Anda di halaman 1dari 11

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim,

Alhamdullilah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahan kurnianya, dapat


saya siapkan tugasan ini dengan jayanya.

Saya ingin mendedikasikan sekalung penghargaan kepada pensyarah saya, Puan


Salmah bt Othman kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan beliau, membuka ruang untuk
saya menyiapkan tugasan ini dengan sebaik mungkin.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada ibu bapa saya yang telah memberikan
sokongan moral, idea serta bantuan kewangan tanpa henti sehingga saya selesai
menyempurnakan tugasan ini.

Tidak lupa, ucapan penghargaan ini saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
membantu saya memahami tajuk tugasan serta berkongsi maklumat tentang apa yang tidak
saya ketahui.

Akhir madah, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.

Terima kasih.
DAFTAR ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKASURAT

1.0 Pengenalan

2.0 Isu-isu politik dan Konflik Arab-Israel di Palestin

 2.1 Perebutan Tanah

 2.2 Agama

3.0 Implikasi Konflik di Palestin terhadap Sistem Pendidikan dan

Ekonomi Malaysia

 Implikasi terhadap Sistem Pendidikan

 Implikasi terhadap Ekonomi Malaysia

4.0 Bukti konflik Palestin-Israel memberi kesan kepada ekonomi

sehingga mempengaruhi perbelanjaan pendidikan Malaysia

5.0 Penutup
1.0 Pengenalan

Konflik Israel-Palestin merupakan konflik yang memakan waktu paling panjang selepas
Perang Salib yang pernah terjadi melibatkan dunia Timur dan Barat. Konflik ini telah berlaku
selama enam puluh tahun ataupun 6 dekad dan telah banyak mencuri perhatian masyarakat.
Rundingan demi rundingan diadakan namun sinar untuk konflik ini berakhir dilihat seperti
tiada. Setiap kali rundingan atau gencatan senjata dilakukan, puak Zionis Israel pasti akan
melanggarnya.

Menurut sejarah Palestin moden, Palestin mula jatuh apabila berlakunya kepincangan
dalam pentadbiran Uthmaniyyah. Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah dikalahkan oleh tentera
British dan selepas kira-kira 3 tahun, Bangsa-bangsa Bersatu, telah memberi mandat kepada
pihak British untuk mentadbir Palestin. Ketika itu, Palestin secara rasminya diletakkan di
bawah pentadbiran pihak British. Umat Islam di Palestin tidak berdiam diri ketika negara
mereka di bawah pemerintahan British.

Di Palestin, para penduduk dan ulama’ terus berjuang untuk mencari membebaskan
negara mereka dari cengkaman pihak luar. Mereka bertegas menentang dasar-dasar pihak
penjajah yang mula berlembut dengan golongan Yahudi dan membawa golongan ini masuk
ke Palestin. Ia turut ditambah dengan kewujudan agenda zionis selepas Pertubuhan Zionis
Dunia (World Zionist Organization) ditubuhkan dengan rasmi pada tahun 1897 (Roslan, 2010).

Banyak faktor yang membawa kepada konflik yang berlaku di Palestin. Antaranya ialah
faktor perebutan tanah dan factor agama. Konflik yang berlaku di sana, turut memberi kesan
kepada ekonomi dan system pendidikan Malaysia.

2.0 Isu-isu politik dan Konflik Arab-Israel di Palestin


 2.1 Perebutan Tanah

Palestin pada awalnya dikuasai oleh Kerajaan Turki Uthmaniyyah yang kemudiannya
jatuh kepada kuasa British pada tahun 1917, dek kekalahan Turki Uthmaniyyah di dalam
perang. Setelah itu, Palestin berpindah tangan kepada orang-orang Yahudi setelah mereka
mendeklarasikan Israel sebagai negara merdeka pada tanggal 15 Mei 1948. Pada tahun
1948-1968, Israel sudah sedia mengukuh di Palestin dan di sekitar Timur Tengah umumnya.
Buktinya dalam peperangan pada 1967, beberapa negara Islam yang terlibat, seperti Mesir,
Jordan, Syria, Lubnan, Arab Saudi, Irak dan Palestin berhadapan dengan Israel, namun
masyarakat tidak dapat berbuat banyak kerana Israel sudah diiktiraf sebagai satu negara.

