Anda di halaman 1dari 6

ABD HAMID B ABD KADIR

GURU BESAR,
SK TAMAN KOTA KULAI,
81000 KULAIJAYA,
JOHOR.

SENARAI TUGAS GURU BESAR
1. Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi
1.1 Menterjemah dan mengaplikasi dasar, perundangan dan trend tempatan,
kebangsaan dan global dalam pengurusan organisasi
1.2 Memastikan pengurusan organisasi berteraskan prinsip pengurusan organisasi
berkesan
1.3 Merancang strategi untuk mencapai visi dan misi sekolah
1.4 Menggunakan strategi yang dirancang dengan berkesan
1.5 Menggunakan maklumat, dapatan kajian, pendekatan dan teknologi terkini dalam
pengurusan organisasi
1.6 Menghayati dan memupuk budaya menuntut ilmu sepanjang hayat melalui
program-program terancang
1.7 Membawa dan melaksanakan perubahan-perubahan dengan mengambil kira
teori perubahan, amalan semasa dan tuntutan akan datang
1.8 Menjalankan penilaian, pemantauan dan penambahbaikan pengurusan
organisasi menggnakan instrumen terkini

2. Pengurusan Kurikulum
2.1 Membina dasar kurikulum sekolah berlandaskan Dasar Pendidikan Negara,
Kurikulum Kebangsaan, undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan
serta perkembangan terkini
2.2 Menentukan sasaran sekolah, merancang peningkatan pengajaran dan
pembelajaran
2.3 Memastikan guru mengajar berpandukan sukatan pelajaran dan rancangan
pelajaran mengikut peruntukan waktu yang ditetapkan
2.4 Menentukan kualiti dan kuantiti kerja murid serta pemeriksaan buku murid
2.5 Menentukan polisi mengenai penilaian dan peperiksaan dilaksanakan. Data-data
Analisis peperiksaan digunakan untuk perancangan dan tindakan susulan
2.6 Menyelia dan mencerap proses pengajaran dan pembelajaran (p & p)
2.7 Memeriksa buku rekod mengajar guru, buku kemajuan murid (Laporan Adab
Belajar), buku profil dan buku kedatangan murid dari semasa ke semasa
2.8 Menentukan dasar tugas pengajaran guru bagi penyediaan jadual waktu
2.9 Menentukan keberkesanan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS)
2.10 Memastikan panitia mata pelajaran melaksanakan strategi program pendidikan
dengan berkesan
2.11 Memastikan pembelajaran menjadi teras aktiviti sekolah
2.12 Menjalankan penilaian, pemantauan dan penambahbaikan program kurikulum
seperti pemantauan pengajaran dan pembelajaran berterusan, pencerapan
klinikal, menganalisis prestasi pengajaran dan pembelajaran serta memberi
maklum balas kepada guru untuk tindakan penambahbaikan

3. Pengurusan Kokurikulum
3.1 Membina dasar kokurikulum sekolah berlandaskan Dasar Pendidikan Negara
dan peraturan-peraturan serta perkembangan terkini
3.2 Merancang dan melaksanakan pelan strategk kokurikulum
3.3 Melakasanakan strategi untuk meningkatkan prestasi kokurikulum
3.4 Memastikan pengurusan dan kepimpinan kokurikulum berasaskan prinsip dan
peraturan
3.5 Mengembangkan aspek kognitif, afektif dan psikomotor murid melalui kegiatan
kokurikulum
3.6 Melaksanakan penilaian, pemantauan dan penambahbaikan program secara
berterusan seperti penglibatan murid dan guru secara analitis dan saintifik
3.7 Membentuk watak sekolah melalalui program kokurikulum

4. Pengurusan Hal Ehwal Murid
4.1 Membina dasar pengurusan hal ehwal murid berlandaskan Dasar Pendidikan
Negara, undang-undang dan peraturan-peraturan serta perkembangan terkini
4.2 Memastikan program hal ehwal murid berasaskan prinsip perkembangan
psikologi, intelek, emosi dan kerohanian murid
4.3 Memastikan pengurusan aktiviti berkaitan hal ehwal murid berasaskan prinsip
dan peraturan
4.4 Melaksanakan strategi untuk meningkatkan prestasi hal ehwal murid
4.5 Melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan, keselamatan, keselesaan, disiplin,
kesejahteraan dan keharmonian murid
4.6 Berkomunikasi secara berkesan dengan murid, ibu bapa dan penjaga
4.7 Menjalankan penilaian, pemantauan dan penambahbaikan program hal ehwal
murid secara berterusan
4.8 Menangani konflik murid dan guru
4.9 Berusaha memperkembangkan potensi psikomotor murid mengikut minat dan
bakat ketrampilannya secara berterusan


