagalan masyarakat dan pemerintah
membendung budaya asing akan menyebabkan
berlakunya penghakisan budaya dan tradisi
tempatan.
• Oleh itu, pendekatan tuntas harus diambil supaya
sebuah bangsa itu dapat mengekalkan warisan,
budaya dan tradisi masyarakat; dan pada masa
yang sama tidak ketinggalan mengejar kehidupan
moden sebagaimana ditaja oleh dunia Barat.

TITAS2018 19
iv. Hegemoni Politik
 Negara kuasa besar menguasai politik antarabangsa yang
didominasi oleh kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Britain
dan Perancis.
 Blok Barat ini berjaya menjajah negara yang lemah dan mundur
yang tidak sehaluan dengan mereka.
 Menggunakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk
mengekalkan kuasa mereka.
 Sistem hubungan antarabangsa yang ada pada hari ini dicipta
dan dikawal sepenunya oleh Barat.
 Undang-undang antarabangsa yang dicipta menyebelahi
kepentingan Barat.

TITAS2018 20
 Contoh:-
(a) Pengeboman Sudan dan Afghanistan (1998) –
dengan helah memusnahkan tempat-tempat
yang dikatakan sebagai sarang pengganas.
(b) Iraq diserang oleh AS tanpa restu PBB (2003)
(c) Larangan keras ke atas Korea Utara dan Iran
daripada mempunyai program nuklear.

TITAS2018 21
v. Hegemoni Ekonomi
 Negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat,
United Kingdom, negara-negara Eropah termasuk
Jepun menguasai kegiatan perdagangan
antarabangsa.
 Mendominasi penggunaan sumber semulajadi,
pengeluaran hasil perindustrian, perkembangan
sains dan teknologi (S&T) dan sistem kewangan
antarabangsa.
 Ekonomi negara-negara kecil terpaksa bergantung
kepada negara kuasa besar.

TITAS2018 22
 Wujudnya institusi global di bawah pengaruh Barat
seperti International Monetary Fund (IMF), Bank
Dunia dan World Trade Organisation (WTO).
 Boleh dikatakan satu bentuk penjajahan baru di
sebalik perdagangan tanpa sempadan atau
economic globalisation.

TITAS2018 23
vi. Hegemoni Sosial

a) MEDIA
 Penguasaan dan peranan media berkaitan dengan
pengekalan hegemoni dan globalisasi.
 Hampir keseluruhan media cetak dan elektronik
penting dunia hari ini dikuasai oleh Barat  Cable
News Network (CNN), BBC, Associated Press (AP),
Blommberg, Reuters, UPI dll.
 Semua berita yang disampaikan kepada dunia adalah
berdasarkan persepsi mereka.

TITAS2018 24
b) BUDAYA
 Pengaruh hiburan yang berteraskan hedonisme melalui
muzik, filem, nyanyian, kartun dan komik dari Barat tersebar
luas di kalangan masyarakat seluruh dunia.
 Contoh :
 Rancangan hiburan - American Idol, Akademi Fantasia
 Muzik – hip hop, metal, punk
 Filem / Drama – Glee
 Pembudayaan dari konteks makanan, pakaian dan hiburan
ala-Amerika dalam kehidupan.
 Contoh:-
 Jenama : McDonalds, Levi’s, Pepsi
 Syarikat multinasional Barat juga menjadi pemain utama
dalam mengeksport budaya mereka melalui produk-produk
perniagaan.
TITAS2018 25
4) TEORI PERTEMBUNGAN BUDAYA

TITAS2018 26
Francis Fukuyama:
Teori ‘The End of History (1989)
 Menyatakan bahawa dunia akan menjadi homogen
dengan dicirikan oleh pemikiran liberalisme dan
demokrasi Barat.
 Hampir menjadi kenyataan apabila kuasa-kuasa besar
blok Timur dilihat mula menerima liberalisme dan
demokrasi Barat dalam menentukan hala tuju sosial,
ekonomi dan politik.
 Negara Rusia dan China sebagai simbol blok Timur
sudah mula membuka pintu kepada dunia luar.

