Anda di halaman 1dari 19

MAQASID SYARIAH ADALAM MEMELIHARA

AKAL DAN NYAWA

KOD KURSUS : CTU101


NAMA KURSUS : PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM
PROGRAM : SAINS GUNAAN
KOD PROGRAM : AS1201_1
NO. KUMPULAN : 4

k 3 kali enter)
NO. NAMA AHLI KUMPULAN NO. PELAJAR
1. ATHIRAH ABD HALIM 2020845588

2. NUR QAMARINA BINTI BASHARUDIN 2020852252

3. NUR AISHAH FARHANA BINTI MUD ISMAMUDIN 2020419088

(jarak 3 kali

Nama Ketua Kumpulan: ATHIRAH ABD HALIM


No. Telefon: 011-23091952
Tarikh Serahan: 5 Februari 2021

DISEDIAKAN UNTUK:
EN ABD MUNIR MOHAMED NOH
Ra

SESI 1 2020-2021

Komunikasi Bertulis

Pendahuluan Pengolahan ayat Struktur Penukilan Idea Sitasi Kesimpulan & Cadangan

2 1.5 1 0.5 2 1.5 1 0.5 2 1.5 1 0.5 0 2 1.5 1 0.5 0 2 1.5 1 0.5 /10
Pembelajaran Sepanjang Hayat Nilai & Etika Profesional

Penyelarasan
Ketepatan Jawapan Rujukan Mencukupi Rujukan Berotoriti Menepati Masa Penggunaan Ayat Sendiri
kumpulan

2 1.5 1 0.5 2 1.5 1 0.5 2 1.5 1 0.5 1.5 0.5 0 1.5 1 0.5 0 1 0.5 0 /10
MARKAH /20
MAQASID SYARIAH DALAM MEMELIHARA AKAL DAN NYAWA

1.0 Pendahuluan

Maqasid Syariah adalah satu konsep rantaian lima prinsip Islam yang asas yang harus
diketengahkan iaitu menjaga dan memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Ianya perlu
dibincangkan dan dibahaskan semula secara meluas kerana pada zaman ini, isu kemerosotan
peradaban merupakan satu masalah yang besar di dalam masyarakat Islam. Konsep Maqasid
Syariah menekankan kepada bentuk dan tujuan syariat dalam kehidupan. Maqasid Syariah
merupakan suatu dasar yang sangat penting dan ianya tidak luput dari perhatian para ulama dan
pakar hukum Islam.

Kebijaksanaan akal dapat dibina dengan ilmu pengetahuan apatah lagi ilmu pada zaman ini
berkembang dengan pesat. Malah dengan ilmu, manusia dapat melakukan pembangunan yang
memenuhi keperluan mereka. Tambahan pula, akal manusia yang diisi dengan ilmu pengetahuan
akan terus terpelihara demi kebaikan umat manusia dan membangunkan sebuah masyarakat lestari.

Selain itu, Islam mengharamkan pertumpahan darah dengan jalan yang tidak benar. Islam
mewajibkan setiap individu menjaga keselamatan diri masing-masing dan pada masa sama
melarang keras perbuatan yang boleh mengancam keselamatan nyawa diri sendiri atau orang lain.
Apabila nyawa tidak terpelihara maka negara akan menghadapi kemusnahan, manakala
ketenteraman dan keamanan pula akan hilang.

Dalam kajian ini, penulis akan membincangkan tentang Maqasid Syariah dalam memelihara
akal dan nyawa. Turut dibincangkan dalam kajian ini ialah konsep Maqasid Syariah secara umum
dan juga pembahagian Maqasid Syariah.

1
2.0 Definisi Maqasid Syariah

Maqasid Syariah secara umum didefinisikan sebagai mengetahui makna dan matlamat syariat dalam
setiap hukum, ‘Alal al-Fasi mentakrifkan maqasid syariah sebagai memahami matlamat daripada
syariat dan rahsia dalam perkara yang telah ditetapkan oleh syarak dalam setiap hukum (‘Alal al-
Fasi, 2011:111). Ibn ‘Ashur pula mendefinisikan maqasid syariah sebagai hikmah dan segala
perhatian yang dapat dilihat pada hukum-hukum yang disyariatkan pada keseluruhannya atau
sebahagian besar. Al-Yubi mentakrifkannya sebagai maksud dan hikmah yang yang diinginkan oleh
syarak dalam perundangan sama ada secara umum atau khusus untuk mencapai maslahah manusia
(al-Yubi, 1998:37). Al-Raisuni pula mendefinisikan maqasid sebagai matlamat–matlamat yang
ingin dicapai oleh syarak demi kepentingan umat manusia.

Maqasid Syariah tediri daripada dua komponen iaitu 'Maqasid' dan 'Syariah'. Maqasid ialah
perkataan yang berasal daripada bahasa arab yang merupakan kata jamak kepada qasada yaqsidu
qasdan maqsadan. Ia membawa pelbagai makna antaranya ialah menuju, meminta sesuatu atau
mendatangkannya, berjalan lurus, keadilan dan kebenaran, keras dan paksa (Fairuzabadi,1971).
Perkataan tersebut juga digunakan di dalam al-Quran yang bererti berpegang kepada sesuatu,
mengarahkan kepada sesuatu yang lurus (Surah An-Nahl: 9). Makna lain ialah adil, perjalanan yang
pertengahan dan tidak melampau (Surah At-Taubah: 42). Syariah berasal daripada syara' yang
bermaksud sumber air minuman yang tidak pernah putus dan sentiasa mengalir (Jurjani, 1405). Jalan
menuju sumber air ini akan dapat dikatakan sebagai jalan ke arah sumber pokok kehidupan. Syariah
juga dikenali sebagai al-din atau al-millah yang ditakrifkan sebagai cara hidup yang memandu
manusia.

