Anda di halaman 1dari 9

AL-KHANTA BINTI AMRU Al-Khansa terkenal dengan gelaran; lbu para syuhada.

Al-Khansa dilahirkan pada zaman jahiliyah dan tumbuh besar di tengah suku bangsa Arab yang mulia, yaitu Bani Mudhar. Sehingga banyak sifat mulia yang terdapat dalam diri Al-Khansa. Beliau adalah seorang yang fasih, mulia, murah hati, tenang, berani, tegas, tidak kenal pura-pura, suka berterus terang. Dan selain keutamaan itu, beliau pun pandai bersyair. Beliau terkenal dengan syair-syairnya yang berisi kenangan kepada orang-orang yang dikasihinya yang telah tiada mendahului ke alam baka. Terutama kepada kedua saudara lelakinya, yaitu Muawiyah dan Sakhr yang telah meninggal dunia. Diriwayatkan bahwa ketika Adi bin Hatim dan saudarinya, Safanah binti Hatim datang ke Madinah dan menghadap Rasulullah SAW, maka berkata, Ya Rasulullah, dalam golongan kami ada orang yang paling pandai dalam bersyair dan orang yang paling pemurah hati, dan orang yang paling pandai berkuda. Rasuluilah SAW bersabda, Siapakah mereka itu. Sebutkanlah namanya. Adi menjawab, Adapun yang paling pandai bersyair adalah Umruul Qais bin Hujr, dan orang yang paling pemurah hati adalah Hatim Ath-Thai, ayahku. Dan yang paling pandai berkuda adalah Amru bin Madikariba. Rasuluilah SAW menukas, Apa yang telah engkau katakan itu salah, wahai Adi. Orang yang paling pandai bersyair adalah Al-Khansa binti Amru, dan orang yang paling murah hati adalah Muhammad Rasulullah, dan orang yang paling pandai berkuda adalah Ali bin Abi Thaiib. Jarir ra. pernah ditanya, Siapakah yang paling pandai bersyair? Jarir ra. menjawab, Kalau tidak ada Al-Khansa tentu aku. Al-Khansa sangat sering bersyair tentang kedua saudaranya, sehingga hal itu pernah ditegur olah Umar bin Khattab ra. Umar ra. pernah bertanya kepada Khansa, Mengapa matamu bengkak-bengkak? Khansa menjawab, Karena aku terlalu banyak menangis atas pejuang-pejuang Mudhar yang terdahulu. Umar berkata, Wahai Khansa, Mereka semua ahli neraka. Sahut Khansa, Justru itulah yang membuat aku lebih kecewa dan sedih lagi. Dahulu aku menangisi Sakhr atas kehidupannya, sekarang aku menangisinya karena ia adalah ahli neraka. Al-Khansa menikah dengan Rawahah bin Abdul Aziz As Sulami. Dari pernikahan itu ia mendapatkan empat orang anak lelaki. Dan melalui pembinaan dan pendidikan tangantangannya, keempat anak lelakinya ini telah menjadi pahlawan-pahlawan Islam yang terkenal. Dan Khansa sendiri terkenal sebagai ibu dari para syuhada. Hal itu disebabkan dorongannya terhadap keempat anak lelakinya yang telah gugur syahid di medan Qadisiyah. Sebelum peperangan bermula, terjadilah perdebatan yang sengit di rumah Al-Khansa. Di antara keempat putranya telah terjadi perebutan kesempatan mengenai siapakah yang akan ikut berperang melawan tentara Persia, dan siapakah yang harus tinggal di rumah bersama ibunda mereka. Keempatnya saling tunjuk menunjuk kepada yang lainnya untuk tinggal di rumah. Masing-masing ingin turut berjuang melawan musuh fi sabilillah. Rupanya, pertengkaran mereka itu telah terdengar oleh ibunda mereka, Al-Khansa. Maka Al-Khansa telah mengumpulkan keempat anaknya, dan berkata, Wahai anak-anakku, sesungguhnya kalian memeluk agama ini tanpa paksaan. Kalian telah berhijrah dengan kehendak sendiri. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kalian ini putra-putra dari seorang lelaki dan dari seorang perempuan yang sama. Tidak pantas bagiku untuk mengkhianati bapamu, atau membuat malu pamanmu, atau mencoreng arang di kening keluargamu.Jika kalian telah melihat perang, singsingkanlah lengan baju dan berangkatlah, majulah paling depan nescaya kalian akan mendapatkan pahala di akhirat. Negeri keabadian. Wahai anakku, sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad itu Rasul Allah. lnilah kebenaran sejati, maka untuk itu berperanglah dan demi itu pula bertempurlah sampai mati. Wahai anakku, carilah maut niscaya dianugrahi hidup.