Israel mampu menjadi sebuah negara hasil daripada sokongan beberapa negara
Barat terutama Britain. Pendudukan Yahudi di Palestin bermula daripada penubuhan
organisasi Zionis Dunia (World Zionist Organization) pada tahun 1897. Agenda utama
organisasi ini ialah untuk mendirikan Negara bagi bangsa Yahudi di tanah Palestin.
Rancangan ini dipelopori oleh ‘Ketua Perunding Zionis’, Dr. C. Wheizmann dan mendapat
sokongan daripada Britain. Bagi mencapai agenda utamanya, Mohd. Roslan Mohd. Nor
(2010) menegaskan ada empat hal yang dilakukannya.

Pertubuhan Zionis telah membuat perancangan dengan teliti bagi membolehkan


usaha merampas Tanah Palestin disokong oleh undang-undang awam. Antara tumpuan yang
diberikan bagi menjayakan usaha ini adalah dengan melakukan promosi mengikut kesesuaian
tentang penjajahan industry melalui sistem pertanian Yahudi dan pekerja Industri. Zionis juga
mewujudkan organisasi dan kerjasama dengan seluruh jentera Yahudi dengan cara
menguasai institusi samada di peringkat antarabangsa atau tempatan, semuanya mengikut
undang-undang yang dipersetujui di setiap Negara. Mereka juga menguatkan kesedaran
kebangsaan dalam kalangan bangsa Yahudi dan bersiap sedia untuk mendapat pengiktirafan
kerajaan bagi menjalankan agenda yang dirangka.

Rancangan ini Berjaya meraih simpati dan empati dunia, seraya mendapat sokongan
British. Hal ini membawa kepada termeterainya Deklarasi Balfour yang pada 2 November
1917. Kewujudan perjanjian itu memberikan peluang besar kepada Yahudi untuk menjayakan
perancangan menduduki Palestin. Bangsa Yahudi ini bersungguh-sungguh membangkitkan
semangat kepada semua Yahudi di seluruh dunia untuk menyokong usaha pembentukan
Negara yang akan dinamai Israel.

(Gabbana, 2012) Banyak kerajaan atau negara berebut-rebut untuk menduduki


Palestin adalah kerana lokasinya yang strategik serta tanah yang subur. Sebelum ini pun,
sudah lebih 30 kali tanah Palestin dijajah dan bertukar tangan daripada berbagai kerajaan
seperti kerajaan Mesir Purba, Roman, Greek purba, Byzantin, khulafa’ ar-Rasyidin, Mamluk,
tentera Ayyubi, tentera Salib, Kerajaan Uthmaniyyah dan pihak British.

Bapa zionis moden, Theodor Herzl, telah mempopularkan hasrat penubuhan Negara
Israel melalui tulisannya di dalam Der Judenstaat (The Jewish State) dan Atneuland (The Old
New Land). Mengikut sejarah, Herzl pernah berjumpa dengan Sultan Abdul Hamid II dan
menyatakan hasratnya untuk membeli tanah Palestin. Namun, permintaanya ditolak.

Ada juga antara dakwaan mereka, Israel layak mewujudkan Negara di Palestin atas
sebab-sebab sejarah lama padahal undang-undang antarabangsa tidak membolehkan
menggunakan alasan sejarah lama sebagai hujah dan dasar untuk membangunkan Negara.
Namun, jika mampu membuktikan kewujudan mereka yang pertama di tempat itu, sesuatu
bangsa boleh menuntut wilayah itu. Dalam hal ini, bangsa Kanaan, merupakan nenek moyang
Arab Palestin yang wujud pasa masa kini. Disebabkan tiada alasan yang kukuh untuk bangsa
Yahudi menduduki Palestin, bangsa terkutuk itu bertindak menggunakan kekerasan untuk
mendapatkan tanah Palestin. Peristiwa Deir Yasin, tahun 1948, merupakan usaha cara
bangsa Yahudi untuk menakutkan rakyat Palestin dan seterusnya menghalau mereka keluar
daripada tanah Palestin (Cattan, 1973).