Dari segi istilah, perkataan Maqasid Syariah dapat difahami melalui takrif-takrif yang telah
dikemukakan oleh para ulama. Berdasarkan penelitian kepada karya-karya ulama Islam secara
umum dan ulama maqasid secara khusus, para ulama memahami maqasid syariah sebagai rahsia
agama, hikmah-hikmah yang terkandung serta tujuan dalam pensyariatan hukum. Namun, para
ulama berbeza pendapat dalam menjelaskan takrif Maqasid Syariah.

2
Imam A'lal Al-Fasi (1993) berpendapat ia adalah matlamat hukum syara' dan rahsia Allah
menetapkan sesuatu hukum daripada hukum-hukumNya. Di sisi Imam Ibnu Asyur (2001), Maqasid
Syariah ialah makna-makna dan hikmah-hikmah yang diambil kira oleh syara' dalam keseluruhan
atau sebahagian aspek pensyariatnya. Sementara itu, Doktor Wahbah Zuhaili (1996)
mendefinisikannya dengan makna-makna dan tujuan-tujuan yang dipelihara oleh syara' dalam
keseluruhan hukumnya atau sebahagian besar hukumnya, atau tujuan akhir daripada syariat dan
rahsia-rahsia yang diletakkan oleh syara' dalam hukum-hukumnya. Berdasarkan pandangan ulama
yang telah disebutkan sebelum ini, jelas menunjukkan Maqasid Syariah merujuk kepada tujuan-
tujuan pensyariatan hukum, rahsia-rahsia yang terkandung di dalam sesuatu hukum demi memelihara
kemaslahatan hidup manusia di dunia dan di akhirat.

3.0 Pembahagian Maqasid Syariah

Maqasid Syariah mempunyai kepentingan kepada kemaslahatan manusia dan ianya terbahagi
kepada tiga iaitu Al-Daruriyat, Al-Hajiyyat dan Al-Tahsiniyyat.

3.1 Al-Daruriyyat
Al-Daruriyyat ialah sesuatu perkara yang sangat diperlukan sehingga sampai ke tahap terdesak
dalam kehidupan manusia dan kejayaan di akhirat. Jika perkara ini hilang maka akan berlaku
kepincangan dalam kehidupan manusia dan mereka akan berada dalam keadaan bahaya dan
kehancuran. Maslahah daruriyyat ini terangkum dalam lima perkara iaitu memelihara agama,
nyawa, akal, keturunan dan harta. Setiap urusan agama dibina atas perkara-perkara ini mengikut
keutamaan yang telah ditetapkan oleh para ulama’.
Sebagai contoh, Islam secara tegas mengharamkan sebarang bentuk penganiayaan terhadap
nyawa melalui pensyariatan hukum Qisas, pengharaman membunuh, sad zarai’ (menutup jalan)
yang membawa kepada pembunuhan, keharusan mengambil yang haram demi menyelamatkan
nyawa, serta pelbagai dalil dan nas syarak yang menunjukkan kemuliaan nyawa itu sendiri.
Antaranya ialah, firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Dan janganlah kamu membunuh orang yang diharamkan Allah (membunuhnya)


kecuali dengan suatu (alasan) yang benar
(Al-Isra’: 33)
3
Rasulullah S.A.W juga berabda, mafhumnya:
Sesungguhnya darah (nyawa) kamu, dan harta kamu, dan maruah kamu haram
keatas kamu (mengambilnya tanpa hak) sebagaimana haramnya hari ini (hari
kurban), negeri Mekah, dan bulan Zulhijjah
(HR Bukhari)

3.2 Al-Hajiyyat
Al-Hajiyyat ialah perkara yang diperlukan oleh manusia bagi menjamin kehidupan dengan mudah
dan mengelakkan kesukaran. Jika al-hajiyyat tidak dipelihara, seseorang hamba akan menghadapi
kesukaran dan kesulitan tetapi tidaklah sampai ke tahap yang menyebabkan kerosakan yang teruk
dalam sistem kehidupan seperti al-daruriyyat. Oleh itu, terdapat hukum-hukum yang berkaitan
dengan maslahah hajiyyat yang mengangkat kesukaran dan kesulitan pada manusia seperti ruksah
dalam ibadat. Al-Hajiyyat dalam bidang ibadat seperti rukhsah mengharuskan berbuka puasa pada
bulan Ramadan bagi orang sakit dan bermusafir serta mengharuskan qasar bagi orang bermusafir.
(Jurnal infad 2015). Al-Hajiyyat dalam perkara adat ialah mengharuskan menikmati perkara yang
baik dalam makan, minum, pakaian dan lain-lain (Muhammad al-Zuhaili, 2002: 79, Ismail Sa’adat,
2011:136). Al-Hajiyyat dalam muamalat pula seperti pengharaman penipuan dalam perniagaan dan
menghindari pembaziran. (Muhammad al-Zuhaili, 2002:82, Ismail Sa’adat, 2011:141).