5. Pengurusan dan Pembangunan
5.1 Pengurusan Personel / Pentadbiran Pejabat
5.1.1 Mematuhi peraturan am, undang-undang, peraturan dan pekeliling terkini
dalam pengurusan pentadbiran pejabat
5.1.2 Memastikan pengurusan pentadbiran pejabat yang cekap berlandaskan
prinsip dan peraturan
5.1.3 Menggunakan maklumat, pendekatan dan teknologi terkini dalam
pengurusan pentadbiran pejabat
5.1.4 Menentukan proses pendaftaran, pelantikan, pengesahan dalam jawatan,
penempatan ke jawatan berpencen dan jenis cuti guru serta staf
sokongan dilaksanakan
5.1.5 Membantu staf sokongan menentukan sasaran kerja dan berbincang dari
semasa ke semasa mengenai sasaran dan mutu kerja
5.1.6 Menentukan tugasan dan bidang kerja (deployment of staff) dan
menjalankan penyeliaan sepanjang tahun
5.1.7 Mengambil tindakan tatatertib ke atas pegawai yang melanggar Arahan
Perkhidmatan di bawah bidang kuasanya
5.1.8 Memastikan penyaluran data dan maklumat adalah tepat, kemaskini dan
menepati jadual / masa
5.1.9 Memastikan piagam pelanggan sekolah menjadi panduan dan memenuhi
tuntutan pelanggan
5.1.10 Memastikan Jawatankuasa Kecemerlangan Sekolah memainkan peranan
yang berkesan mencemerlangkan sekolah
5.1.11 Menjaga kebajikan staf di samping menjalankan penilaian, pemantauan
dan penambahbaikan prestasi pentadbiran pejabat secara berterusan

5.2 Pengurusan Kewangan
5.2.1 Mematuhi Arahan Perbendaharaan, undang-undang, peraturan dan
prosedur kewangan serta perkembangan terkini
5.2.2 Memastikan pengurusan kewangan yang berkesan berasaskan prinsip
dan peraturan ke arah kecemerlangan
5.2.3 Mengamalkan prinsip integriti dan akauntabiliti dalam pengurusan
kewangan
5.2.4 Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan
5.2.5 Mengawal dan menyemak pemberian perkapita, gaji guru-guru dan staf
sokongan, rekod akaun, laporan penyata keangan dan punca-punca
5.2.6 Memastikan penyediaan penyata akaun sekolah yang belum diaudit dan
dokumen-dokumen sokongan serta membuat tindakan susulan ke
atasnya
5.2.7 Memastikan pelaksanaan pengurusan aset, stok dan inventori sekolah
sentiasa dikemaskini dan mengikut tatacara dan peraturan terkini
5.2.8 Mengawal perbelanjaan yang diperlukan oleh setiap unit
5.2.9 Memastikan Mesyuarat Pengurusan Kewangan sekolah dilaksanakan
mengikut ketetapan 4 kali setahun
5.2.10 Memastikan semua terimaan kontra perlu dibayar pada atau sebelum 31
Mac setiap tahun
5.2.11 Menjalankan penilaian, pemantauan dan penambahbaikan prestasi
pengurusan kewangan sekolah secara berterusan

5.3 Murid
5.3.1 Memastikan pendaftaran kemasukan dan pertukaran murid
5.3.2 Menyemak buku jadual kedatangan murid
5.3.3 Menentukan proses pemberian bantuan kepada murid dijalankan dengan
adil, menyeluruh dan mengikut prosedur yang ditetapkan
5.3.4 Memastikan skim pinjaman buku teks dilaksanakan dengan baik dan
sempurna
5.3.5 Memastikan polisi peperiksaan awam dilaksanakan mengikut peraturan
5.3.6 Menandatangani surat akuan serta sijil berhenti sekolah
5.3.7 Memastikan program-program kesihatan, kebersihan dan keselamatan
dijalankan dengan berkesan
5.3.8 Bertanggungjawab ke atas penggantungan, pembuangan murid dan
tindakan tata tertib dilaksanakan dengan adil dan mengikut peraturan
5.3.9 Mengambil langkah-langkah menjaga keselamatan murid semasa berada
di sekolah
5.3.10 Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berfungsi dengan
baik
5.3.11 Memastikan peraturan sekolah dipatuhi dan menjadi amalan warga
sekolah
5.3.12 Meningkatkan tahap disiplin dan sahsiah pelajar

