Anda di halaman 1dari 70

1.

0 PENDAHULUAN

Di dalam bab ini, penulis menerangkan tajuk latihan ilmiah ini serta takrifan

istilah-istilah yang terdapat di dalamnya, pengenalan kajian, latar belakang

kajian, objektif serta kepentingan kajian dan motodologi penyelidikan.

1.1 PENGENALAN

Al- Quran pada sudut istilahnya mengikut pendapat ulama akidah dan feqah

ialah kalam (perkataan) Allah Taa’la yang mu’jiz (yang melemahkan lawan)

yang diturunkan kepada penyudah segala nabi dan rasul iaitu Nabi

Muhammad s.a.w dengan perantaraan malaikat Jibril a.s, tertulis pada mushaf,

yang disampaikan kepada kita dengan jalan tawātur (tidak dapat diragukan

lagi kesahihannya kerana diriwayatkan oleh kumpulan rawi yang ramai) yang

dikira beribadat jika membacanya, yang dimulai dengan surah al-Fātihah dan

diakhiri dengan surah An- Nās1. Manakala Ilmu al- Qiraat pula, ialah satu

ilmu yang membincangkan atau membicarakan mengenai kalimah-kalimah al-

Quran dan cara menuturkan kalimah-kalimah tersebut seperti mad, qasar,

imālah, tashil dan sebaginya yang dimasyhurkan oleh pembawa-

pembawanya2.

1
Dr. Sha’aban Muhammad Ismail, Al- Qiraat : Ahkamuha Wa Masddaruha, Dar Al- Salam,
Qaherah, hal. 77.
2
Dr. Muhammad Muhammad Salim Muhaisin, Al-Muhazzab Fil Qiraat Al-A’syar, Maktabah Al-
Azhar Qaherah, hal. 5.

1
Terdapat dua toriq (jalan) yang menjadi panduan dalam disiplin Ilmu

al- Qiraat iatu Toriq Syātibi (qiraat tujuh) melalui matan yang dinamakan

Mutun Hirzul Amani wa Wajhu Tahani fil-Qiraati al-sab’u dan melalui Toriq

al- Jazari (qiraat sepuluh).3

Di Darul Quran, Matan al- Syatibi dan Matan ad- Durrah dijadikan

rujukan utama dalam pembelajaran Ilmu al-Qiraat. Secara umumnya, Matan

Syatibi adalah hasil karya Abu Qasim bin Firruh bin Khollaf bin Ahmad as-

Syatibi al- Andalusi yang terdiri dari 1173 rangkap bait dan mempunyai 78

bab. Manakala Matan ad- Durrah pula dikarang oleh Imam Muhammad bin

Muhammad bin Muhammad bin ‘Ali bin Yusuf bin Jazari atau lebih dikenali

sebagai Ibn Jazari. Bagi pendapat yang terdiri dari 241 rangkap bait dan

mempunyai 41 bab. Penulis mendapati ilmu ini amat menarik untuk di kaji

memandangkan terdapat kepelbagaian cara bacaan padanya.

Untuk makluman, para pelajar yang belajar di Darul Quran, mereka

akan mempelajari dan mendalami Ilmu al-Qiraat serta menghafal 30 juzuk al-

Quran. Para pelajar turut mendalami ilmu- ilmu lain seperti Fawasil, Rasm al-

Quran, dan Fiqh. Bagi pendapat penulis, setiap pelajar mempunyai tahap

kefahaman dan penguasaan yang berbeza apabila mempelajari sesuatu ilmu.

Juteru, penulis ingin mengkaji sejauh manakah kefahaman dan penguasaan

pelajar Darul Quran terhadap ilmu al-Qiraat. Berdasarkan borang kaji selidik

yang akan diedarkan kepada mereka nanti, pengkaji akan dapat menilai dan

3
Ustaz Mohd Rahim Jusoh (2001), Pengenalan Ilmu Qiraat, Cet. 2, Mahsuri Timur, Selangor, hal. 9.

2
membuat ulasan mengenai kefahaman dan penguasaan mereka sepanjang di

Darul Quran.

1.2 LATAR BELAKANG MASALAH KAJIAN

Ilmu al- Qiraat merupakan salah satu ilmu yang berkait rapat dengan al-

Quran. Ilmu ini membincangkan mengenai kaedah- kaedah pembacaan al-

Quran melalui pelbagai riwayat yang mutawatir daripada Rasulullah s.a.w.

Kepentingan ilmu ini sangatlah penting bagi mereka yang ingin menguasai

pelbagai cara bacaan al-Quran dengan pelbagai riwayat. Oleh yang demikian,

saya merasakan bahawa pentingnya untuk saya mengkaji kefahaman ilmu al-

Qiraat dalam kalangan pelajar di Darul Quran. Objektif kajian ini adalah

untuk mengetahui kebolehan pelajar untuk mengenali dan menguasai asas

ilmu al-Qiraat.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk memberi satu pendedahan ringkas terhadap

ilmu al- Qiraat serta mengkaji tentang kefahaman pelajar Darul Quran tentang

ilmu al-Qiraat. Secara amnya, tujuan kajian ini boleh dilihat dari aspek-aspek

berikut:

3
1. Untuk mengkaji ilmu yang berkaitan tentang ilmu al- Qiraat.

2. Untuk mengetahui tahap penguasaan ilmu al-Qiraat di kalangan para

pelajar Darul Quran dalam bab ummul al-Quran, bab usul dan kaedah al-

Qiraat di dalam surah al-baqarah.

3. Untuk mengetahui latar belakang imam-imam Qiraat.

4. Untuk memenuhi salah satu syarat bagi mendapatkan sijil Diploma Tahfiz

al-Quran Wal Qiraat Darul Quran (JAKIM) Kuala Kubu Bharu.

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

1. Mengenalpasti keberkesanaan Qiraat Amali dalam Ilmu al- Qiraat

terhadap para pelajar di Darul Quran. Hal ini penting supaya para pelajar

dapat melihat sendiri penguasaan mereka mengenai Ilmu al- Qiraat. Ini

kerana untuk mengaplikasikannya memerlukan talaqqi dan musyafahah

secara terus daripada guru yang berkemahiran agar dapat memelihara

bacaan yang asli dan tepat sepertimana bacaan Rasulullah S.A.W. Ini

kerana tulisan kalimah di dalam al-Quran yang terdapat bacaan al- Qiraat

tidak boleh dijadikan sandaran semata-mata kerana kita seharusnya

mendengar terlebih dahulu sebutan yang tepat dari mulut guru yang

menuturkannya. Tuntasnya, perkara ini memaksa pelajar dan masyarakat

untuk terus mengamalkan budaya menerima bacaan daripada guru al-

4
Quran seterusnya menyemarakkan lagi pembacaan dan pengajian al-

Quran.

2. Menjadi suatu rujukan bagi para pelajar mahupun pensyarah Darul Quran

untuk mengenal ilmu al-Qiraat. Kajian ini juga diharapkan agar dapat

meningkatkan kesedaran para pelajar di Darul Quran tentang tahap

penguasaan atau kemampuan meraka dalam ilmu Qiraat ini. Di samping

itu, kajian ini diharapkan dapat memberi satu pendedahan yang baru

terhadap para pensyarah ilmu al-Qiraat agar mereka mengetahui tahap

semasa penguasaan pelajar dalam subjek ini.

3. Mencari hubungkait antara pengaruh sistem pengajaran dan pembelajaran

terhadap kefahaman pelajar tengtang Ilmu al-Qiraat. Selain itu, hasil

kajian ini juga diharapkan dapat dimanfaatkan oleh para pensyarah ilmu

al-Qiraat di sini sebagai salah sebuah rujukan mengenai keberkesanan

teknik-teknik proses pengajaran dan pembelajaran mengenai ilmu al-

Qiraat di Darul Quran.

1.5 SKOP KAJIAN

Penulis akan memfokuskan tumpuan kajian terhadap tahap kefahaman para

pelajar di Darul Quran tentang ilmu Qiraat berkaitan pengenalan ilmu al-

Qiraat yang merangkumi istilah-istilah yang terdapat dalam ilmu al-Qiraat dan

penguasaan pelajar tentang kaedah bacaan al-Qiraat di dalam surah al-Fatihah.

Penulis memilih pelajar- pelajar Darul Quran (JAKIM) Kuala Kubu Bharu

bagi menguji kemampuan pelajar terhadap kefahaman mereka tentang ilmu al-

5
Qiraat secara umumnya sahaja. Seterusnya, penulis akan menganalisa

berdasarkan borang kaji selidik yang telah diedarkan kepada responden-

responden yang terlibat. Akhirnya, keputusan kajian yang bakal diterima

kelak sama ada bersifat positif atau negatif haruslah diterima dengan baik

supaya implikasi kajian ini dapat dapat menyumbang terhadap

penambahbaikan kualiti pengajaran dan pembelajaran ilmu Qiraat bagi

kalangan pelajar mahupun guru- guru di Darul Quran.

1.6 PENGERTIAN TAJUK KAJIAN

Tajuk Penulisan ilmiah ialah “ Qiraat 10 : Suatu Kajian Terhadap

Kefahaman Pelajar Darul Quran (JAKIM) Kuala Kubu Bharu ”

Definisi Operasional:

1. Kefahaman ilmu al-Qiraat :

Merupakan kefahaman yang berkaitan tentang perkara-perkara asas di

dalam ilmu al-Qiraat serta imam-imam al-Qiraat dan kaedah-kaedah

bacaannya.

2. Suatu kajian terhadap pelajar Darul Quran :

Merupakan suatu kajian yang dijalankan terhadap pelajar- pelajar yang

menuntut di Darul Quran.

6
3. Darul Quran :

Merupakan Institusi Pengajian al-Quran dan al-Qiraat.

1.7 SOROTAN LITERASI

Melalui kajian dan pembacaan yang dibuat oleh penulis iaitu kajian terhadap

ilmu al-Qiraat adalah sangat luas. Selain daripada apa yang telah dimuatkan

dan dibincangkan oleh kebanyakkan ahli al-Qurra’,terdapat juga beberapa

buah latihan ilmiah yang lepas serta kitab-kitab yang membahaskan tentang

ilmu al-Qiraat secara terperinci.

Sebagai contoh,antara latihan ilmiah lepas yang membincangkan

tentang ilmu al-Qiraat ialah bertajuk ‘ Pengenalan Ilmu al-Qiraat ’ yang

mengutarakan tentang bacaan umum imam- imam al-Qiraat tujuh. Selain itu,

latihan ilmiah yang berajuk ‘ Kefahaman Ilmu Al- Qiraat : Suatu Kajian

Terhadap Pemahamannya Dalam Kalangan Pelajar Kemboja Di Darul Quran.

Manakala buku-buku yang berkaitan ilmu al-Qiraat ialah yang

bertajuk ‘ Manhaj al-Qiraat 10 ’ yang membahaskan tentang kaedah bacaan

imam-imam al-Qiraat beserta dalilnya sekali mengikut matan Imam as-Syatibi

dan matan Imam ad- Durrah.

Tujuan penulis membuat tinjauan adalah sebagai sumber rujukan

utama daripada kitab-kitab muktabar yang mana dikarang oleh ulama-ulama

besar.