3.3 Al-Tahsiniyyat
Al-Tahsiniyyat ialah mengamalkan perkara yang patut daripada adab-adab yang baik dan
menghindari perkara yang mencemarkan yang ditolak oleh akal yang rasional. Perkara ini
terkandung dalam akhlak yang mulia. Ia juga merupakan perkara yang berkaitan dengan maruah,
adab dan perasaan kejiwaan untuk memudahkan kehidupan manusia dalam bentuk yang paling
sempurna dan pelengkap kepada Al-Daruriyyat dan Al-Hajiyyat.
Sebagai contoh, Islam mensyariatkan bersuci seperti menghilangkan najis dan menjaga
kebersihan badan dan pakaian, menutup aurat, memakai perhiasaan dan perkara yang baik ketika
pergi ke masjid, melakukan perkara-perkara sunat solat dan berpuasa serta menegah orang kafir dari
meminum arak di tempat terbuka. Dalam perkara adat pula, Islam mengajarkan adab-adab makan
dan minum, mengharamkan memakan makanan yang keji dan memudaratkan kesihatan serta
melarang melampaui batas dalam makan dan minum dan sebagainya.

4
Daripada pembahagian Maqasid Syariah ini, bila diteliti semua perintah dan larangan Allah,
baik dalam Al-Quran mahupun hadis yang dirumuskan dalam fiqh (hukum Islam), akan terlihat
bahawa semuanya mempunyai tujuan tertentu dan tidak ada yang sia-sia. Semuanya mengandung
hikmah yang mendalam, iaitu sebagai rahmat bagi umat manusia, sebagaimana ditegaskan dalam
Surah Al-Anbiya (21): 107,
Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat
bagi seluruh alam.
(Al-Anbiya: 107)

Ungkapan ‘rahmat bagi seluruh alam’ dalam ayat itu dimaksudkan dengan kemasalahatan umat
manusia. Dalam perbincangan kali ini, kajian ini hanya akan memfokuskan kepada aspek Al-
Daruriyyat dalam prinsip memelihara akal dan nyawa.

4.0 Maqasid Syariah Dalam Memelihara Akal

Akal merupakan budi fikiran yang amat penting bagi setiap makhluk manusia. Akal juga
merupakan anugerah yang amat bernilai sehingga dapat mengangkat manusia sebagai khalifah di
bumi Allah. Tidak dapat dinafikan lagi, akal merupakan wahana bagi manusia untuk menerima
tanggungjawab menghambakan diri kepada Allah S.W.T. Dengan akal, manusia menjadi ciptaan
Allah yang sangat istimewa kerana dapat membezakan baik dan buruk sekaligus membezakan kita
daripada makhluk lain. Memelihara akal (Hifz Al-Aql) dalam maqasid syariah bererti
menyuburkan akal dengan menimba ilmu pengetahuan dan melindunginya dari apa-apa yang
merosakkan.

4.1 Kemudaratan pengambilan dadah dalam memelihara akal

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (Baharom, et. al., 2005), dadah ialah bahan yang digunakan
untuk ubat-ubatan atau bahan (biasanya yang mengetagihkan) yang digunakan sebagai ubat tidur
dan dapat menyebabkan khayal atau tidak sedarkan diri serta membahayakan diri. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa dadah mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi
jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkahlaku pengguna apabila salah digunakan.
Terdapat pelbagai jenis dadah yang telah merosakkan umat manusia kini seperti candu, afiun,
morfin, kordain, heroin dan kokain. Setiap satu daripada itu mempunyai cara penggunaan dan kesan
5
yang berbeza apabila sudah bertindak balas kepada badan seseorang. Dadah di dalam Islam
menyamai istilah khamr yang digunakan untuk semua bahan yang memabukkan, mengkhayalkan,
menjadi punca penagihan, pergantungan, perubahan tingkah laku dan sebagainya. Perubahan ini
berhubung rapat dengan fungsi akal yang tidak dapat berjalan secara sempurna.

4.2 Pengharaman pengambilan alkohol dalam memelihara akal

Alkohol merupakan suatu sebatian organik yang mengandungi kumpulan berfungsi hidroksi (-OH).
Ia mempunyai pelbagai kegunaan dan manfaat namun apabila bercakap tentang alkohol, kita sering
mengklasifikasikan semua jenis alkohol itu sebagai haram.Terdapat dua jenis alkohol yang
memabukkan iaitu metanol, CH3OH dan etanol, C2H5OH. Metanol dihasilkan daripada kayu yang
juga dikenali sebagai ‘wood alcohol’ manakala etanol dibuat daripada bijirin seperti beras, gandum
dan barli, buah-buahan atau sayuran yang melalui proses fermentasi atau penapaian. Alkohol yang
diharamkan adalah etanol yang menjadi salah satu bahan dalam arak.Allah berfirman di dalam Al-
Quran yang bermaksud:

Dan dari buah kurma dan anggur, kamu buat minuman yang memabukkan dan
rezeki yang baik. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda
(kebesaran Allah) bagi orang yang memikirkan.
(An-Nahl: 67)