TITAS2018 27
Samuel P. Huntington:
Teori ‘The Clash of Civilization” (1993)
 Menjangkakan akan berlaku pertembungan antara tamadun
Barat dengan tamadun-tamadun lain yang akan mencorakkan
politik sejagat.
 Teori ini didasarkan kepada 3 andaian:
i. Selepas era perang dingin perbezaan yang paling ketara antara
masyarakat sejagat bukan lagi ideologi, politik dan ekonomi
tetapi budaya.
ii. Tamadun merupakan entiti budaya yang terbesar justeru konflik
yang bakal timbul adalah disebabkan perbezaan antara budaya
yang membawa kepada pertembungan antara tamadun.
iii. Teras utama kepada isu-isu yang berkaitan dengan agenda
antarabangsa sebenarnya berkaitan dengan perbezaan yang
wujud antara pelbagai tamadun.
TITAS2018 28
5) DIALOG ANTARA TAMADUN
Pengertian / Definisi Dialog
• Dialog ialah komunikasi dua hala antara individu (pihak) yang mempunyai
pegangan atau pandangan yang berbeza mengenai sesuatu subjek atau perkara
yang tertentu.
• Dialog – satu istilah yg merujuk kepada satu pertemuan dan perbincangan
antara individu atau kumpulan yg berlainan agama dan ideologi.
• Tujuannya untuk saling mempelajari di antara peserta sehingga setiap
peserta boleh mengubah pandangannya terhadap sesuatu pemahaman yg
lebih baik dan dapat meningkatkan pengalamannya.
• Dr Abdel Kader Fustok dalam artikelnya yang bertajuk “A Monologue about
Dialogue” menyatakan dialog adalah satu proses yg luas dan mempunyai
maksud yg mendalam.
• Dialog berasal dr perkataan Yunani “Dia” bermaksud ‘melalui’ dan “Logos”
bermaksud ‘kata-kata’ atau ‘makna’.
• bermaksud proses penyampaian kata-kata atau makna kepada beberapa
orang atau kumpulan. TITAS2018 29
Zaman Dialog
• Sejajar dengan kesedaran mengenai kepelbagaian masyarakat dunia dari segi
geografi budaya dan agama, dialog menjadi satu keperluan dan mekanisme
perpaduan yang berkesan.
• Pendedahan ilmiah amat diperlukan untuk menghasilkan penilaian yang tepat
mengenai sifat dan tamadun masing-masing bagi melestarikan semangat
muhibah antara anggota masyarakat dalam membentuk konsep tamadun
Malaysia.
• Idea dan prinsip asas tamadun Malaysia perlu dihayati melalui pendekatan
fitrah dan berasaskan fakta sejarah dan reality kehidupan bukan melalui
pendekatan mengaku salah (apologetic) mahunpun menepis (defensive).
• Nilai tamadun-tamadun yang diwarisi rakyat Malaysia banyak mempunyai
persamaan dari segi adab dan kehidupan beradab, manusia dan kemanusiaan,
kepentingan alam tabii dan keperluan hidup harmoni dengannya.
• Dialog adalah mekanisme utama perlu dipergiat untuk mengembalikan
semula nilai-nilai sepunya antara tamadun bagi melestarikan keharmonian
dan perpaduan.

TITAS2018 30
Prinsip-Prinsip Dialog
Prinsip
1 Memahami dan menyedari tujuan utama dialog untuk kedua-dua
pihak menyedari sesuatu dan sesudah itu melalui perubahan untuk
kebaikan
2 Dialog antara tamadun mestilah merupakan projek yang
bermanfaat kepada kedua-dua pihak yang terlibat.
3 Dialog perlu dijalankan dengan penuh ikhlas.
4 Setiap peserta mestilah berupaya menjelaskan pandangan
(kepercayaan dan nilai) yang dipegangnya dengan jelas.
5 Peserta dialog mestilah cuba memahami persepsi dan pengalaman
rakan dialognya.
6 Mestilah berhemah semasa memberikan pandangan terhadap
tamadun orang lain.
7 Mestilah tidak mempunyai sikap prejudis.
TITAS2018 31
Peranan Dialog Antara Tamadun
a. Menjana keterbukaan dan kerjasama.
b. Mengetengahkan agama sebagai dasar utama.
c. Membetulkan kesalahfahaman terhadap tamadun lain.

Halangan Kepada Dialog


a. Conversion - ramai orang beranggapan bahawa dialog tidak wajar
diadakan kerana ia boleh mengakibatkan pendialog mengubah
agamanya.
b. Rasa rendah diri (inferiority complex) - perasaan rasa rendah diri dan
tidak bersedia untuk berdialog.
c. Innuendo sosial / sindiran sosial— perasaan tidak senang apabila ada
pihak yang mempersoalkan keteguhan seseorang terhadap agamanya
sekiranya ia berbaik-baik dengan penganut agama lain.
d. Syak wasangka - sering wujud rasa curiga terhadap para penganjur dan
pendialog terhadap tujuan dialog diadakan.

TITAS2018 32
Pemupukan Nilai-nilai Sepunya Menerusi
Dialog Tamadun
• Dialog dalam masyarakat perlu diadakan bagi membina dan
mengukuhkan nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama
dalam tamadun Islam dan tamadun Asia.
• Semua peringkat perlu berperanan ke arah ini spt IPT,
sekolah, pertubuhan-pertubuhan spt agama, budaya, dan
belia, media massa.
• Dialog perlu dihidupkan dalam realiti hidup masyarakat yg
hidup berbilang kaum dan agama serta budaya.
• Jika usaha-usaha ke arah dialog tidak dijalankan secara
serius kebarangkalian masyarakat akan terdedah kepada
konflik yg berterusan.