 2.2 Isu Agama

Palestin adalah tempat kelahiran agama Yahudi (Judaisme) serta Kristian. Bangsa
Israel telah dihalau daripada Palestin kerana mereka telah ingkar daripada keimanan kepada
Allah. Hal ini di sebut dalam Al Quran:

Musa berkata, “Wahai kaumku, masuklah ke tanah suci (Palestin) yang telah
ditentukan bagimu (selaggi kamu beriman). Dan janganlah kalian lari ke belakang (kerana
takut akan musuh), maka kalian akan menjadi orang-orang yang rugi”

(Al-Maidah:21-22)

Dahulu, sebelum terdirinya Masjidil Aqsa, kawasan itu didakwa sebagai tempat
terbinanya kuil Haiqal Sulaiman yang merupakan kuil suci dalam sejarah Yahudi sebelum
binaan itu runtuh disebabkan serangan Nebuchadnezzar II, 587 sebelum Masihi. Mereka juga
mahu menghancurkan Masjidil Aqsa bagi membangun kembali Haikal Sulaiman (The
Solomon Temple). Tiada bukti kukuh yang dapat menyokong tentang dakwaan itu, namun ia
tetap dijadikan alasan oleh bangsa Yahudi untuk menduduki Palestin dan mengatakan
bahawa mereka lebih berhak menduduki Palestin berbanding Arab Palestin.

Istilah Zionis pula sebenarnya terdiri daripada dua perkataan iaitu ‘ZION’ dan ‘ISME’.
Perkataan ‘Zion’ ialah perkataan Ibrani (bahasa Yahudi) yang bermaksud batu. Batu yang
rimaksudkan di sini ialah ikatan batu bangunan Haikal yang didirikan oleh Nabi Sulaiman di
Baitul Maqdis. ‘isme’ pula bermaksud fahaman atau ajaran. Gabungan dua kalimah ini
membentuk ideologi yang dianuti oleh bangsa Yahudi di dunia ini. Mereka percaya bahawa
bangsa Yahudi akan mendirikan kerajaan Israel Raya (Israel Kubra). Al-Quds akan dijadikan
sebagai ibu kota.

Selain itu, Palestin juga merupakan tempat suci buat penganut Kristian kerana Nabi
Isa AS dipercayai menikmati makan malam terakhir sebelum disalib di Baitulmaqdis

Bagi Muslim, Palestin merupakan tanah suci, di situlah lahirnya kebanyakan nabi-nabi
yang diutuskan Allah dan merupakan tempat yang sangat berkat. Banyak perisitiwa-peristiwa
penting seperti Isra’ Mikraj berlaku di Baitul Maqdis. Selain itu, Palestin menempatkan Al-Aqsa
yang mana ianya adalah masjid ketiga tersuci dalam Islam selepas Masjidil Haram dan Masjid
Nabawi. Rasulullah juga menyebut bahawa pada akhir zaman nanti, Baitul Maqdis akan
dijadikan ibu Negara umat Islam. Kemajuannya menunjukkan tanda-tanda akhir zaman.
Sabda nabi:

“Pembangunan Baitul Maqdis membawa kepada kehancuran Madinah (kerana


diserang wabak) “

(Riwayat Nuaim b Hammad)