Sebelum turunnya ayat ini, arak masih halal diminum bagi masyarakat Arab jahliyah bahkan
turut diminum oleh para sahabat pada zaman Nabi Muhammad S.A.W kerana pada waktu itu
larangan Allah terhadap arak belum ada. Pada zaman Arab jahiliyah, khamar atau arak merupakan
minuman kegemaran bangsa Arab Quraisy, banyak dihidangkan dalam jamuan-jamuan dan majlis
keraian. Ia diterima sebagai suatu kebiasaan dalam adat dan budaya mereka pada masa itu. Namun,
selepas turunnya Surah Al-Baqarah ayat yang ke-219 menceritakan tentang hukum dosa apabila
meminum arak, Rasulullah S.A.W segera menyanggah anggapan perbuatan seorang sahabat bahawa
arak boleh menjadi penawar dan ubat untuk seseorang. Sabda Nabi Muhammad
S.A.W di dalam sebuah hadis bermaksud:

6
Ia bukan ubat, bahkan sebenarnya adalah punca kepada segala penyakit.
(HR Muslim)

Setelah pengharaman arak berkuatkuasa dengan terturunnya ayat 90-91 Surah Al-Maidah,
masyarakat Islam seluruhnya dilarang meminum arak.
Pengambilan alkohol menyebabkan beberapa kesan sementara atau jangka masa panjang
seperti kesulitan untuk berjalan, penglihatan menjadi kabur, tindakbalas yang perlahan dan hilang
ingatan. Ini jelas membuktikan bahawa alkohol sangat mempengaruhi pusat kawalan badan iaitu
otak. Pengambilan alkohol sama ada berterusan atau dalam tempoh yang pendek boleh mengundang
risiko kerosakan pada otak, bergantung kepada beberapa faktor seperti usia, jumlah alkohol yang
diambil, jantina, latar belakang pendidikan dan sosio ekonomi serta tahap kesihatan seseorang
individu (Tortora & Derrickson, 2012)

4.3 Penegahan menonton filem lucah dan video pornografi untuk memelihara akal

Hedonisme merupakan satu pandangan falsafah yang menyatakan bahawa perkara terbaik dan
disukai dalam hidup adalah memaksimumkan keseronokan. Oleh yang demikian, hedonisme
bermaksud suatu pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau
kesenangan hidup (Kamus Dewan, 2005).
Antara faktor-faktor penularan budaya hedonisme ialah serangan penjajahan pemikiran.Hal
ini dapat dibuktikan apabila pihak musuh Islam sentiasa berusaha untuk melancarkan serangan ke
atas umat Islam.Tetapi, selain daripada serangan berasaskan senjata, serangan yang lebih merbahaya
adalah berbentuk serangan pemikiran.Faktor yang seterusnya adalah faktor globalisasi. Globalisasi
di era kini mendedahkan ideologi sekular dan liberal secara mudah dan efektif ke dalam pemikiran
serta cara hidup manusia. Pengaliran fahaman sekular dan liberal ini menyebabkan munculnya
pelbagai budaya pemikiran dalam masyarakat seperti materialisme, individualisme, hedonisme,
nationalisme dan seumpamanya (Muhamed Fauzi Othman & Mohd.Azhar Abd.
Hamid,2003).Faktor yang ketiga ialah disebabkan oleh media massa. Gerakan Zionisme
menggunakan saluran media massa seperti media akhbar, majalah, buku, radio, filem dan sebagainya
untuk meracuni pemikiran manusia. Segala yang tersebar dan disebarkan oleh media massa adalah
berdasarkan rencana dan program yang diatur untuk kepentingan mereka.Akhirnya,faktor penularan
budaya hedonisme adalah hiburan. Banyak unsur budaya Barat telah meresap masuk ke dalam
budaya Asia dan Islam. Pengaruhnya disalurkan melalui medium muzik, nyanyian, filem, kartun
7
dan komik. Sebagai contoh, irama muzik yang bising seperti rock n roll dan heavy metal jelas
menunjukkan cara dan gaya hidup penghibur barat yang negatif dalam penglibatan dadah,
vandalisme, hubungan seks rambang dan seumpamanya yang telah menjadi ikutan generasi muda
(Azhar Mad Aros et al., 2001).
Salah satu agenda budaya hedonisme ini adalah untuk meransang akal manusia bagi
memaksimumkan keseronokan dengan menonton filem lucah dan video pornografi .Tidak dapat
dinafikan lagi, video lucah membawa kesan negatif terhadap pembinaan masyarakat. la merangsang
nafsu syahwat penontonnya serta mendorong mereka meniru dan mempraktis gambaran tersebut
(Fariza Md. Sham et al., 2000). Banyak kajian dan penelitian menunjukkan bahawa apabila
seseorang itu menonton video atau gambar lucah dapat mematikan bahagian otak yang memproses
rangsangan visual. Hal jelas menunjukkan bahawa perkara-perkara ini akan melemahkan dan
merosakkan otak dan minda kita.

4.4 Dorongan dalam memelihara akal menggunakan sistem Pembelajaran Abad Ke 21


(PAK21) di sistem pendidikan Malaysia dengan mengaplikasikan konsep maqasid
syariah.

