Anda di halaman 1dari 9

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS SEREMBAN

MODUL PROGRAM SULAM


FORUM MEMARTABATKAN AL-AQSA

TARIKH:
5 JUN 2021 (SABTU)

TEMPAT:
GOOGLE MEET

ANJURAN:
KELAB PENGURUSAN MASJID

DENGAN KERJASAMA:
PUSAT KOKURIKULUM KAMPUS SEREMBAN
AKTIVITI 1 : FORUM

Panel Jemputan : Ustaz Adam Bin Zakaria

Panel 1 : Nur Nabilahuda Binti Jamaludin

Panel 2 : Nursyafika binti Masrom

Peralatan : Gadget tersendiri

Tempat : Aplikasi Google Meet

Masa : 40 minit

Objektif Aktiviti :

1) Meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan mahasiswa dan orang awam


tentang kepentingan Masjid al aqsa
2) Jelas mengenai usaha bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan mahasiswa
dan masyarakat umum tentang isu Masjid Al - aqsa.

Pelaksanaan Aktiviti:
Forum adalah perjumpaan atau perbincangan terbuka tentang perkara atau isu-isu yang

menjadi kepentingan awam. Bagi program ini, para panel akan membincangkan dan

mengupas soalan soalan yang di ajukan oleh moderator majlis seperti soalan berikut dan

jawapan dan perbincangan yang dikongsi mestilah tidak tersasar dari perbincangan;

1. Sejarah sebenar mengenai konflik Palestine dan Israel, adakah israel merampas

tanah palestine atau palestine yang memberi tumpang kepada golongan yahudi

israel ini untuk menetap di tanah palestine.

Apa yg terjadi di Palestin secara jelasnya bukan konflik atau perselisihan. Akan tetapi
secara teorinya ialah perbuatan haram puak zionis yg merampas tanah umat Islam
selama berpuluh tahun. Kali terakhir palestin berada di bawah pemerintahan Islam adalah
bawah kerajaan Turki Uthmaniyyah. Ketika itu, Palestin merupakan wilayah terbuka yang
boleh dilawati oleh golongan kristian dan yahudi untuk mereka melakukan ibadah.
Golongan yahudi sebenarnya banyak ditindas di barat bagi membela nasib golongan ini.
Mereka telah menubuhkan pertubuhan zionis antarabangsa. Tujuan utama pertubuhan
ini adalah untuk mendapatkan sebuah negara bagi bangsa yahudi. Pertubuhan zionis
antarabangsa ini telah berjaya melobi kuasa besar iaitu British untuk menyokong
rancangan mereka untuk memiliki sebuah negara sendiri. Kejatuhan empayar Islam
Uthmaniyyah semasa perang dunia pertama telah menyebabkan Palestin jatuh ke tangan
British. Rentetan daripada penjajahan tersebut, bermulalah perpindahan secara besar-
besaran bangsa yahudi ke palestine di bawah naungan British pada 1918-1947. Seramai
700ribu bangsa yahudi telah dibawa masuk dari serata dunia. Perancangan demi
perancangan dibuat zionis yahudi untuk mendapat hak mutlak seluruh tanah Palestin.
Pada 14 mei 1948, yahudi zionis telah mewartakan kelahiran negara israel di Tel Aviv.
Sehingga ke hari ini setelah lebih 70 tahun, keganasan dan penindasan kepada orang
Palestin masih berlaku. Semakin banyak tanah-tanah orang Arab Palestin diambil oleh
israel. Kekejaman, penindasan dan pergolakan tidak pernah berhenti.dunia seolah tidak
peduli akan nasib rakyat Palestin. Israel kebal dengan undang-undang dunia. Namun
sekarang ini, yahudi nak robohkan Masjidil Aqsa dengan membuat alasan bahawa
Masjidil Aqsa dibina diatas berhala yahudi. Seperti yang kita tahu, Masjidil Aqsa adalah
masjid orang islam. Masjid ini telah didirikan sejak zaman Nabi SAW. Allah kata
“Subhaana alladzii asraa bi'abdihi laylan mina almasjidi alharaami ilaa almasjidi al-
aqshaa”. Dari sini kita nampak bahawa israk mikraj dari Masjidil haram di mekah ke
Masjidil Aqsa di Palestin. Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa bagi umat islam
kerana mempunyai keduduakn yang istimewa bagi umat Islam kerana disitulah
berlakunya Israk Mikraj dan juga tempat lahirnya para Nabi. Manakala bagi orang kristian
pula, Palestine merupakan tanah air bagi Nabi Isa a.s. Allah SWT telah fardukan di dalam
Alquran wajib bagi orang Palestin dan jiran jiran islam untuk merampas balik bumi israel.
Asal kepada bumi israel ini ialah bumi Palestin. Dalam perang dunia pertama yahudi dan
British dan sebagainya telah berpakat untuk merampas bumi Palestine untuk beri kepada
israel. Israel dan yahudi sebenarnya adalah gelandangan yang hidup berpindah randah
daripada Eropah iatitu daripada Norway pindah ke Polland bergerak ke Perancis naik ke
Belgium turun ke Spain. Mereka tiada negara dan akhirnya mereka merayu untuk
memberi yahudi sebuah negara dengan merampas tanah Palestin.

