Anda di halaman 1dari 14

KAJIAN TEKS SYARIAH

PPPG3252

TAJUK
BAB AQIQAH

PENSYARAH
DR. NURUL ILYANA BINTI MUHD ADNAN

PELAJAR
SITI FAIRUZ BINTI MAT DESA A144910
NOR FATIHA ASMIZA BINTI AB RAHMAN A144941
MAS NURUL AMIRAH BINTI ABDUL MALEK A146911

BAB AQIQAH










(Fasal) menjelaskan hukum-hukum aqiqah.










Aqiqah secara bahasa adalah nama bagi rambut yang berada di atas
kepala anak yang dilahirkan.








)


(




(



)
Dan secara syara akan dijelaskan oleh pengarang dengan
perkataan beliau sendiri, aqiqah untuk anak yang dilahirkan adalah
disunnahkan.

(
pengarang mentafsirkan aqiqah dengan perkataan beliau, aqiqah
adalah binatang yang disembelih sebab bayi yang dilahirkan pada
hari ketujuh bayi tersebut, maksudnya pada hari ketujuh
kelahirannya.















Dan dikira hari kelahirannya termasuk dalam hitungan tujuh hari
tersebut walaupun bayi yang telah dilahirkan itu meninggal dunia
sebelum hari ketujuh (kesunnahan tetap berlaku)







Kesunnahan aqiqah tidak hilang disebabkan ia ditunda hingga
melebihi hari ketujuh.
















Namun, jika aqiqah ditundah hingga anak tersebut baligh, maka
hukum aqiqah gugur bagi orang yang melakukan aqiqah untuk anak
tersebut.












Sedangkan bagi anak itu sendiri, maka dibolehkan untuk melakukan
aqiqah untuk dirinya sendiri ataupun tidak melakukannya.













Disunnahkan menyembelih dua ekor kambing sebagai aqiqah untuk
anak lelaki dan menyembelih satu ekor kambing untuk anak
perempuan.

Sebagian ulama berkata, adapun anak khuntsa, maka masih


ihtimal / dimungkinkan disamakan dengan anak laki-laki atau
dengan anak perempuan.








Namun, seandainya kemudian jelas kelakiannya, maka disunnahkan
untuk menambahi kekurangannya.






Aqiqah menjadi berlipat ganda sebab berlipat gandanya anak.













Bagi orang yang melaksanakan aqiqah, maka harus memberi makan
kaum faqir dan kaum miskin.



Ia memasak aqiqah tersebut dengan rasa manis dan
memberikannya sebagai hadiah pada orang-orang faqir dan miskin.
Dan hendaknya tidak menjadikan aqiqah sebagai acara undangan.
Dan hendaknya tidak memecahkan tulang-tulangnya.



Ketahuilah sesungguhnya usia binatang aqiqah, tiada cacat yang
boleh mengurangi dagingnya, memakannya, mensedekahkan
sebagiannya, tidak boleh menjualnya dan menjadi wajib jika
disebabkan nadzar. Hukumnya adalah sesuai dengan hukum yang
telah dijelaskan di dalam permasalahan binatang kurban.




Disunnahkan untuk mengumandangkan adzan di telinga kanan bayi
yang baru dilahirkan dan mengumandangkan iqamah di telinga
kirinya.




Dan disunnahkan melakukan tahnik kepada bayi yang dilahirkan
dengan menggunakan kurma kering. Maka seseorang menguyah
kurma dan meletakannya pada lelangit bagian dalam mulut si bayi
agar ada sebagian dari kurma tersebut yang masuk ke dalam
perutnya.











jika tidak mempunyai kurma kering, maka boleh menggunakan
kurma basah, dan jika tidak ada juga, maka dibolehkan
menggunakan sesuatu yang manis.







Dan disunnahkan memberi nama si bayi pada hari ketujuh
kelahirannya.







Dan diperbolehkan memberi nama si bayi sebelum atau setelah hari
ke tujuh.












Seandainya si bayi meninggal dunia sebelum hari ke tujuh, maka
disunnahkan untuk memberi nama padanya.

1.0

PENGERTIAN AQIQAH
1.1

Pengertian Aqiqah Dari Segi Bahasa :


a) Aqiqah menurut bahasa ertinya rambut yang
tumbuh di atas kepala bayi yang dibawanya waktu
lahir. Demikian pendapat Ubaid, Ashmui dan
Zamakhsyari.
b) Dalam bahasa Arab, kata bahimatul anaam
(binatang ternakan) adalah termasuk unta, lembu,
kerbau,biri-biri,kibas dan kambing, bukan yang lain.
[Al Jabari, 1994]
c) Aqiqah menurut bahasa ertinya ` memotong . Pada
asalnya ialah rambut yang terdapat pada kepala bayi
ketika bayi tersebut keluar dari rahim ibunya, rambut
itu dinamakan dengan aqiqah kerana ianya harus
dipotong (dicukur ).