Dalam era dunia moden masa kini, penjagaan akal dapat dioptimumkan dengan menyediakan
pendidikan yang holistik yang merangkumi aspek mental, fizikal dan spiritual. Hal ini sejajar dengan
elemen teras dan visi PAK21 yang bermatlamatkan untuk melahirkan pelajar yang bukan hanya
berjaya di dalam pelajaran, bahkan cemerlang dalam segenap aspek kehidupan yang memungkinkan
individu tersebut mampu berdikari dalam kehidupan. Antara aplikasi maqasid menjaga akal dalam
PAK21 ialah:

8
i. Pemikiran kritis

Para pelajar dapat meneroka idea baru dan menilai sesuatu idea secara logik dan rasional untuk
membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
Konsep ini seterusnya menatijahkan pelajar yang mempunyai maklumat yang luas dalam segala
bidang serta bijak dalam membuat keputusan. Konsep berfikir secara kritis ini turut ditekankan di
dalam Al-Quran yang menuntut manusia untuk memahami sesuatu dalam konteks yang luas dan
tersirat. Sebagai contoh, Allah swt meminta manusia menggunakan akal untuk melihat kekuasaan
Allah. Menurut akal yang waras, sudah tentu mustahil segala yang ada di dunia ini tercipta begitu
sahaja tanpa ada yang mengatur dan mentadbirnya. Hanya manusia yang merenung, mengkaji dan
berfikir tentang penciptaan dirinya dan alam semesta sahaja yang dapat merasai keagungan dan
kekuasaan Allah swt.

ii. Kreativiti

Penerapan elemen kreativiti dapat melahirkan para pelajar yang boleh menghasilkan inovasi bahan,
aktiviti dan projek yang baru serta berkualiti. Sikap kreativiti amat dituntut dalam kalangan pelajar
khususnya dan umat Islam umumnya. Ia dapat meransang daya inovasi serta meningkatkan
kemahiran berfikir aras tinggi. Di dalam dunia hari ini, daya inovasi amat dituntut untuk kebaikan
manusia sejagat. Dengan adanya sikap kreatif dan ingin mencuba, maka para saintis dapat mencipta
pelbagai alatan teknologi yang canggih di samping melahirkan banyak penemuan baru hasil
daripada kajian dan ujikaji yang berperingkat.

iii. Penggunaan ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) dalam proses Pengajaran
dan Pembelajaran (PdP)

Antara transformasi dalam PAK21 ialah penggunaan teknologi dan ICT seperti komputer, LCD dan
video secara efektif dan sistematik. Di bawah pengaruh dunia serta segala kemajuannya termasuk
perkembangan pesat sains dan teknologi (Hairudin Harun, 2004), hampir semua perkara dalam
kehidupan moden sekarang harus berevolusi seiring dengan perkembangannya. Dalam hal ini,
sistem pengajaran dan pembelajaran tidak terkecuali, malah revolusi sistem ini perlu dilaksanakan
demi meningkatkan keberkesanan dan kualiti pembelajaran dalam kalangan murid.

9
Agama Islam itu sendiri yang bersifat syumul iaitu melengkapi seluruh aspek kehidupan
manusia, tentunya tidak mengabaikan aspek pendidikan, nilai-nilai murni serta etika dalam
pensyariatannya. Jelaslah bahawa, Maqasid Syariah berdasarkan maqasid Hizl-Aql (Menjaga Akal)
mempunyai kaitan secara langsung dengan PAK21. Hal ini adalah kerana konsep belajar dan
menimba ilmu itu sendiri merupakan proses untuk menyuburkan akal dan mengisinya dengan
perkara yang bermanfaat.

5.0 Maqasid Syariah dalam Memelihara Nyawa

Dalam pemeliharaan jiwa, matlamat Islam ialah meletakkan harga yang tinggi ke atas jiwa (nyawa)
setiap umat manusia. Nyawa seseorang manusia tidak boleh diambil atau ditamatkan
sewenangwenangnya tanpa hak. Semua manusia berhak untuk hidup dengan tenang tanpa gangguan,
melainkan mereka yang melampaui batas. Justeru, perundangan Islam menetapkan nyawa dibalas
dengan nyawa (qisas) apabila berlaku pembunuhan yang salah dan hukuman hanya kepada pesalah.
Hukuman yang terhad ini menyelamatkan seluruh ahli keluarga atau kabilah pesalah tersebut yang
tidak terlibat dan tidak bersalah. Jaminan keselamatan nyawa ini juga dilaksanakan dalam kes ugutan
atau paksaan. Seseorang tidak boleh mementingkan keselamatan nyawanya dengan mematikan
nyawa orang lain apabila diancam. Hukum ini dapat memastikan jaminan keselamatan pada nyawa
anggota masyarakat daripada diperlakukan sesuka hati.
Dalam konteks pemeliharaan nyawa ini, seseorang individu bukan setakat diharamkan
membunuh orang lain malah turut diharamkan membunuh diri sendiri. Rasulullah SAW pernah
bersabda,
Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan
dengan benda tersebut di hari kiamat.
(HR al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hal ini, nyawa bukanlah hak mutlak seorang individu tetapi ia adalah hak Allah.
Manusia memilikinya atas dasar pinjaman dan amanah daripada Allah supaya dapat
memanfaatkannya atas tujuan ibadah iaitu berkhidmat untuk agama, masyarakat dan keluarga.
Berdasarkan amanah ini, maka haram seseorang individu bertindak ekstrem dengan membunuh diri
sendiri atau meletupkan dirinya bersama orang lain demi memperjuangkan kebenaran. Ia tidak lain
hanya memecahbelahkan masyarakat.