2. Apakah Keistimewaan & kepentingan masjidil aqsa kepada umat islam yang

dimana sangatlah patut untuk kita pertahankannya?

Keistimewaan dan kepentingan masjidjil aqsa kepada umat islam yang dimana sangatlah
patut untuk kita pertahankannya adalah kerana ianya merupakan tempat berlakunya
peristiwa Israk dan Mikraj. Berlaku pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian Nabi
Muhammad SAW, bersamaan 622 Masihi. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril
dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin kini, sebelum diangkat
dari bumi ke langit ke-7. Namun, Israk Mikraj menyaksikan Masjidil Aqsa menjadi
destinasi perantara antara perjalanan dunia iaitu atas muka bumi dengan perjalanan
seterusnya ke langit menuju Sidratul Muntaha sebagai jemputan kepada Nabi
Muhammad SAW bertemu Allah SWT.

Seterusnya, Masjid Al-Aqsa merupakan kiblat pertama umat islam sebelum berpaling ke
Kaabah, setelah Baginda menerima perintah mendirikan solat dalam peristiwa Israk dan
Mikraj. Beberapa riwayat menyebutkan Rasulullah SAW melakukan solat menghadap ke
Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis selepas menerima perintah wajib mendirikan solat. Ini
berlaku antara 16 hingga 17 bulan setelah kewajipan solat ditaklifkan kepada umat Islam.
Selepas itu, Masjid Al-Aqsa merupakan kota suci ketiga umat islam. Rasulullah bersabda
yang bermaksud: “Janganlah kamu bersusah payah bermusafir (dengan tujuan
beribadat) melainkan ke tiga masjid, Masjid Al-Haram di Makkah, masjidku di Madinah
dan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.”

Selain itu, Di sekitar kawasan lapang al-Aqsa, terdapat banyak lagi binaan dan monumen
lain, seperti mihrab, minbar, kubah, muzium, sekolah dan lain-lain. Semuanya dibina oleh
pemerintah Islam dari satu khilafah ke khilafah yang lain, sebagai tanda kesan
pemerintahan mereka, selain berfungsi sebagai satu kenyataan identiti Islam dan Arab di
Masjidil Aqsa.
3. Mengapa israel beria-ria mahukan masjidil aqsa? apakah keistimewaan masjidil

aqsa kepada mereka, dan adakah ianya berkait rapat dengan isu agama,

geopolitik atau mereka mempunyai agenda mereka tersendiri disebaliknya?

Masjidil Al-aqsa mempunyai kepentingan dan keistimewaan pada golongan yahudi

sehingga menyebabkan mereka beria-ria untuk menawan masjid tersebut. Perebutan

yahudi terhadap al-aqsa sangat berkait rapat bagi memenuhi agenda para penganut

yahudi. Jadi, apakah agenda mereka? Agenda mereka adalah untuuk mempercepatkan

kedatangan Al-masih ad-Dajal atau dikalangan mereka menyebutnya ia sebagai

Messiah. Jadi apakah cara mereka untuk mempercepatkan kedatangan Messiah?

Adalah dengan membangunkan semula Temple of Solomon atau juga disebut sebagai

Haikal Sulaiman. Temple of Solomon terletak di bawah Masjidil al-aqsa di mana kuil ini

telah didirikan pada zaman nabi sulaiman. Umumnya kita ketahui, ketika zaman nabi

sulaiman, terlalu banyak ajaran sihir dan syirik sehingga sesetengah pendapat

mengatakan sesiapa yang mendapatkan buku-buku sihir ini, dan mengamalkannya,

mereka akan menguasai dunia. Pada zaman tersebut, Nabi Sulaiman merupakan Raja

yang mentadbir bukan sahaja manusia, malah binatang, jin dan sebagainya, semua akur

dan patuh dengan arahan baginda. Nabi sulaiman telah mengarahkan pengawal-

pengawalnya untuk merampas semua buku-buku sihir yang ada pada ketika itu daripada

tukang-tukang sihir dan menanam buku buku tersebut di suatu tempat yang sekarang

digelar sebagai temple of solomon dan mengarahkan pengawal-pengawalnya untuk

mengawal ketat tempat tersebut siang dan malam. Namun, setelah baginda wafat, buku-

buku sihir itu telah diambil dan diamalkan oleh mereka. Kesan dari ritual yang diamalkan

mereka, akhirnya mereka menjadi golongan yang kaya raya, terpengaruh dan dapat
menguasai dunia. Namun kuil ini telah pun hancur dan Masjidil aqsa dibina di bawah

tapak masjid tersebut. Golongan yahudi ini ingin menghancurkan Masjidi aqsa bagi

membina semula Istana Haikal Sulaiman atau juga dikenali Temple of Solomon bagi

menyambut kedatangan Dajal. Menurut kepercayaan mereka, diantara Sungai Nil dan

Furat merupakan tahan yang dijanjikan oleh mereka dan mereka haruslah membina

semula kuil asal iaitu temple of solomon di tapak dimana ia dibangunkan bagi menyambut

kedatangan Dajal.