1.8 METODOLOGI KAJIAN

7
1.8.1 Metodologi pengumpulan data

Penulis menggunakan peperapa metod untuk melaksanakan kajian ini seperti

berikut:

1.8.1.1 Kajian di perpustakaan

Penulis akan merujuk bahan-bahan bacaan ilmiah yang terdapat di

perpustakaan Darul Quran. Antara bahan bacaan yang dijadikan sumber

rujukan penulis termasuklah :

a) Buku, Jurnal

b) Dokumentasi (seperti pamphlet dan lain-lain)

c) Latihan-latihan ilmiah yang lepas

1.8.1.2 Mengedar borang kaji selidik

Penulis akan menyediakan borang kaji selidik dengan bimbingan penyelia

untuk mendapatkan panduan membina item- item soalan borang kaji selidik.

Kaedah ini merupakan kaedah paling sesuai untuk mendapatkan maklumat

hasil pembelajaran daripada responden- responden.

1.8.2 Metodologi penganalisaan data

Penulis menggunakan peperapa metod untuk melaksanakan kajian ini seperti

berikut:

1.8.2.1 Induktif

8
Dengan menggunakan metod ini, penulis akan menghuraikan analisa data

berdasarkan maklumat dan pemerhatian yang diperolehi, contohnya, analisa

berdasarkan kaji selidik serta rujukan perpustakaan.

1.8.2.2 Deduktif

Melalui metod ini, penulis akan menganalisa terlebih dahulu sebelum

menghubungkan analisa tersebut dengan maklumat sebenar kajian.

1.8.2.3 Komparatif

Melalui metod ini, penulis akan membuat perbandingan data daripada kedua-

dua metod di atas iaitu induktif dan deduktif.

1.9 SISTEMATIKA PENULISAN

Secara asasnya, kajian yang dijalankan meliputi lima bahagian. Penyusunan

kajian adalah seperti berikut:

Bab Satu:

Bab ini mengandungi pengenalan kepada keseluruhan isi kandungan latihan

ilmiah. Di dalam bab ini, penulis menerangkan tajuk latihan ilmiah ini serta

takrifan istilah-istilah yang terdapat di dalamnya, pengenalan kajian, latar

belakang kajian, objektif serta kepentingan kajian dan motodologi

9
penyelidikan. Ini termasuklah metodologi pengumpulan data dan metodologi

analisa data.

Bab Dua:

Di dalam bab dua ini, penulis akan memperkanalkan konsep- konsep utama

yang terkandung dalam tajuk latihan ilmiah ini:

Definisi al- Quran dan al- Qiraat serta hubungan antara kedua-duanya. Selain

itu, penulis akan cari asas dan kaedah bacaan imam- imam al-Qiraat. Di

samping itu, penulis akan menerangkan kaitan ilmu al-Qiraat.

Bab Tiga:

Di dalam bab tiga, penulis akan memperkenalkan sejarah awal penubuhan

Darul Quran serta pengenalan responden-responden kajian yang terdiri

daripada pelajar- pelajar di Darul Quran. Kemudian, penulis akan

membincangkan tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Qiraat yang

dijalankan di Darul Quran, (JAKIM) Kuala Kubu Bharu.

Bab Empat:

Di dalam bab empat, penulis akan menganalisa segala maklumat yang telah

diperolehi daripada segala rujukan, kaji selidik dan sebagainya. Laporan kaji

10
selidik akan dibentangkan dalam bab ini setarusnya membuat analisa secara

terperinci dan membuat kesimpulan kajian.

Bab Lima:

Di dalam bab lima, penulis akan merumuskan semua hasil dan analisa kajian

yang telah diperolehi. Selain itu, penulis juga membuat rumusan dan

cadangan berdasarkan kajian yang telah dilakukan.

1.10 RUMUSAN

Di dalam bab ini, dapat dirumuskan bahawa penulis ingin mengukur tahap

penguasaan ilmu al-Qiraat di kalangan pelajar kemboja di Darul Quran

(JAKIM) Kuala Kubu Bharu Darul Ehsan, Selangor secara umumnya sahaja

iaitu merangkumi pengenalan ilmu al-Qiraat, istilah-istilah yang terdapat

dalam ilmu al-Qiraat dan penguasaan pelajar-pelajar tentang kaedah bacaan

al-Qiraat yang terdapat didalam surah al-Fatihah dan surah al-Baqara kerana

ia merupakan perkara asas yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar yang ingin

mendalami ilmu al-Qiraat secara lebih terperinci.

11
2.0 PENDAHULUAN

Di dalam bab ini, penulis akan menjelaskan berkaitan sejarah pengumpulan

al-Quran seterusnya penulis akan menjelaskan berkaitan biodata imam-imam

di dalam al-Qiraat Sab’ah.

2.1 ILMU AL-QIRAAT

Ilmu al-Qiraat adalah salah satu ilmu dari cabang-cabang ilmu yang ada

hubungan dengan al-Quran yang sewajarnya diberi perhatian yang khusus.

Semenjak penurunan wahyu Allah, yang merupakan satu-satunya sumber

pengambilan al-Qiraat hingga kini, ilmu al-Qiraat sentiasa dijaga, dipelajari,

disuburkan dan diperkembangkan oleh ulamak yang silih berganti. Hukum

mempelajari ilmu al-Qiraat adalah fardu kifayah. Ilmu al-Qiraat merupakan

ilmu yang berkaiatan tentang kaedah pembacaan al-Quran. Ia hanya

membincangkan tentang kalimah-kalimah yang hanya terdapat di dalam al-

Quran sahaja iaitu dari segi kaedah-kaedah dan cara-cara menyebutnya. Ilmu

ini juga merupakan ilmu riwayat dari ahli-ahli qiraat secara bersambung

sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w bukan berdasarkan ijtihad mereka

sendiri. Sesungguhnya ilmu Qiraat merupakan ilmu al-Quran yang semakin

berkurang pada masa kini. 4

4
Haji Mohd Nazri bin Abdullah (2010), Manhaj Qiraat 10 Beserta Dalil Dan Matan Imam As-
Syatibi Dan Matan Ad-Durrah, Kuala Lumpur : Percetakan Salam Sdn.Bhd, h. 1.

12
2.3 IMAM AL- QIRAAT DAN RAWINYA5

i. Imam Nafi’, rawinya ialah Qolun dan Warsh. Qalun dan Warsh belajar

terus dengan Imam Nafi’.

ii. Imam Ibnu Kathir, rawinya ialah Bazzi dan Qunbul. Bazzi meriwayatkan

bacaan Ibnu Kathir melalui Ikrimah bin Sulaiman melalui Ismail bin

Abdullah al-Qust melalui Syibl bin Ubbad dari Ibnu kathir. Manakala

Qunbul pula meriwayatkan bacaan Ibnu Kathir melalui Abi Hassan

Ahmad al-Qawwas melalui Wahab bin Wadih melalui Ismail bin Abdullah

al-Qust melalui melalui Syibl bin Ubbad daripada Ibnu Kathir.

iii. Imam Abu ‘Amru, rawinya ialah Duri dan Susi. Duri dan Susi

meriwayatkan bacaan Abu ‘amru melalui perantaraan Yahya al-Yazidy

Abi Mohammad Yahya daripada Abu ‘Amru.

iv. Imam Ibnu ‘Amir, rawinya ialah Hisyam dan Ibnu Zakwan. Hisyam

meriwayatkan bacaan Ibnu ‘Amir melalui perantaraan ‘Irak al-Murri

daripada Yahya al-Zamari daripada Ibnu ‘Amir. Ibnu Zakwan pula

meriwayatkan bacaan Ibnu ‘Amir melalui perantaraan Ayub bin Tamimi

dari Yahya al-Zamari dari Ibnu Kathir.

v. Imam ‘Asim, rawinya ialah Syu’bah dan Hafs. Syu’bah dan Hafs belajar

terus dengan Imam ‘Asim.

vi. Imam Hamzah, rawinya ialah Kholaf dan Kholad. Kholaf dan Kholad

meriwayatkan bacaan Hamzah melalui perantaraan Salim bin Isa daripada

Hamzah.

5
Ibid., h. 10 – 11.

13
vii. Imam Kisaei, rawinya ialah Abu Harih dan Duri. Abu Harith dan Duri

belajer terus dengan Imam Kisaei.

2.4 BIODATA IMAM DAN BIODATA DIRI RAWINYA

2.4.1 Imam Nafi’6

Nama :Nafi’ bin Abd. Rahman bin Abi Na’im.

Kuniyah : Abu Ruwim atau Abu Hassan atau Abu Abd.Raman.

Asal : Asbahan.

Tarikh lahir : Dalam lingkungan tahun 70 H.

Tarikh wafat : 169 H.

Sifat-sifat peribadinya:

Berkulit hitam.

(a) Wajah yang mudah tersenyum.

(b) Berakhlak mulia.

(c) Suka bersenda gurau.

(d) Imam Qiraat di Madinah.

Bertalaqqi dengan 70 Imam Tabi’in, antaranya :

(a) Abu Jaafar.

(b) Syaibah b. Nasosh.

6
Ibid., h. 14.

14
(c) Muslim b. Jundab.

(d) Yazid b. Ruman.

(e) Muhammad b. Muslim b. Shihab.

(f) Abd. Rahman b. Hurmuz.

Di antara yang mengambil sanad dengan Imam Nafi’ ialah :

i. Imam Malik bin Anas.

ii. Imam al-Laith bin saad.

iii. Abu Amru bin ‘Ala.

iv. Isa bin Wardan.

v. Sulaiman bin Muslim bin Jammaz.

Rawi yang masyhur meriwayatkan bacaan Imam Nafi’ ialah Qalun dan

Warsh.

Oleh kerana terdapat banyak perbezaan manhaj yang diriwayatkan

daripada Imam Nafi’ maka penulis akan menulis dua tajuk khusus yang

berasingan tentang manhaj Qalun dan manhaj Warsh.7

7
Ibid., h. 15.

15
a. al-Qalun8

Nama : ‘Isa b. Wardan b. ‘Isa b. Abd Samad b. Umar b. Abdullah ar-Zarqi.

Tarikh lahir : 120 H.

Tarikh Wafat : 220 H.

Nama kedua : Abu Musa.

Gelaran : Qalun.

Nasab : Anak tiri Imam Nafi’

Ciri-cirinya :

i. Mula bertalaqi dengan Imam Nafi’ ketika berumur 30 tahun

selama 20 tahun.

ii. Qalun di dalam bahasa Rom bermaksud baik.

iii. Gelaran ( Qolun ) ini telah di berikan oleh gurunya Imam Nafi’.

iv. Memilih Madinah Munawwarah sebagai tempat mengembangkan

ilmunya.

Sifat-sifat beliau :

i. Bacaan al-Qurannya sangat baik.

ii. Boleh berbahasa Rom dengan baik.

iii. Tidak pernah mendengar perkara-perkara maksiat.

8
Ibid.

16
iv. Mendengar dan memperbetulkan bacaan al-Quran yang salah dari

Qari yang sedang membaca al-Quran.

b. Warsh9

Nama : Uthman bin Said bin Abdullah bin ‘Amru bin Sulaiman bin Ibrahim.