3.0 Implikasi Konflik di Palestin terhadap Sistem Pendidikan dan Ekonomi Malaysia

3.1 Implikasi Konflik Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Antara kesan pergolakan antara rakyat Palestin dan Israel adalah berlaku
pertambahan jumlah pelajar berbangsa Arab Palestin di Malaysia, memenuhi institusi
pendidikan tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS). Dari satu sudut, hal ini adalah sesuatu
yang positif kerana Negara kita menjadi antara tempat pilihan pelajar asing untuk
menyambung pelajaran ke peringkat tinggi, menunjukkan bahawa institusi pendidikan tinggi
Negara kita juga berkualiti. Tetapi secara tidak langsung, lambakan pelajar asing ini telah
menambahkan persaingan dalam kalangan pelajar tempatan untuk melanjutkan pelajaran ke
institusi pengajian tinggi (Ibrisam Fikry, 2011)

Jika sebelum ini, hanya warganegara Malaysia sahaja yang dapat melanjutkan
pelajaran ke IPTA, namun setelah dasar membenarkan pelajar dari Negara luar untuk turut
menyambung pelajaran ke IPTA, pelajar yang mendapat keputusan yang kurang
memberangsangkan akan mempunyai peluang yang tipis untuk menyambung pelajaran ke
menara gading, walaupun begitu, pelajar tersebut masih dapat meneruskan pengajian ke kolej
politeknik dan IPTS. Namun, persaingan ini juga akan membantu pelajar meningkatkan lagi
kualiti pembelajaran mereka bagi menandingi pelajar-pelajar antarabangsa yang cemerlang.

Selain itu, konflik ini juga telah menyebabkan berlaku penambahbaikan dalam silibus
pendidikan kita. Jika dulu isu ini hanya sekadar menajadi tajuk berita-berita sahaja, sekarang,
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah memberi pendedahan serta
pendidikan kepada pelajar-pelajar di Malaysia tentang isu ini. Melalui silibus pembelajaran,
pelajar boleh mengetahui perkara sebenar yang berlaku. Pelajar disedarkan dengan
kepentingan keamanan terutama keamanan dunia. Dalam konteks Negara yang berbilang
kaum, pelajar diajar tentang kemaslahatan integrasi antara kaum bagi mengelakkan
tercetusnya perbalahan antara kaum ataupun perbalahan sesama bangsa yang boleh
membawa kepada perang saudara jika tidak dibendung sejak awal.
Melalui pengajaran di dalam kelas ini, ianya akan membuka minda pelajar untuk
menghargai nikmat kemerdekaan yang sudah kita kecapi selama 60 tahun dan kepentingan
perpaduan toleransi dalam hidup masyarakat. Sebarang masalah yang wujud sepatutnya
diselesaikan secara diplomasi dan berhikmah, seperti yang telah dilakukakan oleh pejuang-
pejuang kemerdekaan Malaysia. Situasi yang yang berlaku di Palestin telah membuka mata
penduduk dunia tentang kekejaman Israel dan melemparkan kutukan kepada Israel.

Bahkan di Institut Pendidikan Guru juga, pelajar-pelajar dikehendaki mengambil


subjek generik Cabaran dan Isu Semasa. Melalui pembelajaran ini, pelajar sepatutnya
mengambil ibrah daripada perkara yang berlaku di Asia-Barat supaya ianya tidak berlaku di
Malaysia. Dalam masa yang sama, pembelajaran tentang konflik ini menyedarkan pelajar
tentang betapa beruntungnya rakyat Malaysia berpeluang untuk hidup dalam suasana aman
dan damai walaupun wujud pelbagai etnik dan kaum di Malaysia.

Rasa kemanusiaan pelajar juga dibangkitkan dan disemai dalam kalangan pelajar
tanpa, mengira agama. Ia tidak hanya tertumpu kepada pelajar Muslim saja, bahkan isu ini
adalah isu global dan merupakan isu kemanusiaan. Pelajar berkemampuan, digalakkan
menyumbang setakat yang termampu bagi membantu rakyat Palestin yang dizalimi.
Kesannya, terlahirlah generasi yang tidak lokek memberi sumbangan kepada yang
memerlukan (Utusan,2014).