1.2 Pengertian Aqiqah Dari Segi Istilah :


Menurut Istilah pula aqiqah ialah haiwan yang disembelih
kerana bayi atau untuk bayi yang dilahirkan. Dinamakan
sembelihan itu dengan aqiqah adalah kerana haiwan
tersebut disembelih pada hari mencukur rambut kepala
bayi itu.
1.3

Pengertian Aqiqah Menurut Syara :


a) Menurut istilah hukum syara, aqiqah ialah
penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan
anak, disamping mencukur atau memotong
rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.
b) Aqiqah dalam pengertian syara` ialah binatang
ternakan yang berkaki empat ( bahimatul an`am)
yang disembelih ketika hendak mencukur rambut
kepala anak yang baru dilahirkan, sama ada
disembelih pada hari ketujuh atau selepasnya.

2.0

SEJARAH ASAL-USUL IBADAH AQIQAH

Diriwayatkan oleh Buraidah bahawa pada zaman Jahiliyyah, apabila


kami mendapat seorang anak lelaki, maka kami menyembelih
seekor kambing, maka kami mencukur kepala bayi tersebut, lalu
kepalanya kami sapu dengan darah kambing yang disembelih itu.
Menurut riwayat Ibnu Sakan pula. Orang-orang Jahiliyyah
meletakkan kapas yang telah dicelup dengan darah aqiqah lalu
kapas yang penuh dengan darah tersebut disapu ke ubun-ubun bayi
yang baru saja dilahirkan itu.
Setelah datangnya Islam, perkara itu tidak dibenarkan oleh
Rasullullah s.a.w. Baginda S.A.W menyuruh menggantikannya
dengan meletakkan haruman kasturi pada kepala bayi yang baru
dilahirkan itu kerana ada satu peristiwa yang berlaku dimana
Rasulullah menyembelih dua ekir kambing untuk cucu Rasulullah
iaitu Hassan dan Hussin kemudian diikuti oleh para sahabat.

3.0 HUKUM AQIQAH


Hukum melakukan aqiqah itu adalah sunat muakkadah iaitu sunat
yang sangat digalakkan oleh Islam. Sebagaimana perbuatan Nabi
Muhammad saw ketika Baginda mengaqiqahkan cucundanya Hassan
dan Hussain. Ianya bukanlah perkara yang wajib dilakukan kerana
hal ini pernah ditanyakan kepada Rasulullah, lalu Baginda saw
bersabda yang maksudnya :
Allah tidak menyukai kederhakaan, seolah-olah Baginda tidak
suka menyebut nama itu (aqiqah). Baginda bersabda: Barang siapa
yang dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan

untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor


kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor
kambing. [HR. Abu Daud]
Maksud hadis daripada perkataan ( suka atau ingin
menyembelihkan untuk anaknya) itu menunjukkan tidak wajib
melakukan aqiqah, melainkan jika aqiqah itu dinazarkan barulah
ianya dipanggil aqiqah wajib.
Imam Syafie berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat
muakkad. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; Berserta anak
itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah
sesuatu yang membahayakan daripadanya. [HR. Tirmizi]
Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari
ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama. [HR. Ahmad dan Tirmizi]
Rasulullah s.a.w. bersabda : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w
menuntut untuk dinamakan anak (yang baru lahir) pada hari
ketujuh, dicukur rambutnya dan diaqiqahkannya. [ HR. Riwayat
Tirmizi]
Imam Malik menyatakan bahawa, hukum aqiqah ini adalah
perintah yang tidak dapat diperselisihkan lagi.

4.0 JENIS HAIWAN DAN KADAR AQIQAH


Haiwan yang digunakan untuk perlaksanaan ibadah aqiqah perlu
memenuhi syarat-syarat yang serupa dengan haiwan-haiwan untuk
ibadah korban.
1. Kambing, biri-biri dan kibas melebihi satu tahun
2. Lembu dan Kerbau- melebihi dua tahun
3. Unta- melebihi lima tahun

