Anda di halaman 1dari 13

JABATAN MUFTI NEGERI KELANTAN

SENARAI TAJUK :

1) HUKUM PENGGUGURAN KANDUNGAN IBU HAMIL YANG DIJANGKITI VIRUS


ZIKA
2) PENGGUNAAAN UBAT BIUS (BIUS) YANG MEMBERI KESAN MENYELURUH
KEPADA BADAN KETIKA BERPUASA.
3) HUKUM PENJUALAN PRODUK MENGGUNAKAN AYAT RUKYAH (AYAT AL
QURAN) UNTUK TUJUAN KOMERSIAL.
4) FATWA MENGENAI RAWATAN HORMON BAGI WANITA YANG TELAH YANG
TELAH PUTUS HAID
5) FATWA MENGENAI PEMBUANGAN DAN PELUPUSAN TISU-TISU MANUSIA
DARIPADA PESAKIT
6) FATWA MENGENAI GARIS PANDUAN BEDAH SIASAT MENURUT PANDANGAN
ISLAM
7) FATWA TENTANG HUKUM MENGHISAP ROKOK DAN SHISHA DARI
PANDANGAN ISLAM
8) HUKUM PEMERIKSAAN ULTRA SOUND KHUSUS UNTUK MENGENAL PASTI
JANTINA JANIN SEBELUM DILAHIRKAN
9) HUKUM MENGGUNAKAN SELAPUT JANIN ( AMNIOTIC MEMBRANCE ) UNTUK
PENGHASILAN BAHAN PERUBATAN
10) HUKUM SEORANG DOKTOR LELAKI MERAWAT SEORANG PEREMPUAN YANG
HAMIL SEKIRANYA DOKTOR PEREMPUAN KURANG PAKAR
11) HUKUM MEMBIARKAN SEORANG BAYI YANG CACAT TERUK MATI TANPA
RAWATAN
12) HUKUM PANDANGAN ISLAM TERHADAP MERANCANG KELUARGA DARI SEGI
13) HUKUM PANDANGAN ISLAM TENTANG UJIAN MONOGRAF UNTUK MENGESAN
KANSER
14) HUKUM PANDANGAN ISLAM TERHADAP PENGAWALAN KELAHIRAN SECARA
TETAP
15) HUKUM MENGGUNAKAN IBU TUMPANG BAGI PASANGAN MANDUL
16) HUKUM PEMINDAHAN DARAH ORANG ISLAM KEPADA BUKAN ISLAM
1) HUKUM PENGGUGURAN KANDUNGAN IBU HAMIL YANG DIJANGKITI
VIRUS ZIKA

JKF BIL: 2/109/2016

KEPUTUSAN:

Muzakarah memutuskan pandangan hukum bahawa Pengguguran Kandungan Ibu Hamil


Yang Dijangkiti Virus Zika seperti berikut:

Ibu hamil yang dijangkiti Virus Zika adalah dilarang menggugurkan kandungan atau janin .
Walaubagaimanapun sekiranya dengan meneruskan kandungan tersebut boleh
membahayakan nyawa ibu maka ia diharuskan dengan alasan dharurah.

•Sekiranya kandungan atau janin yang dijangkiti Virus Zika boleh membawa kepada
kecacatan yang teruk, dan ia belum mencapai usia 120 hari, maka ia harus digugurkan
dengan alasan hajah dan maslahah.

•Dalam membuat pertimbangan untuk menggugurkan kandungan atau janin yang dijangkiti
Virus Zika ini hendaklah memenuhi syarat –syarat berikut:

•Pengguguran tidak membawa kepada kemudharatan yang lebih teruk.


•Keputusan dibuat secara case by case.
•Mendapat persetujuan pasangan atau waris sekiranya tiada pasangan.
•Mendapat pengesahan pakar –pakar perubatan yang diiktiraf.
2) PENGGUNAAAN UBAT BIUS (BIUS) YANG MEMBERI KESAN MENYELURUH
KEPADA BADAN KETIKA BERPUASA.
(Kertas Mesyuarat Jemaah Ulama Bilangan 7/3/2015)

 Mesyuarat bersetuju membuat keputusan bahawa penggunaan ubat bius (bius) yang
memberi kesan menyeluruh kepada badan ketika berpuasa membatalkan puasa tersebut.