TITAS2018 33
Pembudayaan Dialog di Malaysia

• Di Malaysia, sejak tahun 1980-an hingga kini telah bermula


usaha-usaha untuk mengadakan dialog , contohnya dialog
antara agama.
• Di satu peringkat, kemajuan dialog telah tercapai kerana
didokong oleh sarjana, ahli agama dan cendekiawan.
• Dialog dalam kehidupan seharian berlaku melalui proses
kerjasama, komunikasi dan hidup bersama dalam konteks
pekerjaan, sekolah, penggunaan kemudahan awam dan lain-
lain.

TITAS2018 34
6) ISU-ISU KETAMADUNAN SEMASA

TITAS2018 35
Terrorisme
Feminisme & Salah
Faham
Jihad
Isu
Ketamad
unan
Semasa
Kekeluarga Alam
an Sekitar

Gajet &
Media
Sosial

TITAS2018 36
i. Terorisme & Salah Faham
Tentang Jihad
Definisi Terorisme
• Sehingga saat ini tidak ada satu pun pengertian atau definisi
terorisme/keganasan yang disepakati sejagat.
• Namun secara umum ia bermaksud manipulasi ketakutan
secara sistematik terutamanya sebagai cara paksaan.
• Kebanyakan definisi terorisme yang utama melibatkan 3
perkara berikut:
• Tindakan yang berniat menimbulkan ketakutan.
• Dilakukan demi mencapai matlamat (ideologi) tertentu.
• Sengaja menyasarkan/mengabaikan keselamatan awam.

TITAS2018 37
Antara definisi/maksud terorisme:
Definisi/Maksud
1. Mark Juergensmayer - Terorisme berasal dari bahasa Latin ‘terrere’
yang bererti menimbulkan rasa gemetar
dan rasa cemas.
- Manakala dalam bahasa Inggeris- to
terrorize- menakut-nakutkan

2. MB Ali dan T Deli - Tindakan-tindakan kejam yang dilakukan


(2000) sewenang-wenang
3. Paul Wilkinson - Merujuk kepada aksi terror/kejam yang
(2002) sistematis, rapi dan dilakukan oleh organisasi
tertentu
4. Konvension PBB - terorisme adalah segala bentuk tindakan
(1937) kejahatan yang ditujukan langsung kepada
negara dengan maksud menciptakan teror
terhadap orang-orang tertentu atau kelompok
orang atau masyarakat luas .

TITAS2018 38
Salah faham terhadap Jihad

• Islam sering dilabelkan sebagai pengganas.


• Wujudnya fenomena Islam-phobia terutamanya
selepas kejadian 11 September 2001.
• Media tidak memperbesarkan keganasan yang
dilakukan oleh masyarakat bukan Islam terhadap
muslim, seperti Israel, Bosnia, Rusia, China,
Thailand dll.
• Keganasan dalam kalangan masyarakat bukan Islam
sesama mereka sendiri, seperti di Ireland, Amerika
Latin dll.

TITAS2018 39
Contoh Kumpulan Pengganas:
• Ku Klux Khan
• Aun shin
• LTTE (Gerila Tamil Sri Lanka)
• FARC (Revolutionary Armed Forces of Colombia)
• IRA
• DAESH
• IS / ISIS /ISIL

• Salah faham terhadap konsep jihad telah menyebabkan


tindakan yang dilakukan oleh sesuatu kumpulan orang Islam
dianggap sebagai keganasan /terorisme.

TITAS2018 40
Sambungan…
Al-Jihad dan al-Qital:
• Sama ada perkataan al-Jihad atau al-Qital yang bermaksud
perang, selalunya disandarkan dengan kalimah fi sabilillah dalam
kebanyakan ayat dalam al-Quran;
“Dan perangilah pada jalan Allah akan orang-orang yang
memerangi kamu dan jangan kamu melampaui batas, kerana
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang- orang yang melampaui
batas”

• Hadis:
• Rasulullah s.a.w. bersabda: “Perangilah dengan nama Allah, di jalan
Allah dan perangilah orang kafir kepada Allah, berperanglah dan
jangan mengambil harta rampasan perang sebelum ia dibahagi-
bahagikan, jangan sekali-kali kamu melakukan khianat, jangan
melampaui batas dan jangan sekali-kali mencincang musuh”.

TITAS2018 41
Sambungan…
• Maksud perkataan al-Qital lebih khusus
penggunaannya daripada al-Jihad kerana perkataan
al-Qital lebih tertumpu kepada peperangan yang
menggunakan senjata serta menyebabkan berlakunya
pembunuhan antara satu sama lain.
• Manakala kalimah al-Jihad pula selalunya digunakan
secara umum yang bermaksud mengerahkan
keupayaan sama ada dari aspek harta benda, tenaga
dan pemikiran untuk meletakkan agama Allah s.w.t.
pada tempat yang sewajarnya.

TITAS2018 42
Kepentingan & Keutamaan Jihad

• Menunjukkan nilai iman dalam diri seseorang.