10
5.1 Memelihara Nyawa Dalam Konteks Makanan Moden

Islam amat menitikberatkan umatnya agar mengambil berat mengenai pemeliharaan nyawa dan
kehidupan.Ia dijelaskan oleh Allah SWT melalui firmanNya yang bermaksud:

Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh
Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar.
(al-Isra’ 17:33)
Berdasarkan ayat di atas, berdosa bagi sesiapa yang mengabaikan keselamatan diri sama ada
nyawa atau kesihatan kerana dia telah meninggalkan perkara yang sangat dituntut dalam Islam. Oleh
hal demikian, umat Islam mesti memilih makanan moden yang mampu untuk memberikan
kesihatan kepada diri bukannya memilih makanan yang mengundang kesan negatif sekaligus
membahayakan nyawa dan kesihatan manusia (al-Suyutiyy, 2001).
Sekiranya umat Islam berminat untuk mengambil manfaat daripada produk makanan moden,
umat Islam mesti bijak dalam memilihnya agar ia lebih memberi kemaslahatan berbanding mafsadah
kepada agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Sebagai contoh, produk makanan ubah suai genetik
(GMF) pertama yang dikomersialkan adalah tanaman tomato dan dikenali sebagai flavr savr yang
dihasilkan oleh Calgene.
Pada tahun 1992, Calgene telah menghantar tomato ini kepada U.S. Food and Drug
Administration (FDA) untuk dijalankan ujikaji. Menurut Duman, J.G, De Vries, A.I. (1976), hasil
daripada keputusan yang diperoleh FDA, mendapati bahawa tomato tersebut tidak mengandungi
bahan yang membahayakan kesihatan, sekali gus tidak memerlukan sebarang label pemberitahuan
bahawa ia adalah makanan GM. Keputusan ini juga membolehkan tomato ini dipasarkan secara
komersial pada tahun 1994 (Duman et. al., 1976).

11
5.2 Memelihara Nyawa Dalam Isu Pembedahan Plastik

Pembedahan daruriyyat dibuat dengan tujuan menyelamatkan nyawa pesakit atau meminimakan
risiko pesakit daripada menjalani kehidupan yang sangat sukar seperti rekonstruksi tengkorak atau
muka yang pecah akibat kemalangan dan pembedahan plastik bagi kulit terbakar. Membiarkan
pesakit dalam keadaan tengkorak atau muka yang pecah akan menyebabkan mudarat yang sangat
besar kepada pesakit. Begitu juga pesakit yang kebakaran kulit mempunyai risiko jangkitan kuman
yang tinggi melalui kulit tersebut jika dibiarkan tanpa rawatan. Walaupun dua keadaan ini tidak
membawa kepada kematian secara langsung, tetapi ia boleh membawa kepada kematian selepas
suatu tempoh. Ini kerana, maksud keadaan darurat itu juga termasuk keadaan yang boleh membawa
kepada kematian atau kesulitan selepas suatu tempoh tertentu. Imam alGhazali berkata:

Maqasid Syariah bertujuan menjaga lima perkara iaitu menjaga agama, nyawa, akal,
keturunan dan harta. Maka, sesuatu yang berperanan menjaga lima perkara ini dikira
sebagai maslahah, dan sesuatu yang merosakkan lima perkara ini dikira sebagai
mafsadah dan menolaknya adalah maslahah.

Malah, kaedah fiqh juga ada menyebutkan, pada asalnya dilarang tetapi pada keadaan darurat
hukumnya ialah harus. Maka, pembedahan plastik yang bertujuan menyelamatkan nyawa
dibenarkan oleh syarak.

5.3 Memelihara Nyawa Dalam Isu Baby Hatch

Secara prinsipnya, Islam mengharamkan membunuh manusia lain tanpa alasan yang benar,
berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:
Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh
Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar.
(al-Isra: 33)
Dalam ayat di atas, syarak menetapkan bahawa hanya tiga golongan yang dibenarkan untuk
dibunuh iaitu, si murtad, penzina dan pembunuh yang membunuh manusia yang terpelihara
darahnya dalam Islam. Manakala Imam al-Nawawi menyebut, darah yang dipelihara oleh syarak
adalah disebabkan Islam, bayaran al-jizyah (cukai yang dipungut daripada ahlu zimmah) dan alaman
(pelancong bukan Islam yang masuk ke negara Islam dengan kebenaran).
12
Imam Ibn A`syur mendefinisikan menjaga agama dengan “menjaga roh supaya ia tidak
hilang begitu sahaja, kerana dunia ini perlulah dilengkapi dengan kehidupan manusia”. Islam
memberikan setiap orang itu hak mereka masing-masing termasuklah bayi yang baru dilahirkan.
Kerana itu Allah mengharamkan pembunuhan untuk menjaga kemaslahatan ini disebabkan manusia
itu adalah mulia.Ia dijelaskan oleh Allah SWT meallui firmanNya yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-


baiknya.
(At-Tin: 4)

Dalam hal ini, anak terbuang yang kebanyakan berstatus anak tidak sah taraf tetap mempunyai
hak untuk hidup, walaupun dia dilahirkan sebagai anak zina. Bayi yang dibiarkan atau dibuang di
tempat yang tidak sepatutnya seperti dalam tong sampah, longkang, sungai dan seumpamanya akan
menyebabkan kematian sekiranya tidak dijaga dan dilindungi. Maka, penubuhan pusat penjagaan
ini bertepatan dengan prinsip maqasid syariah dari aspek penjagaan nyawa.

Demi menjaga kelansungan hidup manusia ini, Islam telah menetapkan bahawa pembunuh
hendaklah dikenakan hukuman qisas iaitu bunuh balas. Maka dalam isu pembuangan bayi ini,
sekiranya anak yang dibuang itu mati, si pembuang perlulah dihukum bagi mengelakkan perkara ini
terus berlarutan.