Tahun Lahir : 110 H.

Tahun Wafat : 197 H. pada zaman Khalifah al-Ma’mun dalam usianya 87

tahun di Mesir.

Asal : Qauirawan di Daerah Saidi di Mesir.

Nama Kedua : Abu Said.

Gelaran : Warsh. Gelaran ini diberi oleh gurunya Imam Nafi’kerana putih

kulitnya. Maksud Warsh adalah sesuatu yang diberbuat daripada susu.

Sifat-sifatnya :

i. Seorang yang matang.

ii. Biru kedua matanya.

iii. Putih kulitnya.

iv. Lincah pergerakannya.

v. Suka berjubah singkat.

9
Ibid., h. 34.

17
vi. Pakar bahasa Arab.

vii. Memiliki suara merdu.

viii. Menyumbangkan ilmunya di Mesir.

Gurunya : Berguru dengan Imam Nafi’ di Madinah.

2.4.2 Imam Ibnu Kathir10

Nama : Abdullah Bin Kathir Bin ‘Amru Bin Abdullah Bin Zazan Bin Fairuz

Bin Hurmuz.

Tahun Lahir : 45 H di Mekkah.

Tahun Wafat : 120 H di Mekkah.

Kinayah : Abu Ma’bad.

Sifat-sifatnya :

i. Berbadan tegap dan tinggi.

ii. Berkulit hitam manis.

iii. Bermata biru.

iv. Fasih dan pandia berkata-kata.

Anak Muridnya : Mempunyai ramai anak murid.

Anak muritnya yang masyhur ialah Bazzi dan Qunbul.

10
Ibid., h. 61.

18
a. al-Bazzi11

Nama : Ahmad Bin Muhammad Bin Abdullah Bin al-Qosim Bin Nafi’ Bin

Abi Bazah.

Tahun Lahir : 170 H di Mekkah.

Tahun Wafat : 250 H ketika berusia 80 tahun di Mekkah.

Kinayah : al-Bazzi Abu al-Hassan.

Sifat-sifatnya :

i. Di antara yang terawal meriwayatkan al-Qiraat Ibnu Kathir.

ii. Di antara perawi Ibnu Kathir yang termasyhur.

iii. Perawi yang terbaik yang boleh dipercayai.

iv. Perawi yang dhobit yang merangkumi ingatandan penulisan.

v. Menjadi muezzin dan imam Masjidil Haram selama 40 tahun.

b. al-Qunbul12

Nama : Muhammad bin Abd Rahman bin Khalid bin Muhammad bin Said al-

Makki.

Lahir : 195 H di Mekkah.

Wafat : 291 H ketika berusia 96 tahun di Mekkah.

Nama Kedua : Abu Amru.

Gelaran : Qunbul.
11
Ibid., h. 62.
12
Ibid.

19
Sifat-sifatnya :

a. Seorang yang dhobit dan diyakini di dalam al-Qiraat Ibnu Kathir.

b. Terkenal dengan akhlak yang mulia.

c. Seorang yang bertaqwa dan kuat dengan hokum agama.

2.4.3 Imam Abu ‘Amru

Nama : Zabban bin al-‘Ala bin ‘Umar bin al-Iryan bin Abdullah bin al-

Husin.13

Tahun Lahir : 68 atau 70 H di Mekkah.

Tahun Wafat : 154 H di Kufah, Iraq.

Gelaran : Ibnu al-‘Ala.

Sifat peribadi :

Seorang yang sangat dihormati di kalangan bangsa Arab.

a. Mendapat pujian daripada kebanyakan penyair di tanah Arab.

b. Pakar dalam bidang berkaitan al-Quran.

c. Seorang yang benar, dibercayai, amanah, zuhud, dan alim dalam

bidang agama.

d. Ulama’ besar yang beramal dengan ilmunya.

e. Menjadi contoh dalam masyarakat Arab pada zamannya dalam ilmu

al-Qiraat, Nahu dan Feqah.

Anak Muridnya :Mempunyai ramai anak murid dan di antaranya terdapat dua

orang yang telah memasyhurkan bacaan beliau. Mereka ialah Duri dan Susi.

13
Abdul al-Fattah al-Qadi, Tarikh Qurra’ al-‘Asyarah Warawatihim, Maktabah Qaherah, h. 19.

20
a. Duri

Nama : Hafs bin Umar bin Abd Aziz bin Suhban bin ‘Ada bin Suhban ad-

Duri al-Azdi al-Baghdadi.14

Tahun Lahir : Tahun 150 H pada zaman al-Mansor.

Kinayah : Abu ‘Amru.

Gelaran : Al-Duri.

Asal : Baghdad.

Sifat peribadi :

i. Seorang yang benar

ii. Perawi terawal yang membukukan Ilmu al-Qiraat.

iii. Sebagai tempat rujukan di kalangan masyarakat pada zamannya

kerana ketinggian sanad dan ilmunya.

iv. Beliau juga seorang yang pakar dalam bidang hadith.

b. al-Susi

Nama : Soleh bin Ziad bin Abdullah bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Janud.

Tahun Lahir : 170 H

Tahun Wafat : 261 H.

Kinayah : Ibu Syuaib.

Sifat Peribadi :

i. Seorang yang dhobit( Kuat ingatan)

ii. Seorang yang dipercayai.

14
Ibid., h. 21.

21
iii. Rapat dangan gurunya.

iv. Paling tua di kalangan sahabatnya.

2.4.4 Imam Ibnu’Amir

Nama : Abdullah b. ‘ Amir b. Yazid b. Tamin b. Rubai’ah b. ‘Amir al-

Yahsobi.15

Tahun lahir : 21 H. Setengah pendapat mengatakan pada tahun 8 H.

Tahun Wafat : 118 H.

Kinayah : Abu ‘Imran.

Keistimewaan :

i. Imam al-Qiraat dalam masyarakat Syam.

ii. Gabenor, qadi dan Imam di Damsyik.

iii. Terbaik di kalangan Muslimin tabi’in.

Anak muridnya Hisyam dan Ibnu Zakwan.

a. Hisyam

Nama : Hisyam bin ‘Umar bin Nasir b. Maisarah al-Silmi al-Dimayshqi.16

Tahun Lahir : 153 H.

Tahun Wafat : 245 H.

Kinayah : Abu al-Walid.

Keistimewaan :

15
Ibid., h. 24.
16
Ibid., h. 25.

22
i. Imam penduduk Damsyiq.

ii. Khatib, guru Qiraat dan pemidato di Damsyiq.

iii. Seorang yang boleh dipercayai, kuat ingatan dan adil.

b. Ibnu al- Zakwan

Nama : Abdullah b. Ahmad b. Basyar (Basyir) Ibnu Zakwan b. ‘Amru.17

Tahun Lahir : 173 H.

Tahun Wafat : 242 H.

Kinayah : Abu Muhamad atau Abu Amru al-Dimasyhqi.

Keistimewaan :

i. Imam yang masyhur dan dipercayai di Syam.

ii. Imam di Masjid Dimasyq.

iii. Kitab karangannya :

2.4.5 Imam ‘Asim

Nama : ‘Asim bin Abi Najud (Abduulah).18

Kinayah : Abu Bakar.

Tahun Wafat : 127 H.

Keistimewaan :

i. Salah seorang dari imam al-Qiraat tujuh.

ii. Dari kalangan tabi’in.

iii. Pakar dalam ilmu tajwid dan fasohah.

17
Ibid., h. 26.
18
Haji Mohd Nazri, op.cit., h. 113.

23
iv. Mempuyai suara yang merdu.

Guru-gurunya :

i. Abi Abd Rahman Abdullah bin Habib bin Rabi’ah.

ii. Abi Maryam Zur bin Habish bin Habasyah.

iii. Abi A’mru Saad bin Ilyas.

Anak muridnya :

i. Hafs bin Sulaiman.

ii. Abu Bakar Syu’bah bin ‘Ayash.

iii. Aban bin Taghlab.

iv. Hammad bin Salamah.

Anak muridnya yang masyhur ialah Syu’bah dan Hafs.

a. Syu’bah

Nama : Syu’bah bin ‘Ayash bin Salim al-Hanat al- Asadi an-Nahsyaly al-

Kufi.19

Kinayah : Abu Bakar.

Tahun Lahir : 95 H.

Tahun Wafat : 193 H.

Keistimewaan :

i. Imam besar di Kufah.

ii. Ulama di kalangan Ahli Sunnah di Kufah.

iii. Telah khatam al-Quran 18 ribu kali.

19
Ibid., h. 114.

24
Guru-gurunya :

i. ‘Asim bin Abi Najud.

ii. A’to bin Saib.

iii. Aslam Munqary.

Anak muridnya :

i. Abu Yusof Yaakob bin Khalifah

ii. Abd Rahman bin Abi Hammad.

iii. Yahya bin Muhamad.

iv. ‘Urwah bin Muhamad.

b. Al-Hafs

Nama : Haf bin Sulaiman bin al- Mughirah.20

Kinayah : Abu Umar.

Tahun Lahir : 90 H.

Tahun Wafat : 180 H.

Keistimewaan :

i. Berguru dengan ‘Asim iaitu bapa tirinya.

ii. Pakar dalam Ilmu al-Qiraat.

Gurunya : ‘Asim bin Abi Najud.

Muridnya :

20
Ibid., h. 115.

25
i. Husin bin Muhamad Maruzi.

ii. ‘Amru bin as-Sobah.

iii. Abid bin as-Sobah.

iv. Fudail bin Yahya.

Riwayat Hafs yang banyak digunakan sebagai bacaan di seluruh dunia.

2.4.6 Imam Hamzah

Nama : Hamzah bin Habib bin ‘Amarah bin Ismail al Kufi at Tamimy.21

Tahun Lahir : 80 H.

Tahun Wafat : 156 H, di Helwan, Iraq ketika berusia 76 tahun.

Kinayah : Abu ‘Amarah.

Keistimewaan :

i. Salah Seorang Imam al-Qiraat tujuh.

ii. Imam al-Qiraat di kufah, Iraq.

iii. Setiap hujah-hujahnya boleh dipercayai.

iv. Pakar dalam ilmu faraid.

v. Pakar dalam bahasa Arab.

vi. Penghafaz hadis.

Di antara guru-gurunya :

i. Abi Muhamad Sulaimam bin Mahran.

ii. Abi Hamzah Hamran bin A′ayam.

iii. Abi Ishak ‘Amru bin Abdullah.

iv. Muhamad bin Abdul Rahman.

21
Abdul al-Fattah, op.cit., h. 31.

26
v. Talhah bin Mashraf.

vi. Abi Abdullah Jaafar as Sodiq bin Muhamad Al Bakir.

Anak muridnya yang masyhur ialah Kholaf dan Khollad.

Antara anak muridnya yang lain :

i. Ibrahim bin Adham.

ii. Husain bin Ali Al Ja′afi.

iii. Salim bin Isa.

iv. Yahya bin Ziyad.

v. Yahya bin Mubarak.

a. Kholaf

Nama : Kholaf bin Hisham bin Tha′lab bin Kholaf al- Asadi al- Baghdadi al-

Bazzar.22

Kinayah : Abu Muhammad.

Tahun Lahir : 150 H.

