Anda di halaman 1dari 10

ELAKKAN PERKARA MAKRUH DALAM SEMBAHYANG (Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam

ke atas Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda) Sembahyang merupakan istilah khusus yang diguna pakai di alam Nusantara Melayu terutamanya di Malaysia ini bagi satu amal ibadah khusus yang difardhukan yaitu solat. Solat adalah satu perkataan khusus yang datang dari bahasa Arab yang membawa kepada pelbagai makna. Ulama telah membahagikan Solat itu kepada tiga makna. Pertama, makna dari istilah bahasa atau Lughah yang bermaksud doa semata-mata. Di dalam bahasa Arab, solat itu digunakan makna berdoa untuk kebaikan. Firman Allah s.w.t:

103. ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak Yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

Ulama mufassirin menafsirkan bahawa maksud berdoa disini adalah berdoalah memohon keampunan daripada Allah untuk mereka. Kedua, dari segi istilah Fuqaha atau ulama Fiqh, solat ( ) adalah satu kalimah yang digunakan dengan makna: Maksudnya: perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam dengan beberapa syarat-syarat tertentu. Ia dinamakan sebagai solat kerana ia mengandungi pengertian kalimah tersebut dan doa merupakan sebahagian besar perkara yang terdapat dalam sembahyang. Oleh itu, kalimah yang menunjukkan sebahagian kandungannya diguanakan untuk menggambarkan perkara yang menyeluruh. Bagi makna ketiga adalah makna yang ada pada Lughah dan pada syarak dan pada disisi kebanyakkan ulama, jika perkataan solat itu datang dari Allah taala

maka solat itu dimaksudkan sebagai rahmat. Jika perkataan solat itu daripada malaikat maka ia bermaksud istighfar keampunan, dan jika perkataan solat itu datang dari makhluk yang jamid atau hidup maka ia bermaksud tadarru dan doa. Ibadat sembahyang terdiri daripada syarat-syarat, rukun-rukun, perkara-perkara sunat dalam sembahyang dan lain-lain lagi yang wajib dipelajari dengan mendalam oleh setiap muslim agar tidak akan berlaku kesilapan ketika melaksanakannya. Kesilapan yang dilakukan dalam sembahyang akan mendatangkan kerugian kerana ianya merosakkan kesempurnaan pahala sembahyang. Salah satu jalan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala sembahyang adalah dengan mengelakkan diri dari melakukan perkara makruh dalam sembahyang. Makruh merupakan salah satu istilah fikah yang diungkapkan oleh ulama usul fiqh dalam menetapkan hukum bagi persoalan-persoalan yang berkisar masalahmasalah fiqh dalam memahami nas-nas atau dalil-dalil yang tertentu. Jumhur Ulama Usul Fiqh membahagikan makruh kepada dua bahagian: 1) Makruh tanzih 2) Makruh tahrim 1)Makruh tanzih ialah apa yang dituntut oleh syarak supaya ditinggalkan dengan suatu tuntutan secara tidak jazam atau putus; wujud takhyir/pilihan, diberi pahala apabila meninggalkan sesuata yang Allah taala arahkan dan tidak dikenakan balasan azab jika melakukan desuatu yang Allah taala perintahkan tinggal. Contoh bagi perbuatan yang dihukumkan makruh tanzih ialah berpuasa pada hari Arafah bagi jemaah haji. Sekiranya puasa ditinggalkan kerana mematuhi perintah Allah taala, ia akan diberikan pahala, dan tidak akan dikenakan balasan dosa jika ditunaikan puasa tersebut. 2)Makruh tahrim