4. Sebagai seorang pelajar IPTA, apakah usaha2 yang kita boleh lakukan bagi

menyebarkan awareness/kesedaran kepada pelajar-pelajar lain, mengenai isu

masjidil aqsa.

Menggalakkan orang ramai memberi sumbangan harta. Mereka amat memerlukannya

bagi membangunkan kembali kehidupan selepas peperangan ini berakhir. Sudah tentu

dana yang diperlukan adalah bagi tujuan perubatan, pendidikan, makan-minum,

pembangunan semula bangunan-bangunan yang dimusnahkan, pembelaan anak-anak

yatim dan macam-macam lagi. Sumbangan kewangan ini boleh disalurkan melalui

banyak NGO di Malaysia yang amat aktif berperanan seperti Aman Palestin. Kedua,

mengajak umat islam untuk berdoa. Doa adalah senjata mukmin yang paling efektif,

terutamanya dalam waktu-waktu krisis. Antara doa yang diamalkan oleh Rasulullah

adalah Qunut Nazilah. Jangan lupa doakan kemenangan umat Islam setiap kali selepas

solat fardu dan juga pada kesempatan-kesempatan lain. Selain itu,pelajar- pelajar boleh

menyebarkan isu-isu dan berita semasa keadaan di palestin. Di semua platform seperti

Blog, Facebook, Twitter, YouTube atau apa jua medium yang ada. Seterusnya,

menggalakkan rakan dan kenalan terdekat untuk menghadiri kempen atau majlis ilmu
berkaitan palestin. Majlis ilmu ini boleh dianjurkan oleh banyak pihak di masjid atau surau

setiap bulan agar hal hal berkaitan Palestine tidak dilupakan dengan mudah. Akhir sekali,

kempen kesedaran: Kesedaran tentang isu Palestin mesti dipromosikan seluas-luasnya.

Gunakanlah apa sahaja medium komunikasi yang ada untuk menyedarkan masyarakat

tentang kepentingan isu ini kepada umat Islam dari semua peringkat contohnya dari

peringkat sekolah.

5. Seorang pendakwah yang mempunyai pengetahuan agama yang tinggi,

bagaimanakah cara ustaz untuk memberi kesedaran kepada kepada sesetengah

golongan masyarakat hari ini, yang masih memandang remeh dan enteng tentang

isu mengapa perlunya kita pertahankan masjidil aqsa.

Antaranya ialah dengan menyebarkan semua perkara dan berita yang berlaku di

Palestine. Hal ini dapat membuka mata ramai pihak apabila mereka melihat gambar

gambar serangan serta mangsa mangsa yang tercedera. Kedua ialah, didik anak-anak

dengan semangat pembebasan Al Aqsa: Isu Palestin juga mesti diterapkan dalam diri

anak-anak. Bagi mereka yang telah berkeluarga dan mempunyai anak-anak, letakkanlah

agenda cakna Palestin sebagai salah satu agenda utama dalam keluarga. Anak anak

akan menyampaikan kepada rakan rakan mereka dan seterunya ibu bapa rakan rakan

tersebut. Akhir sekali, mengajar serta tolong memperbaiki kualiti ibadah sahabat,

semakin seseorang itu mempunyai iman yang tinggi dan kukuh semakin terbuka hatinya

untuk mengambil tahu tentang perkara perkara yang terjadi kepada saudara mara

sesame islam di Palestine.


AKTIVITI 2: MEMBUKA SOALAN KEPADA PENONTON

Panel Jemputan : Ustaz Adam Bin Zakaria


Panel 1 : Nur Nabilahuda Binti Jamaludin
Panel 2 : Nursyafika binti Masrom
Peralatan : Gadget tersendiri
Tempat : Aplikasi Google Meet
Masa : 5 minit

Objektif Aktiviti:
1) Menjawab persoalan atau kekeliruan daripada para penonton yang hadir.

Pelaksaan Aktiviti:

1) Setelah selesai soalan-soalan yang ditanya kepada para panel, sesi tersebut

adalah dimana para penonton dialu-alukan untuk bertanya kepada panel-panel

tertentu mengenai soalan-soalan yang ingin mereka tanyakan. Penonton yang

mempunyai soalan akan meninggalkan soalan di ruang komen yang akan dibaca

oleh moderator satu persatu.

2) Panel akan menjawab soalan-soalan oleh penonton yang dibaca oleh moderator.
Disediakan Oleh: Disemak Oleh:
_________________
_________________
Nur Nabilahuda Binti Jamaludin
Ustaz Mohd Sairin Bin Sarlan
Ketua Program Sulam
Pensyarah Program Sulam
Forum Memartabatkan Al-Aqsa
Kelab Pengurusan Masjid

Dibantu oleh:
________________

Nursyafika Binti Masrom


Setiausaha Program Sulam
Forum Memartabatkan Al-Aqsa

Anda mungkin juga menyukai