Tahun Wafat : 229 H di Baghdad.

Keistimewaan :

i. Telah menghafal al-Quran ketika umur 10 tahun.

ii. Seorang yang shiqah.

iii. Zuhud, alim dan kuat beribadat.

Berguru dari :

22
Ibid., h. 33.

27
i. Salim bin Isa.

ii. Abdul Rahman bin Hamad.

iii. Abi Zaid Said bin Aus al- Ansari.

Antara anak muridnya :

i. Ahmad bin Ibrahim.

ii. Ishak bin Ibrahim.

iii. Ibrahim bin Ali.

iv. Ahmad bin Zaid.

v. Idris bin Abdul Karim.

vi. Muhamad bin Ishak.

b. Khollad

Nama : Kholad bin Khalid as Syaibani.23

Kinayah : Abu I′sa.

Tarih Lahir : 119 H atau 130 H.

Tarih Wafat : 220 H.

Keistimewaan :

i. Pakar ilmu al-Qiraat.

ii. Seorang yang thiqah.

iii. Berpengetahuan tinggi.

iv. Pandai bertaranum.

v. Seorang yang diyakini.

23
Ibid., h. 34.

28
Di antara guru-gurunya :

i. Salim bin I′sa

ii. Husin bin Ali.

Antara murid-muridnya :

i. Ahmad bin Yazid.

ii. Ibrahim bin Ali.

iii. ‘Ali bin Husin.

iv. Ibrahim bin Nasrurrazi.

v. Qasim bin Yasid.

vi. Muhamad bin Fadil.

vii. Muhamad bin Said.

2.4.7 Imam Kisaei

Nama : Ali bin Hamzah bin Abdullah bin Othman bin Fairuz.24

Tahun Lahir : 119 H.

Tahun Wafat : 189 H.

Kinayah : Abu Hassan.

Gelaran : Kisaei.

Antara guru-gurunya :
24
Ibid., h. 35.

29
i. Imam Hamzah.

ii. Muhammad bin Abi Laili.

iii. ‘Isa bin Umar al-Hamzani.

iv. Abi Bakar bin ‘Aiyah (Shu’bah).

v. Ismail bin Jaafar.

vi. ‘Asim

Keistimewaan :

i. Di antara imam al-Qiraat tujuh.

ii. Alim di bidang al-Quran dan al-Qiraat.

iii. Alim dan imam di dalam ilmu Nahu dan bahasa Arab.

Murid-muridnya yang masyhur ialah Abu Harith dan Duri Kisaei.

Antara Anak muridnya yang lain :

i. Ahmad bin Jabir.

ii. Ahmad bin Mansor.

iii. Abdullah bin Ahmad bin Zakwan.

iv. Kholaf bin Hisyam al-Bazzar.

a. Abu al-Harith

30
Nama : al-Laith bin Kholid al-Maruzy al-Baghdadi.25

Kinayah : Abu al-Harith.

Tarih Wfat : 240 H.

Keistimewaan :

i. Sangat dipercayai.

ii. Pakar dalam bidang al-Qiraat.

Guru-gurunya :

i. Imam Kisaei.

ii. Hamzah bin Qasim.

iii. Yazidi.

Anak muridnya :

i. Salmah bin ‘Asim.

ii. Muhammad bin Yahya.

iii. al-Fadl bin Syazan.

Anak murid Imam Kisaei yang masyhur seorang lagi ialah ad-Duri.

Biodatanya telah diterangkan di dalam Manhaj Imam Abu A’mru al-Basri.

Rawi ad-Duri telah meriwayatkan bacaan al-Qiraat dari dua orang imam iatu

Imam Kisaei dan Imam Abu A’mru.

25
Ibid., h. 38.

31
2.5 PERBEZAAN AL-QURAN DI ZAMAN RASULULLAH S.A.W,
ZAMAN SAIDINA ABU BAKAR R.A DAN ZAMAN SIADINA
UTHMAN R.A.

1. Zaman Rasulullah s.a.w – al-Quran dihafaz oleh para Sahabat dan ditulis

di atas kulit binatang,kertas yang dibuat dari pohon tamar serta diukir

dibatu-batu. al-Quran tidak dikumpulkan dan surah-surahnya tidak

tersusun.

2. Zaman Saidina Abu Bakar – Pada zaman Saidina Abu Bakar, ayat-ayat al-

Quran tersusun pada setiap surah tetapi surah-surahnya masih tidak

tersusun dan dinamakan Suhuf.

3. Zaman saidina Uthman – Pada zaman Saidina Uthman, ayat-ayat al-Quran

tersusun pada setiap surah dan surah-surahnya juga tersusun seperti yang

kita lihat pada hari ini dan dinamakan Mushaf.26

2.6 SEJARAH PENGUMPULAN AL-QURAN

2.6.1 Zaman Saidina Abu Bakar al-hsiddid R.A

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, telah berlaku Peperangan

Yamamah bagi memerangi puak rindah (yang kufur).Kumpulan ini diketuai

oleh Musailamatul Kazzab yang mengaku sebagai Nabi.Di dalam peperangan

tersebut ramai Sahabat yang menghafaz al-Quran telah gugur syahid.Melihat

keadaan ini saidina Umar telah mencadangkan kepada Saidina Abu Bakar

yang menjadi khalifah pertama selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, agar

mengumpulkan al-Qura.

26
Abdul al-Fattah al-Qadi, Tarikh al-Mushaf as-Syarif, Maktabah Qaherah, h. 47.

32
Pada awalnya Saidina Abu Bakar agak keberatan dan guru-guru

kerana perkara ini tidak pernah dilakukan olah Rasulullah s.a.w semasa

hayatnya dan dibimbangi perkara yang hendak dilakukan itu (mengumpul al-

Quran) dianggap bid’ah.Selepas berbincang dengan Saidina Umar secara

mendalam akhirnya Saidina Abu Bakar bersetuju dengan pandangan Saidina

Umar untuk mengumpulkan al-Quran demi menjaga al-Quran daripada hilang.

Saidina Abu Bakar telah melantik Zaid bin Thabit untuk menulis dan

mengumpul al-Quran dan dinamakan Suhuf. Suhuf ini telah disimpan oleh

Saidina Abu Bakar kemudiannya oleh Saidina Umar dan kemudiannya oleh

Saidatina Hafsah binti Umar.27

2.6.2 Zaman Saidina Uthman Bin Affan R.A

Semasa zaman Khalifah Uthman, tentera-tentera Islam berkumpul

untuk meluaskan jajahan Islam bagi menyebarkan agama suci ini ke

Azerbaijan dan Armenia. Menjadi kelaziman para Sahabat r.a. ketika berehat

mereka membaca al-Quran. Tentera dari Iraq mengambil bacaan dan

mempalajari al-quran daripada Abdullah bin Mas’ud. Sementara tentera dari

Syam mengambil bacaan dan mempelajari al-Quran daripada Ubai bin kaab.

Bacaan Abdullah bin Mas’ud dan Ubai bin kaab ada banyak khilaf dalam

wajah bacaan al-Qiraat. Seperti yang diketahui al-quran di turunkan kepada

Rasulullah s.a.w dengan tujuh huruf.Semasa tentera-tentera Islam membaca

al-Quran telah berlaku pertelingkahan dalam bacaan antara tentera dari Iraq

27
Haji Mohd Nazri, op.cit., h. 2.

33
dan tentera dari Syam.Sehingga ada yang mengatakan bacaan aku lebih baik

dari bacaan kamu. Apabila Huzaifah bin Yaman melihat keadaan ini, beliau

telah mengkhabarkan kepada Khalifah Uthman ape yang telah berlaku.

Saidina Uthman telah mengarahkan Zaid bin Thabit, Abdullah bin

Zubair, Said bin Al‘Aash, dan Abdul Rahman bin Harih bin Hisham untuk

mengumpul dan menulis al-Quran sekali lagi. Setelah siap ianya dinamakan

Mushaf (ayat dan surahnya tersusun seperti yang kita lihat pada hari

ini).Setelah itu Khalifah Uthman telah menghantar beberapa orang Sahabat

untuk mengajar al-Quran dan khilaf yang ada dalam tujuh huruf. Zaid bin

Thabit dihantar ke Madinah, Abdullah bin Saib ke Makah, Mughairah bin

Shihab ke Syam, Ada Abdullah Rahman as-Salmi ke kufah dan Amar bin

Abdul Qis ke Basrah.28

28
Ibid., h. 3.

34
2.7 DALIL AL-QURAN DITURUNKAN DALAM 7 HURUF

Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai al-Quran diturunkan

dengan sab’ah ahruf(tujuh huruf) dan salah satunya ialah:

‫حدثنا سعيد بن عفير قال حدثني الليث قال حدثني عقيل عن ابن شهاب قال حدثني‬

‫عبيدهللا بن عبد هللا أن عبد هللا بن عباس رضي هللا عنهما حدثه أن رسول هللا صلى‬

‫هللا عليه وسلم قال أقرأني جبريل على حرف فراجعته فلم أزل أستزيده ويزيدني‬

‫حتى انتهى إلى سبعة أحرف‬29

Maksudnya :

Dari Syaibah r.a,berkata Ubaidillah meriwayatkan kepada Ibnu Abbas telah

menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:Jibril telah membaca al-

Quran kepadaku di atas Satu Huruf maka aku membaca huruf tersebut dan

setiap kali aku meminta tambahan lalu ia menambahkan kepadaku sehingga

terkumpul tujuh huruf.

2.8 YANG DIMAKSUDKAN 7 HURUF ADALAH :30

29
Muhammad bin Ismail Abu ‘Abd Allah al-Bukhari, Shahih Bukhari.
30
Abu al-Farah (2011), Ta qribu al-Ma’ani, Madinah : Maktabah Darul al-Zaman, h. 15.

35
Pendapat Imam al-Fadil al-Rozi :

1. Khilaf Isim (nama) sama ada dibaca dengan satu (ifrat), dua (muthanna)

atau ramai (jama’).

Contoh : ( ( ‫ خطيئته‬ifrat ( satu ) dibaca ( ‫ ) خطيئاته‬dengan jama’ (ramai).

Contoh : ( ‫ ) األوليان‬muthanna ( dua ) dibaca ( ‫ ) األولين‬dengan jama’ (

ramai )

2. Khilaf Feel ( perbuatan ) sama ada telah lalu ( ‫) ماض‬, sekarang ( ‫) مضارع‬,

atau suruhan ( ‫) أمر‬.

Contoh : ( ‫ ) تطوع‬feel ‫ ( ماض‬telah lalu ) , dibaca ( ‫ ) يطوع‬dengan feel

‫ ( مضارع‬sekarang ).

Contoh : ( ‫ال‬ƒƒ‫ ) ق‬feel ‫اض‬ƒƒ‫ ( م‬telah lalu ), dibaca ( ‫ ) قل‬dengan feel ‫أمر‬

( suruhan ).

3. Khilaf I’rab ( baris ).

Contoh : ( ‫ ) حسنة‬baris dua hadapan ( ‫ ) مرفوع‬dibaca (‫) حسنة‬dengan baris

dua di atas (‫)مفتوح‬

4. Khilaf Ithbat atau hazaf.

Contoh : ( ‫ ) ملك‬ithbat huruf alif ( ‫ ) ا‬dibaca ( ‫ ) ملك‬dengan dihazafkan huruf

alif.