Makruh ialah meninggalkan sesuatu perkara yang dibenci dan akan diberi ganjaran pahala bagi orang yang meninggalkannya, sementara itu tidak pula

berdosa bagi yang melakukannya. Walaubagaimanapun, melakukannya akan mendatangkan kerugian kerana kehilangan pahala. Perkara Makruh Dalam Sembahyang Melakukan perkara makruh dalam sembahyang boleh mendatangkan kesan kepada kesempurnaan pahala sembahyang. Oleh yang demikian, dengan mempelajari secara mendalam tentang setiap perkara yang berkaitan dengan sembahyang akan dapat mengelakkan seseorang dari melakukan perkara makruh dalam sembahyang itu. Antara perkara makruh dalam sembahyang: 1. Meninggalkan perkara sunat dalam sembahyang 2. Menoleh Makruh menoleh ke kanan atau ke kiri ketika dalam sembahyang jika tidak ada hajat. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Aisyah Radhiallahu anha, katanya: : () Maksudnya: Saya bertanya kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam tentang menoleh dalam sembahyang. Maka Baginda bersabda: Ianya adalah satu curian, iaitu syaitan mencuri (kekhusyuan) dari sembahyang seorang hamba dengan (perbuatan) menoleh itu. (Hadis riwayat al-Bukhari) Berkata Adzraie Rahimahullah: Jika dia senghaja melakukannya, sedangkan dia tahu perbuatan menoleh itu adalah makruh, maka hukumnya haram, bahkan menjadi batal jika dia melakukannya secara olok-olok (main-main). Jika seseorang menolehkan mukanya dan berpaling dadanya dari kiblat, maka batal sembahyangnya. Melirik-lirikkan mata atau mengerlingkan mata tanpa menolehkan muka adalah harus. 3. Mendongakkan muka ke langit

Makruh mendongakkan muka atau pandangan ke langit ketika di dalam sembahyang, walaupun bagi orang buta. Anas Radhiallahu anhu meriwayatkan, Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda: () Maksudnya: Bagaimanakah keadaan kaum yang mendongak pandangan mereka ke langit di dalam sembahyang mereka? Baginda mengeraskan percakapannya tentang perkara itu sehingga Baginda bersabda: Demi sesungguhnya mereka hendaklah menghentikannya (mendongak ke langit ketika sembahyang), atau demi sesungguhnya akan disambar pandangan mereka itu. (Hadis riwayat al-Bukhari) Begitu juga makruh melihat atau merenung benda-benda yang boleh mengalihkan perhatian dari sembahyang seperti melihat atau merenung tandatanda pada baju atau sebagainya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah Radhiallahu anha, katanya: : () Maksudnya: Bahawasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam sembahyang pada kain segi empat yang ada padanya tanda-tanda. Baginda memandang kepadanya dengan sekali pandangan. Setelah Baginda selesai sembahyang, Baginda bersabda: Pergilah dengan kain segi empat yang ada tandatanda ini kepada Abu Jaham, dan bawalah kepadaku kain tebal (yang tidak ada tanda) milik Abu Jaham. Sesungguhnya kain segi empat yang bertanda itu membuatkan aku lengah (lalai) dari sembahyangku. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam menghantar kain segi empat yang ada tanda-tanda tersebut kepada Abu Jaham Radhiallahu anhu kerana beliau yang menghadiahkannya kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Malik Rahimahullah dalam kitab Muwattha. 4. Melipat rambut atau melipat baju Makruh melipat rambut seperti menyanggulnya atau memasukmasukkannya ke bawah serban ketika di dalam sembahyang. Begitu juga makruh melipat baju seperti melipat lengan bajunya dan lain-lain lagi. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas Radhiallahu anhuma, Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda: () Maksudnya: Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam diperintahkan (oleh Allah) untuk bersujud pada tujuh anggota tubuh dan tidak melipat rambut atau pakaian (pada waktu sembahyang). Anggota-anggota itu adalah dahi, kedua tangan, kedua lutut dan kedua kaki. (Hadis riwayat al-Bukhari) 5. Meletakkan tangan di mulut Makruh meletakkan tangan di mulut tanpa ada hajat atau tujuan. Begitu juga dengan perbuatan mematah-matahkan jari atau mencelah-celahi jari, meletakkan tangan di hidung atau di mulut. Ini kerana, perbuatan seumpama ini boleh menjejaskan khusyu dalam sembahyang. Makruh menguap dalam sembahyang pada keadaan dirinya mampu untuk menahan dari menguap. Sabda Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu: : ()