5.4 Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal
5.4.1 Membina dasar pengurusan persekitaran dan kemudahan fizikal sekolah
berlandaskan undang-undang, Pekeliling Am dan peraturan yang
berkaitan serta perkembangan terkini
5.4.2 Memastikan keadaan fizikal bangunan, padang dan persekitaran sekolah
berada dalam keadaan baik
5.4.3 Mempertingkatkan keceriaan sekolah
5.4.4 Memastikan kemudahan lengkap dan mencukupi serta sentiasa berada
dalam keadaan baik
5.4.5 Memastikan perabot sentiasa berada dalam keadaan baik
5.4.6 Memastikan langkah-langkah untuk menjaga keselamatan harta benda
sekolah
5.4.7 Memastikan keselamatan pelanggan di dalam premis terjamin
5.4.8 Memastikan tabung pemadam api dikawalselia dan masih boleh
digunakan untuk kecemasan. Bilangannya mencukupi. Latihan kebakaran
dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun
5.4.9 Membuadayakan tabiat senggara dan penyelenggaraan dalam kalangan
guru, staf dan murid

6. Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia
6.1 Membina program pengurusan dan pembangunan sumber manusia
berlandaskan Dasar Pendidikan, undang-undang dan peraturan yang berkaitan
serta perkembangan terkini
6.2 Melaksanakan program berasaskan kosep pendidikan sepanjang hayat,
pembelajaran dewasa, perbezaan individu dan penggunaan model atau teori
pembangunan profesional
6.3 Melaksanakan strategi untuk meningkatkan prestasi staf
6.4 Melaksanakan kepimpinan bersama
6.5 Membina budaya kerja dan melaksanakan strategi pembangunan pasukan dan
kendiri untuk kecemerlangan sekolah
6.6 Memberi penghargaan dan pencapaian individu dan pasukan
6.7 Menjalankan penilaian dan penambahbaikan program pembangunan sumber
manusia secara berterusan
6.8 Merancang dan menyelia aktiviti perkembangan staf seperti kursus dalaman
6.9 Menggalakkan percambahan fikiran, perkongsian maklumat, budaya ilmu serta
memberi peluang kepada guru memperkembangkan potensi diri
6.10 Merancang kursus kesedaran dan penyungguhan kendiri guru
6.11 Menggalakkan guru melibatkan diri dalam aktiviti komuniti
6.12 Mengamalkan dan menggalakkan budaya kerja harmoni, berkualiti dan
seimbang tanpa tekanan. Mewujudkan budaya kerja yang menyeronokkan
6.13 Menilai prestasi staf secara berkala dan berterusan

7. Pengurusan Perhubungan Luar
7.1 Membina dasar pengurusan perhubungan luar berlandaskan Dasar Pendidikan
Negara, undang-undang dan peraturan serta perkembangan terkini
7.2 Mengamalkan sumber luaran untuk memajukan sekolah
7.3 Mengambil kira adat resam dan budaya dalam pengurusan perhubungan luar
7.4 Mewujudkan jaringan hubungan dengan pihak luar yang berkaitan
7.5 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang
memerlukan
7.6 Menjadi Penasihat dan mengaktifkan peranan PIBG dalam memangkin
keperluan sekolah
7.7 Mewujudkan persefahaman dan kerjasama erat dengan ibu bapa untuk
memastikan usaha memasyarakatkan sekolah dapat dilaksanakan dan menjadi
amalan sekolah
7.8 Mempraktikkan konsep saling bergantung dan bantu-membantu antara sekolah,
rumah dan komuniti serta mewujudkan kerjasama antara sekolah-sekolah
7.9 Melaksanakan strategi bagi meningkatkan hubungan kerjasama antara sekolah
dan masyarakat
7.10 Menjalankan penilaian dan penambahbaikan program pengurusan perhubungan
luar secara berterusan

Anda mungkin juga menyukai