• Lambang kekuatan umat Islam.
• Alat / cara untuk menyebarkan seruan Islam dan
meningkatkan kedaulatan Islam yang dilakukan
melalui 2 pendekatan;
i) mengajak penduduk setempat kepada Islam.
ii) mengajak golongan bukan Islam menjadi rakyat
negara Islam dengan membayar cukai (jizyah) dan
mematuhi peraturan negara.
• Menjaga kepentingan agama dalam semua perkara.

TITAS2018 43
Keadaan menyebabkan kewajiban jihad perang
• Apabila negara Islam diserang oleh musuh.
• Apabila pemerintah atau imam memerintahkannya.
• Al-Quran:
”Wahai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya
apabila dikatakan kepada kamu berangkatlah untuk
berperang pada jalan Allah, kamu berasa berat dan ingin
tinggal ditempat kamu , apakah kamu puas dengan kehidupan
dunia sebagai ganti kehidupan akhirat, padahal kehidupan
dunia untuk dibandingkan dengan kehidupan akhirat amatlah
sedikit”.
• Hadis:
”Seorang mukmin kepada mukmin yang lain adalah ibarat
sebuah bangunan, sebahagiannya menguatkan /
mengukuhkan sebahagian yang lain”.
TITAS2018 44
Akhlak para pejuang dalam jihad perang

1. Keikhlasan niat
2. Tidak memerangi orang-orang awam
3. Dilarang menghina / mengaibkan mayat
4. Tidak merosakkan harta benda musuh kecuali jika
perlu
5. Memberi perlindungan kepada pihak musuh yang
menyerah kalah
6. Berbuat baik kepada tawanan perang

TITAS2018 45
Dampak Peristiwa 11 September

• Peristiwa 11 September 2001 dilihat sebagai kemuncak konflik dunia Islam


dengan dunia Barat. Sebelum peristiwa ini, terdapat peristiwa lain yg melibatkan
Barat dan Islam. Antaranya:
- 1993: World Trade Center pernah diserang oleh Ramzi Ahmes Yousef
dikatakan seorang fundamentalis Islam.
- 1999: seramai 19 orang tentera AS telah terbunuh dan 300 lagi cedera
dalam serangan di Khobar Towers di Dhahran, Arab Saudi.
- 1998: kedutaan AS di Dares Salaam dan Nairobi telah dibom menyebabkan
250 terkorban.
- Oktober 2000: Kapal USS Cole telah diserang di Yemen menyebabkan 17
orang mati dan 38 cedera.
• Kesemua peristiwa di atas dikaitkan dengan pengganas Muslim sehinggakan
banyak pihak mula curiga terhadap masyarakat Islam keseluruhannya. Penduduk
Islam asal di negara mereka yg berjuang demi kebebasan mereka turut dilabel
sebagai pengganas seperti di Palestin, Kashmir dan Chechnya.

TITAS2018 46
 Operasi ketenteraan yg diketuai oleh AS di Afghanistan dan Iraq
dilihat sebagai satu pencabulan dan penjajahan ke atas masyarakat
Islam. Pelbagai sekatan telah dikenakan seperti penyebaran sains
dan teknologi, masyarakat Islam hampir tiada peluang untuk
melanjutkan pelajaran dalam bidang sains dan teknologi di AS dan
UK. Malah Jepun juga turut memikirkan dasar hubungan mereka
dengan negara Islam.
 Selepas peristiwa 11 september,
 ada banyak dialog antara masyarakat Islam minoriti di AS. Hasil
daripada dialog dan melalui bacaan sendiri tentang Islam maka
lebih ramai masyakat bukan Islam majoriti di AS lebih
memahami ajaran Islam. Sesetengah pihak berpendapat,
masyarakat Islam di AS boleh menyumbang ke arah
mewujudkan persefahaman yg lebih baik antara AS dengan
dunia Islam pada masa depan.
 Oleh itu, perlu ditegaskan bahawa peristiwa-peristiwa serangan
yang berlaku seperti digambarkan media Barat adalah pandangan
prejudis dan tidak berasas terhadap masyarakat Islam.
TITAS2018 47
ii. Alam Sekitar
• Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang tidak
beernilai. Kehidupan manusia bergantung sepenuhnya
kepada sumber alam ynag luas ini sebagai tempat tinggal
dan punca rezeki kehidupan yang harmoni dan sejahtera,
• Walaubagaimanapun, penggunaan secara sembarangan,
berleluasa dan tidak teratur akan menyebabkan
pencemaran dan kerosakan alam sekitar.
• Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan
hidup yang wujud secara semula jadi di
permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam
sekitar juga boleh dipanggil flora dan fauna.
TITAS2018 48
Kepentingan Alam Sekitar

TITAS2018 49
Sambungan…

• Pencemaran alam sekitar akan menyebabkan kesan


yang negatif kepada kesihatan manusia dan juga
ekonomi negara. Banyak negara maju dan
membangun mementingkan kemajuan dan
pembangunan fizikal untuk kesejahteraan rakyat,
namun sedikit demi sedikit telah merosakkan alam
sekitar.
• Kemerosotan kualiti air dan udara akibat pelepasan
sisa toksid, asap beracun, sisa pepejal, penebangan
hutan dan tumpahan minyak akan menyebabkan
masalah kepada dunia.