Kerajaan mengurangkan penghantaran pelajar yang ditaja pengajiannya ke Negara-


negara Asia Barat kerana bimbang akan risiko yang akan berlaku. Hal ini disebabkan Negara
yang berdekatan, jika berlaku sebarang kekacauan di sesebuah Negara, ia boleh turut
mencetuskan kekacauan di Negara-negara jiran seperti kejadian ‘Arab Spring’. Hal ini telah
menyempitkan pilihan pelajar untuk menceduk ilmu di Negara berkenaan. Kelompok yang
terkesan biasanya adalah golongan yang berhasrat menyambung pengajian dalam bidang
agama di Negara sekitar situ. Secara tidak langsung, pelajar Malaysia mempunyai peluang
yang terhad untuk melanjutkan pelajaran ke dalam bidang yang diminati.

3.2 Implikasi Konflik Terhadap Ekonomi Malaysia

Malaysia merupakan Negara sedang membangun. Kekayaan hasil bumi dimanfaatkan


kerajaan untuk menjana ekonomi Negara. Antara barangan yang dieksport ke luar Negara
adalah keluaran elektrik dan elektronik, getah, tekstil dan komoditi-komiditi lain. Peperangan
yang berlaku di Palestin menyebabkan Malaysia kekurangan kawasan pasaran dan eksport.
Malaysia juga risau sekiranya eksport dilakukan, akan mendatangkan kerugian kepada
Negara. Ketidakstabilan politik sesebuah Negara mendatangkan kerisauan kepada mana-
mana Negara sekalipun untuk melabur di Negara itu. Hal ini sekaligus akan menyusutkan
untung Negara.

Selain itu, ketidakstabilan politik di Palestin turut mengundang pergolakan di kalangan


Negara Asia Barat. Negara-negara tersebut saling bertelegah kerana ada Negara yang pro-
palestin dan ada juga Negara yang pro-Israel seperti Arab Saudi. Disebabkan kebanyakan
mereka adalah Negara OPEC iaitu negara yang mengeksport petroleum ke seluruh dunia,
pertelagahan itu menyebabkan ada sesetengah Negara bertindak menyekat pengeksportan
minyak mentah yang akhirnya menyebabkan harga minyak antarabangsa melonjak naik.
Kesannya, Malaysia dan negara-negara lain terpaksa membelinya dengan harga yang lebih
tinggi, sekaligus mendatangkan kerugian kepada Negara (Nik Abduh, 2017).

Ekoran harga minyak dunia yang melonjak naik, harga barang turut bertambah bagi
menampung kos pengangkutan penghantaran barangan ke kedai-kedai. Barangan seperti
lauk-lauk dan sayur-sayuran yang merupakan barangan keperluan, turut meningkat harganya
di pasaran terutama di kota-kota. Hal ini menimbulkan kesusahan pada rakyat. Disebabkan
itu jugalah, munculnya golongan yang dikenali sebagai miskin bandar. Walaupun pendapatan
mereka mencapai seribu, mereka tetap tidak mampu untuk menampung sara hidup keluarga
dengan sebaiknya.

Malaysia merupakan salahsatu Negara yang sering menyuarakan sokongan terhadap


rakyat Palestin yang ditindas. Seringkali sumbangan dana dikutip untuk membeli barangan
keperuan rakyat Palestin, dan kemudiannya dibawa ke sana oleh pihak-pihak yang
bertanggungjawab seperti Aman Palestin. Pernah gempar Malaysia kerana dituduh sebagai
tempat rakyat Palestin dilatih untuk menentang Israel. Perkara seperti ini membawa ancaman
kepada Malaysia yang sangat mementingkan hubungan diplomatik yang baik antara Negara.
Hubungan yang dijalinkan antara Negara mampu membuka peluang untuk Negara menjana
pendapatan yang lebih melalui pelaburan-pelaburan yang dijalankan. Justeru, jika ianya tidak
dijaga, ekonomi Malaysia akan terjejas.