Haiwan-haiwan ini hendaklah terdiri daripada haiwan ternak


(Bahimatul Anaam)-yang mempunyai empat kaki- dalam keadaan
tidak cacat, tidak buta, tidak bunting dan tidak terlalu kurus.
Menurut Imam Malik,Asy-Syafie,Ahmad dan jumhur ulama ,
bahawa aqiqah adalah sah dengan penyembelihan haiwan empat
kaki (Bahimatul An-`aam) seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan
biri-biri dan kibas ( sama seperti ibadah korban). Pelaksanaan
penyembelihan haiwan tersebut di dalam ibadah aqiqah juga
mempunyai syarat-syarat tertentu seperti berikut;
1. Unta berumur 5 tahun dan masuk tahun ke 6.
2. Lembu atau kerbau berumur 2 tahun masuk tahun ke 3.
3. Kambing atau biri-biri berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi.
4. Kibas berumur 1 tahun atau telah bersalin gigi.
5. Haiwan tersebut juga disyaratkan tidak cacat.
Manakala,rusa, kijang dan kancil tidak termasuk dalam
kategori

Bahimatul

Anaam.Maka

ketiga-tiga

haiwan

tersebut(rusa,kijang dan kancil) tidak dibolehkan untuk dijadikan


sebagai haiwan aqiqah.
Yang lebih utama(Afdhal) untuk kadar aqiqah bagi seorang
anak lelaki ialah 2 ekor kambing dan untuk anak perempuan seekor
kambing, kerana ada hadis riwayat Aisyah yang maksudnya:
Rasullulah s.a.w. memerintahkan kepada kami supaya
menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing
dan untuk perempuan seekor.
Perlaksanaan ibadah aqiqah dianjurkan baik untuk anak lelaki
mahupun anak perempuan, sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w.
yang bemaksud;

Anak lelaki diaqiqahkan dengan dua ekor kambing dan anak


perempuan diaqiqahkan dengan seekor kambing. [ HR. Ahmad &
Tirmizi].
Rasulullah bersabda; Rasulullah s.a.w telah memerintahkan kepada
kami untuk mengaqiqahkan anak lelaki dengan dua ekor kambing
dan anak perempuan dengan satu ekor kambing. [ HR. Ibnu Abi
Syaiban].
Hadis di atas secara keseluruhannya menunjukkan dua perkara;
1. Baik anak lelaki mahupun perempuan, sama-sama syariatkan
supaya dilaksanakan aqiqah.
2. Perbezaan bahawa anak lelaki dengan 2 ekor kambing
sedangkan anak perempuan dengan satu ekor kambing.
Walaubagaimanapun,anak lelaki sebaik-baiknya(afdhal)
diaqiqahkan dengan 2 ekor kambing,manakala anak
perempuan pula seekor kambing. Akan tetapi seekor kambing
sudah memadai bagi tujuan menunaikan tuntutan ibadah
aqiqah tersebut, ini kerana Rasulullah s.a.w. sendiri
melaksanakan aqiqah untuk cucu baginda dengan seekor
kambing sahaja.
Dalam sebuah hadis diriwayatkan; Bahawa Rasulullah s.a.w
telah mengaqiqah Hassan dan Hussain dengan satu ekor biri-biri.
[HR. Abu Daud].
Aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki ini bukanlah
merupakan suatu kemestian, kerana Rasulullah s.a.w telah
membuat aqiqah Hasan dan Husin, masing-masing seekor kibas.
Haiwan aqiqah seperti lembu, kerbau dan unta boleh dikongsi
sehingga 7 bahagian bersamaan 7 ekor kambing.

5.0 AQIQAH ANAK ZINA


Menurut Ibnu Hajar adalah sunat ibu tersebut melakukan aqiqah
bagi anak zina itu, akan tetapi aqiqah itu hendaklah dilakukan
secara sembunyi-sembunyi ( tidak dizahirkan) agar tidak
menimbulkan keaiban.

6.0 WAKTU AQIQAH


Apabila ibu bapa itu tidak mampu membuat aqiqah anaknya, ketika
berusia 7 hari, bolehlah diperbuatnya ketika umur anak 14 hari.
Kemudiannya ketika umur 21 hari. Jika tidak boleh, maka sunat
diperbuatnya hingga anak itu dewasa (baligh).
Dalam menentukan waktu yang terbaik untuk seseorang itu
melaksanakan aqiqah, kita perhatikan pandangan Imam Ahmad ibn
Hanbal yang menyatakan bahawa penyembelihan aqiqah
dilaksanakan pada hari ketujuh, jika tidak dapat maka pada hari
keempat belas, jika tidak dapat juga maka lakukanlah pada hari
kedua puluh satu. Adapun jika pada hari-hari tersebut tidak dapat
dilaksanakan kerana tidak berkemampuan, maka penyembelihan
boleh dilakukan pada hari-hari lain yang memungkinkannya
melaksanakan aqiqah tersebut.
Rasulullah s.a.w bersabda : seorang anak terikat dengan aqiqahnya
yang disembelih pada hari ketujuh, dan dicukur serta diberi nama.
[HR. Ahmad dan Tirmizi].