5. Khilaf didahulukan atau dikemudiankan.( ‫) التقديم أوالتأخير‬.

Contoh : ( ‫ ) وقاتلواوقتلوا‬dibaca ( ‫) وقتلواوقاتلوا‬.

6. Kkhilaf Ibdal ( tukar ).

36
Contoh : ( ‫ ) فتبينوا‬ditukar bacaannya kepada ( ‫) فتثبتوا‬.

7. Khilaf Iahjah samada fathah, taklil atau imalah.

2.9 RUMUSAN

Di dalam bab ini dapat dirumuskan bahawa Ilmu al-Qiraat adalah salah satu

ilmu yang mempunyai hubung langsung dengan al-Quran yang sewajarnya

diberi perhatian yang serius. Selain itu, ilmu al-Qiraat sentiasa dijaga,

dipelajari, disuburkan dan diperkembangkan oleh ulamak yang silih berganti.

Hukum mempelajari ilmu al-Qiraat adalah fardu kifayah.

3.0 PENDAHULUAN

37
Di dalam bab ini , penulis akan memperkanalkan sejarah awal penubuhan

Darul Quran JAKIM,Kuala Kubu Bharu seterusnya menjelaskan berkaitan

pengenalan sistem pembelajaran.

3.1 SEJARAH DARUL QURAN

Penubuhan Darul Quran bermula pada tahun 1966 apabila Perdana Menteri

Malaysia yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Putera al-Haj melahirkan

hasrat untuk mewujudkan sebuah Institut Pengajian al-Quran di Malaysia.

Hasrat ini telah dinyatakan sewaktu perasmian Masjid Negara di mana idea ini

timbul ekoran daripada Musabaqah al-Quran yang diadakan semenjak tahun

1960 serta lawatan Rektor Universiti al-Azhar Sheikh Mahmud Syaltut di

perasmian Masjid tersebut.

Sebagai di peringkat awal, Maahad Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat ditubuhkan

sebagai salah satu unit di Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana

Menteri, Kuala Lumpur. Dengan penubuhan tersebut maka bermulalah

pengajian dalam bidang Tahfiz al-Quran di Dewan Syarahan Masjid Nagere

pada 1 Mac, 1966 dengan bilangan pelajar pada masa itu seramai 8 orang

sebagai perantis yang dipilih dan dihantar oleh negeri-negeri di Malaysia.

38
Dari tahun 1966 hingga tahun 1978 pengajian ini diletakkan di bawah

kelolaan Jawatankuasa Takbir Masjid Negara dan Urusetia Majlis

Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, pada tahun 1972 dan

ianya diberi nama “Maahat Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat”.

Awal tahun 1979 Maahat Tahfiz diletakkan pula di bawah kelolaan pusat

Penyelidikan Islam, Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri sehingga

tahun 1980. Selapas itu Maahat tahfiz dipindahkan ke Bangunan JKR 588 ⁄

33, Jalan Chenderasari, Kuala Lumpur dan kemudiannya diletakkan di bawah

kelolaan Institut Dakwah dan Latihan Islam (INDAH) Bahagian Ugama,

Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1983. Sehingga pada tahun 1984

Maahat tahfiz telah lahir sebagai sebuah Cawangan di Bahagian Ugama,

Jabatan Perdana Menteri dengan organisasinya yang tersendiri.

Pada tahun 1992 Maahat tahfiz kemudiannya dipindahkan ke Taman Dr.

Ismail bagi penempatan pelajar lelaki dan pelajar perempuan pula

ditempatkan di Jalan Ledang. Pada tahun 1994 pelajar perempuan

kemudiannya dipindahkan ke Taman Tun Dr. Ismail, manakala pelajar lelaki

dipindahkan ke batu 14 Sg.Semungkus Hulu Langat Selagor.

39
Pada tahun 1997 Maahat tahfiz al-Quran Wal-Qiraat telah dinaikkan taraf

sebagai salah satu bahagian di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

dan diberi nama Darul Quran Akhirnya pada 1 November 1998, Darul Quran

ditempatkan ke kampus tetap di Kompleks Darul Quran di Ampang Pecah

Kuala Kubu Bharu, Selagor.31

3.2 OBJEKTIF OPERASI

3.2.1 Objektif Umum

Membantu pihak pengurusan dan lembaga Pengarah melaksanakan tugas

dengan lebih berkesan melalui penyediaan laporan yang bebas hasil daripada

pengauditan serta mengemukakan cadangan kea rah kesempurnaan dan

pencapaian prestasi perakaunan dan pengurusan yang membanggakan.32

3.2.2 Objektif Khas

a. Melahirkan huffaz (hafiz dan hafizah) yang mahir dalam pembacaan

dan pengjian Ilmu al-Quran al-Karim bagi memelihara kesucian dan

kesahihan al-Quran.

b. Melahirkan qurr’(qari dan qari’ah) yang mahir dalam seni bacaan al-

Quran dan al-Qiraat.

31
Darul Quran, http://www.darulquran.gov.my, 22 Januari 2014.
32
Ibid.

40
c. Melahirkan bu’at(pendakwah), pendidik dan imam yang terlahir lagi

professional melalui pengajian ilmu-ilmu al-Quran.33

3.2.3 Moto Darul Quran

Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan

mengajarkannya.34

3.2.4 Visi Darul Quran

Melahirkan generasi al-Quran yang bertaqwa, berilmu dan bermanfaat

kepadapembangunan Negara dan Ummah.35

3.2.5 Misi Darul Quran

Mendidik dan melatih pelajar dalam bidang Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat.36

3.2.6 Falsafah Darul Quran

Ilmu Pengetahuan disebarkan dalam semangat tauhid ke arah membentuk

generasi al-Quran yang bertaqwa menjurus kepada pengakuan bahawa Allah

itu Esa, Pencipta dan Tuhan bagi sekalian alam.37

3.2.7 Pencapaian Darul Quran

Sepanjang Penubuhannya, Darul Quran telah menunjukkan beberapa

pencapaian yang memberasangkan. Antaranya ialah :

33
Ibid.
34
Ibid.
35
Ibid.
36
Ibid.
37
Ibid.

41
a. Pada 16 Aprill 1983 kelayakan sijil Maahad Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat

telah diberi pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam setaraf

dengan Diploma Institut Teknologi MARA (sekarang UITM) bagi

membolehkan pemegang sijil tersebut menjawat jawatan dalam

Perkhidmatan Awam.

b. Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat Darul Quran (JAKIM) juga

diiktiraf oleh universiti-universiti tempatan dan luar Negara untuk

mengikuti pengajian di universiti berkenaan. Antara institusi tersebut ialah

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Fakulti Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,

Universiti Sains Islam Malaysia, Fakulti Pendidikan Universiti

Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Negeri Sultan Syariff Kasim Riau,

Indonesia Universiti al-Azhar, Mesir.

c. Darul Quran telah mengadakan kerjasama dengan Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia untuk merealisasikan program Persijilan Tahfiz al-

Quran. Program ini ditawarkan kepada pelajar lulusan SPM yang

mendapat keputusan cemerlang untuk ditempatkan di Darul Quran.

Pelajar-pelajar ini akan melalui tempoh pengajian selama 18 bulan di

Darul Quran. Selepas tamat pengajian mereka akan terus ditempatkan di

Pusat Asasi UIAM dalam bidang profesional seperti perubatan, farmasi,

kejuruteraan, senibina, ekonomi dan sains pengurusan. Cadangan program

berkembar ini tercetus apabila Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Sidek Baba selaku

Ahli Lembaga Pengarah Darul Quran telah membentangkan satu kertas

kerja yang bertajuk “Perancangan Masa depan Program Akademik Darul


42
Quran” di dalam Muzakarah Masa depan Darul Quran pada 21-22

Februari 2000. Beliau telah turut mencadangkan agar Darul Quran

memainkan peranan bukan sahaja melahirkan Hafiz dan Hafizah yang

berketrampilan dalam bidang agama, malah layak menjadi ahli sains dan

professional yang berwibawa. Hasilnya, Darul Quran telah mengambil 7

orang pelajar yang telah mendaftarkan diri sebagai perantis program

persijilan.

d. Darul Quran turut memperkenalkan Program Persijilan Tinggi Tarannum

al-Quran yang dirangka khusus untuk melahirkan generasi al-Quran yang

dapat mengembalikan tradisi kegemilangan ilmuwan Islam dalam usaha

memartabatkan agama bangsa dan Negara di mata dunia. Selain daripada

iu, program ini akan menjana qari dan qariah yang berkemampuan tinggi

dan sekaligus mampu memikul cabaran yang diamanahkan oleh Negara.

Cadangan pelaksanaan program ini adalah idea Menteri Di Jabatan

Perdana Menteri Y.B Dato’ Dr. Abdullah Bin Md Zin yang mahukan umat

Islam di Malaysia benar-benar mendalami seni bacaan al-Quran. Beliau

berharap agar Malaysia tidak akan kepupusan generasi yang mahir dalam

bidang al-Quran amnya dan bidang Tarannum khasnya. Program ini

dikhususkan kepada semua masyarakat Islam terutama kepada mereka

yang mempunyai pengalaman mewakili daerah dan negeri dalam ujian

tilawah al-Quran. Program yang bakal diadakan di Institut Latihan Islam

Malaysia (ILIM) ini akan meliputi kaedah pengajian secara

kuliah,tutorial,latihan praktikal dan perbincangan.

43
e. Darul Quran terus mengorak langkah untuk memperkasakan bidang tahfiz

al-Quran dengan melaksanakan program Ijazah Sarjana Muda Pengajian

Quran dan Sunnah dengan Kepujian. Program yang diadakan dengan

kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini adalah hasil

daripada perbincangan di Mesyuarat Lembaga Darul Quran yang diadakan

pada 15 Julai 2006. Bagi peringkat permulaan, program ini akan

ditawarkan kepada50 orang pelajar Darur Quran dan pelajar Maahad

Tahfiz Quran Negeri(MTQN). Jangka masa pengajian bagi program ini

adalah 3 tahun dan dijangka dapat dimulakan pada November tahun ini.38

3.2.8 Fungsi Darul Quran

Mendidik fungsi Darul Quran JAKIM ialah:

a. Menjalankan Program Pengajian Tahfiz al-Quran dan Qiraat di

peringkat Sijil, Diploma serta Diploma Lanjutan.

b. Membantu pihak berkuasa agama negeri dalam melaksanakan

program kursus dan latihan yang berkaitan dengan pengajian al-

Quran

c. Merancang dan melaksanakan program pengajian Tahfiz al-Quran

dan Qiraat secara bersistem serta berkualiti dari segi akademik.

d. Merancang dan menjalankan kursus dan latihan kepada kumpulan

tenaga manusia yang memerlukan kemahiran dalam bidang al-

Quran dan al-Qiraat.