Maksudnya: Adapun menguap itu, maka sesungguhnya ianya adalah daripada (gangguan) syaitan, maka tegahlah ia (tegah diri dari menguap) selagi mampu. Maka apabila seseorang berkata: haa, ketawalah (kerananya) syaitan. (Hadis riwayat al-Bukhari) Namun, sunat meletakkan tangan di mulut ketika menguap di dalam sembahyang. Terdapat beberapa pendapat mengenai tangan yang digunakan untuk menutup mulut ketika menguap: Menurut Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah: boleh menggunakan antara tangan kanan atau kiri bagi tujuan tersebut. Menurut Imam ar-Ramli Rahimahullah: sunat digunakan tangan kiri. Menurut Imam Syabramallisi dan Imam al-Qalyubi Rahimahumallah: Adalah lebih utama menggunakan belakang telapak tangan sebelah kiri.

6. Menutup mata Makruh menutup kedua kelopak mata ketika sembahyang tanpa ada hajat atau keperluan. Tidak makruh jika menutup keduanya kerana ada hajat, bahkan dihukumkan wajib pada sesetengah keadaan, umpamanya menutup mata agar menegah dari memandang perkara-perkara yang haram. Berkata sebahagian ulama: Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam melarang dalam sembahyang perbuatan menyapu batubatu kecil dan menyapu dahi dari kesan tanah (ketika sujud), meniup-niup, mematah-matahkan jari, menyelatnyelati jari, menutup mulut dan telinga, menutup mata dan mengeliat. 7. Berdiri dengan sebelah kaki Makruh berdiri dengan sebelah kaki iaitu dengan mengangkat sebelah kaki tanpa ada sebab, kerana ianya membebankan serta menghilangkan kekhusyuan dalam sembahyang. Namun jika ada sebab atau keuzuran seperti sakit sebelah kakinya atau patah, maka tiadalah dihukumkan makruh.

Begitu juga makruh hukumnya mendahulukan (mendepankan) sebelah kakinya ketika berdiri sembahyang. 8. Sembahyang dalam keadaan menahan diri dari membuang air kecil atau air besar Makruh mendirikan sembahyang dengan keadaan menahan diri dari membuang air kecil atau air besar atau membuang angin (menahan dari kentut). Bahkan menjadi haram jika menahan itu akan memberi mudharat kepada dirinya. Sunat membuang air kecil, air besar atau berkentut sebelum menunaikan sembahyang walaupun terpaksa meninggalkan sembahyang jemaah, asalkan tidak keluar dari waktu sembahyang atau masih luas waktunya. 9. Sembahyang dalam keadaan ingin makan atau minum Makruh menunaikan sembahyang dengan adanya keinginan untuk memakan makanan atau meminum minuman yang sudah terhidang. Diriwayatkan dari Ibnu Umar Radhiallahu anhuma, bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam: ) ) Maksudnya: Jangan (dahulukan) sembahyang dengan adanya makanan yang terhidang, dan juga jangan (dahulukan) sembahyang ketika dia sedang menahan daripada membuang air kecil dan air besar. (Hadis riwayat Muslim) 10. Meludah Makruh meludah ke hadapan atau meludah di sebelah kanan samada ketika sembahyang mahupun di luar sembahyang. Sabda Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam: ) ) Maksudnya: Apabila salah seorang di antara kamu berludah kahak, maka janganlah berludah kahak di hadapannya, dan janganlah juga di sebelah kanannya. Hendaklah dia berludah di sebelah kirinya atau ke bawah kaki kirinya. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

11. Meletakkan tangan di atas pinggang (khashirah) Makruh meletakkan tangan di atas pinggang (khashirah) tanpa ada hajat atau keuzuran. Perlakuan seumpama itu adalah sama seperti perbuatan orang kafir dan orang-orang yang menyombongkan diri, begitu juga iblis disingkirkan dari syurga dengan keadaan sedemikian. 12. Berlebihan tunduk ketika ruku Makruh merendahkan kepala atau meninggikannya daripada paras belakang ketika ruku. Diriwayatkan dari Aisyah Radhiallahu anha, katanya: ) ) Maksudnya: Dan Rasulullah apabila ruku tidak menaikkan kepalanya dan tidak merendahkannya, akan tetapi antara keduanya. (Hadis riwayat Muslim) Makruh meletakkan dua lengan di atas tanah atau tempat sembahyang ketika sujud.