 Menurut Jumhur Ulama daripada Mazhab Maliki, As -Syafie dan Hambali, jika seorang itu
pengsan atau hilang kesedaran dalam tempoh yang lama, maka ia mengakibatkan batal
puasa.

3) HUKUM PENJUALAN PRODUK MENGGUNAKAN AYAT RUKYAH (AYAT AL QURAN)


UNTUK TUJUAN KOMERSIAL.
(Kertas Mesyuarat Jemaah Ulama Bilangan 6/3/2015)

 Secara umumnya, para Ulama sepakat bahawa perubatan melalui rukyah (jampi) dengan
ayat-ayat suci Al Quran dan daripada Sunnah Rasulullah S.A.W. adalah diharuskan.

 Perbuatan memanipulasikan lawatan Islam dan jampi untuk mengaut keuntungan lebih-lebih
lagi yang membabitkan elemen penipuan sememangnya bertentangan dengan ajaran Islam.
4) FATWA MENGENAI RAWATAN HORMON BAGI WANITA YANG TELAH YANG
TELAH PUTUS HAID

 Bahawa pengambilan ubat hormon itu adalah diharuskan walaupun ianya diproses dengan
menggunakan hormon yang terdapat pada air kencing kuda bunting .

 Kaedah rawatan dengan menggunakan tampalan pada kulit badan yang


menyebabkan terhalang air ke kulit ia hendaklah ditanggalkan apabila hendak
mengangkat hadas besar.

Fatwa itu berlandaskan beberapa nas yang dipetik dari kitab-kitab sebagaimana berikut:

1- Bughyah al-thulab (‫ ) ﺑﻐﯾﺔ اﻟطﻼب‬keluaran Darul-Fikri, jilid 1 halaman 83 berbunyi :

(Masalah) maka jika melihat darah perempuan yang sudah putus asa kerana sudah lampau
umurnya daripada haid maka dihukumkan darahnya itu darah haid jua jika diperoleh syaratnya.
Demikianlah zahir daripada kalam Syeikh Ramli pada nihayahnya.

2- 338 ‫ ھﻼﻣن‬1 ‫ ﺟﻠد‬, ‫ﺑﺟﯾرﻣﻲ ﻣﻊ اﻻﻗﻧﺎع‬


.‫وأﻣﺎ أﻣره ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﯾﮫ وﺳﻠم اﻟﻌرﻧﯾﯾن ﯾﺷرب أﺑوال اﻷﺑل ﻓﻛﺎن ﻟﻠﺗدواى واﻟﺗداوى ﺑﺎ ﻟﻧﺟس ﺟﺎﺋز ﻋﻧد ﻓﻘد اﻟطﺎھر اﻟذي ﯾﻘوم ﺑﮫ ﻣﻘﺎﻣﮫ‬
‫وأﻣﺎ ﻗوﻟﮫ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﯾﮫ وﺳﻠم ﻟم ﯾﺟﻌل ﷲ ﺷﻔﺎء‬
.‫أﻣﺗﻲ ﻓﯾﻣﺎ ﺣرم ﻋﻠﯾﮭﺎ ﻓﻣﺣﻣول ﻋﻠﻰ اﻟﺧﻣر‬
5) FATWA MENGENAI PEMBUANGAN DAN PELUPUSAN TISU-TISU MANUSIA DARIPADA
PESAKIT

KEPUTUSAN :

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang
kali 1/2004 di Bilik Mesyuarat Tingkat Tiga Majlis Agama Islam Kelantan pada 4 Julai 2004 telah
membincangkan isu Fatwa Mengenai Pembuangan Dan Pelupusan Tisu-Tisu Manusia Daripada
Pesakit dan telah bersetuju menfatwakan seperti berikut :

1. Bahawa organ-organ dan tisu-tisu yang dibuang dan dipotong daripada badan pesakit samada
daripada pesakit Islam atau bukan Islam hendaklah ditanam.
2. Cara untuk menanam organ-organ atau tisu-tisu daripada pesakit adalah seperti berikut :

a. Bagi organ-organ atau tisu-tisu yang dibuang daripada pesakit yang masih hidup, organ-
organ dan tisu-tisu itu hendaklah ditanam di tempat-tempat yang selamat.