4.0 Bukti konflik Palestin-Israel memberi kesan kepada ekonomi sehingga


mempengaruhi perbelanjaan pendidikan Malaysia

Antara bukti yang dapat dilihat dengan jelas adalah, Bajet pendidikan telah dipotong
mungkin ekoran ekonomi yang meleset. Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat Jumaat lepas memperuntukkan RM13.378
bilion untuk KPT iaitu lima peratus daripada keseluruhan belanjawan berbanding RM15.785
bilion dalam Bajet 2015. Pemotongan itu dikira bijak dalam keadaan institut pendidikan tinggi
yang sedang merosot kualitinya (Sinar Harian, 2015).

Ekoran daripada pemotongan bajet pada tahun sebelumnya, Bekas naib canselor UM
mengulas isu, katanya, potongan bajet sebelum ini telah memberi kesan kepada kualiti
pengajaran dan kajian. Tindakan kerajaan mengurangkan pembiayaan untuk kementerian
pendidikan tinggi telah membantutkan usaha universiti dalam menyediakan prasarana dan
fasiliti pembelajaran yang terbaik untuk hasil yang maksimum kepada pelajar dan kakitangan.
dan impaknya akan mengambil masa untuk dipulihkan. (Free Malaysia Today, 2017)

Tenaga pengajar cemerlang yang keluar bagi mencari peluang lebih baik, bukan
senang untuk dikembalikan malah mendapatkan pendidik yang memenuhi kriteria yang
diperlukan sesuatu institusi pengajian tinggi dalam mencapai aspirasinya juga tidak mudah.
Penyelidikan juga tidak banyak yang dapat dilakukan, sedangkan tahap keberjayaan sesuatu
penyelidikanlah yang menentukan kedudukan sesuatu universiti dalam senarai universiti
dunia. Kejayaan sesuatu universiti juga adalah hasil usaha selama 5-10 tahun oleh pihak
universiti dan bukannya kejayaan yang datang bergolek. Jika pemotongan bajet berterusan
dilaksanakan, universiti awam dijanjikan akan terus berada di tempat yang sama dan tidak
mampu bersaing dengan universiti-universiti antarabangsa yang lain.

Tambah beliau lagi, kerajaan sepatutnya menggunakan isu kemelesetan ekonomi


untuk terus menambah bajet pendidikan. Hal ini kerana, pelajaran yang akan dapat membantu
kerajaan membangunkan Negara yang hebat. Pelajar-pelajar sepatutnya diberi peluang untuk
belajar seperti biasa dan mendapat latihan kemahiran profesional. Dengan ini, apabila
masalah kemelut itu selesai, pelajar-pelajar berkenaan dapat keluar dan bekerja seperti biasa
dengan kemahiran yang tinggi.

Pada Julai lalu, Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa
Elaun bagi pelajar pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut
Pendidikan Guru (IPG) akan dihentikan bermula Jun tahun depan (Zanariah, 2017).
Bagaimanapun, bagi meringankan beban pelajar, yuran pengajian bagi program itu berjumlah
akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan sepanjang tempoh pengajian selama empat
tahun. Namun, pemotongan elaun secara total ini memberi impak dalam proses pembelajaran
pelatih guru.

Pelajar-pelajar memerlukan sumber kewangan untuk menyelesaikan tugasan yang


diberikan oleh pensyarah. Kos sara hidup yang semakin tinggi memaksa pelajar untuk
menggunakan wang yang banyak bagi menampung keperluan harian, makanan dan pakaian.
Pelajar yang terlibat dengan pratikum, lebih-lebih lagi memerlukan elaun untuk membiayai
kos pengangkutan ke tempat pratikum dan membeli bahan bantu mengajar. Tanpa elaun,
pelatih guru akan terbeban dengan tuntutan kewangan yang banyak.

Aktiviti yang berada dalam perancangan pihak institusi juga memerlukan dana untuk
dijalankan. Dek ekonomi yang merosot, pihak penganjur perlu mencari dana dari pihak luar.
Aktiviti sukan yang dianjurkan di tempat lain juga perlu dikurangkan ataupun peserta kepada
acara sukan sendiri yang perlu membayar yuran penyertaan dan kelengkapan sukan.