13. Bersandar Makruh bersandar pada sesuatu sekira-kira jika jatuh tempat bersandar itu, maka dia pun jatuh sama, seperti bersandar pada tiang. Dihukumkan makruh jika dia berdiri dengan kedua kakinya walaupun bersandar. Tetapi jika sandaran itu membolehkan dia mengangkat kedua belah kakinya, maka batal sembahyangnya kerana dia dalam keadaan bergantung pada sesuatu dan bukannya berdiri. 14. Sembahyang di tempat-tempat sebagaimana tersebut di bawah: Makruh sembahyang dalam bilik mandi yang berdinding dan beratap. Makruh sembahyang di atas kubur. Daripada Abu Said al-Khudriy Radhiallahu anhu, Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda:

) ) Maksudnya: Bumi ini keseluruhannya masjid (tempat bersembahyang) kecuali perkuburan dan bilik mandi. (Hadis riwayat Ibnu Majah) Makruh sembahyang di tempat maksiat seperti di tempattempat hiburan atau tempat yang didatangkan azab ke atasnya, contohnya kota kaum Tsamud dan seumpamanya. Makruh sembahyang di jalan-jalan tempat laluan orang ramai, begitu juga di pasar-pasar dan kawasan lapang tempat orang ramai bermain-main. Makruh sembahyang di tempat-tempat pembuangan sampah, begitu juga di tempat-tempat penyembelihan binatang dan di tempat-tempat seumpamanya yang diyakini adanya najis. Makruh sembahyang dalam kandang unta yang dikelilingi air walaupun bersih. Daripada Abdullah bin Mughaffal al-Muzaniy Radhiallahu anhu, Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda: ) ) Maksudnya: Jangan kamu sembahyang di kandang-kandang unta. Sesungguhnya ia (unta) ada daripada (sifat-sifat) syaitan. (Hadis riwayat Ibnu Majah) Adapun larangan dalam hadis di atas menunjukkan hukum makruh sembahyang dalam kandang unta, kerana unta suka berlari-lari dan tidak aman bagi seseorang mendirikan sembahyang di dalamnya. Sifat suka berlari dengan tergesa-gesa dan sifat membahayakan yang ada padanya adalah serupa dengan sifat syaitan sebagaimana disebut pada hadis di atas. Makruh sembahyang dalam gereja samada ia tempat beribadat orang Yahudi mahupun Nasrani, begitu juga tempat yang di dalamnya mempunyai gambar gambar yang diagungkan atau berhala-berhala yang disembah oleh mereka. Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda:

) ) Maksudnya: Mereka itu (orang-orang Yahudi dan Nasrani), apabila ada lelaki saleh yang mati di kalangan mereka, mereka bina di atas kuburnya masjid, dan mereka melukiskan padanya gambar-gambar. Mereka adalah seburuk-buruk makhluk di sisi Allah pada hari kiamat. (Hadis riwayat al-Bukhari) 16. Mempercepatkan sembahyang Makruh melakukan sembahyang dengan cepat tanpa berhati-hati atau teliti pada setiap perbuatan dan bacaan di dalam sembahyang, sekalipun tidak meninggalkan perkara-perkara yang dituntut dalam sembahyang. Jika meninggalkan perkara-perkara yang dituntut di dalam sembahyang, umpamanya meninggalkan rukun sembahyang seperti meninggalkan bacaan al-Fatihah, maka batal sembahyangnya. Perkara-perkara makruh dalam sembahyang sebagaimana di atas seeloknya dielakkan dari melakukannya, agar sembahyang yang dilakukan memperolehi ganjaran kesempurnaan sembahyang dari Allah Subhanahu wa Taala.

Anda mungkin juga menyukai