Apabila anak sudah dewasa, maka sunat bagi ibu bapa


membuat korbannya, tidak membuat aqiqahnya. Menurut satu
golongan, jika seorang anak sudah dewasa, tetapi belum dibuat

aqiqahnya oleh ibu bapanya, maka sunat baginya membuat aqiqah


dirinya sendiri.
Sebagaimana penjelasan di atas, jika penyembelihan aqiqah
itu dilakukan selepas hari ketujuh ataupun sebelum hari ketujuh
selepas kelahiran adalah memadai aqiqah tersebut. Ini kerana
adanya sebab yang mensyariatkan ibadat aqiqah tersebut iaitu
kelahiran anak. Akan tetapi jika aqiqah itu dilakukan sebelum
kelahiran anak, maka tidak memadai aqiqahnya itu melainkan ianya
hanya dikira sebagai binatang sembelihan biasa sahaja. (Al-Majmu:
8/323).
Adapun menurut Ibnu Hajar, tidak disunatkan aqiqah itu bagi
anak keguguran melainkan jika ditiupkan padanya roh. Jika anak
keguguran itu tidak ditiupkan padanya roh, maka tidaklah
dibangkitkan dan tidak memberi manfaat anak itu di akhirat kelak.
(Bughyah al-Mustarsyidin: 258)
Manakala anak damit yang mati sebelum atau selepas hari
ketujuh daripada kelahirannya dan dia berkemampuan untuk
menyembelih binatang, maka sunat diaqiqahkan anak tersebut.
(Ianah ath-Thalibin: 2/526 dan al-Majmu: 8/323)

7.0

PERBEZAAN

ANTARA

AQIQAH

DAN

KORBAN

1. Aqiqah dituntut perlaksanaannya sekali seumur hidup,


manakala ibadah korban disunatkan perlaksanaannya setiap
tahun iaitu pada Hari Raya Haji.
2. Daging sembelihan aqiqah sunat diagihkan setelah dimasak,
adapun daging sembelihan korban pula sunat diagihkan dalam
keadaan mentah.

3. Tidak digalak mematahkan tulang haiwan sembelihan aqiqah,


sebaliknya haiwan sembelihan korban tidak dilarang.
4. Sunat menghadiahkan kaki kanan haiwan sembelihan aqiqah
kepada bidan yang menyambut kelahiran, berbeza dengan
korban tidak disunatkan demikian.
8.0 HIKMAH MELAKSANAKAN IBADAH AQIQAH

Hikmah di sebalik pelaksanaan ibadah aqiqah itu sangat banyak,
hanya Allah yang mengetahuinya, akan tetapi ulama telah
menggariskan beberapa hikmah yang dapat difahami, antaranya :
1. aqiqah itu merupakan suatu ibadah yang bertujuan
mendekatkan diri anak kepada Allah S.W.T dari peringkat awal
lagi.
2. Sebagai fidyah (tebusan) untuk menebus diri anak dari segala
mara bahaya dan bala bencana, sebagaimana Allah telah
menebus Nabi Ismail dengan seekor kibas.
3. Sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran atas kurniaan
anak dan nikmat rezeki.
4. Mengukuhkan lagi pertalian kekeluargaan dan hidup
bermasyarakat melalui jamuan dan agihan lauk daripada
daging aqiqah.
5. Mendapatkan ganjaran di sisi Allah pada hari kiamat

9.0 RUJUKAN

Adnan Tharsyah. . Fikih aqiqah : Tanya jawab Seputar Tentang


Aqiqah. Azus Ariffin.

Media Zikr. 2007.

Adnan Hassan. Tanggungjawab Ayah Terhadap Anak Laki-laki. Shalih


Baharits.

Gema Insani Press. 1996

Ibnu Basyar. Tuntutan aqiqah. Katalog Dalam Terbitan. 2000


Maktabah Ubaikan. Yang Disenangi Nabi dan Yang Tidak Disukai
Nabi, Riyadh

Saudi Arabia. 2006

Muhammad Husnan Karim. Panduan Qurban, Aqiqah dan Khitan :


Ibadah Yang

Amat Digalakkan. Berlian Publications. 2008

Masyaat al-Masri. Kedatangan Bayi. Maktabah ulul Qurang.1989

Anda mungkin juga menyukai