b. Bagi organ-organ atau tisu-tisu yang dibuang daripada pesakit selepas meninggal dunia,
organ-organ atau tisu-tisu itu hendaklah ditanam bersama-sama mayat dan lebih afdhal
dengan diletakkan di dalam kain kafan.
‫‪Fatwa ini dikeluarkan berdasarkan kepada nas berikut :‬‬

‫‪seperti firman Allah: surah al-abasa: 21‬‬

‫ُ َ َ ََ ۡ‬
‫"‬ ‫ﺛ ﱠﻢ أ َﻣﺎﺗ ُﮫۥ ﻓﺄﻗ َ َ ُ ۥﻩ ‪٢١‬‬

‫‪Firman Allah s.w.t: surah al-maidah: 31‬‬

‫ف ﯾ ٰ َُو ِري َﺳ ۡو َء َة أَﺧِﯾ ۚ ِﮫ‪ ,‬ﻗﺎل اﻻﻣﺎم اﻟﻘرطﺑﻲ رﺣﻣﮫ ﷲ ﻓﻲ‬ ‫ث ﻓِﻲ ۡٱﻷَ ۡر ِ‬
‫ض ﻟِﯾ ُِر َﯾﮫُۥ َﻛ ۡﯾ َ‬ ‫ث ٱ ﱠ ُ ُﻏ َر ٗاﺑﺎ َﯾ ۡﺑ َﺣ ُ‬
‫َﻓ َﺑ َﻌ َ‬
‫ﺗﻔﺳﯾرھﺎ ‪:‬‬
‫"وھﻲ ﻣﻌﻧﻰ ﻗوﻟﮫ ﺗﻌﺎﻟﻰ " ﺛم أﻣﺎﻧﺔ ﻓﺄﻗﺑره‪ ،‬ﻓﺻﺎرﻓﻌل اﻟﻐراب ﻓﻲ اﻟﻣواراة ﺳﻧﺔ ﺑﺎﻗﯾﺔ ﻓﻲ اﻟﺧﻠق ﻓرﺿﺎ ﻋﻠﻰ ﺟﻣﯾﻊ اﻟﻧﺎس ﻋﻠﻰ اﻟﻛﻔﺎﯾﺔ “‬

‫‪Nas daripada ulamak fiqh yang menyebut rambut-rambut yang gugur daripada mayat semasa‬‬
‫‪memandikan hendaklah diletak didalam kapan sebagai penghormatan terhadap mayat.‬‬
‫‪( Lihat kitab Raudatu at-tolibin karangan imam an-nawawi Jilid 2 halaman 108, Kitab Nihayatul‬‬
‫) ‪Muhtaj karangan syeikh Ramly Jilid 2 halaman 436‬‬

‫‪Kitab Ahkam Al-Jarahah at-tabiah wal-asaru al-mutartabatu alaiha karangan Dr.Muhammad al-‬‬
‫‪Mukhtar al-syanqiti. Halaman 590:‬‬

‫" واﻟدﻓن ﻟﻸﻋﺿﺎء اﻟﻣﺗﺑورة أوﻟﻰ ﻣن اﺣراﻗﮭﺎ ﻓﺎن اﺷﺗﻣﻠت ﻋﻠﻰ داء أو ﻣرض ﻣﻌد ﻓﺎﻧﮫ ﺗﺷرع ازاﻟﺗﮫ ﺑﺎﻟﻣواد اﻟﻣﺗﻠﻔﺔ ﻟﻠﺟراﺛﯾم اﻟﻧﺎﻗﻠﺔ ﻟﻠﻣرض‪ ،‬ﺛم‬
‫ﺗدﻓن ﺑﻌد ذﻟك ‪ ،‬وﺑﻧﺎء ﻋﻠﯾﮫ ﻓﺎﻧﮫ ﯾﻧﺑﻐﻲ ﻋﻠﻰ اﻟﻣﺳﺗﺷﻔﯾﺎت دﻓن ﺗﻠك اﻻﻋﺿﺎء او اﻋطﺎﺋﮭﺎ ﻟﻠﻣرﺿﻰ ﺑدﻻ ﻣن اﺗﻼﻓﮭﺎ ﺑﺎﻟﺣرق‪ ،‬ﻟﻣﺎ ﻓﻲ دﻓﻧﮭﺎ ﻣن ﺗﻛرﯾم‬
‫ﻟﻶدﻣﻲ‪ ،‬ذﻟك ﻣواﻓق ﻟﻣﻘﺻود اﻟﺷرع اﻟﺣﻧﯾف ﻓﻲ ﻗوﻟﮫ ﺗﻌﺎﻟﻰ" وﻟﻘد ﻛرﻣﻧﺎ ﺑﻧﻲ أدم “ ﺳررة اﻻﺳراء أﯾﺔ ‪.70‬‬

‫‪Dalam Hasyiyah Nihayahtu Al-muhtaj Abi Al-dhiya’ Jilid 2 Halaman 454 :‬‬
‫”واﻟﺣﺎﺻل ان ﻣﺎ اﻧﻔﺻل ﻣن اﻟﻣﯾت أو ﻣن ﺣﻲ وﻣﺎت ﻋﻘب أﻧﻔﺻﺎ ﻟﮫ ﻣن ﺷﻌر أو ﻏﯾره وﻟو ﯾﺳﯾرا ﯾﺟب دﻓﻧﮫ وﻟﻛن أﻷﻧﻔﺿل ﺻره ﻓﻲ ﻛﻔﻧﮫ ودﻓﻧﮫ‬
‫ﻣﻌﮫ‪,‬اه“‬
6) FATWA MENGENAI GARIS PANDUAN BEDAH SIASAT MENURUT PANDANGAN
ISLAM

Fatwa mengenai hukum bedah siasat mayat telah dikeluarkan pada tahun 1989. Fatwa tersebut
menyatakan bahawa bedah siasat terhadap mayat orang Islam adalah diharuskan dalam keadaan
dharurat.

Garis panduan untuk melaksanakan bedah siasat terhadap mayat :

1. Menghormati, menjaga hak dan kemuliaan mayat sebagai manusia.


Semua Pegawai dan Petugas Perubatan Kerajaan yang terlibat dalam proses bedah siasat
hendaklah menghormati mayat seperti manusia yang masih hidup.

2. Menyegerakan urusan bedah siasat mayat.

3. Kebenaran Waris .

4. Mengucapkan Alhamdulillah selepas selesai tugas bedah siasat mayat.

5. Melakukan bedah siasat dengan cermat (tidak kasar).

6. Dan lain-lain
7) FATWA TENTANG HUKUM MENGHISAP ROKOK DAN SHISHA DARI
PANDANGAN ISLAM
 Merokok dan menghisap shisha adalah haram pada pandangan Islam.

Fatwa ini dibuat berdasarkan hujah - hujah berikut :

 Islam menyuruh agar setiap seseorang itu mengambil yang baik lagi berkhasiat untuk
keperluan diri, keluarga dan sebagainya .

Firman Allah Taala :

َ ‫ت َو ُﯾﺣَ رﱢ ُم َﻋﻠَ ۡﯾ ِﮭ ُم ۡٱﻟ َﺧ ٰ َٓﺑﺋ‬


‫ِث‬ ‫ﺣ ﱡل ﻟَ ُﮭ ُم ﱠ‬
ِ ‫ٱﻟط ﱢﯾ ٰ َﺑ‬ ِ ‫َو ُﯾ‬

Ertinya ; dihalalkan kepada mereka benda –benda yang baik dan diharamkan kepada
mereka benda-benda yang kotor.
(Surah Al-A’ raf: Ayat 157)

 Islam melarang umatnya membiarkan diri sendiri dan orang lain terdedah dengan
berbagai bahaya dan kemudaratan .

Firman Allah Ta’ala:

َ‫ﯾل ٱ ﱠ ِ َو َﻻ ُﺗ ۡﻠﻘُو ْا ِﺑﺄ َۡﯾدِﯾ ُﻛمۡ إِﻟَﻰ ٱﻟ ﱠﺗ ۡﮭﻠ ُ َﻛ ِﺔ َوأَ ۡﺣﺳِ ُﻧ ٓو ۚ ْا إِنﱠ ٱ ﱠ َ ُﯾﺣِبﱡ ۡٱﻟ ُﻣ ۡﺣﺳِ ﻧِﯾن‬
ِ ‫وأَﻧﻔِﻘُو ْا ﻓِﻲ ﺳ َِﺑ‬

Ertinya: Dan belanjalah harta benda di jalan Allah dan jangan kamu sengaja mencampak
diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berbuat baiklah. Sesungguhnya Allah
mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
(Surah Al-Baqarah:Ayat 195)
8) HUKUM PEMERIKSAAN ULTRA SOUND KHUSUS UNTUK MENGENAL PASTI JANTINA
JANIN SEBELUM DILAHIRKAN

KEPUTUSAN :

 Membuat pemeriksaan ( ULTRA SOUND ) untuk mengenal pasti jantina janin sebelum
dilahirkan adalah harus .
 Dengan syarat mengikut etika akhlak islam dan tidak mendatangkan apa-apa kesan sampingan
merbahya kepada ibu dan janin tersebut .

9) HUKUM MENGGUNAKAN SELAPUT JANIN ( AMNIOTIC MEMBRANCE ) UNTUK


PENGHASILAN BAHAN PERUBATAN
KEPUTUSAN :
 Harus

10) HUKUM SEORANG DOKTOR LELAKI MERAWAT SEORANG PEREMPUAN YANG


HAMIL SEKIRANYA DOKTOR PEREMPUAN KURANG PAKAR

 Dalam keadaan biasa doktor perempuan yang kurang kepakaran perlu diberi keutamaan untuk
merawat perempuan hamil .
 Dalam keadaan yang memerlukan kepakaran maka doktor pakar lelaki boleh merawat .
11) HUKUM MEMBIARKAN SEORANG BAYI YANG CACAT TERUK MATI TANPA
RAWATAN

KEPUTUSAN :
 Membiarkan seorang bayi yang kecactan teruk mati begitu sahaja tanpa mengambil
sebarang tidakan adalah sesuatu kecuain dan adalah berdosa .

12) HUKUM PANDANGAN ISLAM TERHADAP MERANCANG KELUARGA DARI SEGI

1. Keadah yang digunakan


2. Pil merancang keluarga
3. Suntikan bulanan
4. Kondom
5. Alat dipasang dalam rahim ( IUCD )
6. Ubat-ubat tradisional / bomoh-bomoh / jampi

KEPUTUSAN :
1. Menggunakan kaedah moden untuk merancang keluarga perlu dilihat dari sudut
keperluan individu.
2. Pil – diharuskan .
3. Suntikan bulanan – harus jika bahan tidak bercanggah dengan hukum syara’ .
4. Kondom - makruh .
5. Alat dipasang dalam rahim ( IUCD ) – dibolehkan .
6. Ubat-ubat tradisional / bomoh-bomoh / jampi – harus jika tidak perlawanan dengan syara’
.
13) HUKUM PANDANGAN ISLAM TENTANG UJIAN MONOGRAF UNTUK MENGESAN
KANSER
KEPUTUSAN :
 Adalah di haruskan

14) HUKUM PANDANGAN ISLAM TERHADAP PENGAWALAN KELAHIRAN SECARA


TETAP
1. Mengikat saluran falupin peranakan ( BILATERAL TUBAL LIGATION )
2. Mengikat saluran dan sperma lelaki /perempuan ( VASECTOMY )

KEPUTUSAN :
1. Mengikat saluran falupin peranakan ( BILATERAL TUBAL LIGATION ) dalam keadaan
biasa adalah haram .
2. Mengikat saluran dan sperma lelaki /perempuan ( VASECTOMY ) – adalah haram .

15) HUKUM MENGGUNAKAN IBU TUMPANG BAGI PASANGAN MANDUL

KEPUTUSAN :
Adalah haram

16) HUKUM PEMINDAHAN DARAH ORANG ISLAM KEPADA BUKAN ISLAM


KEPUTUSAN :
 Tidak digalakkan tetapi tidaklah haram
SEKIAN, TERIMA KASIH,

SEMOGA ALLAH MENGURNIAKAN


KEFAHAMAN KEPADA KITA SEMUA
*ISLAM DIJULANG,RAJA DIJUNJUNG,RAKYAT
DISANJUNG*

www.mufti.kelantan.gov.my
(JABATAN MUFTI NEGERI KELANTAN)

Anda mungkin juga menyukai