Pemuda-pemuda itupun keluar menuju medan perang. Mereka berjuang mati-matian melawan musuh, sehingga banyak musuh yang terbunuh di tangan mereka. Akhirnya nyawa mereka sendirilah yang tercabut dari tubuh-tubuh mereka. Ketika ibunda mereka, Al-Khansa, mendengar kematian anak-anaknya dan kesyahidan semuanya, sedikit pun ia tidak merasa sedih dan kaget. Bahkan ia telah berkata, Alhamdulillah yang telah memuliakanku dengan syahidnya putra-putraku. Semoga Allah segera memanggiiku dan berkenan mempertemukan aku dengan putra-putraku dalam naungan Rahmat-Nya yang kokoh di surgaNya yang luas. Al-Khansa telah meninggal dunia pada masa permulaan kekhalifahan Utsman bin Affan ra., yaitu pada tahun ke-24 Hijriyah. (Wanita-wanita Sahabiyah) CINTA SEORANG IBU KEPADA ANAKNYA Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr : "Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang dii ufuk barat Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku." Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dna dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran. Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuan tentera Islam. Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan ke medan perang, "Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan keturuna kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahawasaya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa."

Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang bermaksud, "Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung." Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya. Seterusnya Khansa berkata, "Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah akmu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal." Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik sahaja semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah . Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang dari mereka bersyair, "Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi." Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair, "Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur mushmusuh bersama-sama Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah." Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair, "Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri Dapatkan kemenangan yang bakal membawakegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi." Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair,

"Bukanlah aku putera Khansa', bukanlah aku anak jantan Dan bukanlah pula kerana 'Amru yang pujiannya sudah lama terkenal Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahay, dan musnah mangsa oleh senjataku." Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang lannya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka. Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat menyelamatkan diri. Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa. Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa keempat-empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan, "Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengahrapkan darii Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!" Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperanan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan 'Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid."

Al-KHANSA, IBU PARA SYUHADA Pada masa Jahiliyah tersebutlah seorang penyair wanita ulung bernama al-Khansa. Syairsyairnya begitu memikat. Simaklah syiar ratapan terbaik yang pernah diciptakannya , sesaat setelah kematian saudaranya yang bernama Shakr Al-Khansa bernama Tamadhar binti Amru bin al-Haris bin asy-Syarid. Cahaya Islam yang ditebarkan Rasulullah di Jazirah Arab telah mengetuk pintu kesadarannya. Bersama beberapa orang dari kaumnya, sang penyair menghadap Rasulullah SAW. Ia menyatakan keislamannya dan bertekad membangun aqidah tauhid.