38
Ibid.

44
e. Menjalankan kajian-kajian ilmiah dalam pengajian al-Quran dan

al-Qiraat.

f. Menerbitkan hasil kajian serta bahan-bahan yang khusus dalam

pengajian al-Quran dan al-Qiraat termasuklah manual kerja para

Du’at (pendakwah) dan Aimmah (para imam).39

3.3 PESIJILAN MS ISO 9001 : 2000 DARUL QURAN JAKIM

Darul Quran JAKIM terus mengorak langkah ke hadapan dalam usaha

melahirkan huffaz al-Quran yang berkualiti tinggi dengan pelancaran

pensijilan MS MSO 9001:2000 yang telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Tuan Hj.

Sumali Amat, Timbalan Ketua Pengarah(Pengurusan) JAKIM pada 14

Disember 2007 di Dewan Muktamar, Darul Quran. Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia(JAKIM) telah memilih Darul Quran sebagai perintis untuk

melaksanakan sistem ini di mana MS ISO adalah peraturan serta janji yang

didokumenkan dan akan diaudit oleh pihak SIRIM dari semasa ke semasa.40

Setelah pihak Darul Quran bekerja keras dan menunjukkan kesungguhan

ke arah sistem ini, akhirnya Darul Quran JAKIM telah mendapat

pengiktirafan MS ISO 9001:2000 yang telah disampaikan oleh Presiden

SIRIM BHD, Y .Bhg. IR. Hj. Yahaya Ahmad kepada Pengarah Darul Quran,

Y .Bhg. Us. Che Man pada 27 Julai 2008 ketika berlangsungnya Majlis

Ibid.
39

40
Buletin Darul Quran JAKIM(Okt 2007-Jan 2008), Bil. 3, Kuala Lumpur: Mendan Hikmah Sdn. Bhd.
Hal. 8

45
Konvokesyen Darul Quran yang ke-18.41 Selain itu, Darul Quran juga perlu

berkerja keras bagi memenuhi janji-janji kepada pelanggan yang terdiri

daripada:

(a) Pelanggan Dalaman

Terdiri daripada pensyarah tetap, pensyarah kontrak dan staf Darul Quran

(JAKIM) Kuala Kubu Bharu.

(b) Pelanggan Operasi

Terdiri daripada pelajar yang mengikuti pengajian Diploma dan Persijilan di

Darul Quran (JAKIM) Kuala Kubu Bharu.

(c) Pelangan misi

Terdiri daripada pihak-pihak yang berkepentingan dengan Darul Quran

JAKIM iaitu stakeholder (JAKIM dan Lembaga Darul Quran JAKIM)42

3.3.1 Piagam Pelanggan


41
Buletin Darul Quran JAKIM(Ogos-Disember 2008), Bil. 3, Kuala Lumpur: Mendan Hikmah Snd.
Bhd., hal. 9
42
Buku Catatan Nota Darul Quran JAKIM sempena pelancaran pensijilan MS ISO 9001:2000, hal.2

46
(a) Mengeluarkan surat tawaran kepada calon yang berjaya dalam temuduga

pengambilan pelajar baru, tiga (3) minggu selepas tarikh temuduga.

(b) Mengeluarkan keputusan kelayakan menduduki peperiksaan tiga (3) hari

waktu bekerja sebelum hari peperiksaan.

(c) Mengumumkan keputusan peperiksaan semester tiga (3) minggu selepas

peperiksaan.

(d) Mengeluarkan Diploma dan Sijil dalam tempoh satu (1) minggu selepas

konvokesyen.43

3.3.2 Perancangan Kualiti MS ISO

3.3.2.1 Objektif Kualiti Darul Quran

Pengurusan Darul Quran JAKIM perlu menggubal dan mengkaji

semula Objektif Kualiti sekurang-kurangnya sekali setahun berasaskan

perancangan Strategik Organisasi. Antara objektif Kualiti Darul Quran

ialah:

(a) Memastikan minimum 30% pelajar menamatkan pengajian

Diploma dengan pangkat Jayyid Jiddan.

(b) Memastikan minimum 50% pelajar menamatkan pengajian

Persijilan dengan pangkat Jayyid Jiddan.

(c) Memastikan minimum 95% pelajar Darul Quran JAKIM mencapai

hafazan yang ditetapkan pada setiap semester.

43
Ibid

47
(d) Memastikan lebih 90% pelajar Diploma Berjaya menamatkan

pengajian dalam sesi pengajian yang berkenaan.

(e) Memastikan lebih 95% pelajar Persijilan Berjaya menamatkan

pengajian dalam sesi pengajian yang berkenaan.

(f) Memastikan semua anggota menjalani sekurang-kurngnya 7 hari

kursus atau latihan dalam setahun.44

3.5 RUMUSAN

Darul Quran, Jakim telah melakar sejarah sebagai sebuah instiusi

pengajian tahfiz al-Quran yang tertua di Malaysia yang menjangkau

usia 43 tahun penubuhannya. Penubuhan institusi tahfiz ini adalah

cetusan idea oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj yang disokong oleh Syeikul Azhar

ketika itu iaitu Syeikh Mahmud Syaltut. Mula ditubuhkan pada 1 Mac

1966 di bawah nama Institut Pengajian Tahfiz al-Quran wal-Qiraat dan

beroperasi sebagai kelas tahfiz al-Quran di Masjid Negara, Kuala

Lumpur.

4.0 PENDAHULUAN

44
Ibid hal. 5-6

48
Di dalam bab empat, penulis akan menganalisa segala maklumat yang telah

diperoleh diripada segala rujukan, kaji selidik dan sebagainya. Laporan kaji

selidik akan dibentangkan dalam bab ini setarusnya membuat analisa secara

terperinci dan membuat kesimpulan kajian.

4.1 PENGENALAN RESPONDEN

Penulis memilih responden yang terdiri daripada pelajar kemboja di Darul

Quran (JAKIM) Kuala Kubu Bharu yang jumlah terkini seramai 15 orang

pelajar iatu 4 orang pelajar siswi dan 11 orang pelajar siswa masing-masing

terdiri daripada pelajar Syukbah Qiraat, Syukbah Syariah, Syukbah Hadith

dan Syukbah Dakwah. Pelajar Syukbah Qiraat terdiri daripada 6 orang pelajar

lelaki, Syukbah Syariah terdiri daripada 2 orang pelajar ( 1 orang pelajar

lelaki dan 1 orang pelajar perempuan), Syukbah Hadit terdiri daripada 6 orang

pelajar ( 4 orang pelajar lelaki dan 2 orang pelajar perempuan ). Syukbah

Dakwah terdiri daripada 1 orang pelajar perempuan.

Walaubagaimanapun, penulis memilih pelajar kemboja di Darul Quran

(JAKIM) Kuala Kubu Bharu sebagai responden kajian kerana mereka telah

mempelajari Ilmu Qiraat selama 4 semester (16 bulan) Syukbah al-Qiraat,

Syukbah Syariah, Syukbah Hadith dan Syukbah Dakwah 2 semester (8 bulan)

sahaja.

49
Jadual 4.1: Data Responden kajian

Bil Nama Jantina Jantina Bilangan Pelajar

Syukbah (Lelaki) (Perempuan)


1 Qiraat 6 orang 0 orang 6 orang
2 Syariah 1 orang 1 orang 2 orang
3 Hadith 4 orang 2 orang 6 orang
4 Dakwah 0 orang 1 orang 1 orang
Jumlah 11 orang 4 orang 15 orang

Berdasarkan jadual 4.1, dapatlah penulis simpulkan bahawa responden

terbahagi kepada pelajar lelaki dan perempuan. Syukbah al-Qiraat terbahagi

daripada 6 orang pelajar ( semua pelajar lelaki ), Syukbah Syariah terbahagi

daripada 2 orang pelajar ( 1 orang pelajar lelaki dan 1 orang pelajar

perempuan ), Syukbah Hadith terbahagi daripada 6 orang pelajar ( 4 orang

pelajar lelaki dan 2 orang pelajar perempuan ) manakala Syukbah Dakwah

terbahagi daripada 1 orang pelajar ( perempuan ). Keseluruhan jumlah pelajar

siswa ialah seramai 11 orang pelajar manakala siswi pula seramai 4 orang

pelajar dan kesemuanya berjumlah 15 orang pelajar.

4.2 DAPATAN KAJIAN

a) BORANG SOAL SELIDIK

Penulis telah membina satu set boring kaji selidik dengan bimbingan

penyelia, bertujuan untuk mengumpulkan maklumat dalam usaha mengkaji

50
tahap kefahaman Ilmu Qiraat terhadap pelajar kemboja di Darul Quran

(JAKIM) Kuala Kubu Bharu. Melalui boring kaji selidik yang dibina, penulis

telah membahagikan soalan kepada 4 bahagian yang berlainan termasuklah

butiran mengenai responden.

Penulis telah memilih seramai 15 orang responden secara rawak

bersistematik untuk mengisi boring kaji selidik yang telah diedarkan.

Responden terdiri 11 orang pelajar lelaki dan 4 orang pelajar perempuan.

Semester 2 (6 orang pelajar) 4 orang pelajar lelaki dan 2 orang pelajar

perempuan. Semester 4 (5 orang pelajar) 4 orang pelajar lelaki dan 1 orang

pelajar perempuan. Semester 6 (4 orang pelajar) 3 orang pelajar lelaki dan 1

orang pelajar perempuan. Sebanyak 15 set borang telah diedarkan dan 15 set

boring juga telah dikembalikan.

Penulis amat bersyukur kerana kesemua responden membari

kerjasama yang baik dan komitmen yang tinggi kepada penulis dalam

memahami masalah kajian ini.

b) KAEDAH SOAL SELIDIK

Dalam soal selidik ini, penulis telah menyediakan boring

memandangkan kaedah ini lebih telus dan efektif bagi mendapat pandangan

yang jujur daripada responden yang terlibat. Seterusnya, penulis dengan

51
bimbingan penyelia telah menyusun soalan-soalan mengikut item-item yang

ingin dikaji bagi mencapai objektif dan implikasi kajian yang sebenar. Borang

kaji selidik yang diedarkan kepada responden terdiri daripada 4 bahagian.

Antara bahagian soalan-soalan tersebut ialah:

i. Bahagian Pertama: Pengenalan Ilmu al-Qiraat

ii. Bahagian Kedua: Bab Umul al-Quran

iii. Bahagian Ketiga: Bab al-Usul

iv. Bahagian Keempat: Kaedah al-Qiraat didalam Surah al-Baqarah ayat 1-

44

4.3 ANALISA DATA

Dapatan kajian yang telah dianalisis dan disemak akan dipaparkan dalam

pentuk jadual peratusan dan pengkaji akan membuat ulasan ringkas bagi

setiap data yang diperolehi.

4.3.1 Soalan 1 : Adakah anda telah mengetahui tentang ilmu Qiraat

sebelum memasuki Darul Quran?

Jadual 4.2 : Pengetahuan Ilmu Qiraat

52
Bil Soalan Ya Tidak
1 Adakah anda telah mengetahui tentang - (15 orang)

ilmu Qiraat sebelum memasuki Darul 100%

Quran?

Melalui Jadual 4.2 di atas, penulis mendapati - % ( - ) tidak mengetahui tentang

Ilmu al-Qiraat berbanding 100% (15 orang) yang mengetahui tentang Ilmu

Qiraat sebelum memasuki Darul Quran. Oleh itu, dapatlah penulis simpulkan

bahawa majoriti responden mengetahui tentang Ilmu al-Qiraat sebelum mereka

masuk ke Darul Quran.