Selain itu juga, Malaysia gempar pada tahun lalu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
yang biasanya menawarkan biasiswa dan bantuan kepada pelajar-pelajar untuk melanjutkan
pelajaran ke menara gading, telah menyatakan bahawa organisasi tersebut akan
menggantung pembiayaan biasiswa kepada pelajar di pengajian tinggi buat sementara waktu.
Organisasi seperti MARA dan beberapa badan lagi, telah membuat keputusan untuk
mengurangkan penajaan pelajar cemerlang ke luar Negara terutama untuk kos-kos kritikal
seperti kedoktoran, farmasi dan pergigian. (Anne, 2016)

Kumpulan pelajar yang mendapat tawaran pelajaran ke luar negara berputih mata
apabila mendapat tahu tidak akan menerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Setelah melalui pelbagai temuduga yang ditetapkan, biasiswa yang dijanjikan dikatakan tiada.
Malah, pelajar-pelajar ini turut mendakwa pegawai dari JPA mengesahkan terdapat lima
jurusan lain seperti arkitek, perubatan, pemakanan, farmasi, dan pergigian telah digantung
buat sementara. Ada pelajar yang sudah menerima tawaran masuk daripada universiti dari
luar Negara juga, terpaksa melupakan hasratnya untuk belajar di luar Negara. Semua pelajar
berkenaan berharap penggantungan sementara itu akan segera berakhir dan mereka semua
akan terus mendapat bantuan kewangan itu.

5.0 Penutup

Konflik yang berlaku di Palestin seharusnya ditamatkan secepat mungkin kerana


konflik ini akan mendatangkan pelbagai kesan tidak elok kepada Negara itu. Negara-negara
lain seperti Malaysia akan turut terjejas dengan konflik yang berlaku. Persatuan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) sepatutnya menggunakan kuasa yang ada bagi menghentikan segera
masalah di Negara itu. Hal ini kerana PBB mempunyai kuasa yang besar di peringkat dunia.

Bagi kerajaan Malaysia pula, kita seharusnya mengambil pengajaran daripada isu ini
dan segera membanteras perkara-perkara yang dapat menggugat keamanan negara agar
perkara seperti ini tidak akan berlaku di Malaysia. Saya berharap Malaysia akan terus
merdeka dan harmoni dan dapat menyumbang kepada pemulihan masalah di Negara-negara
bergolak.
RUJUKAN

Anne, M. (2016). Pelajar menangis biasiswa JPA digantung sementara. Malaysiakini.

Cattan, H. (1973). Palestine and International Law. California: Prentice Hall Press.

Fikry, W. I. (n.d.). Tok Wae. Diakses pada September 16, 2017, daripada tokwae:
http://tokwae.blogspot.my/2011/05/satu-pandangan-mengenai-lambakan.html?m=1

Gabbana, I. (2012, November 17). Angel Pakai Gucci. Retrieved September 16, 2017, from
angelweargucci: http://angelwearsgucci.blogspot.my/2012/11/konflik-israel-palestin-untuk-
dummies.html?m=1

Harian, S. (2015). Bajet pendidikan tinggi dipotong membimbangkan. Shah Alam: Sinar Harian.

Khalidah, T. B. (2014). Air Mata di Palestin. Kuala Lumpur: Utusan Melayu Berhad.

Minderjeet, K. (2017). Bekas naib canselor tidak mahu bajet universiti dipotong lagi. Free Malaysia
Today News.

Nik Abduh, N. A. (2017). Krisis harga minyak: Percaturan geopolitik kuasa besar. Astro Awani.

Roslan, M. N. (2010). KONFLIK ISRAEL – PALESTIN DARI ASPEK SEJARAH MODEN DAN. Jurnal Al-
Tamaddun, 5.

Zanariah, A. M. (2017). Elaun pelajar PISMP akan dihentikan Jun 2018. Berita Harian.

Anda mungkin juga menyukai