Sang penyair pun menjadi seorang Muslimah yang baik. Ia pun menjadi salah seorang Muslimah teladan sekaligus figur cemerlang dalam keberanian dan kemuliaan diri. AlKhansa menjadi teladan mulia bagi para ibu Muslimah. Suatu ketika Rasulullah SAW memintanya bersyair. Pemimpin terbaik sepanjang zaman itu mengagumi bait-bait syair al-Khansa'. Ketika al-Khansa sedang bersyair, Rasulullah SAW berkata, "Aduhai, wahai Khansa, hariku terasa indah dengan syairmu." Suatu ketika Adi bin Hatim dan saudarinya, Safanah binti Hatim datang ke Madinah dan menghadap Rasulullah SAW, mereka berkata, Ya Rasuluilah, dalam golongan kami ada orang yang paling pandai dalam bersyair dan orang yang paling pemurah hati, serta orang yang paling pandai berkuda. Rasulullah SAW bersabda, "Siapakah mereka itu. Sebutkanlah namanya." Adi menjawab, "Adapun yang paling pandai bersyair adalah Umruul Qais bin Hujr, dan orang yang paling pemurah hati adalah Hatim Ath-Thai, ayahku. Dan yang paling pandai berkuda adalah Amru bin Madikariba." Rasulullah SAW berkata, Apa yang telah engkau katakan itu salah, wahai Adi. Orang yang paling pandai bersyair adalah Al-Khansa binti Amru, dan orang yang paling murah hati adalah Muhammad Rasulullah SAW, dan orang yang paling pandai berkuda adalah Ali bin Abi Thalib." Al-Khansa menikah dengan Rawahah bin Abdul Aziz As Sulami. Dari pernikahan itu ia mendapatkan empat orang anak lelaki. Dan melalui pembinaan dan pendidikan di bawah naungannya, keempat anak lelakinya ini telah menjadi pahlawan-pahlawan Islam yang terkenal. Al-Khansa sendiri terkenal sebagai ibu dari para syuhada. Ia adalah seorang ibu yang tegar. Al-Khansa telah berhasil mendidik keempat anaknya. Kelak keempat anak lelakinya gugur syahid di medan Qadisiyah. Sebelum peperangan dimulai, terjadilah perdebatan yang sengit di rumah al-Khansa. Keempat anaknya itu ingin turut berperang melawan tentara Persia. Mereka saling berdebat menentukan siapa yang harus tinggal di rumah mendampingi sang bunda. Perdebatan itu akhirnya sampai di telinga al-Khansa. Ketika Mutsanna bin Haritsah asy-Syaibani berangkat ke Qadisiyah di masa Amirul Mukminin Umar bin Khaththab RA, al-Khansa akhirnya berangkat bersama keempat putranya untuk menyertai pasukan tersebut. Di medan peperangan, sesaat dua para pasukan siap berperang, al-Khansa mengumpulkan keempat putranya. Ia memberikan petuah, bimbingan serta mengobarkan semangat jihad fi sabilillah dan buah hatinya tetap istiqamah berperang di jalan Allah dan mengharapkan syahid. Dengan penuh ketegaran al-Khansa bertutur,'' Wahai anak-anakku, sesungguhnya kalian telah masuk Islam dengan ketaatan dan tanpa paksaan, kalian telah berhijrah dengan sukarela dan Demi Allah, tiada Illah selain Dia.'' Ia lalu melepas anak-anaknya dengan penuh haru dan ikhlas. Hingga akhirnya, berita syahidnya empat bersaudara itu sampai di telinganya. Kesabaran dan keikhlasan tak membuatnya sedih ketika mendengar kabar itu. Segala puji bagi Allah yang

memuliakan diriku dengan syahidnya mereka, dan aku berharap kepada Rabb-ku agar Dia mengumpulkan diriku dengan mereka dalam rahmat-Nya. Umar bin Khattab paham betul keutamaan al-Khansa dan putra-putranya. Khalifah Umar senantiasa memberikan bantuan yang menjati jatah keempat anaknya kepada al-Khansa, hingga ibu para syuhada itu wafat. Al-Khansa meninggal dunia pada masa permulaan kekhalifahan Utsman bin Affan RA, pada tahun ke-24 Hijriyah.

AL-KHANTA BINTI AMRU, 2 Seperti apakah susuk tauladan yang baik bagi seorang ibu dalam menunaikan kewajipan mendidik anak-anak? Ada satu rangkap kata-kata yang tidak asing lagi di telinga kita iaitu tangan yang disangka lembut menghayun buaian telah menggoncang dunia mencipta sejarah. Sesuailah rangkap kata-kata ini untuk kita mengenali siapakah gerangan hamba Allah yang telah melahirkan dan mendidik empat orang Mujahid perang al-Qadisiyyah yang terkenal dalam sejarah Islam. Dialah al-Khansa. Al Khansa adalah gelaran seorang wanita yang bernama Tumazhir binti Amru bin Sulami. Lafazh al-Khansa (muannats) diambil dari kata kha-na-sa (al-Khanas), artinya hidung yang pipih, dan agak naik ke atas. Jadi,al-Khansa adalah gelaran bagi wanita yang hidungnya seperti itu.. Al-Khansa dilahirkan pada zaman jahiliyah dan membesar di tengah suku bangsa Arab yang mulia, iaitu Bani Mudhar. Sehingga banyak sifat mulia yang terdapat dalam diri Al-Khansa. la adalah seorang yang fasih, mulia, murah hati, tenang, pemberani, tegas, tidak pernah berpura-pura, suka berterus terang dan dialah wanita Arab pertama yang pandai bersyair. Pandai bersyair.