TITAS2018 50
Faktor Pencemaran Alam Sekitar

Kelemahan
Pendidikan Perindustria
/ kurang n
kesedaran

Penggunaa Faktor Pembangun


n an tidak
kenderaan sistematik
bermotor

Pembuanga Pembakara
n sampah
merata-rata n terbuka

TITAS2018 51
Nilai-nilai Murni Alam Sekitar
NILAI
1. Prinsip rendah diri Bumi bukanlah milik manusia sahaja, kita adalah
sebahagian daripada bumi dan alam.
2. Prinsip bekerjasama Peranan kita adalah untuk memahami, bekerja
seiring jalan serta hidup secara berharmoni dengan
alam tabii, dan bukan untuk menawan, menjajah
serta mengeksploitasinya.

3. Prinsip menghormati Semua spesis mempunyai hak untuk hidup atau


alam / bumi sekurang-kurangnya berjuang untuk hidup kerana
ia juga makhluk yang dijadikan Tuhan.

4. Prinsip kehidupan Kebahagian hidup diperoleh daripada kemajuan


seimbang dalam aspek kebendaan dan kerohanian tanpa
mengabaikan kepentingan alam sekitar.

TITAS2018 52
Sambungan….

NILAI
5. Prinsip kerosakan yang Apabila melakukan perubahan kepada alam
minima atau bumi untuk memenuhi keperluan kita,
kita mesti memilih cara yang akan
mengaikbatkan kerosakan yang paling minima.

6. Prinsip mementingkan Sesuatu tindakan adalah baik apabila dapat


kemapanan ekosistem mengekalkan keutuhan ekologi, keterusan dan
kepelbagaian system yang dapat menyara
kehidupan di bumi, untuk kita dan kehidupan
lain.
7. Prinsip etika melebihi Melindungi dan memastikan kemandirian
hukum alam / bumi, lakukanlah lebih baik daripada
apa yang diminta oleh undang-undang.

8. Prinsip mengalami dan Cintai alam atau bumi dengan mengalami dan
menghayati adalah menghayati udara, air, tanah, tumbuhan dan
yang paling baik haiwan.
TITAS2018 53
Sambungan….
NILAI
9. Prinsip mengekalkan Salah bagi manusia mengakibatkan kepupusan
kehidupan liar dan mana-mana spesis liar serta menghapus dan
kepelbagaian hidup memusnahkan habitat mereka.
(biodiversity)
10. Prinsip cintakan Kenali dan pupuk rasa cinta pada persekitaran
persekitaran kita.

11. Prinsip perubahan Sekiranya ingin melakukan perubahan kepada


berterusan alam/bumi, kita mestilah mengikut kadar dan
cara yang sesuai dengan alam/bumi.

12. Prinsip mengiktiraf hak Kita harus meninggalkan bumi dalam keadaan
generasi yang akan yang sama atau dalam keadaan yang lebih baik
datang lagi bagi generasi akan datang.

TITAS2018 54
iii. Gajet & Media Sosial
DEFINISI
Gajet:
- Berasal daripada perkataan bahasa Inggeris gadjet yang
bererti alat atau perkakas elektronik kecil yang memiliki
fungsi khusus.
- Dalam erti kata lain, adalah alat elektronik yang memiliki
pembaharuan dari hari ke hari sehingga membuat hidup
manusia lebih praktis.
Media Sosial:
- Adalah sebuah media untuk bersosialisasi antara satu
sama lain dan dilakukan secara online yang
memungkinkan manusia untuk saling berinteraksi tanpa
dibatasi ruang dan waktu.
TITAS2018 55
Manfaat Gajet & Sosial Media
Gajet Media Sosial
1. Memudahkan komunikasi Untuk bersosialisasi
- memudahkan komunikasi dengan - Sosialisasi ini dapat dilakukan bila-bila masa,
seseorang yang tidak berada dekatnya dan di mana saja, tanpa batas waktu dan ruang,
tidak memerlukan waktu yang lama yang tetapi terbatas pada liputan, dan kuota
untuk menyampaikan pesan internet.
2. Mengakses informasi Memberikan berbagai macam informasi
- Dapat mengakses informasi dengan lebih terkini.
mudah dan mempermudahkan melakukan - Dapat mengakses informasi dengan lebih
sesuatu aktiviti. mudah dan cepat.
3. Hiburan Menggantikan fungsi buku diari
- Untuk mendengar muzik, bermain - Tempat pengguna sosial media yang menulis
permainan, video, alat multimedia yang curahan hati mereka, seperti mengeluh, sedih,
lain. marah, jatuh cinta dan saat bahagia.
4. Gaya hidup Untuk menambah pengetahuan / ruang
- Untuk tujuan meningkatkan mencari rezeki
kepercayaan diri atau status sosialnya. - Pelbagai bentuk pengetahuan dapat diakses.
- Tidak terlihat ketinggalan tred terkini. - Memberi ruang untuk menjalankan
perniagaan secara dalam talian.