4.3.2 PENGENALAN ILMU AL-QIRAAT

Jadual 3 : Pengenalan Ilmu al-Qiraat

Bil Item Ya Tidak

53
Bil (%) Bil (%)

Adakah nama penuh Imam Syatibi ialah

1 ‘ Abu Qasim bin Firruh bin Kholaf bin 12 80 3 20

Ahmad as-Syatibi al-Andalusi ’.


Adakah anda tahu tentang ‘ tujuh huruf ‘

2 di dalam ilmu Qiraat. 11 73.3 4 26.7


Adakah tujuh huruf tersebut merujuk

3 kepada tujuh imam di dalam Qiraat as- 9 60 4 40

Sab’ah?
Rumuz terbahagi kepada dua iaitu

4 rumuz ifrad dan rumuz jama. 12 80 3 20


Adakah ‫ ث‬merupakan rumaz jama’ bagi

5 al-Kufiyun? 14 93.3 1 6.7

Berdasarkan Jadual 4.3, penulis mendapati bahawa jumlah responden

yang mengetahui tengtang nama penuh Imam as-Syatibi ialah ‘ Abu al- Qasim

bin Firruh bin Kholaf bin Ahmad as-Syatibi al-Andalusi dengan betul hanya

80% (12 orang pelajar) manakala selebihnya tidak mengetahui dengan betul

ialah sebanyak 20% (3 orang pelajar). Pada soalan yang kedua pula, sebanyak

73.3% (11 orang) mengetahui tentang ‘ tujuh huruf ‘ di dalam ilmu Qiraat

manakala 26.7% (4 orang) tidak mengetahui tentang ‘ tujuh huruf ‘ di dalam

ilmu Qiraat. Seterusnya, 40% (6 orang) yang jawab betul tentang soalan

Adakah tujuh huruf tersebut merujuk kepada tujuh imam di dalam Qiraat as-

Sab’ah? Manakala 60% (11 orang) yang tidak jawab betul tentang soalan ini.

Kemudian, sebanyak 80% (12 orang) mengetahui yang betul tentang rumuz

54
terbahagi kepada dua iaitu rumuz ifrad dan rumuz jama manakala selebihnya

20% (3 orang) tidak mengetahui.

Pada soalan terakhir pula, penulis mendapati sebanyak 93.3% (14

orang) yang jawab betul tentang soalan Adakah ‫ ث‬merupakan rumaz jama’

bagi al-Kufiyun? Manakala selebihnya 6.7% (1 orang) yang jawab tidak betul

tentang soalan ini.

4.3.3 BAB UMMUL AL- QURAN

Jadual 4.4 : Bab ummul al-Quran

Bil Item Ya Tidak

Bil (%) Bil (%)

Hanya dua imam sahaja yang manambah huruf alif


1 pada perkataan ‘’ dalam surah al-Fatihah iaitu 14 93.3 1 6.7
‘Asim dan al-Kisaie.

Hamzah membaca silah mim jama’ pada kalimah


2 13 86.7 2 13.3
‫عليهم‬,‫اليهم‬,‫ لديهم‬sahaja.
Imam Warsh akan membaca silah mim jama’ dengan
3 14 93.3 1 6.7
syarat huruf selepasnya ialah hamzah Qato’(‫)ء‬
Imam Qalun akan membaca silah mim jama’ dengan
4 14 93.3 1 6.7
khilaf.

Kholad menukar huruf sad kepada zai pada perkataan


5 11 73.3 4 26.7
‫ الصراط‬bagi tempat yang pertama

Berdasarkan Jadual 4.4, penulis mendapati bahawa jumlah responden

yang mengetahui tentang soalan pertama Hanya dua imam sahaja yang

55
manambah huruf alif pada perkataan ‘’ dalam surah al-Fatihah iaitu

‘Asim dan al-Kisaie yang betul sebanyak 93.3% (14 orang) manakala

selebihnya 6.7% (1 orang) yang tidak mengetahui tentang soalan ini.

Pada soalan yang kedua pula, sebanyak 86.7% (13 orang) yang jawab

betul tentang soalan Hamzah membaca silah mim jama’ pada kalimah

‫عليهم‬,‫اليهم‬,‫ لديهم‬sahaja manakala selebihnya 13.3% (2 orang) yang tidak jawab

betul tentang soalan ini. Seterusnya, 93.3% (14 orang) yang mengetahui Imam

Warsh akan membaca silah mim jama’ dengan syarat huruf selepasnya ialah

hamzah Qato’(‫ )ء‬manakala selebihnya 6.7% (1 orang) tidak mengetahui

Imam Warsh akan membaca silah mim jama’ dengan syarat huruf selepasnya

ialah hamzah Qato’(‫)ء‬. Kemudian, sebanyak 73.3% (11 orang) yang

mengetahui Imam Qalun akan membaca silah mim jama’ dengan khilaf

manakala selebihnya 26.7% (4 orang) yang tidak mengetahui.

Pada soalan terakhir pula, 73.3% (11 orang) yang mengetahui tentang Kholad

menukar huruf sad kepada zai pada perkataan‫ الصراط‬bagi tempat yang pertama

manakala selebihnya 26.7% (4 orang) yang tidak mengetahui Khollad menukar

huruf sad kepada zai pada perkataan‫ الصراط‬bagi tempat yang pertama.

4.3.4 BAB AL- USUL

Jadual 4.5 : Bab al-Usul

56
Bil Item Ya Tidak

Bil (%) Bil (%)


1 Idgham terbahagi kepada dua iaitu idgham kabir dan 13 86.7 2 13.3
idgham soghir.
2 Huruf Mad ialah ‫ ي‬,‫ و‬,‫ ا‬. 14 93.3 1 6.7
3 Susi dan Ibnu Kathir akan membaca dengan Qasr sahaja 11 73.3 4 26.7
pada Mad munfasil
4 Imam Warsh akan membaca dengan Isyba’ pada mad 12 80 3 20
munfasil dan mad muttasil
5 Tawassut bermaksud membaca hukum mad dengan 13 86.7 2 13.3
kadar 4 harakat.
6 Imam Kisaei akan mengidghamkan huruf zai apabila 11 73.3 4 26.7
bertemu denga huruf ta’.
7 Hamzah dan Kisaei akan membaca dengan imalah pada 12 80 3 20
‫ موسى‬kalimah
8 Ibn Kathir membaca dengan silah ha’ kinayah pada 11 73.3 4 26.7
kalimah ‫فيه هدى‬
9 Imam Warsh akan menenbalkan huruf lam pada kalimah 12 80 3 20
‫الصالة‬

10 Didalam bab mad wal qasr,mad terbahagi kepada dua 12 80 3 20


iaitu mad asli dan mad far’i.

Berdasarkan Jadual 4.5, penulis mendapati majoriti responden besetuju

dengan penyataan yang terdapat pada soalan pertama iaitu Idgham terbahagi

kepada dua iaitu idgham kabir dan idgham soghir. Ini kerana sebanyak 86.7%

(13 orang) yang mengetahui manakala selebihnya yang tidak mengetahui

sebanyak 13.3% (2 orang).

Pada soalan yang kedua pula, penulis mendapati bahawa reponden

yang bersetuju dengan penyataan ini Huruf Mad ialah ‫ ي‬,‫ و‬,‫ ا‬sebanyak 93.3%

57
(14 orang) berbanding 6.7% (1 orang) yang tidak bersetuju dengan pernyataan

tersebut.

Seterusnya, pada soalan ketiga pula penulis mendapati daripada

responden yang mengetahui tengtang soalan ini Susi dan Ibnu Kathir akan

membaca dengan Qasr sahaja pada Mad munfasil sebanyak 73.3% (11 orang)

manakala selebihnya 26.7% (4 orang) yang tidak mengetahui. Kemudian,

sebanyak 80% (12 orang) yang bersetuju dengan penyataan ini Imam Warsh

akan membaca dengan Isyba’ pada mad munfasil dan mad muttasil manakala

20% (3 orang) yang tidak bersetuju dengan penyataan ini.

Pada penyataan yang ke lima pula, penulis mendapati bahawa

responden yang bersetuju dengan penyataan ini Tawassut bermaksud

membaca hukum mad dengan kadar 4 harakat sebanyak 86.7% (13 orang)

manakala selebihnya 13.3% (2 orang) yang tidak bersetuju dengan penyataan

ini. Seterusnya 73.3% (11 orang) daripada responden yang mengetahui

tentang penyataan ini Imam Kisaei akan mengidghamkan huruf zai apabila

bertemu denga huruf ta’ manakala selebihnya 26.7% (4 orang) yang tidak

mengetahui.

Seterusnya, majoriti responden sangat bersetuju dengan penyataan

yang dikemukakan pada soalan ketujuh di mana 80% (12 orang) yakin dengan

Hamzah dan Kisaei akan membaca dengan imalah pada kalimah ‫موسى‬ .

Selebihnya, hanya 20% (3 orang) sahaja yang tidak bersetuju dengan

penyataan ini.

58
Menurut penyataan pada soalan kelapan, penulis mendapati bahawa

responden yang mengetahui tentang soalan ini Ibn Kathir membaca dengan

silah ha’ kinayah pada kalimah ‫دى‬ƒƒ‫ه ه‬ƒƒ‫ في‬iaitu 73.3% (11 orang) manakala

selebihnya 26.7% (4 orang) yang tidak mengetahui tentang soalan ini.

Berdasarkan penyataan yang terdapat pada soalan kesembilan, penulis

mendapati bahawa majoriti respoden iaitu 80% (12 orang) yang bersetuju

dengan penyataan ini Imam Warsh akan menenbalkan huruf lam pada kalimah

‫الة‬ƒƒ‫ الص‬manakala selebihnya 20% (3 orang) yang tidak bersetuju dengan

penyataan ini.

Pada soalan terakhir, kebanyakan responden iaitu sebanyak 80% (12

orang) yang bersetuju dengan soalan ini didalam bab mad wal qasr,mad

terbahagi kepada dua iaitu mad asli dan mad far’I. Manakala sebanyak 20%

(3 orang) tidak bersetuju dengan penyataan tersebut.

4.3.5 KAEDAH AL-QIRAAT DIDALAM SURAH AL-BAQARAH

AYAT 1-44

JADUAL 4.6 : Kaedah Qiraat didalam surah Al-Baqarah

Bil Item Ya Tidak

Bil (%) Bil (%)


Hisyam akan membaca dengan isymam

1 pada kalimah ‫قيل‬ 14 93.3 1 6.7


59
Qalun akan mengsukunkan huruf ha’

2 pada kalimah‫وهو‬ 12 80 3 20
3 Hamzah akan meringankan bacaan 7 46.7 8 53.3

pada ‫فأزل‬
Hamzah akan menghentikan bacaan

4 dengan naqol pada kalimah‫هزوا‬ 9 60 6 40


Imam Warsh akan menghentikan

5 bacaan dengan badal pada kalimah‫يؤمن‬ 13 86.7 2 13.3


Kufiyun akan meringgankan bacaan

6 pada kalimah ‫تظاهرون‬ 12 80 3 20


Hamzah akan meringgankan bacaan

7 pada kalimahƒ‫يكذبون‬ 11 73.3 4 26.7


Imam Ibnu Kathir akan membaca

8 dengan fatah pada huruf mim pada 11 73.3 4 26.7

perkataan‫ءادم‬
Adakah Abu ‘Amru akan

9 mengsukunkan hamzah pada kalimah 9 60 6 40

‫بارئكم‬

Berdasarkan jadual 4.6, penulis mendapati majoriti responden bersetuju

dengan penyataan yang terdapat pada soalan pertama iaitu Hisyam akan

membaca dengan isymam pada kalimah ‫ قيل‬. Ini kerana sebanyak 93.3% (14

orang) yang menyatakan persetujuan manakala selebihnya yang tidak

bersetuju sebanyak 6.7% (1 orang).