Para sejarawan sepakat bahawa sejarah tidak pernah menceritakan wanita yang lebih pandai bersyair berbanding al-Khansa, sebelum ataupun selepas beliau meninggal dunia. Pada mulanya beliau tidak pandai bersyair tetapi hanya boleh melantunkan dua atau tiga bait sahaja. Diriwayatkan bahawa ketika Adi bin Hatim dan saudara perempuannya, Safanah binti Hatim datang ke Madinah dan menghadap Rasulullah SAW, maka mereka berkata, "Ya Rasulullah, dalam golongan kami ada orang yang paling pandai dalam bersyair dan orang yang paling pemurah hati, dan orang yang paling pandai berkuda." Rasulullah SAW bersabda, Siapakah mereka itu. Sebutkanlah namanya. Adi menjawab, Adapun yang paling pandai bersyair adalah Umru'ul Qais bin Hujr, dan orang yang paling pemurah hati adalah Hatim Ath-Tha'i, ayahku. Dan yang paling pandai berkuda adalah Amru bin Ma'dikariba. Rasuluilah SAW membalas, "Apa yang telah engkau katakan itu salah, wahai Adi. Orang yang paling pandai bersyair adalah Al-Khansa binti Amru, dan orang yang paling murah hati adalah Muhammad Rasulullah, dan orang yang paling pandai berkuda adalah Ali bin Abi Thalib. Di zaman jahiliyyah, beliau terkenal dengan syair-syairnya yang menceritakan kenangan tentang orang-orang yang dikasihi terutamanya dua saudara lelakinya, yaitu Mu'awiyah dan Sakhr yang telah meninggal dunia. Ketika Muawiyah terbunuh, beliau meratapi kematiannya dalam beberapa bait syair. Tidak lama selepas itu, Shakhr pula terbunuh. Al-

Khansa amat mencintai saudaranya ini, karena dia amat penyabar, penyantun, dan bertanggungjawah terhadap keluarga. Kematiannya menyebabkan al-Khansa sangat tersentak, lalu muncullah bakat bersyairnya yang selama ini terpendam. Jarir ra. pernah ditanya, Siapakah yang paling pandai bersyair? Jarir ra. menjawab, Kalau tidak ada Al-Khansa, tentu aku. Al-Khansa selalu bersyair tentang kedua-dua saudaranya, sehingga beliau pernah ditegur oleh Umar bin Khattab ra. Umar ra. pernah bertanya kepada Khansa, Mengapa matamu bengkak-bengkak? Khansa menjawab, Karena aku terlalu banyak menangis atas pejuang-pejuang Mudhar yang terdahulu." Umar berkata, Wahai Khansa, mereka semua ahli neraka. Sahut Khansa, sebab itulah yang membuatkan aku lebih kecewa dan lebih sedih. Dahulu aku menangisi Sakhr atas kehidupannya, sekarang aku menangisinya kerana dia adalah ahli neraka. Dan Khansa pun terus menangis di hadapan Umar sampai khalifah itu merasa kasihan, kemudian beliau menoleh kepada para sahabatnya lalu berkata, Biarkan dia dengan urusannya. Selepas keluar daripada menghadap Khalifah Umar, Khansa pergi menemui Aisyah Ummul-Mukminin dan meluahkan segala kesedihannya. Beliau merasa seperti mendapat ubat dan hiburan daripada Aisyah yang menambahkan kesabaran dan ketaqwaannya sehingga kemudiannya beliau ikut serta bersama para wanita muslimah lain menyebarkan syiar ajaran Islam dan berjihad di jalan Allah. Keislaman al-Khansa dan Kaumnya