TITAS2018 56
Dampak Penggunaan Gajet & Sosial Media
Dalam kehidupan sosial
1. Mempengaruhi - Kebergantungan melampau kepada gajet dan sosial media.
Kehidupan Sosial - Menurut psikiatri AS, Jerald Block, keadaan itu harus dilihat
sebagai gangguan klinikal kerana semakin meningkatnya
jumlah orang yang ketagihan ’game’ dan pornografi di
intenet daripada berbincang dengan keluarga atau
sahabatnya. Dan cenderung untuk kurangnya interaksi
terhadap lingkungan luar dan sekitar.
2. Kelakuan anti-sosial / - Hal ini terjadi di mana ketika seseorang
Individualisasi merasa gajet merupakan satu-satunya hal yang paling
penting dalam hidupnya, sehingga ia melupakan keadaan di
sekitarnya. Akan muncul ketidakpedulian dalam dirinya
terhadap lingkungannya dan akan menyebabkan
interpersonal dan emosinya tidak berkembang.
3. Keadaan/tempat - Penggunaan yang tidak sesuai seperti ketika waktu proses
penggunaan yang tidak belajar mengajar berlangsung
sesuai

TITAS2018 57
Sambungan….

Bagi Kesihatan
4. Radiasi - Banyak pengguna telefon pintar (smartphone) yang mungkin
kurang sedar bahawa smartphone yang mereka gunakan
dapat  mengirimkan gelombang elektromagnetik ke dalam
tubuh mereka. Sesungguhnya setiap telefon pintar memiliki
spesifikasi ukuran tenaga gelombang mikro tersendiri yang
dapat menembus ke dalam bagian tubuh seseorang.
- Menurut Organisasi Kesihatan Dunia, WHO, kesan gelombang
elektromagnetik tegangan tinggi atau telefon pintar tidak
berbahaya asal pancarannya kecil.
5. Kesihatan Mata - Dari kajian yang telah dilakukan menunjukan bahawa keletihan
mata terjadi apabila kita melihat melalui skrin yang kecil dalam
durasi yang lama. Umumnya orang menggunakan telefon pintar
dan tablet dengan jarak yang lebih dekat daripada membaca buku
sehingga mata menjadi lebih cepat letih.
6. Nomophobia (no - Istilah baru yang diperkenalkan oleh pengkaji dari England.
mobile phone - Ia bererti ketakutan akan dipisahkan pengguna dengan gajet
phobia) kesayangannya.
- Dalam satu kajian yang dilakukan oleh sebuah syarikat IT di
England, mendapati 66% responden merasa takut kehilangan
atau terpisah dengan telefon pintar mereka.

TITAS2018 58
iv. Kekeluargaan
• Keluarga adalah asas dan sumber kekuatan masyarakat. Ini
adalah kerana masyarakat itu terdiri daripada unit unit
keluarga, dan keluarga adalah laksana sel-sel yang
membentuk tubuh. Jika keluarga baik, nescaya masyarakat
pun akan menjadi baik, dan sebaliknya jika keluarga itu
rosak maka masyarakat seluruhnya akan menjadi rosak.
• Dalam masyarakat, keluarga memenuhi fungsi asas iaitu
perkembangan zuriat, sosialisasi, sokongan emosi dan status
sosial.
• Pada umumnya, dalam kebanyakan tamadun, keluarga
bermula daripada perkahwinan.

TITAS2018 59
Institusi Perkahwinan
Kedudukan institusi perkahwinan
1. Menurut agama Memenuhi fitrah semula jadi manusia memerlukan pasangan dan teman
Islam hidup utk tujuan melangsungkan kehidupan (keturunan), mewujudkan
ketenteraman hidup dan melahirkan serta memupuk rasa kasih sayang.
Oleh itu Allah mensyariatkan perkahwinan kepada manusia.
Terdapat tanggungjawab di dalamnya dan ia merupakan satu ibadat.

2. Menurut agama Dalam pandangan Agama Buddha, perkawinan adalah suatu pilihan dan
Buddha bukan kewajiban. Artinya, seseorang dalam menjalani kehidupan ini
boleh memilih hidup berumah tangga ataupun hidup sendiri.

3. Menurut agama Perkahwinan menurut ajaran Hindu adalah membentuk keluarga (rumah
Hindu tangga) yang bahagia dan kekal sehingga mati antara pasangan (suami
dan isteri.