5.4 Memelihara Nyawa Dalam Isu Pengguguran Terapeutik

Kedua-dua pendekatan pro-life dan pro-choice sebenarnya bertujuan menjaga nyawa. Golongan
yang berpegang dengan pro-life menganggap nyawa janin yang masih dalam kandungan ibunya
suatu yang berharga dan berhak untuk dihormati sebagaimana ia sudah dianggap sebagai manusia.
Manakala pro-choice pula akan mementingkan perkara yang sama apabila wanita hamil memilih
untuk menggugurkan kandungan untuk menyelamatkan nyawanya setelah disahkan oleh pakar
bahawa jika meneruskan kehamilan akan memudaratkan dirinya. Dia juga berhak untuk memilih
untuk tidak menggugurkan kandungannya sekalipun nyawanya terancam.
Dalam situasi kedua ini, pilihan yang dibuat akan menjerumuskan dirinya ke dalam
kebinasaan dan maslahah kehidupan yang baik dan selamat pada anak yang bakal dilahirkan juga
13
tidak dapat dipastikan berdasarkan kepada ilmu perubatan obstetrik semasa. Oleh itu, perintah Allah
SWT supaya bertanya kepada golongan yang lebih tahu merupakan jalan penyelesaian kepada
mencari pendekatan yang bertepatan dengan maqasid al-syariah dalam isu perubatan sebegini.
Tambahan pula, isu pro-choice yang menjadi kontroversi di negara-negara Barat dan yang
sealiran dengan pendekatan ini ialah apabila pendekatan ini diamalkan secara menyeluruh dan
menuntut ia diterima di sisi undang-undang atas dasar hak asasi individu. Situasi ini turut
merancakkan gerakan aktivis pro-life dalam menyatakan pandangan yang berbeza. Perkembangan
ini adalah wajar kerana impak yang bakal berlaku sekiranya tuntutan ini diterima ialah pendekatan
pro-choice akan digunakan untuk semua jenis penamatan kehamilan kerana ia dilabelkan sebagai
hak asasi seseorang individu. Berbeza dalam kategori pengguguran terapeutik, tiada ruang bagi
pendekatan ini untuk dipraktikkan apabila keadaan wanita hamil tersebut ataupun janin yang
dikandungnya tidak memungkinkan kehamilan diteruskan. Pengesahan oleh pakar ini pula mesti
dari mereka yang betul-betul mahir dalam obstetrik dan bertindak mengikut prinsip umum etika
perubatan yang dengan sedaya upaya akan menyelamatkan nyawa pesakitnya.

14
6.0 Kesimpulan
Maqasid Syariah secara umum didefinisikan sebagai mengetahui makna dan matlamat syariat dalam
setiap hukum.Maqasid ialah perkataan yang berasal daripada bahasa Arab yang merupakan kata
jamak yang membawa pelbagai makna antaranya ialah menuju, meminta sesuatu atau
mendatangkannya.Manakala, syariah berasal daripada syara' yang bermaksud sumber air minuman
yang tidak pernah putus dan sentiasa mengalir. Jalan menuju sumber air ini akan dapat dikatakan
sebagai jalan ke arah sumber pokok kehidupan. Syariah juga dikenali sebagai al-din atau al-millah
yang ditakrifkan sebagai cara hidup yang memandu manusia.Dari segi istilah, para ulama memahami
maqasid syariah sebagai rahsia agama, hikmah-hikmah yang terkandung serta tujuan dalam
pensyariatan hukum. Berdasarkan pandangan ulama yang telah disebutkan sebelum ini, jelas
menunjukkan Maqasid Syariah merujuk kepada tujuan- tujuan pensyariatan hukum, rahsia-rahsia
yang terkandung di dalam sesuatu hukum demi memelihara kemaslahatan hidup manusia di dunia
dan di akhirat.

Maqasid Syariah terbahagi kepada tiga tingkat kepentingan iaitu Al-Daruriyyat, Al-Hajiyyat
dan Al-Tahsiniyyat. Al-Daruriyyat ialah sesuatu perkara yang sangat diperlukan sehingga sampai ke
tahap terdesak dalam kehidupan manusia dan kejayaan di akhirat. Jika perkara ini hilang maka akan
berlaku kepincangan dalam kehidupan manusia dan mereka akan berada dalam keadaan bahaya dan
kehancuran. Selain itu, Al-Hajiyyat ialah perkara yang diperlukan oleh manusia bagi menjamin
kehidupan dengan mudah dan mengelakkan kesukaran. Jika Al-Hajiyyat tidak dipelihara, seseorang
hamba akan menghadapi kesukaran dan kesulitan tetapi tidaklah sampai ke tahap yang menyebabkan
kerosakan yang teruk dalam sistem kehidupan seperti Al-Daruriyyat. Seterusnya, Al-Tahsiniyyat pula
ialah mengamalkan perkara yang patut daripada adab-adab yang baik dan menghindari perkara yang
mencemarkan yang ditolak oleh akal yang rasional.

