Anda di halaman 1dari 4

Tajuk buku : 100 Pesanan Terakhir Rasulullah

Terbitan : Karangkraf Group

Pengarang : Muhd Nasruddin Dasuki

Bil muka surat : 404

Sipnopsis buku:

Sunah Rasulullah s.a.w bermaksud sesuatu yang bersumber daripada Rasulullah s.a.w
sama ada ucapan, perbuatan ataupun sesuatupenetapan. Allah menjadikan sunah Rasulullah s.a.w
untuk memperjelaskan apa kandungan al-Quran yang merupakan sumber utama syariat Islam.
Tanpa memahami sunah baginda, seseorang itu tidak mungkin dapat memahami ajaran Islam
dengan sebaik-baiknya.

Antara pesanan Rasulullah s.a.w ialah ikhlas pembersih kekotoran hati. Hati di dalam
manusia untuk mengukur sama ada baik atau buruk perbuatannya. Setiap amalan juga mestilah
ikhlas. Kita tidak boleh menunjuk-nunjuk kerana itu sifat orang munafik dimana merekaakan
menunjuk sewaktu bersolat, berpuasa ataupun semasa bersedekah.

Sombong juga penghalang kita dari masuk syurga. Firman Allah “( Setelah itu)
dikatakan kepada mereka: Masuklah pintu-pintu Neraka Jahanam itu keadaan tinggal kekal kamu
di dalamnya: maka seburuk-buruk tempat bagi orang yang sombong takbur ialah Neraka
Jahanam” surah al-Zumar:72.

Maafkan, jauhi marah dan dendam. Hadis oleh Abu Hurairah itu berupa wasiat
Rasulullah s.a.w kepada umatnya agar menjauhi pelbagai penyakit hati seperti marah, dendam,
iri hati, riak, takbur serta dengki sesame umat.

Hindarilah perbuatan mengumpat. Mengumpat seperti kita memfitnah yang secara tidak
langsung akan menghapuskan amalan pahala yang pernah kita lakukan sebelum ini. Rasulullah
s.a.w mengingatkan bahawa perbuatan mengumpat adalah umpama memakan daging busuk
saudara sendiri.

Maka, untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat kelak, kita perlulah sentiasa mengingati
pesanan Rasulullah s.a.w agar tidak lalai dengan tipu daya nikmat dunia. Walaupun Rasulullah
s.a.w telah meninggalkan kita namun titipannya ialitu Al-quran dan sunah perlu kita pegang
sebagai panduan.
Tajuk buku : Cuit-cuit Ustaz Kay’s

Terbitan : Karangkraf Group

Pengarang : Haji Kamil Sidek

Bil muka surat : 396

Sipnopsis buku:

Antara yang dicuit dalam buku ini ialah tawakal. Kita perlulah bertawakal, berserah
diri kepada Allah. Semoga segala usaha yang telah dilakukan dipanjarkan kepada-Nya
dimakbulkan dan dikurniakan keputusan yang diharapkan.

Ilmul yaqin, ainul yaqin dan haqqul yaqin. Yakinlah Allah yang mengaturkan
segalanya. Kita sering mengatakan “ Allah maha kaya” tetapi terbukti kita masih risau tidak
beroleh rezeki.

Husnuzon. Sifat buruk sangka perlu kita hapuskan dengan berusaha menambahkan
ilmu agama. Jangan sesekali berprasangka buruk tanpa asas kepada seseorang. Pandang sisi baik
dan lupakan sisi jahatnya. Jangan tergesa-gesa membuat sebarang andaian negative dan liar.

Sabar dan jenis-jenisnya. Sabar yang wajib ialah ketaatan dalam menunaikan
segala suruhan Allah. Sabar wajib dalam menahan diri daripada melakukan kemaksiatan dan
segala yang dilarang oleh Allah. Sabar yang sunat pula ialah dalam menahan diri dalam
menghadapi perlakuan buruk dengan ingin membalas keburukan juga. Sabar yang makruh ialah
mengekang nafsu makan dan minum sehingga hal itu membahayakan kesihatan badannya.

Tawaduk ialah sikap merendah diri yang bersumber rasa memiliki kekuatan ,
kemuliaan, penghormatan pada orang lain. Antara keadaan-keadaan yang menunjukkan bahawa
sifat tawaduk ialah menerima dengan redha setiap ketetapan dan takdir Allah SWT kepada
dirinya. Mentaati perintah dan hokum Allah SWT tanpa mempersoal.
Tajuk buku : 101 short-cut ke Syurga

Terbitan : Utusan Karya Sdn. Bhd

Pengarang : Zulkarnain Zakaria

Bil muka surat : 199

Sipnopsis buku:

1 punca dosa. Rasulullah s.a.w bersabda “ Cinta pada dunia itu sumber segala
kejahatan”.

2 yang menyelamatkan dan 2 yang membinasakan manusia. Abdullah Bin


Mas’ud r.a berkata “ Keselamatan itu dalam 2 perkara iaitu takwa dan niat. 2 kebinasaan ialah
putus harapan dan ujub

2 jenis warak. Warak yang wajib ialah warak daripada maksiat. Warak berhati-hati
pula ianalh warak daripada syubhat.

3 perkara yang menghancurkan manusia iaitu sifat takbur, sifat tamak dan sifat
dengki. Takabur ialah sifat membesar diri dan membangga-banggakan dirinya sehingga
memandang rendah kepada orang lain. Tamak pula adalah keinginan yang melampau untuk
menikmati harta dan kedudukan. Dengki pula mengharapkan nikmat orang lain hilang.

3 perkara yang Allah redha dan 3 perkara yang Allah benci. 3 perkara yang
diredhai Allah ialah

 Beribadat kepada-Nya tanpa menyekutukan dengan apa jua.


 Berpegang teguh kepada semua ajaran Allah
 Tidak berpecah belah 3 perkara yang tidak disukai
Allah
Ialah

 Bercakap perkara-perkara yang tidak perlu


 Banyak bertanya tentang perkara yang tidak sepatutnya
 Membazirkan harta

3 cara bersyukur kepada Allah antaranya bersyukur dengan hati di mana kita
perlu mengakui , menimani dan menyakini bahawa segala bentuk kenikmatan di dunia ini
datangnya daripada Allah SWT semata-mata. Bersyukur dengan lisan pula ialah
memperbanyakkan ucapan baik-baik termasuk berzikir, membaca al-quran, bercakap benar dan
sebagainya. Bersyukur dengan perbuatan pula mempergunakan segala bentuk kenikmatan Allah
untuk menunaikan perintah-Nya dan menghindarkan segala larangan-Nya
Tajuk buku : Mudahkan Jangan Susahkan

Terbitan : Galeri Ilmu

Pengarang : Syed Alwi Alatas

Bil muka surat : 250

Sipnopsis buku:

Adakalanya kita terlepas pandang ketika mencari dan mengimpi kemudahan


dalam segenap rentetan hidup. Ini kerana naluri manusia sememangnya mencintai kemudahan
dan benci kepada kesusahan.

Hakikat kesusahan, sesuatu yang perlu kita tempuh sebagai manusia. Hanya
dengan kesusahan maka hidup ini mempunyai makna, dan kesusahan itu juga menjadi daya
gerak ke hadapan. Kesusahan jika dilihat dari persepsi berbeza, mampu memberi impak yang
berbeza dalam kehidupan seharian. Jadi ia berbalik kepada cara kita memandang sesuatu.

Selain itu kepentingan tidak memandang mudah semua perkara. Aspek inilah
yang paling sering terlupakan ketika naluri kita mendamba kemudahan. Adakalanya dosa itu
tampak mudah di dunia, tetapi di akhirat menjadikan kita sangat susah.

Sudah tentu dalam memperkata kesusahan tidak lengkap jika kisah dakwah
Rasulullah s.a.w. yang penuh ujian dan tribulasi tidak dijengah. Kisah-kisah dakwah diperturun
semula dalam bahasa mudah dan dari sudut pandang yang menyegarkan. Antara yang
mengesankan adalah bagaimana menguasai perasaan di kala kesusahan itu mampu menghalang
musibah yang lebih besar yang mungkin terjadi, dan di sini kisah ketewasan Muslimin dalam
perang Uhud benar-benar menyentuh. Manakala kisah perang Khandaq menuntut bakaran
semangat pada saat-saat paling genting. Sejarah Rasulullah sentiasa mengajar supaya meletakkan
Allah dan Rasulullah sebagai penawar segala musibah, menjadikan kedua-duanya pengubat hati
orang-orang Mukmin.

Prinsip-prinsip yang harus dipegang bagi sesiapa yang ingin mencari kemudahan
hakiki dalam hidup. Antaranya adalah sikap jujur dan mencari yang halal, yang dalam zaman
kini sering dianggap suatu kebodohan jika pada permukaannya terlihat merugikan. Padahal di
sebaliknya ada kesenangan yang terbentang, penuh keberkatan.

Anda mungkin juga menyukai