4. Menurut agama Perkahwinan sebagai satu ikatan suci antara seorang lelaki dengan
Kristian seorang wanita untuk sepanjang zaman. Sebuah perkahwinan di dalam
agama Kristian pada asasnya berbentuk monogami.
Ia juga dianggap asas kepada pembentukan keluarga bahagia dan
komuniti.
TITAS2018 60
Cabaran Institusi Kekeluargaan
a) Institusi Perkahwinan
• Dalam sejarah manusia, peranan perkahwinan berbeza dari satu tamadun
ke tamadun yang lain dan dari satu zaman ke zaman yang lain.
• Namun pada dasarnya ia dianggap satu amalan yang sangat penting dan
suci dalam semua agama besar dunia.
• Kini, pelbagai bentuk jenis perkahwinan yang dilakukan yang lari daripada
tradisi asal.
• Antaranya:
i. Perkahwinan terbuka (Open Marriage)
ii. Perkahwinan sesama jenis (Same sex marriage)
iii. Perkahwinan selepas mati (After death marriage)
iv. Perkahwinan kontrak (Cohabitation)
• Atas alasan hak asasi manusia yang dipegang kuat oleh negara barat,
perkahwinan sesama jenis sudah mula menular ke negara-negara lain
termasuk di rantau Asia. Secara tidak langsung atau langsung mengancam
kesucian serta norma institusi perkahwinan yang diikuti selama ini.

TITAS2018 61
Negara yang melegalkan perkahwinan sejenis
Argentina (2010) Greenland (2015) South Africa (2006)
Australia (2017) Iceland (2010) Spain (2005)
Belgium (2003) Ireland (2015) United States (2015)
Brazil (2013) Luxembourg (2014) Sweden (2009)
Canada (2005) Malta (2017)
Mexico (2009) – legal in
Colombia (2016) Uruguay (2013)
some jurisdiction
Denmark (2012) The Netherlands (2000
England / Wales (2013) New Zealand (2013)
Finland (2015) Norway (2008)
France (2013) Portugal (2010)
Germany (2017) Scotland (2014)

Sumber:
http://www.pewforum.org/2017/08/08/gay-marriage-around-the
TITAS2018 62
-world-2013/
b) Penceraian

TITAS2018 63
Sambungan….
• Mengikut statistik, dalam tempoh enam tahun lalu
(2011-2016), sebanyak lebih 274,000 pasangan Islam di
Malaysia bercerai.
• Melihat pada rekod Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia,
turut mendedahkan sebanyak 38,035 pasangan bercerai
sepanjang tempoh Januari hingga Ogos tahun lalu dan ini
menimbulkan kebimbangan mengenai institusi keluarga
Islam di Malaysia.
• Bagi corak perkahwinan bukan Islam tidak kurang
hebatnya. Pada tahun 2012 sebanyak 9.020 kes
penceraian dicatat naik 2.7 kali ganda berbanding 3,291
kes pada tahun 2004.
• Jumlah perkahwinan yang didaftarkan bagi perkahwinan
bukan Islam pada tahun 2012 adalah sebanyak 65,993.
TITAS2018 64
TITAS2018 65
Punca Berlaku Perceraian
1. Tiada Persefahaman
2. Kahwin Muda
3. Campurtangan Mentua
4. Tidak Bertanggungjawab
5. Ketagihan Dadah
6. Curang dengan Pasangan (penggunaan media sosial secara
meluas turut menjadi pencetus kecurangan – FB / WhatsApp)

7. Kes Remeh (pasangan terlalu cerewet, pasangan


tidur berdengkur, cemburu, berbeza fahaman
politik, gaji suami lebih rendah, dll.)

TITAS2018 66
Kesan Perceraian
1. Kesan emosi
- marah, kesunyian, sedih, murung, putus asa, kecewa
2. Dua tanggungan :
- sebagai bapa/ibu tunggal ; - terpaksa mencari nafkah
3. Kesan terhadap anak
- Jiwa dan perasaan anak terganggu yang akan mempengaruhi
kehidupan dan kelakuan hariannya dan masa depannya

4. Kesan sosial
- pandangan sinis oleh masyarakat dengan gelaran janda/duda
- Putus hubungan keluarga dan kawan dari pasangan masing-
masing
- Penjagaan anak
- Jiwa lebih tertekan kerana tempat bergantung sebelum ini
sudah tiada

TITAS2018 67
c) Sumbang Mahram
• Sumbang mahram atau inses ialah kegiatan seks antara
ahli-ahli keluarga yang rapat. Ia merupakan suatu pantang
larang dalam kebanyakan kebudayaan (dulu dan kini).
• Sumbang mahram antara saudara yang rapat merupakan
satu jenayah dalam kebanyakan bidang kuasa wilayah
(negara).
• Kini, sumbang mahram telah dikenalpasti sebagai sejenis
penganiayaan seksual yang merosakkan kesihatan fizikal,
mental dan sosial mangsa.
• Di dalam Islam, hukum jenayah sumbang mahram adalah
haram dan salah satu daripada dosa besar. 
TITAS2018 68
Bentuk Sumbang Mahram
1. Sumbang mahram antara ibu bapa dan anak.
2. Sumbang mahram antara saudara kandung.
3 Hubungan seks antara sepupu dan antara saudara jauh.
4. Sumbang mahram terselindung dan sumbang mahram
emosi.