Tatkala mendengar mengenai dakwah Islam, al-Khansa pergi menemui Rasulullah bersama kaumnya, Bani Sulaim, dan menyatakan keislaman mereka. Ahli-ahli sejarah menceritakan bahawa pernah suatu ketika Rasulullah menyuruhnya melagukan syair, kemudian kerana kagum dengan keindahan syairnya, baginda mengatakan, Ayuh teruskan, tambah lagi syairnya, wahai Khansa! sambil mengisyaratkan dengan jari telunjuk baginda. Khansa telah banyak menitiskan duka hatinya menerusi syair. Kedukaannya semakin lama semakin reda, dan hatinya menjadi damai setelah beliau bersama kaumnya pergi menemui Rasulullah untuk menyatakan baiat masuk Islam. Baliau keluarlah dari tempat duduk Rasulullah dengan rasa penuh keimanan dan kesabaran, walaupun masih meratapi kedua saudaranya. Cuma, kini beliau tidak meratap sambil menampar pipi dan mengoyakkan baju seperti yang dilakukan dulu. Islam sebagai agama yang baru saja dipeluknya, mengharamkan perbutan tersebut. Begitulah kuatnya umat Islam terdahulu berpegang pada ajaran Islam seperti firman Allah SWT: Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin apabila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka, ialah ucapan: "Kami mendengar dan kami patuh." Dan mereka itulah orang-orang yang untung. Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan. [TMQ an-Nuur (24): 5152] Wasiat al-Khansa Bagi Keempat-empat Anaknya

Al-Khansa berkahwin dengan Rawahah bin Abdul Aziz As Sulami. Dari pernikahan itu beliau dikurniakan empat orang anak lelaki. Setelah melalui pembinaan dan pendidikan tangan-tangannya, keempat-empat anak lelakinya itu telah menjadi pahlawan-pahlawan Islam

yang terkenal dan Khansa sendiri terkenal sebagai ibu dari para syuhada kerana dorongannya terhadap keempat-empat anak lelakinya yang telah gugur syahid di medan Qadisiyah . Dalam sebuah riwayat disebutkan, bahwa al-Khansa dan keempat-empat puteranya ikut serta dalam perang al-Qadisiyyah. Sebelum peperangan itu bermula, terjadilah perdebatan yang sengit di rumah Al-Khansa. Keempat-empat puteranya berdebat untuk menentukan siapakah yang patut diberi peluang untuk ikut berperang melawan tentara Parsi, dan siapakah yang patut tinggal di rumah bersama ibu mereka. Keempat-empatnya saling tunjuk menunjuk kepada yang lain untuk tinggal di rumah. Masing-masing ingin turut berjuang melawan musuh fi sabilillah. Ruparupanya, pertengkaran mereka itu telah didengari oleh ibu mereka. Maka Al-Khansa mengumpulkan keempat-empat anaknya, dan berkata, Wahai anak-anakku, sesungguhnya kalian memeluk agama ini tanpa paksaan. Kalian telah berhijrah dengan kehendak sendiri. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kalian ini putera-putera daripada seorang lelaki dan daripada seorang perempuan yang sama. Tidak patut bagiku untuk mengkhianati bapamu, atau memalukan bapa saudaramu, atau menconteng arang di kening keluargamu. Jika kalian telah melihat perang, singsingkanlah lengan baju dan berangkatlah, majulah ke barisan paling depan niscaya kalian akan mendapatkan pahala di akhirat, negeri keabadian. Wahai anakku, sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasul Allah. lnilah kebenaran sejati, maka untuk itu berperanglah dan demi itu pula bertempurlah sampai mati. Wahai anakku, carilah maut nescaya dianugerahi hidup. Kalian semua tahu betapa besar pahala yang Allah janjikan bagi orang-orang yang beriman ketika berjihad melawan orang-orang kafir. Ketahuilah bahawa negeri akhirat yang kekal itu jauh lebih baik dari negeri dunia yang fana. Allah Azza wa Jalla berfirman,Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. [TMQ ali Imran (3): 200] Andaikata esok kalian masih diberi kesihatan oleh Allah, maka perangilah musuh kalian dengan gagah berani, mintalah kemenangan ke atas musuhmu dari Ilahi. Apabila pertempuran mulai sengit dan api peperangan mulai menyala, terjunlah kalian ke jantung musuh, bunuhlah pemimpin mereka saat perang tengah berkecamuk, mudah-mudahan kalian meraih ghanimah dan kemuliaan di negeri yang kekal dan penuh kenikmatan. Kepahlawanan Keempat-empat Anaknya