Pada soalan yang kedua pula, sebanyak 80% (12 orang) yang bersetuju

dengan soalan ini Qalun akan mengsukunkan huruf ha’ pada kalimah‫وهو‬.

60
Manakala selebihnya 20% (3 orang) yang tidak bersetuju dengan soalan ini.

Kemudian, sebanyak 46.7% (7 orang) daripada responden yang mengetahui

tentang soalan ini Hamzah akan meringankan bacaan pada ‫أزل‬ƒƒ‫ ف‬manakala

selebihnya 53.3% (8 orang) tidak mengetahui tentang soalan ini.

Seterusnya, 60% (9 orang) daripada responden yang bersetuju dengan

penyataan ini Hamzah akan menghentikan bacaan dengan naqol pada kalimah

‫هزوا‬. Manakala selebihnya 40% (6 orang) tidak bersetuju.

Seterusnya, pada soalan yang kelima pula, penulis mendapati bahawa

responden yang bersetuju denga penyataan ini Imam Warsh akan

menghentikan bacaan dengan badal pada kalimah‫ يؤمن‬hanya 86.7% (13 orang)

manakala selebihnya 13.3% (2 orang) tidak bersetuju dengan penyataan ini.

Kemudian, sebanyak 80% (12 orang) daripada responden sangat bersetuju

dengan soalan ini Kufiyun akan meringgankan bacaan pada kalimah ‫تظاهرون‬.

Manakala selebihnya 20% (3 orang) tidak bersetuju dengan soalan ini.

Disamping iatu, sebanyak 73.3% (11 orang) bersetuju dengan

penyataan dalam soalan ketujuh iaitu Hamzah akan meringgankan bacaan

pada kalmiah ƒ‫ذبون‬ƒƒƒ‫ يك‬manakala 26.7% (4 orang) menyangkal penyataan

tersebut dengan tidak bersetuju. Kemudian, pada soalan ke lapan pula,

sebanyak 73.3% (11 orang) daripada responden mengeahui tentang soalan ini

Imam Ibnu Kathir akan membaca dengan fatah pada huruf mim pada

perkataan ‫ ءادم‬manakala selebihnya 26.7% (4 orang) tidak mengetahui tentang

soalan ini.

61
Pada soalan terakhir pula, penulis mendapati bahawa sebanyak 60% (9

orang) dapat menerangkan Adakah Abu ‘Amru akan mengsukunkan hamzah

pada kalmiah ‫ بارئكم‬manakala 40% (6 orang) tidak dapat menerangkan Adakah

Abu ‘Amru akan mengsukunkan hamzah pada kalmiah ‫ بارئكم‬.

JADUAL 4.7: Penilaian markah

Bil Markah Tahap Peratus %

Kefahaman Jumlah responden


1 1-13 Jawapan yang Tidak - -

betul Memuaskkan
2 14-23 Jawapan Sedarhana 8 orang 57

yang betul
3 24-30 Jawapan Sangat 7 orang 43

yang betul Memuaskkan


Jumlah 15 100

Berdasarkan Jadual 4.7, penulis telah membuat pengiraan untuk

memdapatkan peratus dan menilai tahap kefahaman responden mengikut

jumlah jawapan yang betul.

Berdasarkan pengiraan yang telah diperolehi, sebanyak 57% (8 orang)

yang dapat menjawab 1 sehingga 13 soalan dengan betul dimana mereka

berada tahap sederhana. Selain itu, sebanyak 43% (7 orang) yang dapat

menjawab 24 sehingga 30 soalan dengan betul dimana mereka berada pada

tahap sangat memuaskan. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa tahap

62
kefahaman Ilmu Qiraat dikalangan pelajar kemboja di Darul Quran padatahap

yang sederhana

4.4 RUMUSAN

Kaji selidik yang dijalankan ke atas pelajar kemboja di Darul Quran JAKIM

bertujuan untuk mengkaji kefahaman Ilmu Qiraat yang melibatkan sebanyak

15 orang responden dengan menggunakan kaedah soal selidik. Responden

yang terlibat terdiri daripada 11 orang pelajar lelaki dan 4 orang pelajar

perempuan. Selain itu, hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa majoriti

responden tidak pernah mempelajari Ilmu Qiraat.

63
5.0 PENDAHULUAN

Di dalam bab ini, penulis akan membuat kesimpulan daripada semua hasil

dan penulis akan mengemukakan cadangan yang sesuai berdasarkan kajian

yang telah dilakukan.

5.1 KESIMPULAN

Berdasarkan analisis yang diperolehi daripada hasil kajian yang telah

dijalankan mendapati bahawa tahap kefahaman pelajar kemboja di

Darul Quran mengenai Ilmu Qiraat berada tahap yang sederhana dimana

jumlahnya sebanyak 57% (8 orang) manakala sebanyak 43% (7 orang)

dikategorikan pada tahap kefahaman sangat memuaskan. Jika dilihat

pada peratus penilaian markah tahap kefahaman pelajar, peratus sampel

yang berada pada tahap sederhana mempunyai jumlah yang melebihi ½


daripada jumlah keseluruhan responden. Maka, hasil dapatan

64
menunjukkan bahawa kefahaman majoriti responden terhadap Ilmu

Qiraat berada pada tahap yang sederhana.

5.2 RUMUSAN

Hasil daripada kajian ini, penulis telah membuat beberapa rumusan

iaitu:

i. Ilmu al-Qiraat telah lama berkambang sejak zaman Rasulullah

S.A.W. lagi dimana baginda bertalaqqi dengan malaikat Jibril A.S.

ii. Kefahaman Ilmu al-Qiraat merupakan kefahaman yang berkaitan

tentang perkara-perkara asas di dalam ilmu al-Qiraat serta imam-

imam al-Qiraat dan kaedah-kaedah bacaannya.

iii. Darul Quran merupakan salah sebuah institusi pengajian tahfiz al-

Quran yang tertua di Malaysia yang menjangkau usia 43 tahun

penubuhannya yang menawarkan bidang hafazan al-Quran dan

juga pengajian ilmu-ilmu al-Quran yang lain. Di samping itu,

Darul Quran juga memainkan peranan yang penting dalam

menyebarkan ilmu al-Quran kepada masyarakat dengan adanya

65
program Sijil Tinggi Taranum al-Quran (STTQ), Sijil tahfiz orang

kurang upaya (OKU), Seminar Bicara Pakar Ilmu Qiraat dan juga

sebagainya.

iv. Majoriti responden tidak pernah mempelajari Ilmu Qiraat sebelum

belajar di Darul Quran dan majoriti responden mengetahui tentang

kewujudan Ilmu Qiraat ini melalui media elektronik seperti

rancangan Akademi al-Quran (AQ). Ini menunjukkan peranan

media elektronik dalam penyebaran Ilmu Qiraat sangat penting

mengatasi sumber-sumber lain seperti buku Qiraat di pasaran dan

juga program anjuran perlubuhan luar.

v. Tahap kefahaman pelajar-pelajar kemboja di Darul Quran terhadap

Ilmu Qiraat adalah pada tahap yang sederhana.

5.3 CADANGAN

Berdasarkan kajian ilmiah yang telah dijalankan oleh penulis, di sini

penulis ingin mengemukakan beberapa cadangan yang difikirkan

sesuai dan relevan dalam usaha meningkatkan lagi kualiti penguasaan

ilmu al-Qiraat di kalangan pelajar kemboja terhadap Ilmu al-Qiraat.

Penulis telah membahagikan cadangan kepada dua pihak iaitu kepada

66
pelajar dan juga institusi pentadbiran bagi memudahkan masing-

masing mendapat menafaat dan dapat membuat perubahan ke arah

yang lebih baik sejajar dengan taraf Darul Quran yang mendapat

pengiktirafan pensijilan ISO 9001:2000. Antara cadangan yang

diutarakan ialah:

5.3.1 PELAJAR

i. Para pelajar perlu mencari inisiatif sendiri untuk mendalami dan

memahami Ilmu al-Qiraat dengan selalu mencari bahan-bahan

rujukan sampingan di perpustakaan kerana masa yang diperuntukkan

di dalam kelas tidak mencukupi untuk pelajar memahami Ilmu al-

Qiraat dengan lebih mendalam.

ii. Pelajar perlu untuk mengaplikasikan Ilmu al-Qiraat yang telah di

pelajari dengan membaca bacaan al- Qiraat.

iii. Perlunya perbincangan dalam kumpulan untuk menguasai Ilmu al-

Qiraat.

67
iv. Pelajar seharusnya mengambil inisiatif untuk memperbanyakkan

tulisan dan kertas yang berkaitan ilmu al-Quran dan al-Qiraat agar

berkembangnya hasil karya generasi para pendokong ilmu al-Quran

dan al-Qiraat ini.

5.3.2 PENTADBIRAN INSTITUSI

i. Melanjutkan subjek al-Qiraat sehingga ke semester 6 bagi

memantapkan Ilmu al-Qiraat yang telah dipelajari semenjak

semester 1 agar tidak hilang begitu sahaja kerana kebanyakan

pelajar sudah meninggalkan dan mula melupai Ilmu al-Qiraat

sedikit demi sedikit ketika berada di semester 6.

ii. Pihak Darul Quran perlu menyusun kembali struktur kurikulum

berkenaan sejarah al-Qiraat seperti subjek Tarikh al-Qurra’

dimasukkan ke dalam subjek semester awal iaitu semester 1,2,3

kerana di situlah pelajar dapat lebih mengetahui serta menghayati

sejarah awal imam-imam al-Qiraat. Selain itu, pelajar dapat

68
mengetahui dan memahami sejarah dan susur galur sanad al-

Qiraat yang kesemuanya datang dari Rasulullah S.A.W.

iii. Menggalakkan para pensyarah bidang al-Quran dan al-Qiraat

untuk mengeluarkan atau menulis bahan-bahan yang berkaitan

Ilmu al-Qiraat bagi memenuhi bahan rujukan bukan setakat di

Darul Quran, bahkan diluaskan dan dicetak ke pasaran umum

untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar Darul Quran dan juga

masyarakat luar lain.

iv. Mengadakan forum ataupun seminar perbincangan Ilmu Qiraat

dengan menjemput pakar-pakar al-Qiraat bagi memberi

pendedahan dan menarik minat pelajar Darul Quran dan juga

pelajar institusi pengajian tinggi(IPT) terhadap keindahan Ilmu al-

Qiraat ini.

69
70

Anda mungkin juga menyukai