Kesan Sumbang Mahram


1. Menyebabkan kehancuran rumahtangga kerana ia
menjadi tidak selamat.
- Institusi keluarga akan runtuh
2. Mengancam keselamatan keturunan.

TITAS2018 69
v. Feminisme
• Feminisme ialah sebuah gerakan wanita yang menuntut hak
kesamarataan dengan lelaki dalam bidang politik, sosial, ekonomi serta
undang-undang keselamatan bagi melindungi wanita dari kebahayaan
dan dari sebarang diskriminasi gender.
• Gerakan feminisme tercetus di akhir abad ke-18, dipelopori oleh tokoh
gerakan feminis pertama di eropah iaitu Lady Mary Wortley Montagu
dan Marquis de Condorcet. Gerakan ini mula tercetus melalui pengaruh
Lady Mary Wortley Montagu yang mencetuskan kebangkitan dalam
kalangan wanita dalam menuntut hak kebebasan dan kesamarataan
hak.
• Aliran feminisme barat terutamanya yang beraliran feminisme liberal
telah berkembang pada abad ke 20 yang memastikan mereka
mendapat persamaan hak dalam semua aspek.
• Aliran pemikiran ini akhirnya telah menular ke negara-negara Islam
seperti Turki, Mesir, Maghribi serta Indonesia dan Malaysia.
TITAS2018 70
Isu Feminisme
• Antara fokus isu feminisme:
1. Hak reproduktif
- dibenarkan melahir atau menggugurkan
kandungannya (tidak kira sama ada anak itu hasil
perkahwinan, penzinaan, perkosaan, dll);
2. Pencabulan seksual
- rogol, inses, pelacuran
3. Kesamarataan gender
- Pendidikan, politik, ekonomi, kenaikan pangkat,
kebudayaan dan agama
4. Mengiktiraf perkahwinan sejenis
TITAS2018 71
7) PENUTUP
• Pelbagai isu semasa yang wujud pada masa kini yang perlu didepani dan
ditangani dengan sewajarnya.
• Cabaran yang sedang dihadapi oleh dunia pada masa kini hasil daripada
pertembungan antara tamadun.
• Penting bagi semua masyarakat terutamanya di Malaysia untuk
mengenali, memahami dan menghormati kepelbagaian yang wujud
dalam tamadun masing-masing dalam mewujudkan tamadun Malaysia
yang kuat.
• Dialong antara tamadun merupakan kaedah terbaik dan relevan dalam
menangani isu-isu ketamadunan.
• Dialog akan menyuburkan rasa penghargaan, pemahaman dan
penerimaan akan hakikat kepelbagaian tamadun, budaya dan agama.
• Budaya berdialog perlu disuburkan di Malaysia.

TITAS2018 72
RUJUKAN
1. Kementerian Pengajian Tinggi. (2009). Modul Pengajian
Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur : Penerbit
Universiti Malaya.
2. Ahmad Zaki Abd. Latiff (et.al). (2009). Tamadun Islam dan
Tamadun Asia (TITAS). Shah Alam: Oxford Fajar.
3. Afifah Abu Yazid (et.al). (2012). Tamadun Islam dan Tamadun
Asia. Petaling Jaya: Pearson.
4. Fadhlullah Jamil. (2010). Islam dan Idealisme Zaman Moden:
Krisis dan Ancaman. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.
5. Kajian Terhadap Gerakan Feminisme Di Malaysia Dan
Perbandingan Dengan Agama Islam. Dipetik pada 6 Oktober
2017 daripada
https://documentslide.com/documents/kajian-terhadap-geraka
n-feminisme-di-malaysia-dan-perbandingan-dengan-agama.ht
ml
TITAS2018 73
6. Mohd Fairuz Jamaluddin. (2015). Persepsi Masyarakat
Islam di Malaysia Terhadap Isu-isu Gender: Satu Tinjauan di
Lembah Klang. Dipetik pada 6 Oktober, 2017 daripada
https://worldconferences.net/proceedings/icasic2015/full%20pape
r/IC%20141%20PERSEPSI%20MASYARAKAT%20ISLAM%20DI%20MA
LAYSIA%20TERHADAP%20ISU-ISU%20GENDER%20-%20MOHD%20F
AIRUZ%20JAMALUDDIN.pdf
7. Zahirul Khairul. (n.d). Statistik Penceraian di Malaysia.
Dipetik pada 6 Oktober 2017, daripada
https://www.academia.edu/30404982/STATISTIK_PENCERAIAN_DI_
MALAYSIA
.
8. http://www.myhealth.gov.my/sumbang-mahram/

TITAS2018 74

Anda mungkin juga menyukai