Terdorong oleh nasihat ibunya, keempat-empat puteranya tampil dengan gagah berani. Mereka bangkit demi merealisasikan impian si ibu. Dan tatkala fajar menyingsing, majulah keempat-empat puteranya menuju kem-kem musuh. Sesaat kemudian, anak pertama memulakan serangannya dengan pedang terhunus sambil bersyair, Saudaraku, ingatlah pesan ibumu tatkala ia menasihatimu di waktu malam.. Nasihatnya sungguh jelas dan tegas, Majulah dengan geram dan wajah muram! Yang kalian hadapi nanti hanyalah anjing-anjing Sasan yang mengaum geram.. Mereka telah yakin akan kehancurannya, maka pilihlah antara kehidupan yang tenteram atau kematian yang penuh keberuntungan Ibarat anak panah, anak pertama terus meluru ke tengah-tengah musuh dan berperang mati-

matian hingga akhirnya gugur. Semoga Allah merahmatinya. Berikutnya adalah giliran anak yang kedua maju menyerang sambil bersyair, Ibunda adalah wanita yang hebat dan tabah, pendapatnya sungguh tepat dan bijaksana Ia perintahkan kita dengan penuh bijaksana, sebagai nasihat yang tulus bagi puteranya Majulah tanpa memikirkan jumlah mereka dan raihlah kemenangan yang nyata Atau kematian yang sungguh mulia di jannatul Firdaus yang kekal selamanya Kemudian dia bertempur hingga ke titisan darah yang terakhir mengikuti saudaranya ke alam baqa. Semoga Allah merahmatinya. Lalu yang ketiga mengambil bahagian. Dia maju mengikuti jejak saudaranya, lalu bersyair, Demi Allah, takkan kudurhakai perintah ibu perintah yang sarat dengan rasa kasih sayang Sebagai kebaktian nan tulus dan kejujuran maka majulah dengan gagah ke medan perang.. Hingga pasukan Kisra terpukul mundur atau biarkan mereka tahu, bagaimana cara berjuang Janganlah mundur kerana itu tanda kelemahan , raihlah kemenangan walaupun maut menghadang Kemudian dia terus bertempur hingga mati terbunuh. Semoga Allah merahmatinya. Seterusnya, tibalah giliran anak yang terakhir menyerang. Ia maju lantas bersyair, Aku bukanlah anak si Khansa maupun Akhram , tidak juga Umar atau nenek moyang yang mulia, Jika aku tak menghalau pasukan Ajam, melawan bahaya dan menghancurkan barisan tentera Demi kemenangan yang menanti, dan kejayaan ataulah kematian, di jalan yang lebih mulia Lalu dia pun bertempur habis-habisan hingga gugur. Semoga Allah meredhainya bersama ketiga-tiga saudaranya. Ketika berita gugurnya keempat-empat anaknya tadi sampai telinga al-Khansa, beliau hanya tabah sambil mengatakan,Segala puji bagi Allah yang memuliakanku dengan kematian mereka. Aku berharap kepada-Nya agar mengumpulkanku bersama mereka dalam naungan rahmat-Nya. Wahai ibu-ibu yang menghayunkan buaian!

Memang telah menjadi kewajipan kalian mendidik anak-anak, tetapi apakah matlamat yang harus kalian tetapkan dalam proses pendidikan tersebut? Jawapannya adalah untuk menjadikan anak-anak kalian hamba-hamba Allah yang bertaqwa sehingga sanggup mengorbankan nyawa demi mempertahankan Islam di bawah pimpinan Khalifah Islam dan untuk terus menyebarkan Islam ke setiap pelosok dunia dengan jalan jihad. Jadi, al-Khansa, ibu para syuhada ini, adalah salah satu susuk peribadi seorang ibu yang boleh dijadikan teladan oleh ibu-ibu masa kini. Sesungguhnya kewajipan menyebarkan Islam melalui jihad adalah tanggungjawab Daulah Khilafah dan telah menjadikan kewajipan kita semua berusaha mewujudkannya serta mendidik anak-anak kita berjuang dengannya. wallahu 'alam Al-Khansa ra. berpesan kepada 4 anaknya mengantarkan mereka untuk jihad, Wahai anak-anakku ! Kalian tidak pernah berkhianat pada ayah kalian. Demi Allah, kalian berasal dari satu keturunan. Kalianlah orang yang ada dalam hatiku. Jika kalian menuju ke medan perang, jadilah kalian pahlawan. Berperanglah ! Jangan kembali. Aku membesarkan kalian untuk hari ini.

Anda mungkin juga menyukai