Seterusnya, penjagaan akal amat penting dan kita haruslah melindunginya dari apa-apa yang
merosakkan.Terdapat beberapa perkara yang harus dielakkan untuk mengekalkan akal yang
waras.Pertama ialah mengelakkan penggunaan dadah kerana ianya dapat memberi kemudaratan
kepada seseorang individu tersebut sehingga menjadi khayal.Dadah merupakan bahan utama dalam
penghasilan ubat-ubatan namun apabila disalah gunakan, dadah akan merosakkan akal
kita.Kedua,pengambilan alkohol juga mampu merosakkan akal dan mengkhayalkan
seseorang.Perkara ini tidak boleh dipandang enteng kerana alkohol sangat mempengaruhi pusat
kawalan badan iaitu otak.Ketiga, filem lucah dan video pornografi juga mampu merosakkan akal
15
seseorang. Pada zaman kini, masyarakat telah dipengaruhi dengan pemikiran hedonisme akibat
pelbagai faktor seperti serangan penjajahan pemikiran,globalisasi dan media massa.Oleh
itu,pelbagai dorongan yang telah dilakukan bagi mendidik manusia mempunyai akal yang waras
seperti menetapkan sistem Pembelajaran Abad Ke-21 dalam skop pendidikan di Malaysia.

Akhir sekali, penulis juga menekankan Maqasid Syariah dalam penjagaan nyawa seseorang
di mana, nyawa seseorang tidak boleh sewenang-wenangya ditamatkan tanpa hak walaupun berada
di dalam bahaya kerana semua orang mempunyai hak untuk hidup. Oleh hal yang demikian, sistem
qisas di dalam perundangan Islam diwujudkan bertujuan untuk menegakkan hukum kepada pesalah
apabila berlaku suatu pembunuhan. Pada arus pemodenan ini juga, banyak makanan yang telah
dihasilkan melalui berbagai-bagai proses. Oleh itu, pemilihan makanan yang baik adalah amat
penting agar nyawa terselamat oleh bahan kimia makanan yang telah diproses dan dihasilkan. Selain
itu, isu pembedahan plastik telah menjadi bualan hangat pada masyarakat masa kini. Menurut
penulis, diharuskan seseorang individu tersebut untuk membuat pembedahan plastik jika
membahayakan nyawa dan boleh membawa kepada kematian seperti jangkitan kuman dan
sebagainya. Seterusnya dalam isu baby hatch juga melarang untuk membunuh bayi tersebut kerana
bayi juga mempunyai hak untuk hidup walaupun kebanyakan bayi ini merupakan hasil daripada
perbuatan zina. Maka, dalam konteks ini, jika anak yang dibuang itu meninggal, si pembuang
perlulah dihukum dengan qisas. Oleh itu, wujudnya pusat pusat penjagaan bayi yang akan menjaga
nyawa bayi tersebut.

16
Rujukan

Alias Azhar, Muhammad Azam Hussain, Mohd Zakhiri Md.Nor, Mohammad Khairi Othman (2017)
Penyelidikan Fatwa Dalam Kerangka Maqasid Al-Syariah: Satu Tinjauan, Universiti Sains
Malaysia.

Dr. Jasni bin Sulong, Faisal Husen Ismail (2001) Kesejahteraan Sejagat: Analisis Dari Perspektif
Maqasid Syariah: Jurnal Usuluddin.

Halipah Hamzah (2010) Budaya Hedonisme dan Cabarannya Terhadap Pembangunan Tamadun
Ummah, Pulau Pinang : Universiti Teknologi MARA.

Latifah Mohd Noor (2018) Alkohol: Definisi, Pengharaman, Metabolisme Dan Kegunaannya,
Negeri Sembilan : Universiti Sains Islam Malaysia.

Mohammad Naqib Hamdan, Mohd Anuar Ramli, Wan Nur Deeni Wan Ali (2006) Pembedahan
Plastik Dan Rekonstruksi Yang Melibatkan Pengubahan Ciptaan Allah SWT: Analisis Berdasarkan
Parameter Maqasid Syariah : University of Malaya

Mohd Mahyeddin Mohd Salleh, Nisar Mohammad Ahmad, Nur Mohammad Hadi Zahalan (2018)
Pengurusan Dan Perlindungan Anak Tak Sah Taraf Melalui ‘Baby Hatch’: Satu Penilaian
Daripada Pperspektif Maqasid Syariah Dan Undang-Undang Malaysia: Universiti Sains Islam
Malaysia.

Mohd Rumaizuddin Ghazali (2014) Kepentingan Maqasid Syariah Dalam Berfatwa Di Malaysia,
Universiti Sains Islam Malaysia.

Rosni Wazir,Abur Hamdi Usman, Norsaleha Mohd Saleh, Suriani Sudi, Abdul Hadi Awang &
Syamim Zakwan Rosman, (2019) Hadis Targhid dan Tarhib dalam Menangani Isu Penagihan
Dadah, Selangor : Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Sharif Mohd Tahiri, Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim (2017) Maqasid Syariah Dalam Makanan
Moden: Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies.

Siti Khatijah Ismail, Ridzwan Ahmad (2017) Analisis Konflik Pro-Life Dan Pro-Choice Isu
Pengguguran Terapeutik Dari Aspek Menjaga Nyawa Menurut Al-Quran: Jurnal Islam dan
Masyarakat Kontemporari.

Zubair bin Amir Nur Rashid, Nur Mardia binti Mazri, Dr Mohd Fuad bin Md Sawari, Dr Nan
Noorhidayu binti Megat Laksamana (2019) Aplikasi Maqasid Syariah dalam Sistem Pendidikan di
Malaysia:Pembelajaran Abad ke-21, Kuala Lumpur : International Islamic University Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai